Selasa, 22 Julai 2014

Cadangan Penambahbaikan APT 1960

Sepanjang tempoh lebih 32 tahun bergelumang dengan Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT) dan melalui cadangan/pertanyaan dari peserta kursus, APT 1960 mempunyai banyak kelemahan dan sepatutnya telah ditambah atau dipinda. Kali ini saya akan senaraikan kelemahan-kelemahan APT 1960 yang telah dikenalpasti dan cadangan penambahbaikan.
 
1. Tiada tafsiran perkataan 'maksud awam/public purpose' di dalam seksyen 3(1)(a) sedangkan perkataan 'kemudahan awam/public utility' ada di seksyen 2(1)
 
Disyor supaya dimasukkan tafsiran 'maksud awam/public purpose' jika boleh ambil tafsiran maksud awam dari seksyen 2 Ordinan Pengambilan Tanah Sabah (Sabah Cap. 69) yang pada pandangan saya lebih lengkap
 
Seksyen 2 Land Acquisition Ordinance (Sabah Cap 69)
“public purpose” means any, or any combination, of the following purposes :
 

(a)          for exclusive use of the Government or of the Federal Government or for general public use;
 
 (b)        for or in connection with the planning, establishment, extension, improvement or development of any town or township any purpose reasonably necessary or desirable in regard thereto, including the provision of open spaces and amenities and the setting apart of suitable sites for factories industries and trade;
 
  (c)         for or in connection with the provision of residential accommodation for any section or class of the community including the officers, servants or employees of the Government or the Federal Government, and the families and employees thereof;
 
  (d)        for obtaining control over land contiguous to, or required for or in connection with, any port, airport, railway, road or other public works of convenience;
 
  (e)        for or in connection with any public utility undertaking or the provision of any public service, undertaken or provided, or about to be undertaken or provided, by the Government, the Federal Government, a local authority or any corporation incorporated directly by written law; 

 (f)      for or in connection with any scheme relating to the settlement or re-settlement of any
community, or of any section or class of the public, rural or urban;

 (g)     for or in connection with the provision of land for the cultivation of padi, or for agricultural research or experimental purposes;
             

(h)     for or in connection with the conservation, improvement or exploitation of natural resources.
2. Pindaan kepada seksyen 3(1)
 
Buat masa sekarang seksyen tersebut dipecahkan kepada (a), (b) dan (c) dan perkara ini telah pun dijelaskan dimana-mana ceramah dan di dalam Buku Manual Pengambilan Tanah. Buat masakini, sebagai contoh apabila permohonan pengambilan tanah diterima dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendirikan pencawang permohonan tersebut diletakkan dibawah seksyen 3(1)(b) dan diproses mengikut Akta Pengambilan Tanah, sementara untuk talian bekalan elektrik diproses mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990. Walau bagaimanapun akhir-akhir ini terdapat lima buah negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang telah membenarkan TNB membuat pengambilan tanah mengikut seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk pencawang elektrik dan talian bekalan elektrik. Oleh yang demikian pada pandangan saya seksyen 3 tersebut perlu dipinda dan seterusnya memasukkan tafsiran 'publis purpose' seperti mana tafsiran di atas. Lanjutan itu, pada pandangan saya seksyen ini hanya perlu dipecahkan kepada seksyen 3(1)(a) dan (b) sahaja. Iaitu (b) dan (c) digabungkan menjadi (b)
 
 3. Pindaan kepada seksyen 4
 
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang antara lain menyatakan pewartaan dibawah seksyen 4 adalah BUKAN MANDATORI, adalah disyorkan supaya seksyen ini dipinda bersesuaian dengan keputuan tersebut dan kehendak Pekeliling Persurujaya Tanah Persekutuan Bil 1 Tahun 2003 dan Bil 1 Tahun 2005 iaitu masukkan peruntukan 'jika pemohon memerlukan kajian kesesuaian tanah  ATAU pengambilan berbentuk jajaran baru maka pewartaan dibawah seksyen 4 adalah MANDATORI/SHALL'
 
 4. Pindaan kepada seksyen 16(1)
 
Seksyen tersebut menyatakan 'Apabila membuat apa-apa award dibawah sub-seksyen (1) seksyen 14 berkenaan dengan mana-mana tanah dijadualkan Pentadbir Tanah hendaklah menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah itu'
 
Di dalam seksyen tersebut tidak menyatakan berapa salinan Borang H yang perlu diberikan kepada setiap orang DAN AMALAN SEKARANG SETIAP ORANG BERKEPENTINGAN DIBERIKAN DUA SALINAN BORANG H.
 
Pada pandangan saya masukkan perkataan 'setiap orang berkepentingan mesti/shall diberi dua salinan Borang H' dan setiap orang berkepentingan mesti/shall menyerahkan kembali satu salinan kepada Pentadbir Tanah'. Ini bertepatan dengan kes  Zainal Abidin b Yaakub v PT Melaka Tengah [1999] 5 MLJ 577. Antara kandungan kes tersebut menyatakan orang berkepentingan MESTI/SHALL membuat pemilihan terhadap Borang H tersebut.
 
5. Pindaan kandungan Borang E, Borang K dan BORANG N
 
Disyorkan supaya no dan tarikh warta seksyen 8 dimasukkan kedalam Borang E dan Borang K kerana di dalam Borang G, Borang H, BORANG I, BORANG K, BORANG L, BORANG O mempunyai ruang untuk no dan tarikh warta seksyen 8.
 
Bagi BORANG N pula dicadangkan supaya ditambah perkataan KAMI karana di dalam BORANG N sekarang hanya ada perkataan SAYA sahaja. Ini membolehkan jika sesuatu tanah itu mempunyai RAMAI PEMILIK dan kesemuanya ingin membantah ke Mahkamah HANYA PERLU MENGISI SATU BORANG N SAHAJA DAN MEMBAYAR HANYA SATU DEPOSIT. Tidak sepertimana sekarang SETIAP ORANG MESTI MENGISI BORANG N YANG BERBEZA. 
 
6. Pindaan kandungan Borang C
 
Disyorkan supaya di dalam ruangan No lot dan dan ruangan keluasan lot di dalam Borang C DITAMBAH DENGAN PERKATAAN 'PETAK'  untuk strata
 
7. Tiada peruntukan pengambilan tanah strata. Perkara berkaitan strata hanya disebut sedikit sahaja iaitu dibawah seksyen 66 Akta Pengambilan Tanah
 
8. Tiada peruntukan pengambilan tanah stratum
 
9. Percanggahan antara seksyen 3F(1) dengan seksyen 35(1)
 
Ada kes dimana selepas warta seksyen 8 dikeluarkan, pemohon pengambilan Tanah dibawah seksyen 3(1)(b) atau (c) menyatakan ingin menarik diri dari pengambilan sedangkan mengikut seksyen 3F(1) penarikan tidak boleh dibuat jika  pengambilan tersebut telah diwartakan dibawah seksyen 8, kemudian apabila dibawa kepada Pihak Berkuasa Negeri, penarikan telah diluluskan berdasarkan seksyen 35(1)
 
10. Percanggahan antara seksyen 3(1) dengan seksyen 68A
 
Berdasarkan seksyen 3(1) permohonan pengambilan dibahagikan kepada (a), (b) dan (c) iaitu penetapan telah dibuat siapa yang boleh ambil dan tujuan pengambilan tersebut dan seterusnya dinyatakan didalam Borang D dan warta seksyen 8. SEKSYEN 68A PULA MEMBENARKAN PIHAK YANG MENGAMBIL TANAH TIDAK MEMATUHI TUJUAN PENGAMBILAN TERSEBUT ATAU DENGAN KATA LAIN BOLEH BUAT APA SAJA KEATAS TANAH TERSEBUT. INI ADALAH TIDAK ADIL DAN DIPERTIKAIKAN OLEH TUAN TANAH, PIHAK BIRO PENGADUAN AWAM, KAKITANGAN JABATAN AUDIT DAN KAKITANGAN SPRM  apabila saya menyampaikan ceramah kepada mereka.
 
11. Pindaan seksyen 32A
 
Hampir kesemua bayaran pampasan yang dibuat oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan dengan cara EFT TETAPI CARA MELALUI EFT TIADA DI DALAM SEKSYEN 32A AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960. Mungkin pembayaran melalui EFT adalah tidak sah.
 
12. Pindaan kepada seksyen 32(2)
 
Seksyen ini menyatakan 'Jika mana-mana penilaian dibuat dibawah seksyen 28 berhubung dengan apa-apa perbezaan yang terdapat pada keluasan tanah apabila pengukuran muktamad dibuat, maka hendaklah ditambah kepada amaun penilaian itu caj bayaran lewat dengan kadar lapan peratus setahun mulai dari tarikh tanah itu diambil milik atau pampasan iti dibayar, mengikut mana satu yang lebih awal sama ada.............................' DIDALAM NYA TIDAK MENYATAKAN HINGGA BILA PENGIRAAN ITU PERLU DIBUAT. Sedangkan pengiraan caj bayaran lewat mengikut seksyen 29A(5), seksyen 32(1), seksyen 32(1B), seksyen 32(1C) dan seksyen 48 ADA DINAYATAKAN CAJ BAYARAN LEWAT DIKIRA SEHINGGA PAMPASAN DIBAYAR
 
13. Cara Pengiraan Caj Bayaran Lewat
 
Di dalam Akta tidak menyatakan tata cara pengiraan caj bayaran lewat SAMA ADA KAEDAH BIASA ATAU SEPERTIMANA YANG DILAKUKAN OLEH BANK. MINTA DINYATAKAN DI DALAM AKTA

14. Pendudukan Sementara Tanah

a. Berdasarkan seksyen 57(1) tempoh pendudukan sementara tahun adalah tidak melebihi 3 tahun. Bagaimana jika tempoh tersebut tidak mencukupi atau sesuatu projek itu belum selesai? Tiada peruntukan yang jelas sama ada tempoh itu boleh disambung atau muktamad.

b. Dalam proses hanya terdapat satu borang sahaja iaitu Borang Q. Pada pandangan saya Borang Q dikekalkan untuk tujuan siasatan/perundingan. Tambah SATU BORANG YANG LAIN (untuk perintah/bayaran gantirugi)

c. Disyorkan supaya endorsan/ingatan/catatan di dalam dokumen hakmilik daftar computer dibuat berdasarkan borang perintah/borang bayaran gantirugi

15. Kaedah 5(2) Kaedah Pengambilan Tanah 1998

Award melebihi deposit, Pentadbir Tanah hantar notis Borang 2, untuk deposit tambahan dan mesti jelaskan dalam 30 hari dari tarikh terima notis. Isunya adalah tiada peruntukan jika pemohon tidak membayar dalam tempoh atau lambat membayarnya.

Disyorkan supaya masukkan ayat 'kegagalan pemohon berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah disifatkan sebagai menarik balik permohonan'

16. Pindaan kepada tafsiran 'penilai' dalam seksyen 2(1)

Disyorkan supaya tafsiran 'penilai' ditukar kepada pegawai penilai yang bekerja dengan Kerajaan sahaja.

Pandangan dari Pegawai INSPEN/JPPH tafsiran asal dibuat begitu kerana RANCANGAN ASAL UNTUK MENSWASTAKAN JPPH TIDAK KESAMPAIAN

Lanjutan daripada itu seksyen 14(5) DIPINDA MENJADI:

Pentadbir Tanah hendaklah menetapkan amaun kos yang ditanggung beban dalam prosiding itu dan oleh siapa dan dengan kadar apa kos, yang hendaklah termasuk apa-apa fee penilaian yang dikenakan oleh penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar dibawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta-Tanah 1981

17. Tafsiran 'orang yang berkepentingan' dalam seksyen 2(1)

Berdasarkan pandangan Y.B. PUU Negeri Sembilan melalui surat bil (2) dlm. PUNS (JB) 19/92 Jld 2 bertarikh 1 Julai 2011 bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh PTG Negeri Sembilan, menyatakan Pentadbir Tanah termasuk orang berkepentingan dalam hal tunggakan cukai tanah yang tidak dibayar dan tanah tersebut diambil keseluruhannya. Dengan pindaan tersebut hasil negeri akan bertambah dan tunggakan hasil akan berkurangan. Ini kerana salah satu sebab tunggakan hasil adalah berkaitan dengan hal tersebut. Oleh yang demikian adalah disyorkan dalam tafsiran 'orang yang berkepentingan' TERMASUK PENTADBIR TANAH

 

Selasa, 15 Julai 2014

Isu Pengambilan Tanah

Pada 11 Julai 2014 yang lalu, saya menerima satu pertanyaan dari rakan yang bertugas di Pejabat Tanah di Negeri Sembilan berkaitan dengan pengambilan tanah:

Keluasan pengambilan di dalam Borang K tidak sama dengan keluasan pengambilan di dalam Borang H, iaitu keluasan pengambilan dalam Borang K melebihi 1/4 hektar atau 1% dari keluasan tanah terjadual (pengambilan keseluruhan lot)  jika dibandingkan dengan keluasan pengambilan di dalam Borang H. Seterunya bayaran pampasan dibuat berdasarkan keluasan pengambilan di dalam Borang K (keseluruhan lot) tanpa perubahan kepada warta. Apakah penyelesaiannya

Untuk menjawabnya terlebih dahulu kita perhatikan seksyen 14(3) Akta Pengambilan Tanah 1960:

'Sesuatu award dibawah seksyen ini tidaklah menjadi tidak sah (shall not be invalidated) (maknanya sah) semata-mata oleh sebab keluasan tanah yang berkenaannya award itu dibuat adalah lebih besar atau lebih kecil daripada keluasan tanah terjadual itu:

Dengan syarat bahawa perbezaan antara keluasan berkenaan dengan award itu dibuat dan keluasan tanah dijadualkan tidak melebihi suku hektar atau satu peratus dari keluasan tanah dijadualkan mana lebih besar'


Berdasarkan seksyen tersebut, oleh kerana perintah yang telah dibuat dalam kes yang dibincangkan melebihi suku hektar dan tiada perubahan kepada warta, MAKA PERINTAH TERSEBUT ADALAH TIDAK SAH DAN BORANG K YANG DIKELUARKAN DAN JIKA TELAH DIENDORS PUN ADALAH TIDAK SAH.


Selanjutnya perkara tersebut dijelaskan lagi di dalam seksyen 14(4)(a), 'Jika keluasan tanah yang berkenaan suatu award telah dibuat dibawah seksyen ini -


(a) melebihi keluasan tanah dijadualkan itu dengan tidak lebih daripada suku hektar atau sayu peratus, yang mana lebih luas, maka tidaklah perlu dibuat dan disiarkan apa-apa pengisytiharan lanjut berkenaan dengannya dibawah seksyen 8'


Ini bermakna dalam kes di atas, perintah yang dibuat MELEBIHI KELUASAN TANAH DIJADUAL IAITU MELEBIHI SUKU HEKTAR ATAU SATU PERATUS, LEBIHAN ITU PERLU DIWARTAKAN DIBAWAH SEKSYEN 8. BEGITUPUN MASIH RAMAI PIHAK YANG BERANGGAPAN LEBIH ITU HANYA PERLU DIBUAT PEMBETULAN WARTA SAHAJA. ANGGAPAN TERSEBUT ADALAH SALAH BERDASARKAN PERUNTUKAN YANG DINYATAKAN DIATAS


Untuk menyelesaikan isu yang terjadi, pada pandangan saya Pentadbir Tanah mesti memanggil tuanpunya tanah dan pihak yang terlibat dengan pengambilan tersebut menceritakan hal sebenar berdasarkan undang-undang dan membuat pengakuan kesalahan yang telah dibuat. Seterusnya minta tuan tanah akur dengan pengambilan keseluruhan lot (lebihan pengambilan). Lanjutan dari itu  Pentadbir Tanah hendaklah mewartakan semula lebihan kawasan yang diambil dan membatalkan endorsan Borang K (jika telah dilakukan) mengikut seksyen 381 Kanun Tanah Negara

Khamis, 3 Julai 2014

Maksud Awam dan Kemudahan Awam

Hingga kini masih lagi terdapat kekeliruan pemahaman mengenai permohonan atau projek-projek sama ada hendak diletakkan dalam kelompok maksud awam atau dalam kelompok kemudahan awam.

Di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, perkataan 'maksud awam'/public purpose mula dinyatakan didalam seksyen 3(1) iaitu 'The State Authority may acquire any land which is needed -
(a) for any public purpose;
(b) ...............................................................................; or
(c) ..............................................................................

Berdasarkan perenggan 4.2 Manual Pengambilan Tanah 'maksud awam' ialah apa-apa kepentingan untuk faedah awam atau sebahagian awam tetapi bukan untuk faedah individu. Dalam hal ini pengambilan tanah untuk sekolah, hospital, mahkamah dan jalan adalah dianggap sebagai maksud awam.

Selanjutnya Peguam Negara melalui suratnya Bilangan PN (ARV) 2953 Jld. VII bertarikh 4 Januari 2002, telah memutuskan bahawa suatu badan yang ditubuhkan sebagai suatu perbadanan tidak pula dengan sebab perbadanannya terpaksa mengambil tanah dibawah perenggan 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960. Menurutnya selain Akta Pengambilan Tanah 1960, Parlimen juga telah menggubal undang-undang yang lain yang memberi kuasa kepada badan berkanun untuk mengambil tanah di bawah pelbagai Akta Parlimen yang mana telah memperuntukkan bahawa suatu pengisytiharan mengenai pengambilan tanah sedemikian hendaklah disifatkan sebagai tujuan awam di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Oleh yang demikian badan-badan berkanun yang mempunyai kuasa untuk mengambil tanah secara paksa dibawah undang-undang penubuhannya boleh mengambilan tanah dibawah perenggan 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi suatu tujuan yang dengannya badan berkanun itu telah ditubuhkan dan tujuan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai tujuan awam.

KESIMPULANNYA HANYA PIHAK BERIKUT SAHAJA YANG BOLEH MEMOHON PENGAMBILAN TANAH DAN DILETAKKAN DIBAWAH s3(1)(a):
1.  KERAJAAN PERSEKUTUAN MELALUI KEMENTERIAN DAN JABATAN
2.  KERAJAAN NEGERI MELALUI JABATAN-JABATAN
3. AGENSI PERSEKUTUAN/BADAN BERKANUN  ATAU NEGERI YANG DI DALAM UNDANG-UNDANG PENUBUHANNYA ADA MENYATAKAN BOLEH MENGAMBIL TANAH SECARA PAKSA

Sementara itu perkataan 'kemudahan awam' atau 'public utility' pula ada dinyatakan di bawah seksyen 19 Akta Pengambilan Tanah 1960 -

'Where any land, described in any notice in Form E given under section 10, is in opinion of the State Authority ungently required for use for a public purpose, or for a public utility in the case of an acquisition under section 3(1)(b), the State Director may,.....................................'

Lanjutan daripada itu  seksyen 2 pula menyatakan - 'public utility/kemudahan awam' bermaksud -

'includes any road, rail transportation, water and electricity supply, gas pipeline, telecommunications, street lighting, sewerage system, drainage system, public works, and any other similar public service or convenience'

JIKA ADA YANG MENGANGGAP MAKSUD AWAM DAN KEMUDAHAN AWAM ADALAH SAMA IANYA SALAH. KESIMPULANNYA JIKA PEMOHON SELAIN DARIPADA YANG DINYATAKAN PADA SEKSYEN 3(1)(a) DI ATAS (SEBAGAI CONTOH PERMOHONAN DARI ORANG PERSEORANGAN, PIHAK SWASTA, PEMAJU PERUMAHAN, TNB, TELEKOM, PETRONAS) YANG MEMOHON PENGAMBILAN TANAH UNTUK TUJUAN MEMBINA/MENGADAKAN KEMUDAHAN AWAM SEPERTI TAFSIRAN DI ATAS ADALAH DILETAKKAN DIBAWAH PERENGGAN s(1)(b) AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960



Selain dari perkara di atas ada juga persoalan yang ditanya iaitu - Sama ada BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA boleh membuat permohonan untuk mengambil tanah di Malaysia?

Pandangan/Jawapan:

Dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, TIADA PERUNTUKAN YANG JELAS mengenai permohonan daripada BUKAN WARGANEGARA. Berbeza dengan Kanun Tanah Negara yang mempunyai peruntukan yang jelas pada Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) bermula dari seksyen 433A hingga 433H.

Walau bagaimanapun berdasarkan perenggan 3(1)(b) dan (c) Akta Pengambilan Tanah menyatakan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambila mana-mana tanah yang diberlukan 'oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri ............................'

Berdasarkan nota Tuan Hj. Mohd Said bin Abdul Kadir (Bekas Pengarah Seksyen Pengambilan Tanah JKPTG yang juga tenaga pengajar Seksyen Latihan JKPTG) dan Perenggan 4.4 Manual Pengambilan Tanah, menyatakan orang dalam dalam seksyen 3(1)(b) diatas bermaksud:

1. warganegara
2. umur tidak kurang 18 tahun
3. bukan seoarang yang muflis
4. bukan seorang yang disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara satu tahun atau lebih dalam tempoh lima tahun sebelum permohonan.
5. Berkemampuan dari segi kewangan


Badan bermaksud syarikat/perbadanan pula:

1. Syarikat/perbadanan/badan itu ditubuhkan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965/mana-mana Akta Parlimen Atau Enakmen Negeri/Akta Pertubuhan 1966/Akta Koperasi 1948/Akta Pendaftaran 1956.

2.     Mempunyai modal yang teguh.

3.  Mempunyai rekod perniagaan yang cemerlang khasnya dalam aktiviti dan projek yang dicadangkan atau dimiliki atau dikawal oleh orang-orang yang mempunyai rekod perniagaan yang cemerlang.

4Projek yang dicadangkan itu memberi faedah secara langsung kepada pembangunan mengikut dasar ekonomi negara.


BERDASARKAN KENYATAAN DIATAS, BUKAN WARGANEGARA TIDAK BOLEH MEMOHON UNTUK MENGAMBIL TANAH DIMALAYSIA