Isnin, 15 Ogos 2016

Siasatan Terus/Ringkas (Summary Enquiry)

Siasatan Ringkas yang dinyatakan dalam seksyen 17 (Satu seksyen sahaja) Bahagian III Akta Pengambilan Tanah 1960, masih dikekalkan walaupun pindaan kepada Akta tersebut telah diluluskan. Pada pandangan saya siasatan ringkas yang menggantikan siasatan dibawah seksyen 12 (yang mengambil masa yang lama tidak kurang 21 hari dari tarikh notis awam Borang E) Akta boleh dijalankan disebabkan perkara berikut:

1.   Orang yang berkepentingan terlalu ramai, atau
2. Kawasan yang terlibat dengan pengambilan kecil sahaja jika award dibuat berasingan dan
3.  Peruntukan yang disediakan perlu dibelanjakan dengan segera dalam bentuk tunai mungkin disebabkan bencana alam (Ini pandangan bekas Pengarah Seksyen Pengambilan Tanah - Tuan Hj Mohd Said yang juga penceramah Akta Pengambilan Tanah 30 tahun dahulu)

Prosedur:

1. Notis Borang E telahpun disampaikan

2. Siasatan meliputi:

a. kepentingan semua pihak yang menuntut pampasan
b. siapa yang berhak mendapat pampasan
c. bantahan oleh orang yang ada kepentingan jika ada

3. Selesai siasatan, Pentadbir Tanah akan membuat award lisan (make an oral award)  dalam bentuk tawaran pampasan kewangan (form of a monetary) atau selainnya kepada setiap orang yang pada pendapatnya  berhak kepada award tersebut.

4. Selesai award lisan, Pentadbir Tanah hendaklah merekodkan sama ada menerima atau menolaknya dalam Borang G

5. Jika award tersebut diterima, Pentadbir Tanah akan mengarahkan hakmilik tanah diserahkan dengan serta merta dan seterusnya apabila hakmilik diserahkan, Pentadbir Tanah akan membuat bayaran kepada setiap orang yang berkepentingan tanpa perlu mengeluar dan menyerahkan Borang H. Inilah yang membuktikan pampasaan yang dibayar adalah dalam bentuk tunai

6. Apabila bayaran pampasan telah dibuat, tanah tersebut telahpun diambil milik pada tarikh pembayaran TANPA PERLU MENGELUAR DAN MENYERAHKAN BORANG K dibawah seksyen 22

7. Jika award ditolak oleh orang berkepentingan ATAU orang berkepentingan tidak menghadiri siasatan, siasatan ditangguhkan dan Pentadbir Tanah meneruskan siasatan mengikut seksyen 12 Akta ATAU mendepositkan ke Mahkamah mengikut seksyen 29(2) Akta. 

Ahad, 14 Ogos 2016

Seksyen seksyen APT Kurang Diberi Perhatian

Di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, ada seksyen seksyen yang kurang diambil perhatian oleh penceramah atau pelaksana  Akta tersebut sama sama ada di Pentadbiran Tanah dan juga JKPTG.

Antara seksyen seksyen tersebut:

1. Seksyen 37(3) - bagi permohonan pengambilan YANG BUKAN UNTUK KEMUDAHAN AWAM, TIDAK LAYAK MEMBUAT BANTAHAN KE MAHKAMAH dibawah seksyen 37

2. Seksyen 57 iaitu Pendudukan atau Penggunaan Sementara Tanah (Temporary Occupation or Use Of Land). Tujuan adalah:

(a) bagi apa apa maksud yang dinyatakan dalam seksyen 3 atau

(b) untuk menjalankan kerja kerja awam di atas mana mana tanah.

3. Seksyen 64 - Sesiapa yang menghalang penyampaian notis dibawah seksyen 53(1) ; menghalang mana mana pegawai atau orang yang diberikan notis Borang B untuk jalankan apa-apa kerja atau memusnahkan, merosak atau mengubah apa apa tanah yang dibuat, jika disabitkan boleh dipenjara tidak lebih 6 bulan atau dedda tidak lebih RM5,000.00 atau kedua-dua nya sekali.

4. Seksyen 65 - Kos dan belanja belanja yang dilakukan oleh Pentadbir Tanah dalam mengambil tanah hendaklah ditanggung oleh Kerajaan Negeri atau jika tanah diambil, digunakan atau diduduki bagi pihak orang atau perbadanan oleh orang atau perbadanan tersebut.

5. Seksyen 67 - Orang yang membuat tuntuan keatas award boleh mendapatkan salinan award tersebut dan hendaklah tidak berkewajiban membayar apa apa fee

6.  Seksyen 68A - Kegagalan menggunakan tanah itu untuk maksud asal tanah itu diambil, melupuskannya atau menjalankan urusniaga sama ada oleh Pihak Berkuasa Negeri  atau oleh Kerajaan, orang atau perbadanan bagi pihak tanah itu diambil tidak membatalkan pengambilan tersebut