Ahad, 30 Mac 2014

Hak Lalu Lalang Pentadbir Tanah

Hak lalulalang Pentadbir Tanah (Land Administration's Rights of way) adalah hak laluan keluar masuk yang diwujudkan di atas tanah untuk ke 'perhentian awam'. Berdasarkan seksyen 387 Kanun Tanah Negara perhentian awam bermaksud tepi pantai atau sungai, stesyen keretapi atau jalan awam. Ini bermakna KEWUJUDANNYA IALAH UNTUK MEMBOLEHKAN TANAH YANG DIMILIKI SESEORANG DIGUNAKAN OLEH ORANG LAIN SEBAGAI LALUAN KELUAR MASUK KE PERHENTIAN AWAM

Apa yang terjadi sekarang ini, pihak kerajaan sendiri lazimnya melalui Pejabat Daerah membina jalan-jalan di dalam kampung (dahulunya dikenali sebagai jalan PLB) hanya dengan perasetujuan pemilik tanah TANPA MEWUJUDKAN HAK LALULALANG atau berdasarkan peruntukan undang-undang. Dengan kata lain jalan yang dibina adalah diatas tanah milik. Masalah akan timbul nanti apabila jenerasi kedua, ketiga dan sebagainya TIDAK MAHU JALAN TERSEBUT BERADA DI ATAS TANAH MEREKA. Ini akan menimbulkan masalah kepada pengguna jalan yang tidak tahu kedudukan sebenar.
Pewujudan Hak (Creation of right)

Berdasarkan seksyen 390(1) Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri, tuanpunya tanah (the proprietor) atau penduduk  (occupier) mana-mana tanah boleh memohon kepada Pentadbir Tanah untuk mewujudkan hak lalulalang menggunakan Borang 28A Kanun Tanah Negara

Apabila menerima permohonan tersebut adalah menjadi tanggungjawab Pentadbir Tanah sama ada untuk mengadakan siasatan (enquiry) atau kajian/penyelidikan (investigation) untuk menentukan sama ada sesuai untuk diwujudkan hak lalulalang swasta (persendirian) atau pun hak lalu lalang awam.

Hak lalu lalang swasta diwujudkan untuk faedah Pihak Berkuasa Negeri (sebagai contoh untuk ke tanah rizab atau hutan atau untuk memindah bahan batuan) atau untuk kegunaan tuanpunya tanah atau penduduk tanah sahaja. Sementara hak lalulalang awam diwujudkan untuk faedah/kegunaan orang 

BERSAMBUNG

Selasa, 25 Mac 2014

Persoalan Pengambilan Sementara

Baru-baru ini saya menerima persoalan mengenai pengambilan sementara tanah iaitu 'Bagaimana jika pemilik tanah tidak hadir apabila diminta oleh Pentadbir Tanah untuk merundingkan bayaran pampasan'

Jawapan/pandangan

Berdasarkan seksyen 58(1), apabila Pihak Berkuasa Negeri meluluskan pengambilan sementara tanah, Pentadbir Tanah hendaklah memberi notis Borang Q kepada orang berkepentingan dan hendaklah membuat tawaran pampasan ATAU merundingkan bayaran pampasan. Ini bermaksud jika Pentadbir Tanah menyerahkan Borang Q untuk tujuan MERUNDINGKAN BAYARAN PAMPASAN dan orang berkepentingan enggan hadir, tidak ada peruntukan yang membolehkan Pentadbir Tanah membuat perintah secara 'ex-parte'. Oleh yang demikian pada pandangan saya Pentadbir Tanah BOLEH mengeluarkan sekali lagi Borang Q untuk tujuan MENAWARKAN BAYARAN PAMPASAN. Lanjutan daripada itu pendudukan/penggunaan sementara tanah berkuatkuasa mulai dari tarikh yang telah ditetapkan oleh pentadbir Tanah dalam Borang Q.


Isnin, 10 Mac 2014

Soalan Pengambilan

Soalan ini datangnya dari seorang pemilik tanah berbangsa Cina dari negeri Johor. Tanah beliau terlibat dengan tiga kali pengambilan iaitu dalam tahun 1967, 1969 dan tahun 1977 yang lalu. Selepas ukur halus dibawah seksyen 25 Akta Pengambilan Tanah, terdapat lebihan pengambilan seluas kira-kira 3 ekar. Berdasarkan seksyen 28 dan seksyen 32 tuan tanah akan dibayar caj bayaran lewat (late payment chages). Bagaimana pengiraan caj bayaran lewat tersebut?

Pandangan/Jawapan

Seksyen 28 menyatakan 'apa-apa hasil dari sesuatu pengukuran yang dibuat mengikut subseksyen (1) seksyen 25 di dapati wujud perbezaan antara keluasan mana-mana tanah yang telah diambil dengan keluasan tanah dijadualkan yang dinyatakan dalam suatu award di bawah seksyen 14, perbezaan itu hendaklah dinilai mengikut kadar yang sama seperti tanah yang dimaksudkan itu telah dinilai dalam award yang dibuat dalam Borang G.

Seksyen 14(1)(3) pula menyatakan 'Sesuatu award dibawah seksyen ini tidaklah menjadi tidak sah (bermaksud SAH) semata-mata oleh sebab keluasan tanah yang berkenaannya award itu dibuat adalah lebih besar atau lebih kecil daripada keluasan tanah dijadual itu:

Dengan syarat bahawa perbezaan antara keluasan berkenaan dengan award itu dibuat dan keluasan tanah dijadualkan tidak melebihi suku hektar atau satu peratus dari keluasan tanah dijadualkan yang mana lebih besar:

Berdasarkan seksyen-seksyen di atas, saya berpandangan lebihan pengambilan seluas 3 ekar sepertimana soalan di atas MESTI mendapat kelulusan dan diwartakan semula dibawah seksyen 8 seterusnya proses pengambilan tanah  yang baru mesti dilaksanakan.

Mengenai caj bayaran lewat, berdasarkan seksyen 32(2) Akta Pengambilan Tanah menyatakan 'Jika mana-mana penilaian dibuat dibawah seksyen 28 berhubung dengan apa-apa perbezaan yang terdapat pada keluasan tanah apabila pengukuran muktamad dibuat, maka hendaklah ditambah kepada amaun penilaian itu caj bayaran lewat dengan kadar lapan peratus setahun mulai dari tarikh tanah itu diambil milik (Penyerahan Borang K) atau pampasan itu dibayar, mengikut mana satu yang lebih awal;............

Isnin, 3 Mac 2014

Pertanyaan

Minggu lalu saya dikejutkan dengan satu persoalan yang pada saya adalah perkara asas dalam proses pengambilan tanah. Persoalannya seperti berikut.

Siasatan telah dijalankan, perintah telah dibuat, Borang H telah dikeluarkan dan diserahkan, bayaran pampasan telah dibuat, cuma Borang K belum dikeluarkan. Setelah itu baru dapat dikesan, iaitu TANAH TANAH TERSEBUT BARU DIWARTAKAN DIBAWAH SEKSYEN 4 DAN SEKSYEN 8 BELUM DIWARTAKAN.

Jawapan/Pandangan

Semua proses yang dijalankan iaitu pengeluaran Borang E, siasatan, perintah, pengeluaran Borang H dan bayaran pampasan adalah TIDAK SAH DAN TIDAK IKUT PERATURAN/UNDANG UNDANG kerana berdasarkan seksyen 8(1) menyatakan:

'When the State Authority decides that any of the lands refereed to in section 7 are needed for any of the purposes referred to in section 3, a declaration in Form D shall be published in the gazette'

Berdasarkan seksyen di atas, warta seksyen 8 adalah mandatori (shall). Apabila pewartaan seksyen 8 tidak dibuat tindakan seterusnya juga TIDAK BOLEH DIBUAT. Ini dinyatakan dibawah seksyen-seksyen berikut:


Seksyen 9(1) 'Upon the publication pursuant to section 8 of the declaration in Form D that any land is needed for the purpose specified in such Form, then -

(a) ...................................................................

(b) ...................................................................


Seksyen 10(1) pula menyatakan: 'The Land Administrator shall, having completed the action required by section 9, commence proceedings for the acquisition of the land by giving public notice in Form E in the menner prescribed by section 52, and.........................'


Cadangan Penyelesaian

1. Mesti mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri jika belum kerana kelulusan asal hanya untuk pewartaan di bawah seksyen 4

2. Mesti warta di bawah seksyen 8

3. Siasatan dan perintah semula (nilai tanah berdasarkan tarikh warta seksyen 8) MUNGKIN NILAIAN TANAH TELAH MENINGKAT

4. Bayar pampasan (berdasarkan nilai tanah yang baru) SETELAH DI TOLAK DENGAN BAYARAN YANG DIBUAT SEBELUM INI.