Ahad, 24 April 2016

Isu Pengambilan Melebihi Pewartaan

Tanah ini telah terlibat dalam satu projek pengambilan untuk maksud pembinaan Jalan lencongan barat Pekan Semeling pada tahun 2006. Semasa pengambilan tahun 2006, pihak juruukur kerajaan telah membuat kesilapan dalam pengukuran. Akibatnya, tuan tanah hanya terima pampasan untuk keluasan 24,972.27 kaki persegi sahaja (dan sebanyak keluasan 32,507.01 kaki persegi telah diabaikan and ditinggalkan----jumlah sebenar yang terlibat dalam pengambilan tanah ini adalah 57,479.28 kaki persegi)

Setelah tuan tanah membuat aduan serta mengikuti segala perkembangan di Pejabat Tanah dan pejabat JKR, pihak-pihak yang terlibat telah mengakui kesilapan mereka. Kini pihak berkuasa telah membuat warta baru untuk mengambil keluasan tanah yang tertinggal iaitu keluasan 32,507.01 kaki persegi pada tarikh 3 March. Di sini saya ada beberapa kemusykilan hendak mendapatkan pendapat tuan :-

1) Dalam kes sebegini, saya akan membuat penilaian dan mendapatkan Current Market Value (harga semasa mengikut tarikh warta baru iaitu 3hb March) untuk pampasan tanah itu....pada masa yang sama, boleh tak saya membuat tuntutan bagi pihak tuan tanah bayaran lewat 8% setahun dari tahun 2006 berdasarkan harga lama (iaitu bayaran pampasan pada tahun 2006)?

2) Sekiranya saya tidak boleh membuat tuntutan bayaran lewat 8% setahun itu sebab takut berlakunya Double Counting di sini....boleh tak saya membuat tuntutan bagi pihak tuan tanah satu jumlah pampasan yang berdasarkan pencerobohan (trespassing) oleh pihak JKR selama sepuluh tahun ini kerana telah menggunakan tanah untuk maksud jalan itu sebelum membuat pengambilan secara rasmi? Untuk pengetahuan En Baharuddin, tuan tanah adalah pengusaha stesen minyak dan buat masa sekarang beliau memiliki dua stesen minyak di Sungai Petani. Dengan keadaan sebegini dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, tuan tanah tidak dapat membuat permohonan bagi membina satu stesen minyak di atas tanah tersebut selama sepuluh tahun seperti yang telah dirancang.

3) Kalau saya boleh menuntut dua perkara di atas...Boleh tak saya membuat tuntutan bagi pihak tuan tanah mengenai kerosakan akibat pengasingan dan kerosakan akibat mudarat dalam kes ini?

Pandangan

1. Tindakan Pentadbir Tanah mewartakan semula pengambilan untuk baki yang tidak dibayar pampasan adalah TINDAKAN YANG BETUL berdasarkan seksyen 14(4) dan seksyen 28 Akta Pengambilan Tanah 1960. Oleh yang demikian tuan tanah TIDAK BOLEH MENUNTUT CAJ BAYARAN LEWAT 8% sebagaimana yang dinyatakan. Ada juga yang berpendapat sebaliknya JIKA PENGAMBILAN SEMULA TIDAK DIBUAT, tuan tanah boleh menuntut pampasan tambahan beserta caj bayaran lewat tersebut.

2. Pada pandangan saya oleh kerana JKR telah menggunakan tanah tersebut, tuan punya tanah BOLEH MENUNTUT BAYARAN PENGGUNAAN TANAH BERMULA DARI TARIKH SERAH BORANG K DAHULU HINGGA PENGAMBILAN SEMULA. Perkara ini hendaklah dibincangkan dalam siasatan yang akan datang.

3. Bayaran pengasingan tanah hanya boleh dibuat JIKA JALAN YANG DIBINA MENYEBABKAN TANAH TERBAHAGI KEPADA DUA LOT ATAU LEBIH.

Mengenai pembinaan stesen minyak yang baharu, gantirugi boleh dituntut JIKA IANYA DAPAT DIBUKTIKAN sepert bayaran penyediaan pelan dan bayaran-bayaran yang lain

Ahad, 10 April 2016

Bilakah Bermulanya Prosiding Pengambilan

Saya menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai undang undang dari Pejabat Penasihat Undang Undang Negeri Melaka bertanyakan mengenai seksyen 8(4) Akta Pengambilan Tanah dan bila prosiding pengambilan bermula.

PANDANGAN

Terlebih dahulu kita perhatikan seksyen 8(4) dibawah

'A declaration under subsection (1) shall lapse and cease to be of any effect on the expiry of two years after the date of its publication in the Gazette in so far as it relates to any land or part of any land in respect of which the Land Administrator has not made an award under subsection 14(1) within the said period of two years, and, accordingly, ALL PROCEEDINGS ALREADY TAKEN OR BEING TAKEN ......................

Berdasarkan seksyen tersebut, jika perintah tidak dibuat dalam tempoh DUA TAHUN dari tarikh warta, semua prosiding yang telah diambil dan yang akan diambil adalah terbatal dan tidak berkuatkuasa. Berdasarkan pandangan daripada YB Penasihat Undang Undang Negeri Perak, hanya prosiding yang terbatal TETAPI KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI MASIH BERKUATKUASA. Oleh yang demikian, jika agensi pemohon yang sama ingin meneruskan pengambilan, Pejabat Tanah perlu mengambil tindakan UNTUK MEWARTAKAN SEMULA PENGAMBILAN TERSEBUT DIBAWAH SEKAYEN 8 dan meneruskan prosiding pengambilan.

Prosiding pengambilan tanah bermula dengan PENGELUARAN NOTIS AWAM BORANG E. Ini dijelaskan dibawah seksyen 10(1) Akta Pengambilan Tanah 1960

'The Land Administrator shall, having completed the action required by section 9, commence proceedings for the acquisition of the land by giving public notis in Form E in the manner prescribed by section 52 and .......................'

Oleh yang demikian, apabila perintah tidak dibuat dalam tempoh 2 tahun dari tarikh warta dan PENGAMBILAN HENDAK DITERUSKAN Pertadbir Tanah tidak perlu mendapat kelulusan semula dari Pihak Berkuasa Negeri. Pentadbir Tanah hanya perlu mewartakan semula dibawah seksyen 8 DAN TINDAKAN SETERUSNYA ADALAH MENGELUARKAN NOTIS AWAM BORANG E MENGIKUT SEKSYEN 10, NOTIS BORANG E MENGIKUT SEKSYEN 11 dan tindakan tindakan yang sererusnya mengikut Akta.