Ahad, 31 Mei 2015

Bayaran 75% Daripada Pampasan

Menurut seksyen 29A Akta Pengambilan Tanah, pampasan melebihi RM15,000.00 Pentadbir Tanah bayar 75% sahaja dalam keadaan berikut:

Sebelum tamat tempoh 6 minggu dari tarikh penyerahan Borang H kepada pemohon;
atau
Jika belum tamat tempoh di atas, pemohon telah buat bantahan.

Ini bermakna jika agensi pemohon membuat bantahan ke Mahkamah dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dalam tempoh enam minggu dari tarikh terima Borang H, Pentadbir Tanah akan mengarahkan agensi pemohon membayar 75% sahaja daripada amaun pampasan manakala bakinya akan dibayar sehingga keputusan Mahkamah nanti
 
Isu yang akan dibincangkan kali ini adalah baki bayaran pampasan yang tidak dibayar (sebanyak 25% itu) akan disimpan dimana? Ada pandangan yang menyatakan inya disimpan di Mahkamah. Adakah ianya betul?
 
Untuk menjawab isu tersebut, cuba kita lihat seksyen 29(1). Seksyen ini menyatakan wang pampasan akan didepositkan ke Mahkamah dalam keadaan berikut sahaja, iaitu:
1. Tiada yang layak terima seperti pemilik tidak dapat dikesan, pemilik meninggal
    dunia,
2. Orang yang berhak tidak setuju terima atau
3. Terdapat pertikaian tentang hak atau hakmilik atau pembahagian

Berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil 39 Tahun 2009 pula, tuan tanah yang meninggal dunia tanpa wasiat dan tiada Surat Kuasa Tadbir, pampasan di simpan ke Amanah Raya Berhad
 
Dalam seksyen 29(1) di atas, penyimpanan ke Mahkamah TIDAK TERMASUK bayaran pampasan yang tidak dibayar (25% tersebut)
 
Perenggan 3 kepada Borang H pula menyatakan 'Sila ambil perhatian bahawa seksyen 29A Akta Pengambilan Tanah menghendakki saya menahan dua puluh lima peratus daripada amaun di award dalam keadaan keadaan tertentu'
 
Dalam perenggan ini juga, tidak dinyatakan dimana wang 25% itu akan disimpan 

Perkataan menghendaki saya menahan dua puluh lima peratus itu bermakna Pentadbir Tanah akan meminta agensi pemohon  membayar 75% sahaja dan 25% ditangguh terlebih dahulu dan BUKAN BERMAKNA 25% DISIMPAN OLEH PENTADBIR TANAH ATAU MAHKAMAH.

Berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 24Tahun 2009 yang bertajuk: Menahan Dua Puluh Lima Peratus (25%) Daripada Wang Pampasan Yang Patut Di Bayar Kepada Orang Berkepentingan pun TIDAK MENYEBUT SUPAYA WANG 25% ITU DISIMPAN DIMAHKAMAH tetapi simpan ke Akaun Amanah Negeri seperti yang dinyatakan pada Perenggan 5(c) Pekeliling tersebut.

PADA PANDANGAN SAYA PROSES PENYIMPANAN KE AKAUN AMANAH NEGERI AKAN LEBIH MENIMBULKAN MASALAH TERUTAMA KEPADA PENTADBIR TANAH YANG BERKHIDMAT DI JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI-NEGERI

Lanjutan daripada itu, berdasarkan seksyen 29A(4) dan (5) pula, apabila pemohon membuat bantahan ke Mahkamah dan keputusannya Mahkamah menyebelahi Pentadbir Tanah, caj bayaran lewat dikira mulai dari tarikh bayaran 75% sehingga bayaran pampasan tambahan dibuat. Bermakna apabila perintah dikeluarkan oleh Mahkamah, perintah tersebut akan dihantar kepada Pentadbir Tanah dan seterusnya Pentadbir Tanah akan meminta supaya agensi pemohon membuat bayaran tersebut beserta caj bayaran lewat.

Bayaran tersebut diambil dari pampasan yang ditahan (25%). Jika 25% tersebut disimpan di Mahkamah, akan menimbulkan kesulitan untuk urusan pengeluaran dan pembayarannya.

KESIMPILANNYA BAKI 25% DARIPADA WANG PAMPASAN TIDAK DIBAYAR OLEH AGENSI PEMOHON (DISIMPAN OLEH AGENSI) DAN BUKANNYA DIDEPOSITKAN KEMAHKAMAH SEPERTI YANG DISALAH ANGGAP OLEH SESETENGAH PIHAK
 

Isnin, 25 Mei 2015

Kes Mahkamah Berkaitan Dengan Seksyen Tertentu APT

Kali ini saya senaraikan kes-kes yang pernah diputuskan oleh Mahkamah berkaitan dengan seksyen-seksyen tertentu dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.

1. Kes Ahmad Saman v Kerajaan Negeri Kedah [2004] 1 CLJ 211
 
Kes ini berkaitan dengan seksyen 3(1) Akta 
 
2. Kes Ng Kim Moi v PTD Seremban [2004] 3 CLJ 131

Kes ini berkaitan dengan pewartaan seksyen 4  dan seksyen 11 Akta

3. Kes Ee Chong Pang & ors V The Land Administrator of District of Alor Gajah & Anor [2013] 3 CLJ 649

Kes ini juga berkaitan dengan pewartaan seksyen 4 Akta

4. Kes Straits Credit Sdn. Bhd. V Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan [1994] 2 CLJ857

Kes ini berkaitan dengan pengambilan yang tidak diteruskan setelah pewartaan dibawah seksyen 8 Akta

5. Kes Zainal Abidin bin Yaakub v Pentdbir Tanah Melaka Tengah [1996] 5 MLJ 577

Kes ini berkaitan dengn seksyen 30(b) dan Borang H Akta

6. Kes Ismail bin Bakar & Ors v Director of Land and Mines, Kedah [2011] 5 MLJ 197
    Kes Koriah binti Sudar v PT Kuala Langat [2013] 3 MLJ 695

Kes-kes ini berkaitan dengan seksyen 32(1) dan 32(2) Akta

7. kes Sin Yee Estate Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Kinta [2005] 4 CLJ 653

Kes ini berkaitan dengan seksyen 38(2) Akta

8. Kes Uda Holding Bhd v Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan K. Lumpur [2012] 6  MLJ 242
  Kes Arthur Ponniah Gurubatham & Satu lagi v Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan [2008] 3 CLJ 17
    Kes Dynamic Plantation Bhd. V Pentadbir Tanah Segamat [2008] 3 CLJ 37

Kes-Kes itu berkaitan dengan  seksyen 38(3)(a) Akta

9. Kes Hamidon bin Ahmad v CLR Jasin [1970] 1MLJ 202

Kes ini berkaitan dengan seksyen 38(3)(b) Akta

10. Kes Lai Tai v Pentadbir Tanah [1960] 26 MLJ 82
     Kes Singapore Para Rubber Estate Ltd v Pentadbir Tanah Rembau [2007] 5 CLJ 71

Kes ini berkaitan dengan seksyen 38(4) Akta

11. Kes Calamas v Pentadbir Tanah Batang Padang [2011] 5 CLJ 125
      Kes Polywell Development Sdn. Bhd v Pentadbir Tanah J. Bahru [2014] 5 CLJ 129

Kes-kes ini berkaitan dengan seksyen 40D dan seksyen 49(1) Akta

12. Kes Boustead Estate Agency Sdn. Bhd. V Pentadbir Tanah Baling [2007] 4 CLJ 375

Kes ini berkaitan dengan Perenggan 2 sub-perenggan 2(c) Jadual Pertama

13. Kes Ng Tiou Hong v Collector of Land Revenue Gombak [1984] 2 MLJ 35

Kes ini berkaitan Perenggan 1 Jadual Pertama Akta

14. Kes Lim Chee Cheng v Pentadbir Tanah Seberang Prai Tengah [1999] 4 MLJ 213

Kes ini berkaitan dengan Perenggan 2BA Jadual Pertama Akta

15. Kes Pentadbir Tanah Petaling v Swee Lin Sdn Bhd [1999] 3 MLJ 489

Kes ini berkaitan dengan Sub -perenggan 3A Jadual Pertama Akta

16. Kes Che Som binti Che Mat v Pentadbir Tanah Daerah Kerian [2014] 1 CLJ 575
 
Kes ini berkaitan dengan Perenggan 2(d) Jadual Pertama Akta

Ahad, 10 Mei 2015

Isu Perintah Pentadbir Tanah

Saya diminta oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang sebuah negeri untuk memberi pandangan berkaitan dengan isu pengambilan tanah yang berlaku dinegeri tersebut.

Isunya begini: Pada hari siasatan pengambilan tanah dijalankan, tuan tanah diwakili oleh seseorang (yang dikatakan sebagai waris) kerana tuan tanah  asal dikatakan telah meninggal dunia. Selepas siasatan pengambilan, Pentadbir Tanah memerintahkan supaya wang pampasan tersebut disimpan ke Amanah Raya Berhad. Setelah wang disimpan, peguam tuan tanah hadir dan menyatakan tindakan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah adalah tidak mengikut undang-undang kerana tuan tanah masih hidup  dan akan mengambil tindakan mahkamah. Seterusnya meminta supaya wang tersebut dikeluarkan dan dibayar kepada tuan tanah sebenar. 

Pandangan:

Tindakan Pentadbir Tanah mendepositkan pampasan ke Amanah Raya Berhad adalah satu tindakan yang betul mengikut Pekeliling KPTG BIl 39 Tahun 2009.

Perkara yang perlu disemak oleh Pentadbir Tanah adalah berkaitan dengan seksyen 10, seksyen 11, seksyen 52, seksyen 53 dan seksyen 54 Akta Pengambilan Tanah 1960. Sama ada seksyen-seksyen tersebut dipatuhi oleh Pentadbir Tanah. Jika dipatuhi, tindakan Pentadbir Tanah dalam menjalankan siasatan dan perintah ADALAH BETUL dan sebaliknya jika seksyen-seksyen tersebut TIDAK DIPATUHI, tindakan mahkamah yang akan diambil oleh tuan tanah akan memberi kesan kepada tindakan Pentadbir Tanah dan proses pengambilan tanah itu sendiri.

Seksyen 10 menghendakki Pentadbir Tanah menyempurnakan notis awam Borang E menurut seksyen 52 sebelum siasatan dibawah seksyen 12 dijalankan. Jika ini telah diambil tindakan, salinan-salinan notis Borang E hendaklah juga disampaikan kepada mereka-mereka yang dinyatakan dibawah seksyen 11(1) mengikut seksyen 53(1)(2)(3) dan (4). Jika ini juga telah dilaksanakan dengan sempurna oleh Pentadbir Tanah, maka tindakan Pentadbir Tanah menjalankan siasatan, perintah dan mendepositkan wang pampasan ADALAH BETUL DAN TIDAK BOLEH DICABAR DIMAHKAMAH.

Seperkara lagi, pihak yang hadir semasa siasatan yang mengaku sebagai waris, boleh diambil tindakan Mahkamah oleh Pentadbir Tanah KERANA MENIPU.