Ahad, 1 April 2018

Penarikan Pengambilan

APA KAH PERBEZAAN ANTARA PENARIKAN BALIK DARIPADA PERMOHONAN DIBAWAH SEK 3F DAN KAEDAH 9(1) KAEDAH KAEDAH PENGAMBILAN 2017 DENGAN PENARIKAN BALIK DARIPADA PENGAMBILAN DIBAWAH SEKSYEN 35(1) AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960

Pandangan Tuan Jaiya Abu

1. Perbezaan pertama, penarikan di bawah seksyen 3F dan Kaedah 9(1) Kaedah-Kaedah Pengambilan adalah mengenai pemulangan dan perampasan deposit ke atas permohonan pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b dan (c) APT 1960. Ini adalah di peringkat awal permohonan sebelum pewartaan di bawah seksyen 8 APT. 

2. Penarikan di bawah seksyen 35(1) pula adalah  proses untuk membatalkan atau untuk tidak meneruskan proses pengambilan tanah pasca pewartaan di bawah seksyen 8 iaitu sebelum pengeluaran Borang K atau sebelum Borang K diendors. Dalam hal ini, seksyen 35(1) memperuntukkan - "The State Authority shall be at liberty to withdraw from the acquisition of any land of which possession has not been taken"

Frasa "possession has not been taken" ini boleh ditafsirkan samada sebelum Borang K dikeluarkan atau sebelum Borang K diserah dan diendorskan dalam dokumen hakmilik daftaran (DHD). 

ULASAN

1. Berdasarkan tajuk baharu seksyen 3F iaitu "Withdrawal from the application of", dapat kita rumuskan iaitu penarikan dibawah seksyen ini adalah di buat oleh pemohon itu sendiri sebelum pewartaan dibawah seksyen 4 dan seksyen 8. Maksud penarikan ada dinyatakan dibawah Kaedah 9(1) dan (2) Kaedah Kaedah Pengambilan Tanah 2017. 

MEMANG BENAR SEKSYEN 3F DAN KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017 HANYA BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PENGAMBILAN DIBAWAH SEKSYEN 3(1)(b) dan (c) SAHAJA

Tindakan Pentadbir Tanah Apabila Menerima Permohonan Penarikan:

i. Mengenakan fi penarikan sebanyak RM1,000.00
ii.Memberitahu pemohon perlucutan deposit (seperti dibawah) yang telahpun dibayar sebelum ini melalui Notis Borang 7

Amaun Deposit yang akan dilucuthak

50% ATAU RM10,000.00 yang mana lebi tinggi berdasarkan peringkat yang padanya permohonan itu ditarik balik

Contoh 1

Jika deposit telah dibayar adalah 50% X 125%

Amaun yang akan dilucuthak adalah  50% X deposit yang telah dibayar ATAU RM10,000.00 MANA YANG LEBIH TINGGI

Contoh 2

Jika deposit telah dibayar adalah 125%

Amaun yang akan dilucuthak adalah 50% X deposit yang telah dibayar (125%) ATAU RM10,000.00 MANA YANG LEBIH TINGGI

PIHAK BERKUASA NEGERI BOLEH MENGURANGKAN AMAUN PELUCUTHAKAN TIDAK KURANG DARIPADA 10% DARIPADA KESELURUHAN DEPOSIT ATAU RM10,000.00 MANA YANG LEBIH TINGGI

DEPOSIT YANG DILUCUTHAK AKAN MENJADI HASIL NEGERI

2. Jika penarikan dari pengambilan atau permohonan disifatkan sebagai ditarik balik dibuat oleh pemohon SELEPAS warta seksyen 4 pula, pampasan kerosakan yang disebabkan oleh mereka yang diberikuasa dibawah sub seksyen 5(1) iaitu kerosakan yang diakibatkan oleh kerja kerja yang dijalankan di atas tanah hendaklah dibayar mengikut seksyen 6. Disamping itu pampasan juga termasuklah pelucuthakan deposit seperti pengiraan di atas

3. Sepertimana pandangaan yang diberikan oleh Tuan Jaiya Abu didalam perenggan 2 dan berdasarkan seksyen 35(1), Penarikan Balik Dari Pengambilan ini adalah penarikan dibuat oleh PIHAK BERKUASA NEGERI SELEPAS PEWARTAAN DIBAWAH SEKSYEN 8 TETAPI BORANG K MASIH BELUM DIKELUARKAN.

Berbeza dengan penarikan balik dari permohonan dibawah seksyen 3F yang TIDAK PERLU MEMDAPAT KELULUSAN PBN DAN TIDAK PERLU DIWARTAKAN sedangkan penarikan dari pengambilan dibawah seksyen 35(1) MESTI MENDAPAT KELULUSAN PBN DAN SETERUSNYA DIWARTAKAN.

TINDAKAN PENTADBIR TANAH

Seksyen 35(1A) Warta penarikan  adalah di dalam Borang LA dan apabila diwartakan, semua prosiding yang telah diambil atau akan diambil hendaklah terhenti dari berkuatkuasa.

Pentadbir Tanah akan menyerahkan notis Borang LB (Notis Siasatan - Penarikan Dari Pengambilan) kepada orang berkepentingan bertujuan:

(a) Untuk tentukan amaun pampasan yang kena dibayar akibat kerosakan jika ada dan membayar kepada mereka - Peruntukan Jadual Pertama hendaklah digunapakai

(b) membayar kepada semua orang berkepentingan kos yang ditanggung beban akibat prosiding serta bayaran kerosakan jika ada termasuk fi Penilai dan

(c)  sedia dan serahkan kepada setiap orang berkepentingan Borang LC (Notis Perintah dan Tawaran Pampasan)

  

Isnin, 12 Mac 2018

Perbezaan Keluasan Yang Ketara Selepas Ukur Semula Baki Lot

Selepas ukuran semula baki lot dijalankan oleh JUPEM mengikut sek 25 dan PA telah dikeluarkan, didapati keluasan baki lot ADALAH SAMA ATAU LEBIH LUAS daripada keluasan tanah SEBELUM PENGAMBILAN DIBUAT. 

Keadaan ini berlaku MUNGKIN:

1. Keluasan lot asal ditentukan melalui UKURAN KELAS KETIGA, atau

2. Lot tersebut TIDAK MEMPUNYAI PA hanya mempunyai DM sahaja

BAGAIMANA PENYELESAIAN PERLU DIBUAT

Pandangan Tuan Jaiya Abu

1. Ini rezeki terpijak bagi tuan-tuan tanah yang terlibat sebab tanah mereka di bawah hakmilik yang tidak boleh disangkal telah diambil biar pun ukuran pada pelan hakmilik adalah ukuran kelas ketiga atau DM sahaja. Apa yang penting 'bhgn tanah' yang telah diambil memang mencukupi untuk tujuan/projek yang dikehendaki. 

2. Jika selepas ukur halus di bawah seksyen 25 telah sempurna dan PA bagi baki tanah adalah sama atau kurang dari keluasan asal mengikut Borang K maka pada saya tidak sepatutnya timbul masalah kepada Pendaftar Hakmilik utk mendaftarkan hakmilik sambungan. Jika keluasan baki tanah adalah lebih luas dari keluasan tanah sebelum pengambilan, maka ada beberapa isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu:

a. Pemulangan pampasan kpd pihak berkuasa sebab hakikatnya tiada pengambilan berlaku. 

b. Isu kelulusan ke atas luas tambahan dari hakmilik sebelum, premium dan sewa tambahan sebelum hakmilik sambungan boleh didaftar. Ini umpama proses pendaftaran QT kpd FT. 

Pandangan Pahammi Paham Pahammi

Pada pandangan sy.  Hal yang telah lama berlaku.  Terima sahaja ukuran terbaru (PA) dr JUPEM dan gunakan pelan B1 Tiff untuk hakmilk sambungan..asalkan pelan tersebut selaras dengan pelan pengaMbilan dan kedudukan di atas tanah...

Tuan Jaiya Abu

Jika baki tanah selepas ukur halus (PA) selaras dgn endorsan Borang K atau Borang K atau lebih kecil maka tiada isu untuk Pendaftar Hakmilik mendaftarkan hakmilik sambungan. Isu yang berkemungkinan wujud hanyalah keperluan Warta tambahan jika luas tanah yang diambil melebihi had yang dinyatakan (suku hektar atau 1% dari luas terjadual)

Masalah kepada Pendaftar adalah bagaimana hendak justify jika baki tanah lebih luas dari keluasan asal sebelum pengambilan. Bagaimana dengan pengambilan tanah yang telah dibayar pampasan? Apa kesan Borang K atau endorsan Borang jika hakikatnya luas tanah selepas ukur halus lebih besar dari yang sepatutnya. 

Memang diakui masalah ini sangat kronik kerana kes yang lama, rekod dan dokumen berkemungkinan tidak sempurna, pemilikan telah bertukar ganti dsb. 

KELEWATAN ADALAH KOS!.





Rabu, 21 Februari 2018

ISU BAYARAN PAMPASAN MELALUI EFT

Antara maksud "bayaran pampasan" sepertimana yg dinyatakan dibawah sek 32(A)(e) yang telah dipinda adalah seperti berikut:

'on the day the payment is transmitted electronically to the account of the person interested'

Isu utama yang dipersoalkan adalah berkaitan dengan pindaan pada Akta. Sebelum ini bila sahaja pampasan dibayar melalui cek, pada hari yang sama atau selepas itu, Borang K dikeluar dan diserahkan. Isu sekarang APABILA BAYARAN DIBUAT MELALUI EFT, BILA MASA PALING AWAL PT BOLEH KELUAR DAN SERAHKAN BORANG K


Ada kes dimana 3 bulan selepas pampasan dikreditkan ke dalam akaun, BARULAH AGENSI MENGHANTAR SALINAN BAUCER BAYARAN KEPADA PT


PANDANGAN

Sebenarnya praktis/amalan sudah lama mendahului Akta khususnya pindaan yang membawa masuk kaedah bayaran secara EFT. Kem/jab/agensi pengambil selaku agensi pembayar akan membuat bayaran pampasan secara EFT berdasarkan Borang H yang diserahkan oleh PT. Sebaik sahaja bayaran dibuat dengan seberapa segera agensi pembayar akan mengemukakan sesalinan rekod pembayaran secara EFT tersebut melalui emel atau faks kepada PT yang kemudiannya akan mengeluarkan Borang K. 

Perkara ini perlu dibaca dan diamalkan bersama dengan peruntukan seksyen 32 bahawa tempoh genap masa bagi Borang H adalah tiga (3) bulan setelah diserahkan kepada pihak berkepentingan. Ini bermakna jika agensi pembayar tidak membuat bayaran dalam tempoh tersebut, PT boleh mengeluarkan Borang K selepas tempoh tersebut tamat dan dengan demikian caj bayaran lewat 5% setahun turut akan dikenakan kepada agensi pengambil.

Dalam kes yang Cikgu nyatakan di atas apabila agensi pembayar hanya menghantar salinan baucer selepas tiga (3) bulan kepada PT setelah bayaran pampasan dikreditkan ke dalam akaun pihak berkepentingan maka agensi pengambil tidak boleh menyalahkan PT jika pengambilmilikan rasmi lewat dibuat kerana pembuktian bayaran terletak kepada agensi dan bukannya PT. Dalam hal ini, PT masih boleh menggunakan kuasanya mengikut kesesuaian dan keadaan iaitu mengeluarkan Borang K:

1. Selepas Borang H diserahkan kepada pihak berkepentingan (caj bayaran lewat akan dikenakan); atau

2. Bersama-sama Borang I atau selepas Borang I dikeluarkan (caj bayaran lewat akan dikenakan) ; atau


3. Selepas tamat tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Borang H diserahkan kepada pihak berkepentingan (caj bayaran lewat akan dikenakan jika bayaran pampasan tidak dibuat dalam tempoh tersebut); atau


4. Selepas agensi pengambil selaku pembayar mengemukakan bukti pembayaran samada salinan EFT atau baucer kepada PT (caj bayaran lewat tidak akan dikenakan sekiranya pembayaran dibuat dalam tempoh yang dinyatakan).


Sebagai tambahan, jika isu atau perkara sebegini khususnya sikap leka, sambil lewa atau alpa tidak disentuh dalam mana-mana garis panduan atau pekeliling sebelum ini maka sudah seharusnya JKPTG sebagai lead agensi mengeluarkan satu garis panduan/pekeliling sebagai panduan/peringatan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pengambilan tanah. Satu perkara yang sangat penting untuk diberi perhatian serius adalah KELEWATAN ADALAH KOS. 

Isnin, 12 Februari 2018

Isu Fi

Salah satu syarat pemohonan pengambilan tanah dibawah sek 3(1)(b)  atau (c) adakah PEMOHON DIKEHENDAKKI MEMBAYAR FI sepertimana dalam Jadual Kedua KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017.

Bil 1 Jadual Kedua tersebut menyatakan "Tiap2 permohonan bagi pengambilan tanah SELAIN DARIPADA KEMUDAHAN AWAM tidak lebih drp 10 orang yang berkepentingan seperti dalam TANAH TERJADUAL" adalah RM10,000.00

KES:

KATAKAN SEMASA WARTA SEK 8 ORANG BERKEPENTINGAN ADALAH SERAMAI 10 ORANG. APABILA SIASATAN DIJALANKAN ORANG YANG BERKEPENTINGAN SEBENARNYA 13 ORANG (AKIBAT PERINTAH PEMBAHAGIAN PUSAKA) 

ISU BERBANGKIT

PERLU ATAU TIDAK PENTADBIR TANAH MEMINTA PEMOHON MEMBAYAR FI TAMBAHAN AKIBAT TAMBAHAN ORANG YANG BERKEPENTINGAN.

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

1. Fee yang dikutip adalah hasil Kjaan Negeri. 

2. Pada ketika permohonan dikemukakan itulah patutnya ditentukan fee yang sebenarnya berdasarkan jumlah orang berkepentingan. Jika semasa permohonan dikemukakan (point of time) jumlah orang berkepentingan adalah 10 orang maka fee yang patut dikutip adalah berdasarkan jumlah tersebut. Maksud orang berkepentingan di sini adalah orang yang kepentingannya berdaftar. Jika selepas permohonan dikemukakan sehingga peringkat siasatan didapati jumlah orang berkepentingan telah bertambah, maka fee tambahan pada saya adalah tidak perlu dikutip. 

3. Jika situasi berbeza, katakan semasa permohonan dikemukakan jumlah orang berkepentingan adalah 12 orang, fee yang dikutip adalah RM 10,000 + 2,000 = RM 12,000.00. Apabila sampai ke proses siasatan kemudiannya, jumlah orang berkepentingan menjadi kurang kepada 10 orang, adakah 'lebihan' fee sebanyak RM 2,000 tadi dikembalikan kepada pemohon? Kebiasaan atau kecenderungan yang biasa dan sangat tinggi tentulah 'lebihan' fee tersebut tidak akan dikembalikan. 

4. Konklusinya, PT perlu semak dan periksa pada ketika permohonan dikemukakan, berapakah jumlah orang berkepentingan yang sebenarnya. 


SEBAGAI TAMBAHAN

Berdasarkan sek 2 "TANAH TERJADUAL "bermaksud tanah2 yg termasuk dlm jadual yg disediakan  dibawah sek 8 (WARTA BORANG D DAN BORANG C LAH)  dan........... "

Berdasarkan seksyen 2(3) akta, warta tersebut adalah sah dan berkuatkuasa walaupun dipegang oleh orang orang yang berlainan. 


INI BERMAKNA BAYARAN FI DITENTUKAN DENGAN BILANGAN ORANG YANG BERKEPENTINGAN SEPERTIMANA DI DALAM WARTA SEK 8. TAMBAHAN ATAU KURANGNYA BILANGAN ORANG BERKEPENTINGAN SELEPAS ITU TIDAK DIAMBIL KIRA. 

Selasa, 6 Februari 2018

Penarikan Balik Dari Pengambilan

Berdasarkan sek 3F Akta dan Kaedah 9, Kaedah Pengambilan Tanah 2017, PEMOHON yang membuat permohonan pengambilan tanah dibawah sek 3(1)(b) atau (c) BOLEH memohon menarik balik pengambilan tanah atau DIANGGAP MENARIK BALIK dari pengambilan SEBELUM WARTA SEK 8.

Pemohon dianggap menarik balik pengambilan bermaksud:

i. Jika pemohon gagal kemukakan lapuran penuh perundingan dlm tempoh dlm Borang 3 atau
ii. Jika pemohon gagal mengesahkan penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan dlm tempoh yg ditetapkan

Permohonan penarikan balik pengambilan hendak lah dibuat SECARA BERTULIS kepada Pentadbir Tanah. 

Jika permohonan penarikan diterima:

1. Pentadbir Tanah hendaklah mengenakan fi penarikan RM1,000;
2. Pentadbir Tanah beritahu pemohon mengenai pelucuthakan deposit melalui Borang 7

Pentadbir Tanah boleh melucuthak deposit sebanyak 50% atau RM10,000.00 MANA YANG LEBIH TINGGI

INI BERMAKNA PENARIKAN DIBAWAH S3F TERLETAK DITANGAN PENTADBIR TANAH

ISU:

1. BOLEH KAH PEMOHON PENGAMBILAN TANAH DIBAWAH SEK 3(1)(b) dan (c)  MEMBUAT PENARIKAN SELEPAS PEWARTAAN DIBAWAH SEK 8

2. JIKA JAWAPANNYA BOLEH, KENAPA SEK 3F(1) NYATAKAN SEBALIKNYA.

3. JIKA JAWAPANNYA TIDAK BOLEH, BOLEH KAH PEMOHON MEMBUAT PENARIKAN DIBAWAH SEK 35 AKTA (kerana pemohon betul2 tidak berhajat meneruskan pengambilan) 

4. Sebelum warta sek 8, pemohon ingin menarik balik pengambilan TETAPI POHON PENTADBIR TANAH MEMBUAT PENARIKAN DIBAWAH SEK 35 bertujuan untuk selamatkan fi yang perlu dibayar jika penarikan dibuat dibawah sek 3F. 
BOLEH KAH PENTADBIR TANAH MENURUT KEHENDAK PEMOHON? 

PENARIKAN DIBAWAH SEK 35 ADALAH DIBAWAH BIDANG KUASA PBN

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

1. Tujuan/kemudahan untuk mengambil tanah di bawah seksyen 3(1) & (c) bukanlah tujuan asal APT. Sebaliknya dibawa masuk melalui pindaan pada tahun 1997 dan berkuatkuasa pada tahun 1998. Tujuannya bolehlah disimpulkan untuk maksud pembangunan yang kemudiannya boleh menjadi sumber hasil/keuntungan. Ini berbeza dengan maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a).

2. Keperluan pembangunan itu wujud daripada pemohon sendiri sebagai orang perseorangan/badan. Pada saya sekiranya pemohon yang berkehendakan pembangunan melalui pengambilan tanah tetapi membuat keputusan untuk menariknya di peringkat selepas Warta seksyen 8 maka itu menampakkan kelemahan yang ketara selain sia-sianya proses dan prosedur termasuk birokrasi dari mula permohonan hingga pewartaan di bawah seksyen 8. Masa, tenaga, kos, pertimbangan pihak berkuasa (Upen, JKPT, PBN) dibazirkan. Justeru, disebabkan nature pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b) &(c) dan dengan mengambilkira keperluan pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan daripada pemohon, sekiranya pemohon ingin menarik balik permohonan di peringkat sesudah pewartaan seksyen 8 maka keputusan samada membenarkan atau tidak terletak secara eksklusifnya pada PBN dan tidak keterlaluan untuk dirampas keseluruhan deposit oleh pemohon sekiranya dibenarkan dan kerugian di pihak tuan tanah dan pihak2 berkepentingan lain dibayar pampasan akibat penarikan balik tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 35. Seksyen 3F membolehkan/membenarkan pemohon membuat penarikan sebelum pewartaan seksyen 8 tetapi tidak pula menekankan bahawa itu sahaja takat/tahapnya dan tidak boleh selepas itu. Jika secara tersiratnya ia bermaksud tidak boleh ditarik selepas pewartaan seksyen 8 maka tiada pertikaian lanjut mengenai isu ini. 

3. Penarikan di bawah seksyen 3F adalah khusus untuk memenuhi keperluan permohonan di bawah seksyen 3(1)(b) &(c). Dalam erti kata lain, sekiranya pemohon ingin membuat penarikan, permohonan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah. 

4. Penarikan yang dibuat di peringkat sesudah Borang H dikeluarkan bermakna pemohon menarik balik permohonan sesudah mendepositkan 125% wang untuk tujuan pampasan kepada Pentadbir Tanah. Proses penarikan di bawah seksyen 35 membenarkan penarikan dibuat sebelum pengambilmilikan rasmi dibuat dan terdapat juga pengalaman saya penarikan bagi pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b) dibuat sesudah pengambilmilikan rasmi (Borang K) dikeluarkan TETAPI endorsan di bawah seksyen 35(4) belum dibuat. 


Isnin, 1 Januari 2018

Pengambilan Tanah Hakmilik "with right of survivorship"

ISU:

Contoh 1 Hakmilik P. Pinang:

Contoh Rekod ketuanpunyaan dlm hakmilik

Baharuddin Md Yusuf)     1/1 bahagian
Jamaliah Baharom     )


Apabila tanah diambil mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960, BAYARAN PAMPASAN AKAN DIBAYAR SAMA BANYAK ANTARA KEDUA2 PEMILIK DIATAS. 

Jika semasa pengambilan berlaku Baharuddin telah meninggal dunia, TANAH TERSEBUT TERLETAKHAK KPD JAMALIAH DAN PAMPASAN AKAN DIBAYAR KPDNYA

Contoh 2 Hakmilik Negeri Sembilan:

Contoh Rekod ketuanpunyaan dalam hakmilik

Petrolium Malaysia Bhd)  1/1 bahagian
Shell Msia Bhd.               )


Jika pengambilan berlaku, PAMPASAN BAYAR KEPADA SIAPA?

Pandangan Tuan Jaiya Abu

Saya berpendapat besar kemungkinan dalam kes di NS tersebut berlaku kesilapan dalam pendaftaran. Pemilikan bersama sebegitu bermakna kedua-dua badan/syarikat itu adalah seorang pemilik. Berbeza dengan pemilikan bersama dalam kes Baharuddin dan Jamilah yang akan wujud survivorship jika salah seorang meninggal dunia, melainkan salah satu di antara Petronas atau Shell dissolved dari menjadi sebuah badan/syarikat pampasan pengambilan adalah hak mereka berdua dan logiknya sama banyak umpama 1/2 dan 1/2 bahagian.

Pandangan Tuan Kamarul

Sedikit pandangan berkenaan hakmilik "with right of survivorship" biasanya ada pada hakmilik yg dikategori joint tenancy khususnya dicatat pada deed of conveyance, Conveyancing & Law of Property Ordinance (SS Law Cap 118). Semasa proses pengeluaran hakmilik ganti, geran geran lama zaman kolonial ke geran KTN, mana2 pemilikan joint tenancy akan didaftarkan perkataan  "with right of survivorship" mengikut sek 47 (1) (c)  Kanun Tanah Negara (hakmilik Pulau P.Pinang Melaka) 1963. Konsep ni bahagian pemilik bersama yg tlh meninggal akan pergi pada pemilik bersama yg hidup sehinggalah pemilik bersama yg hidup tinggal seorang saja yg akan mendapat semua bahagian kelak.

Bagaimanapun dlm kes Salmah Omar & Ors v Ahmad Rosli Aziz (Pentadbir harta pesaka Osman Mohamed) & Anor (2012) 1 CLJ 923 memutuskan ..."the doctorine of right of survivorship cannot be applied to Muslim inhabitants in the Straits Settlement where their personal law does not allow for creation of limited in time." 

Pada pandgn saya, jika berlaku situasi di atas dan berpandukan kes ini, pandangan PUU perlu diperoleh atau P.T merujuk borang M bwh seksyen 36 (2) (e)  ke mahkamah bagi mendpt keputusan kedudukan umpukan pampasan yg perlu dibuat.


Rabu, 20 Disember 2017

Isu Perenggan 1(2)(a) dan Perenggan 1(3A) Jadual Pertama APT

Perenggan 1(2)(a) bermaksud 'nilai pasaran tanah tertakluk kpd syarat nyata dan syarat tersirat/tetap'. Bermakna jika langgar syarat, ianya tak boleh diambil kira. 

ISU SEKARANG INI IALAH TUAN TANAH TELAH BERPULUH TAHUN LANGGAR SYARAT DAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH LAND CODE TIDAK DIBUAT. BILA BERLAKU PENGAMBILAN SEKARANG, MACAMMANA? 

Begitu juga dengan perenggan 1(3A), atas tanah terdapat banyak 'BANGUNAN' dan ini telah melanggar perenggan tersebut. ADAKAH NILAI SEMUA BANGUNAN AKAN DIBAYAR? 

INI LAH ANTARA PERKARA YANG MENIMBULKAN BANTAHAN TUAN TANAH BAGI KES PENGAMBILAN TANAH 

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

Jadual Pertama adalah garis panduan perundangan kpd penilai dan juga PT. Ia jelas mengatakan sebarang kemungkiran kategori/syarat tidak boleh diambilkira. Jadi pada saya PT dalam mengendalikan siasatan dan membuat award tidak layak untuk melampaui garis panduan ini. 

Kegagalan PT dan pihak2 berkuasa yang lain untuk mengambil tindakan ke atas kemungkiran kategori/syarat dan seolah-olah merestui perbuatan tuan tanah adalah satu kelemahan yang tidak boleh dan tidak patut dikompromikan untuk dibiarkan semasa siasatan pengambilan tanah lebih2 lagi dalam isu memberikan pampasan.

Tidak mengambil tindakan ke atas kemungkiran kategori/syarat itu adalah satu kelemahan/kekurangan dan adalah tidak patut untuk ditambah dengan kelemahan/kekurangan kedua dengan mengiktiraf kemungkiran tersebut. Pada saya yang salah tetaplah salah. Walau pun sebuah kenderaan tidak berhenti di persimpangan lampu isyarat berwarna merah pada jam 3 pagi kerana tiada langsung kenderaan lain di persimpangan tersebut, lampu isyarat berwarna merah tetap kena berhenti

Sekiranya tuan tanah atau pihak berkepentingan lain tidak berpuas hati, nasihatkan mereka akan hak untuk mengemukakan bantahan atau mencabar keputusan PT ke Mahkamah Tinggi kerana terdapat batasan/halangan jelas yang tidak boleh dilangkaui oleh PT.

Ajak mereka renung sejenak...selama mereka memungkiri kategori dan syarat tersebut sudah banyak kesenangan dan kemudahan mungkin juga kemakmuran mereka kecapi tanpa 'diganggu' oleh pihak berkuasa. Seharusnya mereka juga bersyukur.


PANDANGAN TUAN KAMARUL HAIZAL KODERAT

Sek 12(1) APT tanggungjawab Pentadbir Tanah menjalankan siasatan penuh (full enquiry). Hasil maklumat yang diperoleh melalui siasatan penuh P.T perlu taksir jumlah pampasan yang berpatutan pada pandangan PT sendiri berdasarkan jadual 1. Siasatan penuh amat mustahak terutama sekali bagi kes2 langgar syarat nyata/kategori tanah.

Sebelum P.T menentukan adanya unsur2 pelanggaran syarat nyata, P.T kena mengenalpasti bentuk hakmilik lot terbabit terlebih dahulu sama ada tanah yg dimaksudkan itu telah diberimilik sebelum kuatkuasa KTN pada 1.1.1966. Tanah2 yg diberimilik sblm KTN ada yang tidak ada syarat nyata, ada yg ada syarat nyata spesifik spt "kampung" "dusun" "bendang" dsb dlm dokumen terdahulu. Jadi bila tukar ke geran KTN sepatutnya syarat2 nyata asal dibawa bersama spt kehendak sek 110 KTN. Ada kes syarat nyata asal tidak dibawa bersama ke geran KTN dan diletakkan syarat lain. Oleh itu, P.T boleh minta tn tanah menunjukkan geran asal sebelum KTN untuk kepastian sama ada pelanggaran berlaku. Maknanya kena ikut syarat nyata asal kalau kampung ada 10 buah rumah di atas satu lot, termasuk dlm pengambilan..boleh dibayar. 

Jika tanah sblm KTN  tu tertakluk sek 53(2)  KTN syarat tersirat terpakai adalah pertanian. Tetapi P.T perlu mendapat pengesahan daripada tn tanah bila kah bangunan2 tersebut dibina. Jika dibina sebelum tarikh kuatkuasa KTN, ianya dibenarkan di bawah sek 53(2) (ii). Makna boleh dibayar bangunan2 yg wujud di tanah desa bwh sek 53(2) sblm kuatkuasa KTN.

Pada pandangan saya, walaupun didapati semua tanah pertanian tu bina bangunan, tn tanah boleh memohon kpd PBN memberi kebenaran mendirikan bangunan tersebut. PBN boleh menggunakan sek 115 (4) (g) memberi kebenaran kpd tn tanah, utk memboleh menggunakan tanah bagi maksud yg sesuai pada pndangan PBN.