Rabu, 30 Disember 2015

Pengambilan Tanah Oleh PBT

Masih lagi terdapat perbezaan pendapat dikalangan pentadbiran tanah sama ada permohonan pengambilan tanah oleh pihak berkuasa tempatan diletakkan dibawah seksyen 3(1)(a) ATAU seksyen 3(1)(b) ATAU PUN seksyen 3(1)(c) Akta Pengambilan Tanah 1960.

Pandangan:

Permohonan pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Tempatan TIDAK BOLEH diletakkan di bawah seksyen 3(1)(a). Ini bermakna permohonan tersebut MESTI DILETAKKAN SAMA ADA DIBAWAH SEKSYEN 3(1)(b) ATAU (c) Akta Pengambilan Tanah 1960 berdasarkan bukti-bukti dibawah:

1. Berdasarkan seksyen 13 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):

'Every local authority shall be a body corporate and shall have perpetual succession and a common seal, which may be altered from time to time, and any sue and be sued, acquire, hold and sell property and generally do and perform such acts and things as bodies corporate may by law do and perform'

2. Berdasarkan seksyen 37(6) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

'Bagi maksud-maksus Akta Pengambilan Tanah, 1960 -

(a)  mana-mana tanah yang dicadangkan hendak diambil menurut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh pihakberkuasa perancangan tempatan itu;

(b) pihakberkuasa perancangan tempatan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbadanan yang mengusahakan sesuatu kerja bagi kemudahan awam; dan

(c)  tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan untuk maksud yang tersebut dalam seksyen 3(1)(b) Akta itu.

Perkataan 'kemudahan awam' dalam seksyen di atas ada dinyatakan dalam seksyen 2 Akta Pengambilan Tanah 1960 iaitu:

'Kemudahan awam termasuklah apa-apa jalan, landasan pengangkutan, bekalan air dan elektrik, talian paip gas, telekomunikasi, lampu jalan, sistem pembentungan, sistem perparitan, kerja-kerja awam dan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan awam yang serupa'

Khamis, 17 Disember 2015

Tindakan Selepas Ambil Milik

Ambil milik telah pun dibincangkan dalam posting yang terdahulu. Selepas ambil milik dilaksanakan, ada beberapa tindakan yang mesti diambil iaitu:

1. Permintaan Ukur bagi BAKI LOT jika pengambilan melibatkan sebahagian daripada lot. Perkara ini telah pun dibincangkan sebelum ini.

2. Selepas selesai ukuran semula adalah tindakan pengeluaran hakmilik sambungan bagi baki lot dan pengiraan cukai tanah.

3. Pelarasan bayaran pampasan beserta dengan caj bayaran lewat. Perkara ini juga telahpun dibincangkan sebelum ini.

4. Perizaban tanah jika pengambilan berbentuk jajaran seperti tebatan banjir, lebuhraya dan jalanraya yang baharu

5. Permohonan milik jika pengambilan melibatkan sesuatu kawasan

Kali ini perbincangan bertumpu kepada perkara 5 diatas. Perkara ini ada ditimbukan kepada saya semasa menyampaikan ceramah pada beberapa kursus yang lalu.

Isunya ialah:

Katakan pihak Perbadanan disesebuah negeri telah mengambil tanah seluas 500 ekar dan pengambilannya telahpun selesai sehingga 'ambil milik'. Boleh atau tidak Perbadanan tersebut memohon milik tanah tersebut DALAM BENTUK BEBERAPA LOT YANG BERASINGAN DAN BUKANNYA DALAM BENTUK SATU LOT 500 EKAR.

Pandangan:

Berdasarkan seksyen 66 Akta Pengambilan Tanah, setelah ambil milik secara rasmi telah berlaku, maka tanah tersebut terletakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai 'Tanah Kerajaan'. 'Tanah Kerajaan' ini hanya boleh di berimilik kepada PIHAK YANG MENGAMBIL TANAH TERSEBUT SAHAJA. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab agensi pemohon membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Dalam kes ini oleh kerana PEMOHON adalah sebuah Perbadanan, maka pada masa permohonan terdahulu, permohonannya diletakkan dibawah seksyen 3(1)(b) atau (c) bergantung kepada TUJUAN PENGAMBILAN TERSEBUT. Berdasarkan seksyen 3(3) Akta Pengambilan Tanah 1960, 

'Any application made under subsection (1)(b) or (c) shall be accompanied by -

(a) ............................................................;

(b) the layout and land acquisition plan;

(c) ............................................................; and

(c) ............................................................

Oleh yang demikian, pada pandangan saya, salah satu syarat permohonan dibawah seksyen ini adalah mesti sertakan 'the layout plan' seperti di dalam seksyen 3(3)(b) di atas adalah bertujuan untuk membolehkan layout plan yang sama juga digunakan untuk permohonan hakmilik. 

Isnin, 7 Disember 2015

Isu Pengeluaran Borang K

Baru baru ini saya menerima pertanyaan dari sebuah pejabat tanah di Johor dan saya rasa perkara yang sama juga dialami oleh pejabat- pejabat tanah dan JKPTG yang lain.

'Pengambilan tanah telah selesai sehingga pembayaran pampasan dalam tahun 2012 yang lalu, tetapi sehingga kini (2015) Borang K masih belum dikeluarkan dan dengan itu belum diendors. Isu nya ialah jika sekarang (2015), Pentadbir Tanah bercadang untuk mengeluarkannya, siapa yang perlu menandatangani Borang K tersebut sama ada Pentadbir Tanah sekarang atau Pentadbir Tanah terdahulu yang telah bertukar dan bilakah pula sepatutnya tarikh Borang K tersebut, sama ada tarikh sekarang atau tarikh yang dikebelakangkan'

Pandangan:

Sepertimana dalam posting saya yang terdahulu, telah saya nyatakan iaitu apabila Borang K dikeluarkan, diserahkan tanah tanah tersebut akan terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai 'Tanah Kerajaan' sepetimana yang dinyatakan dibawah seksyen 22 Akta Pengambilan Tanah. Dengan yang demikian jika Borang K belum dikeluarkan dan diserahkan, bermakna 'tanah tersebut masih belum terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri'. 

Selain daripada itu TARIKH PENYERAHAN BORANG K JUGA YANG MENENTUKAN 'GENAP MASA' UNTUK MENENTUKAN BERMULANYA PENGIRAAN CAJ BAYARAN LEWAT  sepertimana yang dinyatakan dibawah seksyen 32 Akta Pengambilan Tanah. Terdapat DUA kes Mahkamah yang telah saya nyatakan dalam posting terdahulu berkaitan dengan hal tersebut.

Mengenai isu yang dibangkitkan, pada pandangan saya PENTADBIR TANAH SEKARANG yang sepatutnya MENGELUAR DAN MENANDATANGANI BORANG K dan tarikh Borang K ADALAH TARIKH BELIAU TANDA TANGAN SEKARANG. Jika Pentadbir Tanah sekarang tanda tangan dengan TARIKH DIBELAKANGKAN, IANYA TIDAK SAH KERANA PADA KETIKA ITU BELIAU BELUM LAGI DIWARTAKAN SEBAGAI PENTADBIR TANAH. Sebaliknya jika beliau sememangnya telah diwartakan sebagai Pentadbir Tanah untuk seluruh negeri sebelum ini, juga tidak berkaitan jika untuk tujuan pengiraan caj bayaran lewat disebabkan faktor seperti yang saya nyatakan dengan huruf besar bewarna merah dalam ayat di atas.

Selain daripada itu, jika Pentadbir Tanah yang lama dan masih diwartakan sebagai Pentadbir Tanah daerah yang mana kes ini berlaku juga boleh menanda tangani Borang K dengan tarikh semasa dan BUKANNYA TARIKH YANG DIBELAKANGKAN.

OLEH YANG DEMIKIAN, JIKA INI YANG BERLAKU, TUAN PUNYA TANAH AKAN MENGALAMI KERUGIAN JIKA TERLIBAT DENGAN PENGIRAAN CAJ BAYARAN LEWAT. DENGAN ITU ADALAH DIINGATKAN SUPAYA PENTADBIR TANAH MENGAMBIL PERHATIAN SUPAYA BORANG K HENDAKLAH DIKELUAR DAN DISERAHKAN PADA MASA SEPERTIMANA YANG DINYATAKAN DIBAWAH SEKSYEN 18 AKTA PENGAMBILAN TANAH.

Selasa, 1 Disember 2015

Ambil Milik - Tarikh Borang K atau Tarikh Serah atau Tarikh Endorsan

Sehingga sekarang masih menjadi pertikaian mengenai TARIKH AMBIL MILIK sama ada TARIKH  BORANG K DITANDATANGANI ATAU TARIKH BORANG K DI SERAHKAN ATAUPUN TARIKH ENDORSAN BORANG K TERSEBUT. Ini penting kerana ianya melibatkan pengiraan Late Payment Charges di bawah seksyen 32(1), (1B), (1C), 2 dan seksyen 48. Juga isu penarikan balik dari pengambilan dibawah seksyen 35(1) Akta Pengambilan Tanah.

PANDANGAN

Berdasarkan seksyen  22 (1) Akta Pengambilan Tanah 1960:

'The Land Administrator shall take formal possession (ambil milik secara rasmi/sah) of any schedules land by serving upon the occupier thereof or, if he cannot be found, by posting thereon, anotice in Form K'

Perenggan 22.1 Manual Pengambilan Tanah:

Makna mengambil milik tanah atau taking possession of land ialah apabila notis Borang K dikeluarkan dan dihantar oleh Pentadbir Tanah kepada penduduk atas tanah itu atau jika penduduk tidak dapat ditemui, dengan menampalkan Borang K di atas tanah berkenaan. Fahaman yang mengatakan bahawa mengambil milik tanah atau taking possession of land hanya akan bermula mulai dari tarikh Borang K itu dibuat memorial atau endorsan di dalam dokumen hakmilik daftar ADALAH TIDAK BETUL DAN SALAH.

Berdasarkan penghakiman kes Koriah bt Sudar v Pentadbir Tanah Kuala Langat [2013] 3 MLJ 695, YA Hakim Azahar Mohamed, YA Hakim Lim Yee Lan dan YA Hakim Zawawi Salleh JJCA memutuskan:

[24]  We accordingly ordered that interest at 8%pa be paid on the sum of RM43,610, being the additional compensation awarded by the learned JC, from 5 October 2000 (date of the issuance of 'Borang K') to 11 July 2012 (the date of the sum RM43,610 credited into the appellant's solicitors client's account)

Keputusan di atas dibuat berdasarkan seksyen 48 Akta:

Wee agreed with the submission. Section 48 of the Act provides as follows:


If the sum which in the opinion of the Court the Land Administrator ought to have awarded as compensation is in excess of the sum which the Land Administrator did award as compensation, the award of the Court may direct that the Land Administrator Land Acquisition 43 shall pay late payment charges on such excess at the rate of eight per cent per annum from the date on which the Land Administrator took possession of the land to the date of payment of such excess to the Court or to the person interested. 

Berdasarkan penghakiman kes Ishmael Lim Abdullah v Persuruhjaya Tanah Persekutuan & Anor [2014] 7 CLJ 882 pula, YA Hakim Raus Sharif PCA, YA Hakim Abdul Malik Ishak JCA dan YA Hakim Mah Weng Kwai JCA memutuskan:

[39] We are of the view that upon the issuance of Borang K on 11 Mac 1974, the land had vasted in the State Authority ..................................................................................................

BERDASARKAN BUKTI-BUKTI DI ATAS SAYA BERPENDAPAT TARIKH AMBIL MILIK TANAH ADALAH BERMULA DARI TARIKH BORANG K DI SERAHKAN KEPADA ORANG YANG BERKEPENTINGAN