Jumaat, 12 Mei 2017

Pindaan APT 2016 (Akta A1517)

MULAI TAHUN 2017 INI SAYA MENGUTARAKAN PINDAAN TERBAHARU AKTA PENGAMBILAN TANAH UNTUK MAKLUMAN SEMUA

Pindaan seksyen 2 (Tafsiran)
Selepas takrif 'Land Administrator'

Takrif LOT iaitu sepertimana yg dinyatakan dibawah Kanun Tanah Negara dan termasuk mana mana nombor sementara yang diperkenalkan oleh Pejabat Tanah yang masih belum selesai ukur halus bagi mana mana tanah yang dipegang dibawah hakmilik sementara DAN

Dalam takrif TANAH DIJADUALKAN


Selepas perkataan tanah atau tanah tanah dimasukkan perkataan 'TERMASUK PETAK ATAU BLOK SEMENTARA BERDASARKAN PINDAAN TERSEBUT, PERKATAAN LOT UTK HAKMILIK MUKTAMAD MERANGKUMI PT BAGI HAKMILIK SEMENTARA'
SEBELUM INI DALAM BORANG D, E, J DAN K HANYA ADA RUANGAN UNTUK LOT SAHAJA. SELEPAS PINDAAN RUANGAN TERSEBUT AKAN DITAMBAH DENGAN PERKATAAN PETAK/BLOK SEMENTARA UTK TUJUAN PENGAMBILAN PETAK DAN BLOK DIBAWAH HAKMILIK STRATA

Pindaan sek 3(3)(c)
Sebelum pindaan sek di atas, SALAH SATU perkara yang mesti disertakan semasa permohonan pengambilan tanah dibawah sek 3(1)(b) dan (c) dikemukakan ADALAH LAPURAN AWAL YANG DISEDIAKAN OLEH PENILAI KERAJAAN
Dengan pindaan sek tersebut TERPULANG KEPADA PEMOHON SAMA ADA INGIN MENYEDIAKAN LAPURAN AWAL NILAIAN TANAH YANG DISEDIAKAN OLEH JPPH ATAU OLEH PENILAI BERLESEN KERANA DIDLM PINDAAN TERSEBUT 'PERKATAAN KERAJAAN TELAH DIBUANG'

Pindaan seksyen 3C(2)(b)(ii)
Perkataan "the Under Secretary of the Federal Territory Development and Klang Valley Planning Division, Prime Minister's Department." iaitu salah seorang Ahli Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah DIGANTIKAN DENGAN:
WAKIL DARIPADA KEMENTERIAN ATAU AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP WILAYAH PERSEKUTUAN

Pindaan sek 3F(2), (3):
Perkataan "conduct an enquiry to determine the amaun of deposit to be forfeited for the payment of compensation to the persons interested" dlm sek 3F(2) DIGANTIKAN DGN
"forfeit the amount of deposit as prescribed in the rules"
INI BERMAKNA JIKA PEMOHON MENARIK BALIK PERMOHONAN DIBAWAH SEK 3F(1) SEBELUM WARTA SEK 8 ATAU JIKA PEMOHON DIANGGAP MENARIK BALIK PERMOHONAN DIBAWAH SEK 3E(4), PENTADBIR TANAH BOLEH MERAMPAS DEPOSIT YANG DITETAPKAN DALAM KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 1998 TANPA PERLU MENGADAKAN SIASATAN

Seksyen 3F(3) pula DIBUANG/DIPOTONG

Pindaan sek 7
Sek sedia ada dijadikan sub sek (1)

Diwujudkan sub sek (2) iaitu:

Jika pengambilan melibatkan sebahagian tanah bawah tanah (underground land), pelan yg dinyatakan dibawah sub sek (1) hendaklah memperihalkan keluasan dan kedalaman kawasan bawah tanah yg terlibat

Pindaan seksyen 8 hanya melibatkan penukaran tajuk (nota bahu) sek tersebut menjadi:
PENGISYTIHARAN BAHAWA TANAH DIPERLUKAN DIBAWAH sek 3

Pindaan Perenggan (a) sek 9(2) yang lama:
Digantikan dgn berikut:
(a) Dimana tanah yang dijadualkan dipegang dibawah hakmilik daftar -
(i)      pada dokumen hakmilik daftar; dan
(ii)   dalam keadaan tanah yg melibatkan pecahbahagi bangunan atau tanah, pada hakmilik daftar strata dibawah sek 4 Akta Hamilik Strata


Pindaan seksyen 9A
Sek 9A(1) selepas perkataan Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Masukkan perkataan 'atau dari mana mana pihak berkuasa perancangan tempatan'

Sub seksyen (2) digantikan dgn:
"Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri atau pihak berkuasa perancangan tempatan apabila menerima permintaan bagi maklumat dibawah sub sek (1) hendakkah (shall) memberi maklumat yang dikehendakki dalam tempoh 2 minggu daripada permintaan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah.

Sub seksyen (3) dan (4) dipotong/dimansuh

Tambahan sub sek (5A) selepas sub sek (5)
"Maklumat sepertimana di bawah sub sek (5) TIDAK DIPERLUKAN JIKA PENGAMBILAN DIBUAT DIBAWAH SEK 37 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA AKTA 1976"

Sub sek(6) gantikan perkataan sub sek (3) dan (4) dgn perkataan sub sek (2); dan
Dlm sub sek (7) gantikan perkataan (4) dgn perkataan (2)

Pindaan Seksyen  12

Dimasukkan sub sek (4) selepas sub sek (3):
"The Land Administrator shall record all the evidence during the enquiry"

INI BERMAKNA SEMUA BUKTI YANG DICATITKAN DLM NOTA SIASATAN MESTI ADA SEBELUM INI nota catatan/ nota siasatan TIDAK MENJADI SATU KEMESTIAN

BERSAMBUNG

Khamis, 1 September 2016

Pengambilan Melalui Borang I, Perintah Tidak Dibuat

Pengambilan tanah dibuat melalui seksyen 19 Akta, iaitu pengambilan segera dengan pengeluaran Borang I. Borang K juga telah diserahkan. Bangunan pencawang elektrik telahpun didirikan atas kawasan yang diambil (Johor benarkan TNB mengambil tanah dibawah sek 3(1)(a) Akta) . Setelah LEBIH 2 TAHUN berlalu, anak tuan tanah datang membuat pertanyaan berkaitan dengan pengambilan tersebut (pemilik tanah meninggal dunia). APABILA SEMAKAN DIBUAT DIDAPATI SIASATAN DAN PERINTAH TIDAK PERNAH DIBUAT OLEH PENTADBIR TANAH, SEDANGKAN WARTA SEK 8 DIBUAT; BORANG E, BORANG I DAN K DIKELUARKAN.

Pandangan

Berdasarkan sek 8(4) Akta, jika perintah tidak dibuat dalam tempoh 2 tahun dari tarikh warta sek 8, SEMUA PROSIDING YANG TELAH ATAU SEDANG DIAMBIL BERIKUTAN DAN PENGISYTIHARAN BERKENAAN DENGAN TANAH ATAU BAHAGIAN TANAH ITU HENDAKLAH TAMAT DAN TIDAK BERKUATKUASA.


Berdasarkan sek 10(1) pula, prosiding pengambilan BERMULA DENGAN NOTIS AWAM BORANG E. Ini bermakna Warta seksyen 8, Notis Borang E, Borang I dan Borang K yang telah dikeluarkan ADALAH TIDAK BERKUATKUASA.

Oleh yg demikian Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan berikut:

1. Batalkan endorsan Borang K mengikut sek 381 KTN
2. Warta semula dibawah sek 8 tanpa perlu kelulusan semula dari PBN kerana prosiding sahaja yang tidak berkuatkuasa
3. Tindakan seterusnya selepas warta
4. Bayaran pampasan penggunaan tanah kerana pencawang telah didirikan
5. Nilai tanah berdasarkan nilaian semasa warta sek 8 yang baharu

Pandangan di atas adalah berdasarkan sekayen 8(4), seksyen 10(1), Pandangan YB PUU Negeri Perak dan Perenggan 14.7 Manual Pengambilan Tanah


Isnin, 15 Ogos 2016

Siasatan Terus/Ringkas (Summary Enquiry)

Siasatan Ringkas yang dinyatakan dalam seksyen 17 (Satu seksyen sahaja) Bahagian III Akta Pengambilan Tanah 1960, masih dikekalkan walaupun pindaan kepada Akta tersebut telah diluluskan. Pada pandangan saya siasatan ringkas yang menggantikan siasatan dibawah seksyen 12 (yang mengambil masa yang lama tidak kurang 21 hari dari tarikh notis awam Borang E) Akta boleh dijalankan disebabkan perkara berikut:

1.   Orang yang berkepentingan terlalu ramai, atau
2. Kawasan yang terlibat dengan pengambilan kecil sahaja jika award dibuat berasingan dan
3.  Peruntukan yang disediakan perlu dibelanjakan dengan segera dalam bentuk tunai mungkin disebabkan bencana alam (Ini pandangan bekas Pengarah Seksyen Pengambilan Tanah - Tuan Hj Mohd Said yang juga penceramah Akta Pengambilan Tanah 30 tahun dahulu)

Prosedur:

1. Notis Borang E telahpun disampaikan

2. Siasatan meliputi:

a. kepentingan semua pihak yang menuntut pampasan
b. siapa yang berhak mendapat pampasan
c. bantahan oleh orang yang ada kepentingan jika ada

3. Selesai siasatan, Pentadbir Tanah akan membuat award lisan (make an oral award)  dalam bentuk tawaran pampasan kewangan (form of a monetary) atau selainnya kepada setiap orang yang pada pendapatnya  berhak kepada award tersebut.

4. Selesai award lisan, Pentadbir Tanah hendaklah merekodkan sama ada menerima atau menolaknya dalam Borang G

5. Jika award tersebut diterima, Pentadbir Tanah akan mengarahkan hakmilik tanah diserahkan dengan serta merta dan seterusnya apabila hakmilik diserahkan, Pentadbir Tanah akan membuat bayaran kepada setiap orang yang berkepentingan tanpa perlu mengeluar dan menyerahkan Borang H. Inilah yang membuktikan pampasaan yang dibayar adalah dalam bentuk tunai

6. Apabila bayaran pampasan telah dibuat, tanah tersebut telahpun diambil milik pada tarikh pembayaran TANPA PERLU MENGELUAR DAN MENYERAHKAN BORANG K dibawah seksyen 22

7. Jika award ditolak oleh orang berkepentingan ATAU orang berkepentingan tidak menghadiri siasatan, siasatan ditangguhkan dan Pentadbir Tanah meneruskan siasatan mengikut seksyen 12 Akta ATAU mendepositkan ke Mahkamah mengikut seksyen 29(2) Akta. 

Ahad, 14 Ogos 2016

Seksyen seksyen APT Kurang Diberi Perhatian

Di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, ada seksyen seksyen yang kurang diambil perhatian oleh penceramah atau pelaksana  Akta tersebut sama sama ada di Pentadbiran Tanah dan juga JKPTG.

Antara seksyen seksyen tersebut:

1. Seksyen 37(3) - bagi permohonan pengambilan YANG BUKAN UNTUK KEMUDAHAN AWAM, TIDAK LAYAK MEMBUAT BANTAHAN KE MAHKAMAH dibawah seksyen 37

2. Seksyen 57 iaitu Pendudukan atau Penggunaan Sementara Tanah (Temporary Occupation or Use Of Land). Tujuan adalah:

(a) bagi apa apa maksud yang dinyatakan dalam seksyen 3 atau

(b) untuk menjalankan kerja kerja awam di atas mana mana tanah.

3. Seksyen 64 - Sesiapa yang menghalang penyampaian notis dibawah seksyen 53(1) ; menghalang mana mana pegawai atau orang yang diberikan notis Borang B untuk jalankan apa-apa kerja atau memusnahkan, merosak atau mengubah apa apa tanah yang dibuat, jika disabitkan boleh dipenjara tidak lebih 6 bulan atau dedda tidak lebih RM5,000.00 atau kedua-dua nya sekali.

4. Seksyen 65 - Kos dan belanja belanja yang dilakukan oleh Pentadbir Tanah dalam mengambil tanah hendaklah ditanggung oleh Kerajaan Negeri atau jika tanah diambil, digunakan atau diduduki bagi pihak orang atau perbadanan oleh orang atau perbadanan tersebut.

5. Seksyen 67 - Orang yang membuat tuntuan keatas award boleh mendapatkan salinan award tersebut dan hendaklah tidak berkewajiban membayar apa apa fee

6.  Seksyen 68A - Kegagalan menggunakan tanah itu untuk maksud asal tanah itu diambil, melupuskannya atau menjalankan urusniaga sama ada oleh Pihak Berkuasa Negeri  atau oleh Kerajaan, orang atau perbadanan bagi pihak tanah itu diambil tidak membatalkan pengambilan tersebut

Ahad, 5 Jun 2016

Pandangan Berkaitan Seksyen 16 APT

Seksyen 16 - Penyampaian Award


(1) Apabila membuat apa-apa award dibawah sub seksyen (1) seksyen 14 berkenaan dengan mana-mana tanah dijadualkan Pentadbir Tanah hendaklah menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah itu.

(1) .On making any award under seksyen 14(1) in respect of any scheduled land the Land Administrator shall prepare and surve on each person interested in such land a notice in Form H'

Berdasarkan seksyen diatas, Pentadbir Tanah dikehendaki menyedia dan menyerahkan Borang H (satu salinan?) kepada setiap orang yang berkepentingan. Apa yang diamalkan sekarang, SETIAP ORANG YANG BERKEPENTINGAN DISERAHKAN DUA SALINAN BORANG H yang tidak dinyatakan di dalam Akta dengan harapan satu salinan diserahkan kembali kepada Pentadbir Tanah. Malangnya ada yang memulangkan dan sebaliknya. Sepatutnya untuk membolehkan Borang H diserahkan DUA SALINAN, pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengeluarkan pekeliling yang berkaitan dengan nya.

Pada pandangan saya ADALAH LEBIH BAIK seksyen 16 tersebut dipinda supaya Pentadbir Tanah MESTI MENYERAHKAN 2 SALINAN BORANG H KEPADA SETIAP ORANG BERKEPENTINGAN DAN SETERUSNYA ORANG YANG BERKEPENTINGAN MESTI MENYERAHKAN KEMBALI SATU SALINAN KEPADA PENTADBIR TANAH. Ini bertepatan dengan keputusan penghakiman dalam kes  Zainal Abidin Bin Yaakub v Pentadbir Tanah Melaka Tengah [1996] 5 MLJ 577 seperti dibawah:

'I shall now consider the manner of accepting an award under protes. If a landowner wishes to accept an award under protest then he must formally inform the collector of his intention to do so. However, the schedule of Form H which is sent to the landowner by the Collector may cause some confucion. Form H is the notice of award and offer of compensation and it gives certain instruction to the land owner. He is required to fill up the schedule and return it to the collector'. 

Perkara di atas juga ada kaitannya dengan seksyen 30

'Walau apapun peruntukan yang terkandung dalam seksyen 29

(a) mana-mana orang yang berkepentingan boleh menerima bayaran dengan memprotes tentang kecukupan amaun itu;

(b) mana-mana orang yang telah menerima bayaran apa-apa amaun yang diawardkan selain daripada dengan memprotes tidaklah berhak menghendaki supaya tuntutannya dirujukkan kepada Mahkamah dibawah seksyen 37

Ini bermakna orang berkepentingan MESTI menyatakannya menerusi pilihan di dalam Borang H dan menyerahkannya kembali kepada Pentadbir Tanah, barulah Borang N nya dapat diterima dan dirujukkan ke Mahkamah.

Ahad, 24 April 2016

Isu Pengambilan Melebihi Pewartaan

Tanah ini telah terlibat dalam satu projek pengambilan untuk maksud pembinaan Jalan lencongan barat Pekan Semeling pada tahun 2006. Semasa pengambilan tahun 2006, pihak juruukur kerajaan telah membuat kesilapan dalam pengukuran. Akibatnya, tuan tanah hanya terima pampasan untuk keluasan 24,972.27 kaki persegi sahaja (dan sebanyak keluasan 32,507.01 kaki persegi telah diabaikan and ditinggalkan----jumlah sebenar yang terlibat dalam pengambilan tanah ini adalah 57,479.28 kaki persegi)

Setelah tuan tanah membuat aduan serta mengikuti segala perkembangan di Pejabat Tanah dan pejabat JKR, pihak-pihak yang terlibat telah mengakui kesilapan mereka. Kini pihak berkuasa telah membuat warta baru untuk mengambil keluasan tanah yang tertinggal iaitu keluasan 32,507.01 kaki persegi pada tarikh 3 March. Di sini saya ada beberapa kemusykilan hendak mendapatkan pendapat tuan :-

1) Dalam kes sebegini, saya akan membuat penilaian dan mendapatkan Current Market Value (harga semasa mengikut tarikh warta baru iaitu 3hb March) untuk pampasan tanah itu....pada masa yang sama, boleh tak saya membuat tuntutan bagi pihak tuan tanah bayaran lewat 8% setahun dari tahun 2006 berdasarkan harga lama (iaitu bayaran pampasan pada tahun 2006)?

2) Sekiranya saya tidak boleh membuat tuntutan bayaran lewat 8% setahun itu sebab takut berlakunya Double Counting di sini....boleh tak saya membuat tuntutan bagi pihak tuan tanah satu jumlah pampasan yang berdasarkan pencerobohan (trespassing) oleh pihak JKR selama sepuluh tahun ini kerana telah menggunakan tanah untuk maksud jalan itu sebelum membuat pengambilan secara rasmi? Untuk pengetahuan En Baharuddin, tuan tanah adalah pengusaha stesen minyak dan buat masa sekarang beliau memiliki dua stesen minyak di Sungai Petani. Dengan keadaan sebegini dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, tuan tanah tidak dapat membuat permohonan bagi membina satu stesen minyak di atas tanah tersebut selama sepuluh tahun seperti yang telah dirancang.

3) Kalau saya boleh menuntut dua perkara di atas...Boleh tak saya membuat tuntutan bagi pihak tuan tanah mengenai kerosakan akibat pengasingan dan kerosakan akibat mudarat dalam kes ini?

Pandangan

1. Tindakan Pentadbir Tanah mewartakan semula pengambilan untuk baki yang tidak dibayar pampasan adalah TINDAKAN YANG BETUL berdasarkan seksyen 14(4) dan seksyen 28 Akta Pengambilan Tanah 1960. Oleh yang demikian tuan tanah TIDAK BOLEH MENUNTUT CAJ BAYARAN LEWAT 8% sebagaimana yang dinyatakan. Ada juga yang berpendapat sebaliknya JIKA PENGAMBILAN SEMULA TIDAK DIBUAT, tuan tanah boleh menuntut pampasan tambahan beserta caj bayaran lewat tersebut.

2. Pada pandangan saya oleh kerana JKR telah menggunakan tanah tersebut, tuan punya tanah BOLEH MENUNTUT BAYARAN PENGGUNAAN TANAH BERMULA DARI TARIKH SERAH BORANG K DAHULU HINGGA PENGAMBILAN SEMULA. Perkara ini hendaklah dibincangkan dalam siasatan yang akan datang.

3. Bayaran pengasingan tanah hanya boleh dibuat JIKA JALAN YANG DIBINA MENYEBABKAN TANAH TERBAHAGI KEPADA DUA LOT ATAU LEBIH.

Mengenai pembinaan stesen minyak yang baharu, gantirugi boleh dituntut JIKA IANYA DAPAT DIBUKTIKAN sepert bayaran penyediaan pelan dan bayaran-bayaran yang lain

Ahad, 10 April 2016

Bilakah Bermulanya Prosiding Pengambilan

Saya menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai undang undang dari Pejabat Penasihat Undang Undang Negeri Melaka bertanyakan mengenai seksyen 8(4) Akta Pengambilan Tanah dan bila prosiding pengambilan bermula.

PANDANGAN

Terlebih dahulu kita perhatikan seksyen 8(4) dibawah

'A declaration under subsection (1) shall lapse and cease to be of any effect on the expiry of two years after the date of its publication in the Gazette in so far as it relates to any land or part of any land in respect of which the Land Administrator has not made an award under subsection 14(1) within the said period of two years, and, accordingly, ALL PROCEEDINGS ALREADY TAKEN OR BEING TAKEN ......................

Berdasarkan seksyen tersebut, jika perintah tidak dibuat dalam tempoh DUA TAHUN dari tarikh warta, semua prosiding yang telah diambil dan yang akan diambil adalah terbatal dan tidak berkuatkuasa. Berdasarkan pandangan daripada YB Penasihat Undang Undang Negeri Perak, hanya prosiding yang terbatal TETAPI KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI MASIH BERKUATKUASA. Oleh yang demikian, jika agensi pemohon yang sama ingin meneruskan pengambilan, Pejabat Tanah perlu mengambil tindakan UNTUK MEWARTAKAN SEMULA PENGAMBILAN TERSEBUT DIBAWAH SEKAYEN 8 dan meneruskan prosiding pengambilan.

Prosiding pengambilan tanah bermula dengan PENGELUARAN NOTIS AWAM BORANG E. Ini dijelaskan dibawah seksyen 10(1) Akta Pengambilan Tanah 1960

'The Land Administrator shall, having completed the action required by section 9, commence proceedings for the acquisition of the land by giving public notis in Form E in the manner prescribed by section 52 and .......................'

Oleh yang demikian, apabila perintah tidak dibuat dalam tempoh 2 tahun dari tarikh warta dan PENGAMBILAN HENDAK DITERUSKAN Pertadbir Tanah tidak perlu mendapat kelulusan semula dari Pihak Berkuasa Negeri. Pentadbir Tanah hanya perlu mewartakan semula dibawah seksyen 8 DAN TINDAKAN SETERUSNYA ADALAH MENGELUARKAN NOTIS AWAM BORANG E MENGIKUT SEKSYEN 10, NOTIS BORANG E MENGIKUT SEKSYEN 11 dan tindakan tindakan yang sererusnya mengikut Akta.