Jumaat, 11 Oktober 2024

Makluman

Jika perlukan pandangan atau perlu perkongsian ilmu boleh lah hubungi:

Tel: 017 2921636

Fb : Baharuddin Md. Yusuf

email : bahayus54@gmail.com

Sabtu, 23 Mac 2024

Kes Mahkamah - Ambil Milik

PANDANGAN TUAN JAIYA BIN ABU

Pada 21hb Mac 2024 yang baru lalu, Bahagian & Jabatan saya iaitu Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah (BPPT), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) ada menganjurkan webinar bertajuk "Pengambilmilikan dan Pengambilmilikan Rasmi - Menyingkap Kes Mahkamah Rayuan:

PNSB Acmar Sdn Bhd lwn Pentadbir Tanah Klang, Pengarah Tanah Galian Selangor dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan". Kes itu adalah permohonan semakan kehakiman berkaitan penarikan pengambilan tanah oleh Pentadbir Tanah Klang (withdrawal from land acquisition). Pengambilan tanah diuruskan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Selangor kerana melibatkan projek Kerajaan Persekutuan iaitu Projek LRT 3 di Daerah Klang, Selangor. 

Kes berkisar tentang bantahan tuan punya tanah iaitu PNSB Acmar Sdn Bhd yang mencabar tindakan Pentadbir Tanah Klang dan Kerajaan Negeri Selangor (pihak-pihak yang terlibat sebenarnya adalah Kerajaan Persekutuan) menarik (withdrew) pengambilan tanah di bawah seksyen 35 Akta Pengambilan Tanah 1960 walaupun pada ketika itu pengambilmilikan rasmi (formal possession) di bawah seksyen 22 APT 1960 belum berlaku. Di dalam kes tersebut, walaupun pengambilmilikan rasmi belum berlaku, namun pengambilan di tapak atau site possession sudah berlaku. Pada tuan punya tanah, tindakan pihak Kerajaan itu bersalahan dengan peruntukan Akta dan tuan punya tanah mendakwa penarikan tidak sepatutnya dilakukan kerana pengambilan telah berlaku. 

Kes tersebut pada mulanya difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan keputusannya memihak kepada tuan punya tanah. Kerajaan tidak berpuas hati dan kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan yang kemudiannya juga memihak kepada tuan punya tanah. Terkilan dengan keputusan Mahkamah Rayuan, pihak Kerajaan memfailkan permohonan untuk merayu (leave for appeal) di Mahkamah Persekutuan yang akhirnya telah menolak permohonan daripada pihak Kerajaan. 

Withdrawal from acquisition

35. (1) The State Authority shall be at liberty to withdraw from the 

acquisition of any land of which possession has not been taken.

General power to take possession

18. The Land Administrator may take possession—

(a) of any land in respect of which an award has been made under section 14, such possession being taken at the time 

of the service upon the occupier of such land of a notice in Form H, or at any time thereafter;

(b) of any land specified in a Certificate of Urgency issued under section 19, whether or not any award has been made in respect of such land:

Formal possession

22. (1) The Land Administrator shall take formal possession of any scheduled land by serving upon the occupier thereof or, if he cannot be found, by posting thereon, a notice in Form K.

Sebelum-sebelum ini saya ada terima beberapa soalan yang bertanyakan pandangan saya mengenai bilakah sebenarnya Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh melakukan penarikan dan apakah yang dimaksudkan dengan possession atau pengambilmilikan di bawah seksyen 35 APT tersebut. 

Pandangan saya begini:

Memang sejak dari dulu kita mengganggap pengambilmilikan atau mengambil milik hanyalah melalui Borang K menurut seksyen 22 APT. Lazimnya bila Borang K telah dikeluarkan bermakna pampasan telah dibayar atau bila ada Borang I iaitu perakuan kedesakan, siasatan dan pampasan akan dibuat kemudian. 

Sebagaimana yang dikongsikan sebelum ini mengenai kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu Fun Fatt Sdn Bhd lwn Pentadbir Tanah Kuala Lumpur yang memutuskan penarikan balik di bawah seksyen 35 tidak boleh dibuat sekiranya Borang H iaitu tawaran award pampasan telah dikeluarkan dan ini mengambil kira peruntukan seksyen 18 APT mengenai masa paling awal pengambilmilikan boleh berlaku adalah semasa pengeluaran Borang H tanpa mengambil kira kes bila mana Borang I digunakan. 

Secara peribadi saya bersetuju dengan keputusan kes Mahkamah seperti itu bahawa apabila ada pengambilmilikan tapak atau site possession atau apabila Borang H telah dikeluarkan, penarikan sepatutnya tidak boleh dilakukan walaupun Borang K belum dikeluarkan.

 Justifikasi saya adalah seperti berikut:

1. Apa alasan yang boleh dipertimbangkan oleh Pentadbir Tanah ataupun Pihak Berkuasa Negeri untuk melayan permohonan penarikan selepas Borang H dikeluarkan? Tak cukup peruntukan kewangan? Perubahan tapak atau jajaran?Alasan-alasan tersebut tak wajar ditimbulkan pada ketika tawaran award pampasan telah dikeluarkan. Tidak wajar sama sekali bagi PBN untuk menarik pengambilan pada ketika proses telah 50% selesai. Di mana pengakuan atau integriti agensi pengambil yang pada awalnya telah memberikan aku janji peruntukan kewangan adalah mencukupi, tapak atau jajaran sudah muktamad selepas pewartaan Borang A (Tanah Berkemungkinan Akan Diambil) dan Borang D (Pengambilan Yang Dicadangkan)??;

2. Tindakan menarik pengambilan pada ketika Borang H telah dikeluarkan memperlihatkan sikap sambil lewa, tidak profesional dan tidak menghormati prosedur yang telah diambil dalam melucuthakkan seseorang daripada hartanya. APT adalah undang-undang yang diperbuat khusus bagi melucutkan seseorang daripada pemilikan tanahnya atau menggunakan tanah seseorang secara paksa DENGAN SYARAT pampasan yang mencukupi diberikan. Ini selaras dengan peruntukan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan -  

Rights to property 

13. (1) No person shall be deprived of property save in accordance with law. 

(2) No law shall provide for the compulsory acquisition or use of property without adequate compensation.

Daripada satu sudut kita lihat APT meletakkan faedah kepada Kerajaan yang diberi kuasa untuk mengambil tanah secara paksa. Bila Kerajaan lwn tuan punya tanah, ia umpama 1-0. Namun daripada satu sudut yang lain, bila Kerajaan lwn tuan punya tanah, APT sebenarnya meletakkan kedudukan 0-1 memihak kepada tuan punya tanah. Bila tanah seseorang diambil oleh Kerajaan secara paksa, "hak" atau "kemenangan" itu sebenarnya adalah pada tuan punya tanah. Hakikat tanahnya diambil secara paksa telah 'mencederakannya', Kerajaan perlu berhati-hati supaya 'kecederaan' yang ada tidak ditambah. 

3. Borang H adalah tawaran award pampasan rasmi daripada award pampasan dalam Borang G sebagai janji Pihak Berkuasa Negeri untuk memberikan pampasan yang mencukupi padanya. Bagaimana janji rasmi tersebut boleh dilanggar oleh PBN iaitu Kerajaan? Ia memberikan persepsi negatif kepada tingkah laku atau tindak tanduk Kerajaan yang bukan saja perlu baik pada setiap masa tetapi juga dilihat baik pada setiap ketika;

4. Kita perlu sedar dengan pewartaan Borang A dan Borang D, tuan punya tanah sudah diikat daripada segi tarikh nilaian hartanya. Dengan pewartaan Borang A dan Borang D, tuan tanah hampir pasti akan dinafikan haknya untuk membuat urusan-urusan tertentu seperti memajukan tanahnya walaupun dengan niat suci. Undang-undang sememangnya tidak menghalang tetapi pihak-pihak berkuasa akan mengenakan pelbagai sekatan, halangan atau syarat walaupun pada ketika pewartaan Borang A dan D tersebut proses baru berlangsung 25% dan masih di peringkat cadangan. Dengan penjejasan-penjejasan ini, adakah wajar ditarik pengambilan pada ketika tawaran award pampasan telah dikeluarkan? Jangan tanya diri kita sebagai pihak berkuasa, tanya diri kita sebagai tuan punya tanah; dan

5. Wujud perbezaan yang ketara mengenai penarikan di dalam APT bila melibatkan pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah perenggan 3(1)(a) dengan pengambilan tanah untuk maksud pembangunan ekonomi termasuk kemudahan awam di bawah perenggan 3(1)(b) dan untuk tujuan-tujuan khas di bawah perenggan 3(1)(c). Bagi pengambilan di bawah perenggan 3(1)(a), penarikan boleh dibuat oleh PBN sebelum pengambilmilikan berlaku. Walau bagaimanapun, bagi pengambilan di bawah perenggan 3(1)(b) atau 3(1)(c), penarikan boleh dilakukan oleh pemohon sebelum pewartaan di bawah seksyen 8 APT. Peruntukan subseksyen 3F(1) APT -

Withdrawal from the application of acquisition by the applicant

3F. (1) Any applicant may withdraw from the application of acquisition of any land before the publication of the declaration under section 8 by giving a notice in writing to the Land Administrator. 

Berbeza dengan peruntukan seksyen 35, APT memperuntukkan bagi pengambilan tanah di bawah perenggan 3(1)(b) atau 3(1)(c) penarikan boleh dibuat sebelum pewartaan cadangan pengambilan di bawah seksyen 8 walaupun pada ketika itu pemohon sudah memberikan jaminan mengenai peruntukan kewangan dengan membayar deposit sebanyak 50% dari nilaian semasa tanah yang hendak diambil. Ketidakseimbangan di dalam APT ini di antara seksyen 35 dan 3F sewajarnya diberikan perhatian dan ukuran. 

Khamis, 21 Mac 2024

Kursus Pengambilan Tanah

 Insha Allah pada 29/4/2024, satu Kursus Pengambilan Tanah BERBAYAR akan di adakan di Kuala Lumpur

Untuk maklumat selanjutnya bolehlah layari FB saya Baharuddin bin Md Yusuf

Rabu, 10 Januari 2024

ALHAMDULILLAH. 

TK KERANA MASIH ADA YANG MEMBACANYA! 

Khamis, 17 Mac 2022

Tanah Milik Ada Hutang Terlibat Pengambilan

Tanah berstatus TANAH BERIMILIK, kavea pendaftar dimasukkan kerana pemilik MASIH BERHUTANG bayaran Jadual 5A? 

Tanah tersebut terlibat dengan pengambilan untuk projek Kerajaan Persekutuan

Persoalan

1. Perlu atau tidak TUAN PUNYA TANAH diberikan Borang E?

2. Perlu atau tidak  pampasan dibayar?  

3. Jika perlu, bayar kepada siapa? 

4. Jika tak perlu bayar, apa tindakan?

Pandangan Tuan Illias Masri

Boleh jadi MMK putuskan begitu setelah rayuan pemohon untuk bayaran premium dibuat secara berperingkat dan dokumen hakmilik dikeluarkan terlebih dahulu untuk pembangunan tanah diteruskan segera.

1. Borang E perlu serve kepada pemilik tanah berdaftar (seksyen 11(1)(b) Akta 486) dan Pendaftar/Pentadbir Tanah yang memasukkan kaveat pendaftar (seksyen 11(1)(c) Akta 486) untuk semua kepentingan disiasat. 

2. Bayaran pampasan perlu dibuat ke atas semua kepentingan yang wajar mengikut Jadual 1 Akta 486 yang dikenal pasti melalui siasatan.

3. Pampasan utama tanah perlu didepositkan ke mahkamah sehingga penyelesaian dan kata putus dicapai antara Kerajaan Negeri yang masih belum menerima secara penuh hasil premium dan pemilik tanah berdaftar yang tanahnya diambil (seksyen 29(1)(c) Akta 486). 

4. Disebabkan hakmilik telah dikeluarkan dan agensi pengambil adalah Kerajaan Persekutuan (bukan Kerajaan Negeri), pampasan wajar dibayar bagi memenuhi hak semua pihak berkepentingan. Dalam situasi ini, Kerajaan Negeri juga boleh jadi satu pihak berkepentingan atas sebab ada hasil yang masih terakru kepada Kerajaan Negeri dalam proses pelupusan tanah yang diambil tersebut.

Pandangan Tuan Jaiya Abu

1. Terdapat beberapa keadaan yang mana kelulusan pemberimilikan tanah, atau pemberimilikan semula tanah atau penyambungan tempoh pegangan yang dikenakan secara hutang oleh PBN. Apabila wujud keadaan-keadaan itu dan bagi menjaga kepentingannya terutamanya yang melibatkan hutang di bawah seksyen 320 KTN, maka Pentadbir Tanah atau Pendaftar akan memasukkan kaveat Pendaftar.

2. Keadaan-keadaan itu adalah seperti berikut:

a. Kelulusan pemberimilikan tanah di bawah seksyen 76 KTN. Antara syarat-syarat kelulusan adalah premium dibayar secara ansuran beberapa kali. Bayaran kali pertama akan melayakkan hak milik didaftarkan dan bayaran-bayaran seterusnya akan dituntut setiap tahun sehingga selesai dan kebiasannya dimasukkan sebagai sewa tahunan (cukai tanah) tahunan. Disebabkan hutang kepada kerajaan negeri  ini, maka kaveat Pendaftar dimasukkan;

b. Kelulusan pemberimilikan semula tanah di bawah seksyen 76 KTN bagi tujuan penyambungan tempoh pegangan. Di sini mungkin PBN memberikan diskaun premium bagi pemberimilikan semula tersebut hanya kerana penyambungan tempoh pegangan kepada tuan punya asal atau waris kadim tuan punya asal. Contohnya bagi pemberimilikan semula itu premium yang sepatutnya adalah RM600,000. Namun, PBN hanya mengenakan RM1,000 atau RM10,000 sahaja. Tanah yang diberi milik semula ini akan dimasukkan sekatan kepentingan atau moratorium contohnya jika tuan punya berdaftar ingin memindah milik atau menjual kepada selain waris kadim, maka baki premium penuh tadi hendaklah dibayar kepada kerajaan negeri. Setahu saya Negeri Selangor ada mengamalkan sebegini. Disebabkan hutang itu, maka kaveat Pendaftar dimasukkan;

c. Kelulusan penyambungan tempoh pegangan di bawah seksyen 90A KTN. Di sini keadaanya sama seperti keadaan di para (b) di atas.

3. Dalam kes pengambilan tanah, tuan punya berdaftar adalah pihak berkepentingan utama. Hutang yang masih belum dibayar oleh tuan punya kepada kerajaan negeri juga menjadikan kerajaan negeri selaku pihak berkepentingan yang dicerminkan oleh tuntutannya melalui kaveat Pendaftar. Maka di sini tuan punya berdaftar dan wakil kerajaan negeri (Pentadbir Tanah, PTG atau Pegawai Kewangan Negeri) adalah pihak-pihak berkepentingan yang wajib disampaikan notis siasatan dan penyediaan laporan dalam Borang E dan F APT.

4. Selanjutnya, semasa siasatan Pentadbir Tanah hendaklah menyiasat dan menentukan kedudukan dan hak semua pihak berkepentingan. Sekiranya hutang itu adalah daripada keadaan para 2(a) di atas, maka sewajarnya pampasan dibayar kepada kerajaan negeri dan Pentadbir Tanah juga hendaklah memerintahkan sekiranya ada baki setelah ditolak hutang tuan punya itu, tuan punya tanah hendaklah dibayar baki itu oleh kerajaan negeri. Sekiranya tidak berbaki atau masih wujud hutang, maka semua bayaran hendaklah dibayar kepada kerajaan negeri.

5. Di dalam keadaan di para 2(b) dan 2(c) di atas, Pentadbir Tanah hendaklah menentukan adakah kedudukan tuan punya tanah selaku penghutang sekiranya tanahnya diambil secara paksa. Ini kerana tuan punya tanah bukan berurusniaga dengan tanahnya. Tanahnya diambil secara paksa. Bagi kerajaan negeri pula, adakah kaveat Pendaftar yang dimasukkan disebabkan diskaun yang diberikan itu menjadikan kerajaan negeri selaku pihak berkepentingan yang sewajarnya dan layak menuntut bahagian daripada pampasan? Pada saya secara peribadi, diskaun adalah diskaun. Diskaun bukan hutang. Apabila ada tawaran dan penerimaan dan dengan persetujuan kedua-dua pihak maka proses pemberimilikan semula atau penyambungan tempoh pegangan disempurnakan. Tambahan lagi, sekiranya keperluan untuk membayar 'baki' premium sekiranya tuan punya tanah berurusniaga dengan tanahnya, maka itu adalah sekatan kepentingan mengenai urus niaga (pindah milik) sahaja. Tidak sewajarnya pada saya ia dianggap hutang yang wajib dibayar sekiranya tanah diambil di bawah APT.

6. Secara peribadi saya tak bersetuju jika diskaun yang ditawarkan itu dianggap hutang apabila tanah diambil di bawah APT. Saya juga kurang bersetuju sekiranya kaveat Pendaftar dimasukkan akibat daripada diskaun yang diberikan. Perkataan diskaun dan hutang itu besar perbezaannya.

7. Jika timbul pertikaian dan tuntutan mengenai pihak berkepentingan yang sewajarnya layak menerima pampasan seperti keadaan-keadaan di para 2(b) dan (c) di atas, maka Pentadbir Tanah mempunyai dua pilihan iaitu sama ada dia merujukkannya kepada Mahkamah melalui Borang M untuk mendapatkan penentuan dan arahan yang jelas atau mendepositkan bayaran pampasan tersebut di Mahkamah selaras dengan peruntukan seksyen 29, 29A APT. Apabila wang pampasan telah didepositkan ke Mahkamah, maka pihak-pihak berkepentingan itu boleh mengemukakan bantahan kepada Mahkamah melalui Pentadbir Tanah dalam Borang N atau secara alternatifnya membuat permohonan terus ke Mahkamah melalui saman sivil.

8. Bayaran Tahunan Yang Disatukan (CAC) bagi pemberimilikan tanah di kawasan-kawasan penempatan berkelompok (GSA) adalah mirip keadaan di para 2(a) di atas.


Jumaat, 11 Mac 2022

Penjelasan sek 28 dan sek 14 APT 1960

Biasanya kita dengar bahawa jika terdapat perbezaan keluasan sama ada dalam Borang G atau PA selepas pengukuran baki tanah dan perbezaan itu menunjukkan ada lebihan, maka lebihan di antara suku hektar atau satu peratus mengikut mana yang lebih besar dari luas yang dinyatakan dalam Jadual (Borang D), maka tiada keperluan untuk dibuat Warta tambahan.

Kemudian kita juga selalu dengar bahawa jika perbezaan tersebut melebihi suku hektar atau satu peratus dari luas yang dinyatakan di dalam Jadual Borang D, maka perlu dibuat Warta tambahan. Ini pada saya tidak tepat. Peruntukan-peruntukan subseksyen 14(4)(a) dan 28(2) HANYA menyatakan tentang tiadanya keperluan untuk membuat Warta tambahan jika perbezaan luas itu masih dalam range atau skala yang dibenarkan tersebut. Ia berhenti setakat itu sahaja. Bagaimana boleh ada yang mengatakan jika perbezaan luas itu lebih dari range atau skala yang dinyatakan maka perlu dibuat Warta tambahan? Ini tak tepat pada saya sebab Warta tambahan dalam Borang D tidak boleh berdiri dengan sendiri. Ia memerlukan punca kuasa yang utama iaitu lah Borang C. Borang C yang memberi 'nyawa' kepada Borang D. Tanpa Borang C, Borang D tidak bermakna dan tidak berguna. 

Jika lebih daripada range tersebut BERMAKNA LEBIHAN TERSEBUT KENA POHON SEMULA SEBAGAI PERMOHONAN BARU. 

Isnin, 3 Mei 2021

Tanah Di Ambil, Pemilik Ramai

Sek 342(1) LAND CODE, menyatakan 'kepunyaan bersama' ertinya pegangan tanah berimilik oleh dua atau lebih orang atau badan dalam bahagian bahagian yang tak dipecahkan.

Sek 343(1)(a) LAND CODE, menyatakan "bahagian bahagian mereka didalamnya HENDAKLAH DIANGGAP SEBAGAI SAMA melainkan nisbah nisbah yang berlainan dinyatakan dalam memorial pendaftaran itu"

Sek 343(1)(b) pula antara lain menyaratkan

"......................, sekian mana kepunyaan mereka masih berterusan, hendaklah masing masingnya BERHAK KEPADA PEMILIKAN DAN KENIKMATAN KESELURUHANNYA; dan

INI BERMAKNA TANAH YANG RAMAI PEMILIK, SEMUA BAHAGIAN DIDALAM TANAH TERSEBUT DIMILIKI OLEH MEREKA SECARA BERSAMA. 

TIDAK BOLEH TENTUKAN/TUNJUKAN TEMPAT MASING DIATAS TANAH! UNTUK MEMBUKTIKAN PEMILIKAN SEBENAR, MEREKA SEPATUTNYA POHON UNTUK PECAH BAHAGIAN

Berdasarkan kenyataan diatas, jika SEBAHAGIAN dari tanah tersebut diambil DIBAWAH AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960, semua pemilik akan diberikan BORANG E dan semua mereka AKAN MENDAPAT BAYARAN PAMPASAN berdasarkan syer/bahagian masing masing

Pernah, sedang dan mungkin akan berlaku, ADA PEMILIK YANG POHON supaya pampasan dibayar kepada BELIAU ATAU PEMILIK TERTENTU kerana pada pamdangan mereka, HANYA BAHAGIAN BELIAU SAHAJA DI ATAS TANAH ITU YANG TERLIBAT DENGAN PENGAMBILAN.

INI TIDAK BOLEH DIPERTIMBANGKAN OLEH PENTADBIR TANAH! Jika kita turut permintaan mereka hakmilik sambungan nanti akan timbukan masalah, kerana SEMUA NAMA PEMILIK MASIH LAGI WUJUD dan jika kita bayar pada semua pemilik, pemilik yang terkilan tidak menemui jalan penyelesaian kerana mengganggap HAK BELIAU DIATAS TANAH TELAH TIADA

PANDANGAN SAYA, JIKA PERKARA INI TERJADI DAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKU PERTIKAIAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN ADALAH LEBIH BAIK PAMPASAN ITU DISEPOSITKAN KE MAHKAMAH TERLEBIH DAHULU UNTUK MAHKAMAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MUNGKIN? MEMBERI KEPUASAN KEPADA SEMUA

Rabu, 28 April 2021

'Tanah Lombong', Boleh kah Dibuat Pengambilan?

PENULISAN ASAL DARI TUAN YUSAIMI (INSTUN)

Pasal apa dalam APT tanah lombong tidak dikira termasuk dalam jenis2 tanah yang boleh dibuat pengambilan sedangkan subseksyen 3(1) APT 1960 sebut “The State Authority may acquire any land which is needed...(sehingga akhir ayat)” ?

Makanya saya kata:

1. Kena refer jugak kepada tafsiran "land" dalam seksyen 2 APT 1960 yang sebut “land” means alienated land within the meaning of the State land law, land occupied under customary right and land occupied in expectation of title”.

2. "alienated land within the meaning of the State land law".

Jadinya kita bukak la State land law yang ada iaitu KTN. Dalam seksyen 5 KTN definisikan “alienated land” means any land (including any parcel of a subdivided building) in respect of which a registered title for the time being subsists, whether final or qualified, whether in perpetuity or for a term of years, and whether granted by the State Authority under this Act or in the exercise of powers conferred by any previous land law, BUT DOES NOT INCLUDE MINING LAND. Tafsiran “alienated land” ini juga ada disebut di dalam enakmen mineral negeri-negeri yang lebih kurang sama definisinya dalam KTN. Jadi kesimpulannya “alienated land” tidaklah termasuk “mining land”. Jadi tanah lombong tidak boleh dibuat pengambilan.

3. KTN dalam seksyen yg sama juga bagitau ‘mining land’  bermaksud "...any land in respect of which a mining lease or certificate granted or issued under any written law relating to mining is for the time being in force;”

Dalam enakmen mineral negeri-negeri, ‘mining land’ didefinisikan sebagai “means any land in respect of which a mining lease or proprietory mining licence is for the time being in force”. "Proprietory mining licence" ini dikeluarkan atas permohonan tuanpunya tanah berimilik yang berhajat untuk mendapatkan lesen melombong tuanpunya. Jadinya, apabila PBN luluskan lesen melombong tuanpunya ini atas tanah berimilik (alienated land), tanah berimilik tersebut sudah berubah status menjadi “mining land” berdasarkan definisi di bawah KTN dan enakmen mineral negeri-negeri dan saya berpendapat tidak boleh dibuat pengambilan juga. Ini pendapat saya tuan puan, selebihnya rujuklah pihak yang lebih berauthoriti

Pertanyaan Tuan Jaiya Abu

Assalamualaikum Cikgu, terima kasih atas perkongsian ini. Jadi apabila melibatkan tanah lombong atau "mining land" memandangkan pendapat Tn Yusaimi mengatakan tanah berimilik yang dikeluarkan pajakan melombong tuan punya tidak boleh diambil di bawah APT, apakah kaedah yang boleh digunakan sekiranya tanah itu diperlukan untuk maksud atau kemudahan awam? Adakah pembatalan pajakan atau penyerahan pajakan dengan pampasan? Kedua, bila menyentuh tentang tanah berimilik yang dikeluarkan pajakan melombong, adakah memadai dengan hanya pembatalan atau penyerahan pajakan tanpa pengambilan tanah? 

Pandangan En. Shahrizal (Abu Shah) 

Waalaikumusalam Tuan.  Pada pandangan saya tanah-tanah kerajaan yang diberikan status mining lease sekiranya terlibat dengan sesuatu projek hendaklah ditamatkan pajakannya. Sekiranya melibatkan sebahagian maka hendaklah ditamatkan bahagian yang terlibat sahaja.Berkenaan pampasan atau gantirugi Pentadbir Tanah hendaklah menyediakan kertas  utk dibawa utk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri bagi mencadangkan supaya tanah-tanah yang terlibat dibayar pampasan.Dengan  keputusan atau arahan yang dibuat oleh PBN Agensi pemohon akan punca kuasa utk membayar pampasan atau gantirugi ke atas tanah-tanah yang terlibat.

Pandangan Saya :

Alaikumsalam. Di Perak banyak pajakan melombong terlibat dgn projek khasnya Lebuh raya Utara Selatan. Pada ketika itu dgn cara perundingan, pemegang pajakan mbenarkan projek dijalankan TANPA APA2 BAYARAN

Pandangan Penulis Tuan Mohd Yusaimi

Apa yg Cikgu Baha bgtau berkenaan projek PLUS tu mungkin guna peruntukan perenggan 72(1)(h) yg ada dlm Enakmen Mineral Perak 2003:

72. (1) It shall be a condition of every mining lease granted under this Enactment that the lessee thereof-

(h) shall allow the construction and use on the mining land of such watercourses, canals, pipelines and transmission lines, public roads and public utilities as shall not, in the opinion of the Superintendent of Mines, interfere with mining operations or rights under the lease;

Peruntukan ni pun ada dlm enakmen mineral negeri2 lain.

Abu Shah, pembacaan saya kpd enakmen mineral negeri, revocation atas kepentingan PBN tiada dinyatakan. Yg ada kuasa berkenaan revocation apabila berlaku breach sahaja...so apa yg sy faham sama ada tunggu tamat atau serahan pajakan/lesen oleh pemegang. So, klu nak jgak tanah tu kena runding la agar penyerahan dibuat sebahagian/ keseluruhan..tapi of course bukan runding saje2 la..skali ongkos la..😆


Rabu, 30 Disember 2020

PERINTAH SECARA EX - PARTE

BAGAIMANA MUNCULNYA PERINTAH SECARA EX-PARTE DALAM PROSES PENGAMBILAN TANAH. SAMA ADA AMALAN ATAU MENGIKUT AKTA? 

Terlebih dahulu kita perlu memahami  APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKATAAN EX -PARTE itu?

Berdasarkan pencarian di google:

'ex-parte defined as one of the involved parties ARE NOT PRESENT or not represented'

Semakan pada vikipedia pula:

'ex parte means a legal proceeding brought by one person in the absence of and without representation or notification of other parties.'

Berdasarkan tafsiran di atas, 'ex-parte' bermaksud perintah yang dibuat tanpa kehadiran SATU PIHAK YANG LAIN. 

Dalam proses pengambilan tanah MUNGKIN orang yang berkepentingan ATAU agensi yang pohon pengambilan yang TIDAK HADIR pada masa inquiry dijalankan. 

Di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, TIADA definisi ex-parte dalam seksyen 2 dan tiada menyatakan perintah secara ex-parte secara khusus dalam mana mana seksyen. Cuma dibawah seksyen 14(2) menyatakan:

'Tiap-tiap award yang disediakan dibawah subseksyen (1) hendaklah difailkan diPejabat Pentadbir Tanah dan hendaklah menjadi keterangan yang akhir dan konklusif mengenai keluasan mana-mana tanah dijadualkan, mengenai nilainya pada pendapat Pentadbir Tanah dan mengenai pengumpulan pampasan yang diawardkan oleh Pentadbir Tanah, SAMA ADA ORANG2 BERKEPENTINGAN PADA TANAH ITU HADIR PADA MASA SIASATAN ATAU TIDAK (have or have not appeared at the enquiry)'.

Berdasarkan tafsiran dan seksyen diatas, jika orang berkepentingan TIDAK HADIR SEMASA SIASATAN PENGAMBILAN, perintah yang dibuat OLEH PT ADALAH SAH. DENGAN SYARAT URUSAN MENGESAN MEREKA TELAHPUN DI AMBIL OLEH PENTADBIR TANAH DENGAN MEMATUHI SEKSYEN 52, 53, 54 AKTA

INILAH YANG MEWUJUDKAN PERINTAH SECARA EX-PARTE

Ahad, 13 September 2020

MAKLUMAN

DIMAKLUMKAN HAMPIR KESELURUHAN PENULISAN DI DALAM BLOG INI ADALAH SEBELUM PINDAAN KEPADA AKTA YANG BERKUATKUASAN 1/12/2017. OLEH YANG DEMIKIAN PEMBACA MESTI SESUAIKAN DENGAN PINDAAN PINDAAN TERSEBUT. 

Rabu, 12 Jun 2019

Proses Pengambilan Di Bawah sek 3(1)(b)(c) - IKUT PINDAAN

SIAPA YANG BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN DI BAWAH SEKSYEN INI

Berdasarkan seksyen 3(1)(b) dan (c), pihak yang boleh mengambil tanah adalah ‘mana-mana orang atau perbadanan’. Ini termasuklah orang persaorangan, pemaju perumahan, pihak swasta, semua badan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat, Akta Parlimen, Enakmen Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri dan sebagai nya.

PENGAMBILAN TANAH OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN UNTUK APA SAJA TUJUAN JUGA ADALAH DIBAWAH SEKSYEN INI BERDASARKAN SEKSYEN 13 AKTA KERAJAAN TEMPATAN (AKTA 171) DAN SEKSYEN 37 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (AKTA 172)

Syarat lain adalah badan badan tersebut boleh memiliki tanah mengikut Kanun Tanah Negara. Dengan kata lain siapa sahaja boleh memohon pengambilan tanah SELAIN DARIPADA pihak-pihak yang boleh memohon di bawah seksyen 3(1)(a)

TANGGUNGJAWAB PERMOHONAN:

Permohonan dibuat melalui Borang 1 Jadual Pertama (Kaedah 2 (1))

Sek 3(3) dan Kaedah 2(2) - DISERTAKAN:
  1.   Kertas cadangan projek
  2.   Pelan tata atur dan pelan pengambilan 
  3.   Laporan permulaan penilaian tanah yang    akan diambil
  4.   Fee -  Jadual Kedua Kaedah Pengambilan    2017
  5.  Deposit – Kaedah 3 Kaedah Pengambilan   2017
FEE (Jadual Kedua, Kaedah 2(2) )

Pengambilan tanah untuk kemudahan awam (public utility) dibawah seksyen 3(1)(b) seperti jalanraya, landasan, bekalan elektrik, paip gas, lampu jalan, pembetungan, peparitan, telekomunikasi

Tidak lebih 10 orang berkepentingan                 RM1,000.00
Tambahan setiap orang                                            RM   100.00

ORANG BERKEPENTINGAN TERMASUKLAH TUAN PUNYA TANAH, PEMEGANG GADAI, PEMASUK KAVEAT, PEMAJAK, PENYEWA DLL

Contoh:

Pengambilan 1 LOT  tanah yang mempunyai 10 orang berkepentingan

Jumlah Fee yang perlu dibayar adalah RM1,000.00

Fee boleh dikecualikan sebahagian atau sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Negeri, jika pengambilan dibuat oleh Perbadanan Persekutuan atau Negeri yang berkuasa memegang tanah. Provision seksyen 3(3) Akta

Pengambilan Tanah bukan untuk kemudahan awam seperti perumahan, aktiviti pertanian, taman rekrasi

Tidak lebih 10 orang berkepentingan : RM10,000.00
Tambahan orang seterusnya hingga 15 : RM1,000.00 setiap orang
Tambahan orang seterusnya hingga 20 : RM2,000.00 setiap orang
Tambahan orang seterusnya RM3,000.00 setiap orang

Contoh:

Pengambilan 2 lot tanah yang mempunyai 20 orang berkepentingan

10 orang pertama                              RM10,000.00
5 x RM1,000.00                                 RM  5,000.00
5 x RM2,000.00                                 RM 10.000.00

Jumlah Fee yang perlu dibayar adalah RM25,000.00

FEE MENJADI HASIL KERAJAAN NEGERI

DEPOSIT

Deposit yang mesti di bayar pada kadar 125% daripada nilai pasaran tanah akan diambil yang ditentukan oleh PENILAI (Kaedah 3(1))

Cara pembayaran: (kaedah 3(2))

50% daripadanya dikemukakan semasa permohonan dan

75% dikemukakan semasa penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri

Deposit dibayar dalam bentuk draf bank (Kaedah 3(3))

TUJUAN DEPOSIT:
  1.    Untuk pastikan pemohon benar-benar berkemampuan dari segi kewangan
  2.    Untuk digunakan sebagai bayaran pampasan pengambilan nanti
Berdasarkan Kaedah 4(2) jika pampasan yang akan diawardkan oleh Pentadbir Tanah adalah LEBIH TINGGI/BESAR daripada bayaran deposit yang telah dibuat, Pentadbir Tanah hendaklah memohon deposit tambahan daripada pemohon melalui Borang 2 dan pemohon mesti membayarnya DALAM TEMPOH TIGA PULUH HARI DARI TARIKH PENERIMAAN BORANG 2

TINDAKAN/PERTIMBANGAN PENTADBIRAN TANAH

Seksyen 3(4) dan Kaedah 5(1), Jika permohonan telah lengkap dan teratur, Pentadbir Tanah kemukakan permohonan beserta dokumen kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) atau Jawatankuasa bagi W.P Kuala Lumpur, Putrajaya

Seksyen 3(5) Pentadbir Tanah boleh menolak permohonan yang tidak lengkap sepertimana yang dikehendaki di para 2

Seksyen 3(6), Kaedah 5(2), PBN TIDAK BOLEH pertimbangkan (shall not consider) permohonan dan Pentadbir Tanah hendaklah menolak (shall reject) permohonan, jika tuan punya tanah telah mendapat kelulusan pembangunan dan pengambilan tanah yang akan dibuat BUKAN BAGI MAKSUD KEMUDAHAN AWAM (public utility) dibawah seksyen 3(1)(b)

TINDAKAN UPEN/JAWATANKUASA

Berdasarkan seksyen 3A(1) Akta dan Kaedah 6, UPEN /Jawatankuasa hendaklah membuat pertimbangan dari segi berikut:

i.  Kepentingan awam
ii. Keupayaan dan kemampuan pemohon untuk laksanakan tujuan pengambilan tersebut
iii.Daya maju projek dan
iv.Kelulusan pembangunan yang telah diberikan kepada tuan tanah

Seksyen 3A(2) dan Kaedah 6(2), ADA KELULUSAN PEMBANGUNAN dan pengambilan untuk kemudahan awam, UPEN/Jawatankuasa akan tentukan kewajaran tuan tanah berdaftar menyertai projek yang mana pengambilan akan dibuat.

Jika sesuai, UPEN/Jawatankuasa arahkan PEMOHON supaya berunding melalui BORANG 3 dalam tempoh 6 minggu dari tarikh penerimaan permohonan dari Pentadbir Tanah. 

Perundingan merangkumi:

i.          Terma dan syarat yang sesuai
ii.         Bentuk kerjasama

Sek 3A(4), Kaedah 7(1) - PEMOHON kemukakan lapuran lengkap keputusan rundingan
kepada UPEN/Jawatankuasa
     
Kaedah 7(2)(3) - Jika perundingan berjaya, UPEN/Jawatankuasa hendaklah tidak meneruskan permohonan tersebut dan Pentadbir Tanah hendaklah membayar balik amaun   deposit penuh tanpa faedah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permintaan membayar balik oleh PEMOHON

Kaedah 7(4) - Jika perundingan tidak berjaya, UPEN/Jawatankuasa:

i.          Meneruskan proses permohonan
ii.         Membuat apa-apa syor

Kaedah 7(5) - UPEN/Jawatankuasa setelah menimbangkan lapuran penuh dan syor, menghantarnya kepada Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah atau PBN melalui Borang 4 dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima lapuran penuh perundingan

Mengikut seksyen 3B, JIKA TIADA KELULUSAN PEMBANGUNAN, UPEN/Jawatankuasa hendaklah membuat pertimbangan dari segi:

i.           Kepentingan awam
ii.          Keupayaan dan kemampuan pemohon untuk laksanakan tujuan pengambilan tersebut
iii.         Daya maju projek

Jika UPEN/Jawatankuasa berpendapat pemohon sesuai untuk libatkan diri dalam projek tersebut, boleh memberi arahan kepada pemohon untuk berunding dengan tuan tanah melalui BORANG 3 dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh UPEN/Jawatankuasa mengikut terma dan syarat yang sesuai.

Pemohon hendaklah memberi lapuran terperinci keputusan perundingan. Jika berjaya, proses pengambilan tidak diteruskan
           
UPEN/Jawatankuasa kemukakan dokumen serta perakuan kepada Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah atau PBN

TINDAKAN JAWATANKUASA KHAS PENGAMBILAN TANAH NEGERI

1. Seksyen 3D Akta, Jawatankuasa akan menilai kesesuaian permohonan, syor yang termasuk syarat nyata dan sekatan kepentingan dan kemukakan kepada PBN dalam tempoh 2 bulan dari tarikh terima perakuan daripada UPEN

2.  Jika Jawatankuasa gagal, PBN boleh arahkan UPEN menghantar permohonan,dokumen, lapuran perundingan serta syor terus kepadanya

KEPUTUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN TINDAKAN PEMOHON

1.     Sek  3E(1), Kaedah 8(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh melulus atau menolak

2.    Sek 3E(2), Pihak Berkuasa Negeri TIDAK BOLEH MELULUSAN kawasan yang lebih            besar daripada yang diperlukan.

Sek 3E(3), Kaedah 8(2) Jika PBN MELULUSKANNYA:

a.         PBN beritahu Pentadbir Tanah apa-apa terma dan syarat
b.       Pentadbir Tanah hendaklah beritahu PEMOHON melalui Borang 5 dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima kelulusan
c.     PEMOHON memberi jawapan dalam tempoh 30 hari dari tarikh terima Borang 5 untuk mengesahkan penyetujuterimaan terma dan syarat dan seterusnya membayar baki 75 % deposit

Sek 3E(5), Kaedah 8(3) Jika PBN MENOLAK:

a.    PBN beritahu Pentadbir Tanah tentang penolakan
b.    Pentadbir Tanah hendaklah beritahu PEMOHON melalui Borang 6 dalam tempoh
                   14 hari dari tarikh terima keputusan penolakan
c.    Pentadbir Tanah membayar kembali amaun deposit tanpa faedah dalam masa 3
                   bulan dari tarikh penerimaan keputusan penolakan

PENARIKAN BALIK DARI PERMOHONAN PENGAMBILAN

1.  Sek 3F, Kaedah 9(1) Permohonan penarikan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pentadbir Tanah

2. Kaedah 9(2) PEMOHON juga disifatkan/dianggap sebagai menarik balik dari permohonan jika:  
   
a.  Gagal kemukakan lapuran penuh perundingan kepada UPEN/Jawatankuasa dalam  tempoh yang dinyatakan di dalam Borang 3

b. Gagal mengesahkan penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberitahuan penerimaan penyetujuterimaan tersebut. 
      
      TINDAKAN PENTADBIRAN TANAH

Kaedah 9(3) Jika penarikan dibuat SEBELUM warta seksyen 8:

a.         Pentadbir Tanah hendaklah mengenakan fi penarikan sebanyak RM1,000.00
                        (Kaedah 9(3)(a))
b.         Pentadbir Tanah beritahu PEMOHON pelucuthakan deposit melalui Borang 7
c.      Pentadbir Tanah boleh melucutkan deposit sebanyak 50% atau RM10,000.00 mana yang lebih tinggi berdasarkan peringkat permohonan ditarik balik. 

Kaedah 9(4) Pihak Berkuasa Negeri, boleh menurut budibicaranya mengurangkan
pelucuthakan TIDAK KURANG 10% daripada keseluruhan deposit atau RM10,000.00
mana yang lebih tinggi

        Kaedah 9(5) Jika penarikan dibuat SELEPAS penyiaran pemberitahuan di bawah seksyen 4, atau permohonan disifatkan  sebagai ditarik balik seperti diperenggan 9.2, pampasan bagi kerosakan hendaklah dibayar mengikut seksyen 6 Akta

Pampasan ini hendaklah dibayar daripada perlucuthakan deposit seperti yang
            dinyatakan di perenggan 10.1(c) di atas.

 TINDAKAN SETERUSNYA

Setelah pemohon bersetuju menerima terma dan syarat syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti yang dinyatakan diperenggan 8.2.c di atas, urusan seterusnya adalah pewartaan dibawah seksyen 4, seksyen 8 dan tindakan tindakan lain yang sama seperti proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a)


Khamis, 16 Mei 2019

Isu Borang G, H Dan K Tak Ikut Akta

- Borang G telah dikeluarkan pada bulan awal Januari 2018. 

- Agensi ingin buat bayaran segera kepada tuan tanah dan telah dibuat pada awal Disember 2018 tetapi Borang H masih belum dikeluarkan dan masih dalam proses penyediaan. 

- Agensi juga mohon untuk disegerakan pengeluaran Borang K walaupun Borang H belum dikeluarkan dengan alasan bayaran pampasan telah dibuat.

*Soalan:*

1. Bolehkah tarikh Borang H diletakkan dengan tarikh semasa (2019) dan tidak sama dengan tarikh borang G (2018)?

2. Bolehkah endorsan Borang K & pengeluaran Borang K dibuat sedangkan Borang H masih belum dikeluarkan kepada tuan tanah walaupun bayaran pampasan telah dibayar?

3. Bolehkah bayaran pampasan dibuat awal kepada tuan tanah sedangkan Borang H masih belum diserahkan kepada tuan tanah?

Pandangan Tuan Jaiya Abu

Soalan 1

Jawapannya - boleh walau pun tak kemas atau tak senonoh. Apa alasan PT tak keluarkan Borang H melebihi satu tahun? Ini jika dipertikai mmg masak/muak nak jawab ni sebab agensi pengambil dan tuan tanah atau pihak berkepentingan yg lain sama sama teraniaya dek kerana terlalu lambatnya/tertangguhnya pengeluaran Borang H.

Pandangan Penulis:

BOLEH TETAPI TIDAK MENGAMBIL MASA YANG TERLALU LAMA berdasarkan kes kes Mahkamah di bawah:

1. Kes Uda Holding Bhd v PT WP KL [2012] 6 MLJ 242 – Mahkamah Tinggi KL

2. Kes Arthur Ponniah Gurubatham & Satu Lagi v PT WP KL [2008] CLJ 17 

3. Kes Dynamic Plantation Bhd v PT Segamat [2008] 3 CLJ 37 

Soalan 2

Jawapan - tak boleh keluarkan Borang K jika Borang H belum dikeluar dan disampaikan kepada tuan tanah sebab paling tidak Borang K perlu diserahkan bersama-sama Borang H - rujuk seksyen 18(a) APT (pengambilmilikan). Tanpa Borang H, pampasan tidak boleh dibayar sebab Borang H adalah Tawaran Award Pampasan yang merupakan cabutan daripada Borang G. Borang H adalah pemberitahuan/arahan kepada agensi pengambil supaya membayar pampasan dan kepada tuan tanah atau pihak berkepentingan lain Borang H adalah pemberitahuan mengenai pampasan yang kepadanya ia/mereka berhak. Melainkan ambilmilik ikut seksyen 18(b) iaitu pengambilan melalui pengeluaran Borang I dibawah seksyen 19 Akta.

Jika Borang H belum dikeluar dan disampaikan kepada tuan tanah/pihak berkepentingan tetapi pampasan telah dibayar, mengikut seksyen 18, pengambilmilikan (pengeluaran dan endorsan Borang K) tetap tidak boleh dilakukan. 

Soalan 3

Jawapan - sama seperti jawapan pada soalan No 2. Tetapi, jika Borang H telah dikeluar dan disampaikan kepada agensi pengambil maka pada saya pampasan boleh dibayar walau pun Borang H belum disampaikan kepada tuan tanah atau pihak berkepentingan lain. Ini juga pada saya walau pun boleh tetapi nampak tidak kemas dan teratur sebab sepatutnya pengeluaran dan penyampaian Borang H kepada agensi pengambil dan tuan tanah/pihak berkepentingan sepatutnya dibuat bersekali atau dalam sela masa yang tidak jauh.


Sekadar pandangan untuk perkongsian, terima kasih Cikgu.

Rabu, 8 Mei 2019

Isu ABE Dan Pembangunan Tanah

Adakah PATUT?

Tanah saya kategori PERTANIAN. Di atas tanah tersebut, terdapat talian penghantaran elektrik yg dibina melalui ABE. Saya membuat permohonan untuk membangunkan tanah tersebut melalui KAEDAH SEKSYEN 204B/D NLC. 

Pejabat Tanah akan menyokong permohonan tersebut DENGAN SYARAT KAWASAN YANG DILALUI OLEH TALIAN BEKALAN ELEKTRIK TERSEBUT TIDAK AKAN DIKELUARKAN HAKMILIK SAMBUNGAN DAN AKAN MENJADI TANAH KERAJAAN.

Pandangan Tuan Jaiya Abu

Tanpa prejudis -

Tanah yang mempunyai izin lalu rentis TNB masih berstatus tanah berimilik. Walau pun pampasan telah dibayar semasa perolehannya terdahulu di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (ABE) atau lebih awal dari itu semasa di bawah Lembaga Letrik Negara (LLN), timbul persoalan yang besar adakah pampasan yang mencukupi telah diberikan kepada tuan tanah kerana penggunaan tanah secara paksa? Isu ini amat penting untuk ditentukan kerana akibat izin lalu rentis tersebut tanah yang berkenaan telah mengalami kesan mudarat dan tuan tanah telah hilang nikmat keseluruhan ke atas tanahnya dan ini pada saya bertentangan dengan peruntukan seksyen 44 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). Dalam erti kata lain, bahagian yang ada izin lalu rentis TNB itu sudah tidak boleh dimajukan mengikut kehendak tuan tanah. Walau pun pampasan mungkin telah diberikan, tanah yang masih merupakan sebahagian daripada tanah berimilik masih terus menerus dibayar sewa atau cukai tanah ke atas keseluruhannya. Jika sekiranya perolehan tanah untuk maksud izin lalu itu dibuat di bawah ABE, maka perlu dipastikan adakah endorsment atau catatan di dalam dokumen hakmilik daftaran (DHD) ada dibuat. 

Dalam hal ini saya berpandangan adalah lebih wajar hakmilik dikeluarkan di atas nama tuan tanah di bawah kategori dan syarat industri dan berdasarkan nilai atau jumlah premium yang telah dibayar oleh tuan tanah kepada Kerajaan Negeri tanah tersebut dipindahmilik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini seakan kaedah yang sama dengan tapak pencawang elektrik yang diberimilik kepada tuan tanah dalam satu-satu kawasan pemajuan yang kemudiannya memindahmilik tanah tersebut kepada TNB. Bezanya, pindahmilik tanah tapak pencawang mungkin pada kadar nominal kerana ia adalah untuk maksud atau kegunaan pemajuan yang dijalankan tetapi bagi kes tanah yang ada izin lalu TNB ini adalah tanah atau tapak yang tidak berkaitan dengan pemajuan yang dijalankan. Sekiranya tanah tersebut hendak dikekalkan pemilikan sediada di bawah kategori atau syarat pertanian di atas nama tuan tanah contohnya, berkemungkinan akan ada isu mengenai keluasan yang sesuai. Disebabkan perolehan tanah bagi maksud izin lalu rentis tersebut dibuat di bawah ABE atau lebih awal dari itu, maka pada ketika tuan tanah memajukan tanahnya TNB perlu ‘menebus’ tanah tersebut mengikut kaedah yang sesuai dan dengan harga atau balasan yang setimpal. Ini lebih baik berbanding tanah tersebut diserahkan kepada Kerajaan kerana setelah diserahkan secara percuma apakah jaminan bahawa tanah Kerajaan tersebut akan dilupuskan mengikut kaedah yang sesuai kepada TNB oleh PBN dan menjadi sumber atau punca hasil kepada Kerajaan Negeri?

On paper pengambilan tanah lah pada saya yang sepatutnya TETAPI jika terlalu besar kos kpd TNB untuk mengambil bahagian tanah tersebut di bawah APT pun, disebabkan izin lalu rentis yang ada adalah satu kemudahan awam paling tidak TNB sbg syarikat berkepentingan Kjaan seharusnya reimburse kos yang telah tuan tanah keluarkan ke atas bahagian tanah yang terlibat itu dengan setimpal. 

Way forward, tiada lagi penggunaan ABE bagi tujuan rentis izin lalu. APT adalah kaedah terbaik, resolve the issues once and for all. 


Sekadar pandangan untuk perkongsian, terima kasih.

Selasa, 23 April 2019

Pecah Bahagian - sumbangan Tuan Jaiya Abu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. 

Pecah kaca pecah gelas, sudah baca boleh balas.

Pecah kaca pecah tong, sudah baca boleh gantong.

Pecah kaca pecah papan, sudah baca boleh simpan. 

Pecah kaca pecah besi, sudah baca boleh kongsi. 

Kalau pecah geran? 
Kalau pecah lot? 
Kalau pecah bahagian tanah? 

Pecah geran atau pecah lot adalah terminologi bahasa pasar yang merujuk kepada proses pecah bahagian atau partition of land yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) sebagai salah satu hak tuan punya tanah yang boleh dipohon kepada pihak berkuasa. 

1. Maksud Pecah Bahagian

A. Hakmilik muktamad samada hakmilik Pejabat Tanah atau hakmilik Pejabat Pendaftaran dipecahkan oleh tuan punya bersama atau tuan-tuan punya bersama supaya terbahagi atau terletak kepada tuan punya atau tuan-tuan punya bersama itu hakmilik-hakmilik yang berasingan mengikut syer/bahagian yang sehampir mungkin dengan syer/bahagian tuan punya bersama itu sebelum dipecahkan - seksyen 140 KTN

B. Pecah bahagian adalah penamatan hakmilik bersama (termination of co-proprietorship). Tuan-tuan punya bersama tanah mahukan hakmilik-hakmilik berasingan untuk mereka kerana tuan punya bersama atau tuan-tuan punya bersama sudah tidak lagi boleh bersama-sama berkongsi hak di bawah satu hakmilik. 

Analogi - pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga. Sudah tidak ada lagi keserasian dan kesefahaman, dah kaunseling, dah cuba berbaik namun akhirnya perceraian itu tidak dapat dielakkan kerana hidup bersama lebih besar mudharatnya berbanding hidup berpisah. 

2. Mengapa Tanah Boleh Dipecah Bahagiankan? 

i. Menentukan lokasi bahagian/syer tuan punya bersama di atas tanah.

ii. Memudahkan urusan-urusan berkaitan tanah seperti membayar sewa (cukai tanah), menjalankan urusniaga-urusniaga (memindahmilik - jualbeli, memajak, menyewa, mendapat lien, menggadai, mendapat ismen -kemudahan) apabila tuan punya bersama boleh memegang dan menyimpan hakmilik berasingan untuk kegunaan eksklusifnya.
iii. Tiada lagi persefahaman atau kesepakatan atau toleransi di antara tuan-tuan punya tanah.

3. Kuasa Pertimbangan

Melainkan terdapat arahan yang bertentangan daripada Pihak Berkuasa Negeri(PBN) -

i. Hakmilik Pejabat Tanah - Pentadbir Tanah Daerah. 
ii. Hakmilik Pejabat Pendaftaran - Pengarah Tanah Dan Galian Negeri. 
iii. Tanah kategori pertanian samada tersurat atau tersirat yang berkeluasan kurang dari 2/5 hektar (0.4 hektar) atau hasil pecah bahagian akan menghasilkan tanah yang berkeluasan kurang dari 2/5 hektar - PBN 

4. Syarat-Syarat Pecah Bahagian 

i. Semua tuan punya bersama masih hidup.

ii. Mana-mana tuan punya bersama samada berseorangan atau bersama-sama tanpa mengira syer/bahagian dalam hakmilik boleh mengemukakan permohonan. 

iii. Mendapat kebenaran daripada pihak-pihak berkepentingan berdaftar seperti contoh pemajak, penyewa, pemegang gadai dan pengkaveat.

iv. Mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa perancangan ke atas pelan pecah bahagian yang dicadangkan. 

5. Isu Akar Umbi

i.  Perlu mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) di pihak berkuasa perancangan@pihak berkuasa tempatan.

*Kelulusan KM oleh pihak berkuasa perancangan hanyalah untuk proses pemajuan/pembangunan tanah (land development) sahaja dan pecah bahagian tidak termasuk di bawah tafsiran pemajuan. Justeru, permohonan KM sepatutnya tidak berkaitan untuk permohonan pecah bahagian. 

**Kesan mengenakan KM kepada permohonan pecah bahagian yang dianggap pemajuan tanah adalah keperluan menyerahkan sebahagian tanah secara percuma kepada kerajaan untuk maksud awam seperti simpanan jalan, sungai dan sebagainya sebagai syarat kelulusan KM. Ini amat malang kepada pemohon kerana jabatan-jabatan teknikal yang menganggotai JK OSC mensyaratkan pemohon menyerahkan sebahagian daripada tanah yang dipohon pecah bahagian diserahkan kepada kerajaan secara percuma atas alasan kemudahan/keperluan di masa hadapan sedangkan tiada keperluan sedemikian di bawah undang-undang dan akibatnya baki tanah untuk pemohon sebagai tuan punya bersama atau tuan-tuan punya bersama menjadi lebih kecil berbanding syer/bahagian mereka di bawah hakmilik asal sebelum dipecah bahagiankan. Ini jelas bertentangan dengan maksud atau tujuan permohonan pecah bahagian seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 140(1)KTN yang dinyatakan di perenggan 1A di atas. Di bawah permohonan pecah bahagian, jika terdapat keperluan untuk menyerahkan sebahagian tanah sekali pun ia hanyalah untuk keperluan laluan keluar masuk (access) ke bahagian atau bahagian -bahagian yang dipecahkan sahaja. Ini pun dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja mengikut kesesuaian dan keperluan. 

ii. Kos untuk melantik jururancang bandar bertauliah dan jurukur berlesen.

*Jika permohonan pecah bahagian tidak disyaratkan untuk dipohon KM sebagaimana sepatutnya maka kos kepada pemohon akan berkurangan kerana kos melantik jururancang bertauliah sudah tidak lagi berbangkit. 

iii. Keengganan tuan punya tanah bersama yang lain memberikan kerjasama kepada tuan punya bersama yang memohon apabila tidak mahu menandatangani Borang dan pelan permohonan. Keengganan tuan punya bersama atau tuan-tuan punya bersama untuk memberikan kerjasama kepada pemohon boleh terjadi disebabkan -

a. Tidak mahu mengeluarkan kos untuk permohonan pecah bahagian

b. Tidak mahu membenarkan tuan punya bersama memegang dan menggunakan hakmilik

c. Tidak berpuas hati dengan pelan pecah bahagian yang dicadangkan

d. Persengketaan sesama tuan punya bersama sehinggakan ada pihak sengaja tidak mahu bekerjasama hanya disebabkan tidak mahu bertolak ansur - enggan semata-semata enggan. 

e. Kematian tuan punya bersama yang lain

f. Ketidaklayakan pihak berkepentingan berdaftar

*Sebab atau sebab-sebab di atas ini hendaklah disiasat oleh Pentadbir Tanah Daerah mengikut peruntukan seksyen 23-29 KTN dan kemudiannya membuat pengesyoran/perakuan yang sesuai dan sepatutnya kepada pihak berkuasa yang memutuskan. Dalam hal ini jika terdapat tuan punya atau tuan-tuan punya bersama mengemukakan permohonan kepada pihak-pihak berkuasa maka permohonan tersebut hendaklah diproses seperti biasa dan bukannya ditolak mentah-mentah samada di peringkat pihak berkuasa perancangan mahu pun pejabat tanah dengan alasan persetujuan semua tuan punya bersama mesti dipatuhi atau tuan punya bersama yang membuat permohonan perlu mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi bagi membenarkannya membuat permohonan pecah bahagian. Ini sudah tentu membebankan pemohon kerana selain perlu melantik jurukur berlesen, pemohon juga perlu melantik peguamcara untuk mendapatkan perintah membenarkannya membuat permohonan pecah bahagian - umpama sudah jatuh ditimpa tangga. 

**KTN telah dipinda pada tahun 2008 melalui Akta A1333 dan pindaan tersebut juga mencakupi beberapa perkara di bawah permohonan pecah bahagian -

a. Mana-mana tuan punya bersama tanpa mengira dia adalah pemegang syer majoriti boleh memohon pecah bahagian - sek 141A

b. Tanah kategori pertanian walau pun berkeluasan kurang dari 2/5 hektar atau hasil pecah bahagian menjadikan hakmilik berkeluasan kurang dari 2/5 hektar boleh dipecah bahagikan - pindaan ini antara lainnya mengambilkira kesusahan tuan punya bersama berkongsi pemilikan tanah sehingga menimbulkan pelbagai masalah di kalangan mereka. 

***Undang-undang telah mempermudahkan proses untuk menamatkan masalah TETAPI mengapa ada pihak berkuasa masih tidak mahu atau sengaja menyukarkan proses yang sudah dipermudahkan?

Analogi - pasangan suami isteri memang sudah tidak boleh tinggal dan hidup bersama,  mengapa pihak berkuasa perlu menyukarkan proses perceraian mereka jika itulah jalan terbaik yang ada? 

6. Tujuan Perkongsian Ini

i. Kita, ibu ayah, adik beradik, saudara mara, sahabat handai sebagai tuan punya bersama sedar dan mengetahui sejauh mana hak kita untuk membuat permohonan pecah bahagian.

ii. Kita sebagai pihak-pihak berkuasa sedar dan tahu hak dan tanggungjawab kita serta the do's and the don'ts dalam menerima dan memproses permohonan pecah bahagian tanah. Permohonan pecah bahagian tanah bukan pemajuan tanah walau pun ia terletak di bawah Divisyen III, Bahagian Sembilan, KTN. Pecah bahagian tanah adalah proses penamatan hakmilik bersama - the termination of co-proprietorship, nothing more, nothing less.

7. Penghargaan Dan Pengharapan

i. Alhamdulillah syukur dan syabas kepada semua pihak berkuasa yang mempermudahkan proses penamatan hakmilik bersama ini mengikut semangat, falsafah dan tujuan undang-undang demi memertabatkan perkhidmatan awam melalui usaha berterusan merakyatkan Kanun Tanah Negara.

ii. Mari kita sama-sama membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa. 

Sekian, moga bermanfaat, terima kasih.