Isnin, 15 Februari 2016

Isu Selepas Warta Seksyen 8

Masih lagi terdapat dikalangan peserta Kursus Pengambilan Tanah yang bertanyakan masalah berkaitan dengan  pewartaan seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960. Baru baru ini semasa berceramah di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) salah seorang peserta bertanyakan hal tersebut.

Terdapat beberapa keadaan yang menjadi isu selepas sahaja pengisytiharan di bawah seksyen 8 diterbitkan:


1. Warta seksyen 8 belum luput, pemohon ingin membuat penarikan 

2. Warta seksyen 8 luput dan pengambilan tidak diteruskan

3. Warta seksyen 8 luput dan pengambilan ingin di teruskan

1. WARTA SEKSYEN 8 BELUM LUPUT, PEMOHON INGIN MEMBUAT PENARIKAN

Berdasarkan Perenggan 10.1 Pekeliling Persuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1 Tahun 2003, 'Sekiranya sesuatu permohonan ingin dibatalkan atau di tarik balik atau di tangguh, AGENSI PEMOHON HENDAKLAH MEMBERITAHU SECARA BERTULIS HASRAT TERSEBUT DENGAN MENYATAKAN SEBAB-SEBAB.

Perenggan 24.1 MANUAL PENGAMBILAN TANAH:

'Seksyen 35(1) APT 1960 memperuntukkan bahawa PBN boleh menarik balik pengambilan ke atas mana-mana permohonan YANG BELUM LAGI DIAMBIL MILIK. Dengan lain perkataan jika notis Borang K BELUM LAGI DISERAHKAN KEPADA PENDUDUKMAKA PENTADBIR TANAH BOLEH MENCADANGKAN KEPADA PBN SUPAYA MENARIK BALIK PENGAMBILAN.'

Perenggan 24.2

'Apabila pengambilan di tarik balik, Pentadbir Tanah hendaklah mengambil beberapa tindakan seperti yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen 35(2), (3) dan (4) APT 1960. Tindakan perlulah diambil untuk siarkan penarikan balik itu di dalam Warta Kerajaan. Perlu juga diingatkan seksyen 35(2) menyatakan bahawa Pentadbir Tanah perlu menentukan amaun pampasan kerana penarikan itu apa-apa kerosakan yang berlaku.'

2. WARTA SEKSYEN 8 LUPUT DAN PENGAMBILAN TIDAK DITERUSKAN

Isu ini telah pun diputuskan dalam kes Straits Credits Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Daerah WP Kuala Lumpur [1994] 2 CLJ 855

Dalam penghakimannya YA Hakim Dato' Wan Adnan Bin Ismail menyatakan:

'The act makes no provision as to payment of any compensation in the event of a lapse of declaration under s. 8(4). The effect of a lapse is that all acquisition proceedings in respect of the land in queation come to an end. The effect is the same when the State Authority withdraws from the acquisition under section 35(1) of the Act. Should the consequence be different? In my opinion s 35 should be given a liberal interpretation. The consequence of a lapse under s 8(4) should be the same as a withdrawal under s 35 of the Act. The rights landowners in both situations should not be different. If the issue of compensation does not arise in the event of a lapse under s 8(4), then whenever the State Authority decides not to proceed with any aquisition, the State Authority will almost certainly always allow the declaration to lapse rather than withdraw the acquisition under s 35(1). In my view s 35(2) of the Act is also applicable when the acquisition lapses under s 8(4).'

Berdasarkan kes tersebut:

Akta Pengambilan Tanah 1960 di pinda dengan memasukkan seksyen 8(5)

'(5) Where the declaration under subsection (1) has lapsed, sections 35(2), (3) and (4) shall apply with the necessary modifications'

Cuba kita perhatikan pula perenggan 24.5 Manual Pengambilan Tanah:

Bagi pengisytiharan pengambilan tanah dibawah seksyen 8 yang telah luput (tidak disusuli dengan perintah bertulis Borang G), tindakan yang serupa mengikut seksyen kecil 35(2), (3) dan (4) APT 1960 membayar apa-apa kos bersama dengan pampasan kerosakan hendaklah juga diambil dengan penyesuaian yang perlu. Walau bagaimanapun siaran dalam warta kerana luput tempoh tersebut TIDAK PERLU DIBUAT oleh Pentadbir Tanah. Dalam hubungan ini Pentadbir Tanah HENDAKLAH MENGAMBIL TINDAKAN MEMBATALKAN SAHAJA MEMORIAL ATAU ENDORSAN PADA DOKUMEN HAKMILIK DAFTAR CADANGAN PENGAMBILAN ITU ATAU ENDORSAN BORANG K DIBAWAH SIJIL PERAKUAN SEGERA kerana telah tidak berkuatkuasa lagi mengikut kuasa di bawah seksyen 381 KTN 1965.

Pandangan:

1. Dalam kes di atas YA Hakim menyatakan kesan luput warta seksyen 8 ADALAH SAMA dengan penarikan dibawah seksyen 35(1) dan cuba lihat ayat ini pula  'If the issue of compensation does not arise in the event of a lapse under s 8(4), then whenever the State Authority decides not to proceed with any aquisition, the State Authority will almost certainly always allow the declaration to lapse rather than withdraw the acquisition under s 35(1)'. Oleh kerana kesannya sama dan maksud ayat tersebut, sepatutnya apabila luput warta seksyen 8 MESTI JUGA DIWARTAKAN PENARIKANNYA.

2. Siapakah Pentadbir Tanah baharu yang berani menggunakan seksyen 381 KTN jika endorsan Borang D telah lama dibuat kerana ada kes Borang D diendorskan 10 atau 20 tahun yang lalu kerana ada endorsan yang telah dibuat PENGAMBILAN DITERUSKAN dan ada endorsan dibuat tetapi PENGAMBILAN TIDAK DITERUSKAN Perkara ini banyak ditanyakan kepada saya dalam setiap ceramah pengambilan tanah kepada Pegawai dan Kakitangan Pentadbiran Tanah. Bagi kes kes pengambilan yang terkini tidak menjadi masalah kepada Pentadbir Tanah menggunakan seksyen 381 tersebut.

3. Berdasarkan seksyen 35(1) PBN hanya boleh membuat penarikan daripada pengambilan SEBELUM AMBIL MILIK (Pengeluaran dan penyerahan Borang K - cuba lihat kes Ishmael Lim Abdullah v PTP & Anor [2014] 7 CLJ 882). Dalam isu ini siapakan Pentadbir Tanah yang berani menggunakan seksyen 381 KTN, tambahan pula BORANG K TELAHPUN DIENDORSKAN.

PADA SAYA, UNTUK MENGATASI MASALAH DI ATAS PENTADBIR TANAH SEPATUTNYA MEMOHON KEPADA PBN SUPAYA MENARIK BALIK PENGAMBILAN DAN SETERUSNYA  MEWARTAKAN PENARIKAN TERSEBUT.


3. WARTA SEKSYEN 8 LUPUT TETAPI PENGAMBILAN INGIN DITERUSKAN

Cuba perhatikan Perenggan 10.2 kepada Pekeliling Persuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1 Tahun 2003

'Bagi permohonan penangguhan, agensi pemohon diingatkan bahawa pengisytiharan di bawah seksyen 4 dan seksyen 8 akan masing-masing luput kuatkuasanya selepas 1 tahun (sebenarnya 12 bulan mengikut Akta) dan 2 tahun dari tarikh pewartaan. Sebarang permohonan  yang tertangguh melebihi tempoh tersebut hendaklah dipohon semula sebagai satu permohonan baharu, jika cadangan pengambilan ingin diteruskan kelak'

Cuba perhatikan pandangan YB PUU Negeri Perak melalui suratnya kepada Pengarah Tanah dan Galian Perak PU.PK. 39/81 Klt. 4 Bertarikh 27 Mac 1996 dibawah

'4 Lanjutan daripada itu, adalah pandangan saya bahawa di mana pengambilan tersebut adalah terluput dibawah seksyen 8(4) kelulusan Pihak Berkuasa Negeri tidaklah diperlukan sebab kelulusan tersebut berterusan. Hanya prosiding berhubung dengan pengisytiharan tersebut yang terhenti dan ini tidak menghalang pewartaan semula pengisytiharan itu jika niat pengambilan itu berterusan dan tidak dapat diteruskan buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu. Semakan dengan negeri lain menunjukkan ia boleh berlaku dalam keadaan 'acquirer' teragak-agak dengan viabiliti projek yang hendak dilaksanakan atau kos pengambilan melebihi peruntukan yang ada menyebabkan penyiasatan tidak dijalankan dalam tempoh 2 tahun tersebut.'

Berdasarkan pandangan PUU Pk itu, jika warta seksyen 8 luput dan agensi pemohon ingin meneruskan pengambilannya, PERMOHONAN YANG BAHARU UNTUK KELULUSAN PBN TIDAK PERLU DIBUAT hanya beritahu Pentadbir Tanah dan PENTADBIR TANAH HENDAKLAH MENGURUSKAN PEWARTAAN SEKSYEN 8 YANG BAHARU.


Ahad, 7 Februari 2016

Cara Pengisian Borang D dan Kenapa

Borang  D

Akta Pengambilan Tanah 1960
(Seksyen 8)

PENGISYTIHARAN PENGAMBILAN YANG DICADANGKAN

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa tanah-tanah dan kawasan-kawasan yang tertentu yang dinyatakan dalam Jadual kepadanya adalah diperlukan bagi maksud yang berikut:

Pengambilan Tanah di Bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486) Bagi Tujuan Pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat Dari Teluk Intan Ke Changkat Jering Perak Untuk Lembaga Lebuhraya Malaysia

2.         Suatu pelan tanah dan kawasan tertentu yang dinyatakan itu boleh diperiksa semasa waktu kerja biasa di Pejabat Tanah bagi Daerah di mana terletaknya tanah dan kawasan.


Bertarikh pada ………… haribulan …………………… 20 ………..


                                                                     …………………..........................
                                                                           Pengarah Negeri

[Jadual seperti dalam Borang C, dipinda, jika perlu, menurut keputusan Pihak Berkuasa Negeri]


Daripada pemerhatian saya sejak menjadi tenaga pengajar di INSTUN dan selepas bersara, saya dapati pengisian Borang D terutamanya diruangan kosong iaitu maksud/tujuan pengambilan tanah seperti TULUSAN BEWARNA MERAH DALAM CONTOH BORANG D DI ATAS adalah berbeza antara satu negeri dan satu negeri yang lain. Saya mencadangkan supaya contoh tujuan pengambilan seperti DALAM BORANG D DI ATAS boleh dijadikan panduan kepada semua Pentadbir Tanah semasa menyediakan Borang D. Walaupun pada pandangan sesetengah pihak ianya perkara yang remeh TETAPI PADA SAYA IANYA ADA KAITAN SECARA LANGSUNG DENGAN SEKSYEN 3, SEKSYEN 25 AKTA PENGAMBILAN TANAH DAN PERINTAH KANUN TANAH NEGARA (BAYARAN UKUR) 1965

Sepertimana kita sedia maklum seksyen 3 Akta terbahagi kepada 3 iaitu (a), (b) atau (c) dimana setiap satunya menentukan PEMOHON DAN TUJUAN PENGAMBILAN TANAH TERSEBUT sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Oleh itu sepatutnya Pentadbir Tanah dapat menentukan sesuatu permohonan pengambilan itu hendak diletakkan dibawah seksyen 3(1)(a) ATAU 3(1)(b) ATAU 3(1)(c). Ini kerana terdapat kes Mahkamah yang telah diputuskan sebelum ini seperti KES KUALA LUMPUR KEPONG BHD V PENTADBIR TANAH JAJAHAN TANAH MERAH & ANOR [2015] 6 CLJ 1 yang ada kaitan dengan isu yang dibincangkan.

Seksyen 25 Akta pula adalah mengenai PENGUKURAN SEMULA BAKI LOT YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PENGAMBILAN.  Pentadbir Tanah dikehendaki menyediakan Permintaan Ukur kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) atau PEMOHON SENDIRI menggunakan khidmat Juruukur Tanah Berlesen. Sepertimana kita sedia maklum pengukuran yang akan dijalankan akan dikenakan BAYARAN UPAH UKUR sebagaimana yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Daripada TAJUK BORANG D YANG DISEDIAKAN kita dapat tahu siapa yang membuat pengambilan tanah tersebut dan seterusnya kita dapat tentukan sama ada ukuran yang akan dijalankan nanti AKAN DIKENAKAN BAYARAN UPAH UKUR ATAUPUN TIDAK. Ini kerana berdasarkan  PERINTAH KANUN TANAH NEGARA (Bayaran Ukur) 1965 oleh MENTERI melalui Warta Persekutuan P.U 486/1965, PERINTAH KANUN TANAH NEGARA (Bayaran Ukur) (Pindaan) 1969 dan 1981 melalui Warta Persekutuan P.U (A) 428/1969 dan P.U (A) 357/1981, Pengarah Tanah dan Galian Negeri diberikuasa untuk meremit dan mengecualikan bayaran ukur berhubung dengan perkara berikut:

1. Urusan yang terlibat dengan skim atau projek yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk kegunaan awam (public purpose);

2. Urusan yang terlibat dengan penyerahan sebahagian tanah berimilik untuk kegunaan awam;

3. Urusan yang terlibat dengan projek perumahan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau perbadanan yang diberikuasa oleh undang-undang persekutuan atau negeri dan diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai projek kos rendah.

Daripada tajuk Borang D seperti contoh di atas KITA DAPAT KENALPASTI BAHAWA PENGAMBILAN TERSEBUT DIBUAT OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN MELALUI LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA UNTUK MAKSUD AWAM DAN SETERUSNYA APABILA PERMINTAAN UKUR DIBUAT NANTI BAYARAN UPAH UKURNYA BOLEH DIKECUALIKAN OLEH PENGARAH NEGERI BERDASARKAN KENYATAAN NO 1 DI ATAS DAN SEBALIKNYA JIKA PENGAMBILAN TANAH DIBUAT DIBAWAH S 3(1)(b) ATAU (C) OLEH PIHAK SELAIN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN ATAU KERAJAAN NEGERI, BAYARAN UPAH UKUR TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN