DIMAKLUMKAN HAMPIR KESELURUHAN PENULISAN DI DALAM BLOG INI ADALAH SEBELUM PINDAAN KEPADA AKTA YANG BERKUATKUASAN 1/12/2017. OLEH YANG DEMIKIAN PEMBACA MESTI SESUAIKAN DENGAN PINDAAN PINDAAN TERSEBUT.
Ahad, 13 September 2020
Rabu, 12 Jun 2019
Proses Pengambilan Di Bawah sek 3(1)(b)(c) - IKUT PINDAAN
SIAPA YANG BOLEH MEMBUAT
PERMOHONAN DI BAWAH SEKSYEN INI
Berdasarkan seksyen
3(1)(b) dan (c), pihak yang boleh mengambil tanah adalah ‘mana-mana orang atau perbadanan’.
Ini termasuklah orang persaorangan, pemaju perumahan, pihak swasta, semua badan
yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat, Akta Parlimen, Enakmen Negeri, Pihak
Berkuasa Tempatan, Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri dan sebagai nya.
PENGAMBILAN
TANAH OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN UNTUK APA SAJA TUJUAN JUGA ADALAH
DIBAWAH SEKSYEN INI BERDASARKAN SEKSYEN 13 AKTA KERAJAAN TEMPATAN (AKTA 171)
DAN SEKSYEN 37 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (AKTA 172)
Syarat lain adalah badan
badan tersebut boleh memiliki tanah mengikut Kanun Tanah Negara.
Dengan kata lain siapa sahaja boleh memohon pengambilan tanah SELAIN
DARIPADA pihak-pihak yang boleh memohon di bawah seksyen 3(1)(a)
TANGGUNGJAWAB
PERMOHONAN:
Permohonan dibuat
melalui Borang 1 Jadual Pertama (Kaedah 2 (1))
Sek 3(3) dan Kaedah 2(2)
- DISERTAKAN:
- Kertas
cadangan projek
- Pelan tata atur dan pelan pengambilan
- Laporan permulaan penilaian tanah yang akan diambil
- Fee - Jadual Kedua
Kaedah Pengambilan 2017
- Deposit – Kaedah 3 Kaedah Pengambilan 2017
FEE (Jadual Kedua, Kaedah
2(2) )
Pengambilan tanah untuk kemudahan awam (public utility) dibawah seksyen 3(1)(b) seperti jalanraya, landasan, bekalan
elektrik, paip gas, lampu jalan, pembetungan, peparitan, telekomunikasi
Tidak lebih 10 orang
berkepentingan RM1,000.00
Tambahan setiap orang
RM
100.00
ORANG BERKEPENTINGAN
TERMASUKLAH TUAN PUNYA TANAH, PEMEGANG GADAI, PEMASUK KAVEAT, PEMAJAK, PENYEWA
DLL
Contoh:
Pengambilan 1 LOT
tanah yang mempunyai 10 orang berkepentingan
Jumlah
Fee yang perlu dibayar adalah RM1,000.00
Fee boleh dikecualikan
sebahagian atau sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Negeri, jika pengambilan dibuat
oleh Perbadanan Persekutuan atau Negeri yang berkuasa memegang tanah. Provision
seksyen 3(3) Akta
Pengambilan Tanah bukan untuk kemudahan awam seperti perumahan,
aktiviti pertanian, taman rekrasi
Tidak lebih 10 orang berkepentingan :
RM10,000.00
Tambahan orang seterusnya hingga 15 : RM1,000.00
setiap orang
Tambahan orang seterusnya hingga 20 : RM2,000.00
setiap orang
Tambahan orang seterusnya RM3,000.00 setiap
orang
Contoh:
Pengambilan 2 lot tanah
yang mempunyai 20 orang berkepentingan
10 orang
pertama
RM10,000.00
5 x RM1,000.00
RM 5,000.00
5 x RM2,000.00
RM 10.000.00
Jumlah
Fee yang perlu dibayar adalah RM25,000.00
FEE MENJADI HASIL
KERAJAAN NEGERI
DEPOSIT
Deposit yang mesti di
bayar pada kadar 125% daripada nilai pasaran tanah akan diambil yang ditentukan
oleh PENILAI (Kaedah 3(1))
Cara pembayaran: (kaedah
3(2))
50% daripadanya
dikemukakan semasa permohonan dan
75% dikemukakan semasa
penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri
Deposit dibayar dalam
bentuk draf bank (Kaedah 3(3))
TUJUAN DEPOSIT:
- Untuk pastikan
pemohon benar-benar berkemampuan dari segi kewangan
- Untuk digunakan
sebagai bayaran pampasan pengambilan nanti
Berdasarkan Kaedah 4(2)
jika pampasan yang akan diawardkan oleh Pentadbir Tanah adalah LEBIH
TINGGI/BESAR daripada bayaran deposit yang telah dibuat, Pentadbir
Tanah hendaklah memohon deposit tambahan daripada pemohon melalui Borang
2 dan pemohon mesti membayarnya DALAM TEMPOH TIGA PULUH HARI DARI TARIKH PENERIMAAN BORANG 2
TINDAKAN/PERTIMBANGAN
PENTADBIRAN TANAH
Seksyen 3(4) dan Kaedah
5(1), Jika permohonan telah lengkap dan teratur, Pentadbir Tanah kemukakan permohonan beserta dokumen kepada Unit
Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) atau Jawatankuasa bagi W.P Kuala Lumpur,
Putrajaya
Seksyen 3(5) Pentadbir
Tanah boleh menolak permohonan yang tidak lengkap sepertimana
yang dikehendaki di para 2
Seksyen 3(6), Kaedah
5(2), PBN TIDAK BOLEH pertimbangkan (shall not consider) permohonan dan
Pentadbir Tanah hendaklah menolak (shall reject) permohonan, jika
tuan punya tanah telah mendapat kelulusan pembangunan dan
pengambilan tanah yang akan dibuat BUKAN BAGI MAKSUD KEMUDAHAN AWAM (public
utility) dibawah seksyen 3(1)(b)
TINDAKAN
UPEN/JAWATANKUASA
Berdasarkan seksyen
3A(1) Akta dan Kaedah 6, UPEN /Jawatankuasa hendaklah membuat pertimbangan dari
segi berikut:
i. Kepentingan
awam
ii. Keupayaan dan
kemampuan pemohon untuk laksanakan tujuan pengambilan tersebut
iii.Daya maju projek dan
iv.Kelulusan pembangunan
yang telah diberikan kepada tuan tanah
Seksyen 3A(2) dan Kaedah
6(2), ADA
KELULUSAN PEMBANGUNAN dan pengambilan untuk kemudahan awam, UPEN/Jawatankuasa akan tentukan kewajaran tuan tanah berdaftar menyertai projek yang mana
pengambilan akan dibuat.
Jika sesuai, UPEN/Jawatankuasa
arahkan PEMOHON supaya berunding melalui BORANG 3 dalam
tempoh 6 minggu dari tarikh penerimaan permohonan dari Pentadbir
Tanah.
Perundingan merangkumi:
i.
Terma dan syarat yang sesuai
ii.
Bentuk kerjasama
Sek 3A(4), Kaedah 7(1) -
PEMOHON kemukakan lapuran lengkap keputusan rundingan
kepada UPEN/Jawatankuasa
Kaedah 7(2)(3) - Jika
perundingan berjaya, UPEN/Jawatankuasa
hendaklah tidak meneruskan permohonan tersebut dan
Pentadbir Tanah hendaklah membayar balik amaun deposit
penuh tanpa faedah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permintaan membayar
balik oleh PEMOHON
Kaedah 7(4) - Jika
perundingan tidak berjaya, UPEN/Jawatankuasa:
i.
Meneruskan proses permohonan
ii.
Membuat apa-apa syor
Kaedah 7(5) - UPEN/Jawatankuasa setelah menimbangkan lapuran penuh dan syor, menghantarnya
kepada Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah atau PBN melalui Borang 4 dalam
tempoh 14 hari dari tarikh terima lapuran penuh perundingan
Mengikut seksyen
3B, JIKA TIADA KELULUSAN PEMBANGUNAN, UPEN/Jawatankuasa
hendaklah membuat pertimbangan dari segi:
i. Kepentingan awam
ii. Keupayaan
dan kemampuan pemohon untuk laksanakan tujuan pengambilan tersebut
iii. Daya maju projek
Jika UPEN/Jawatankuasa
berpendapat pemohon sesuai untuk libatkan diri dalam projek tersebut, boleh memberi
arahan kepada pemohon untuk berunding dengan tuan tanah melalui BORANG
3 dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh UPEN/Jawatankuasa mengikut
terma dan syarat yang sesuai.
Pemohon hendaklah
memberi lapuran terperinci keputusan perundingan. Jika berjaya, proses pengambilan
tidak diteruskan
UPEN/Jawatankuasa
kemukakan dokumen serta perakuan kepada Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah atau
PBN
TINDAKAN JAWATANKUASA
KHAS PENGAMBILAN TANAH NEGERI
1. Seksyen
3D Akta, Jawatankuasa akan menilai kesesuaian permohonan, syor yang termasuk
syarat nyata dan sekatan kepentingan dan kemukakan kepada PBN dalam
tempoh 2 bulan dari tarikh terima perakuan daripada UPEN
2. Jika
Jawatankuasa gagal, PBN boleh arahkan UPEN menghantar permohonan,dokumen,
lapuran perundingan serta syor terus kepadanya
KEPUTUSAN PIHAK BERKUASA
NEGERI DAN TINDAKAN PEMOHON
1.
Sek 3E(1), Kaedah 8(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh melulus atau
menolak
2. Sek
3E(2), Pihak Berkuasa Negeri TIDAK BOLEH MELULUSAN kawasan
yang lebih besar daripada yang diperlukan.
Sek
3E(3), Kaedah 8(2) Jika PBN MELULUSKANNYA:
a. PBN beritahu Pentadbir Tanah apa-apa terma
dan syarat
b. Pentadbir Tanah hendaklah beritahu PEMOHON melalui
Borang 5 dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima kelulusan
c. PEMOHON memberi jawapan dalam tempoh 30 hari dari
tarikh terima Borang 5 untuk mengesahkan penyetujuterimaan
terma dan syarat dan seterusnya membayar baki 75 % deposit
Sek 3E(5), Kaedah 8(3)
Jika PBN MENOLAK:
a. PBN
beritahu Pentadbir Tanah tentang penolakan
b.
Pentadbir Tanah hendaklah beritahu PEMOHON melalui
Borang 6 dalam tempoh
14 hari dari
tarikh terima keputusan penolakan
c. Pentadbir
Tanah membayar kembali amaun deposit tanpa faedah dalam masa 3
bulan dari tarikh penerimaan keputusan penolakan
PENARIKAN BALIK DARI
PERMOHONAN PENGAMBILAN
1. Sek 3F,
Kaedah 9(1) Permohonan penarikan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pentadbir
Tanah
2. Kaedah 9(2) PEMOHON juga disifatkan/dianggap sebagai menarik balik dari permohonan jika:
a. Gagal kemukakan lapuran penuh
perundingan kepada UPEN/Jawatankuasa dalam tempoh yang dinyatakan di
dalam Borang 3
b. Gagal mengesahkan
penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberitahuan penerimaan penyetujuterimaan
tersebut.
TINDAKAN
PENTADBIRAN TANAH
Kaedah 9(3) Jika penarikan dibuat SEBELUM warta seksyen
8:
a. Pentadbir Tanah hendaklah mengenakan fi
penarikan sebanyak RM1,000.00
(Kaedah
9(3)(a))
b. Pentadbir Tanah beritahu PEMOHON pelucuthakan
deposit melalui Borang 7
c. Pentadbir
Tanah boleh melucutkan deposit sebanyak 50% atau RM10,000.00 mana yang
lebih tinggi berdasarkan peringkat permohonan ditarik balik.
Kaedah 9(4) Pihak Berkuasa Negeri, boleh menurut budibicaranya
mengurangkan
pelucuthakan TIDAK
KURANG 10% daripada keseluruhan deposit atau RM10,000.00
mana yang lebih tinggi
Kaedah 9(5) Jika penarikan dibuat SELEPAS penyiaran
pemberitahuan di bawah seksyen 4, atau permohonan disifatkan sebagai
ditarik balik seperti diperenggan 9.2, pampasan bagi kerosakan hendaklah
dibayar mengikut seksyen 6 Akta
Pampasan ini hendaklah dibayar daripada perlucuthakan deposit seperti yang
dinyatakan di perenggan 10.1(c) di atas.
TINDAKAN SETERUSNYA
Setelah pemohon
bersetuju menerima terma dan syarat syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Negeri seperti yang dinyatakan diperenggan 8.2.c di atas, urusan seterusnya
adalah pewartaan dibawah seksyen 4, seksyen 8 dan tindakan tindakan lain yang
sama seperti proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a)
Khamis, 16 Mei 2019
Isu Borang G, H Dan K Tak Ikut Akta
- Borang G telah dikeluarkan pada bulan awal Januari 2018.
- Agensi ingin buat bayaran segera kepada tuan tanah dan telah dibuat pada awal Disember 2018 tetapi Borang H masih belum dikeluarkan dan masih dalam proses penyediaan.
- Agensi juga mohon untuk disegerakan pengeluaran Borang K walaupun Borang H belum dikeluarkan dengan alasan bayaran pampasan telah dibuat.
*Soalan:*
1. Bolehkah tarikh Borang H diletakkan dengan tarikh semasa (2019) dan tidak sama dengan tarikh borang G (2018)?
2. Bolehkah endorsan Borang K & pengeluaran Borang K dibuat sedangkan Borang H masih belum dikeluarkan kepada tuan tanah walaupun bayaran pampasan telah dibayar?
3. Bolehkah bayaran pampasan dibuat awal kepada tuan tanah sedangkan Borang H masih belum diserahkan kepada tuan tanah?
Pandangan Tuan Jaiya Abu
Soalan 1
Jawapannya - boleh walau pun tak kemas atau tak senonoh. Apa alasan PT tak keluarkan Borang H melebihi satu tahun? Ini jika dipertikai mmg masak/muak nak jawab ni sebab agensi pengambil dan tuan tanah atau pihak berkepentingan yg lain sama sama teraniaya dek kerana terlalu lambatnya/tertangguhnya pengeluaran Borang H.
Pandangan Penulis:
BOLEH TETAPI TIDAK MENGAMBIL MASA YANG TERLALU LAMA berdasarkan kes kes Mahkamah di bawah:
1. Kes Uda Holding Bhd v PT WP KL [2012] 6 MLJ 242 – Mahkamah Tinggi KL
2. Kes Arthur Ponniah Gurubatham & Satu Lagi v PT WP KL [2008] CLJ 17
3. Kes Dynamic Plantation Bhd v PT Segamat [2008] 3 CLJ 37
Soalan 2
Jawapan - tak boleh keluarkan Borang K jika Borang H belum dikeluar dan disampaikan kepada tuan tanah sebab paling tidak Borang K perlu diserahkan bersama-sama Borang H - rujuk seksyen 18(a) APT (pengambilmilikan). Tanpa Borang H, pampasan tidak boleh dibayar sebab Borang H adalah Tawaran Award Pampasan yang merupakan cabutan daripada Borang G. Borang H adalah pemberitahuan/arahan kepada agensi pengambil supaya membayar pampasan dan kepada tuan tanah atau pihak berkepentingan lain Borang H adalah pemberitahuan mengenai pampasan yang kepadanya ia/mereka berhak. Melainkan ambilmilik ikut seksyen 18(b) iaitu pengambilan melalui pengeluaran Borang I dibawah seksyen 19 Akta.
Jika Borang H belum dikeluar dan disampaikan kepada tuan tanah/pihak berkepentingan tetapi pampasan telah dibayar, mengikut seksyen 18, pengambilmilikan (pengeluaran dan endorsan Borang K) tetap tidak boleh dilakukan.
Soalan 3
Jawapan - sama seperti jawapan pada soalan No 2. Tetapi, jika Borang H telah dikeluar dan disampaikan kepada agensi pengambil maka pada saya pampasan boleh dibayar walau pun Borang H belum disampaikan kepada tuan tanah atau pihak berkepentingan lain. Ini juga pada saya walau pun boleh tetapi nampak tidak kemas dan teratur sebab sepatutnya pengeluaran dan penyampaian Borang H kepada agensi pengambil dan tuan tanah/pihak berkepentingan sepatutnya dibuat bersekali atau dalam sela masa yang tidak jauh.
Sekadar pandangan untuk perkongsian, terima kasih Cikgu.

Rabu, 8 Mei 2019
Isu ABE Dan Pembangunan Tanah
Adakah PATUT?
Tanah saya kategori PERTANIAN. Di atas tanah tersebut, terdapat talian penghantaran elektrik yg dibina melalui ABE. Saya membuat permohonan untuk membangunkan tanah tersebut melalui KAEDAH SEKSYEN 204B/D NLC.
Pejabat Tanah akan menyokong permohonan tersebut DENGAN SYARAT KAWASAN YANG DILALUI OLEH TALIAN BEKALAN ELEKTRIK TERSEBUT TIDAK AKAN DIKELUARKAN HAKMILIK SAMBUNGAN DAN AKAN MENJADI TANAH KERAJAAN.
Pandangan Tuan Jaiya Abu
Tanpa prejudis -
Tanah yang mempunyai izin lalu rentis TNB masih berstatus tanah berimilik. Walau pun pampasan telah dibayar semasa perolehannya terdahulu di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (ABE) atau lebih awal dari itu semasa di bawah Lembaga Letrik Negara (LLN), timbul persoalan yang besar adakah pampasan yang mencukupi telah diberikan kepada tuan tanah kerana penggunaan tanah secara paksa? Isu ini amat penting untuk ditentukan kerana akibat izin lalu rentis tersebut tanah yang berkenaan telah mengalami kesan mudarat dan tuan tanah telah hilang nikmat keseluruhan ke atas tanahnya dan ini pada saya bertentangan dengan peruntukan seksyen 44 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). Dalam erti kata lain, bahagian yang ada izin lalu rentis TNB itu sudah tidak boleh dimajukan mengikut kehendak tuan tanah. Walau pun pampasan mungkin telah diberikan, tanah yang masih merupakan sebahagian daripada tanah berimilik masih terus menerus dibayar sewa atau cukai tanah ke atas keseluruhannya. Jika sekiranya perolehan tanah untuk maksud izin lalu itu dibuat di bawah ABE, maka perlu dipastikan adakah endorsment atau catatan di dalam dokumen hakmilik daftaran (DHD) ada dibuat.
Dalam hal ini saya berpandangan adalah lebih wajar hakmilik dikeluarkan di atas nama tuan tanah di bawah kategori dan syarat industri dan berdasarkan nilai atau jumlah premium yang telah dibayar oleh tuan tanah kepada Kerajaan Negeri tanah tersebut dipindahmilik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini seakan kaedah yang sama dengan tapak pencawang elektrik yang diberimilik kepada tuan tanah dalam satu-satu kawasan pemajuan yang kemudiannya memindahmilik tanah tersebut kepada TNB. Bezanya, pindahmilik tanah tapak pencawang mungkin pada kadar nominal kerana ia adalah untuk maksud atau kegunaan pemajuan yang dijalankan tetapi bagi kes tanah yang ada izin lalu TNB ini adalah tanah atau tapak yang tidak berkaitan dengan pemajuan yang dijalankan. Sekiranya tanah tersebut hendak dikekalkan pemilikan sediada di bawah kategori atau syarat pertanian di atas nama tuan tanah contohnya, berkemungkinan akan ada isu mengenai keluasan yang sesuai. Disebabkan perolehan tanah bagi maksud izin lalu rentis tersebut dibuat di bawah ABE atau lebih awal dari itu, maka pada ketika tuan tanah memajukan tanahnya TNB perlu ‘menebus’ tanah tersebut mengikut kaedah yang sesuai dan dengan harga atau balasan yang setimpal. Ini lebih baik berbanding tanah tersebut diserahkan kepada Kerajaan kerana setelah diserahkan secara percuma apakah jaminan bahawa tanah Kerajaan tersebut akan dilupuskan mengikut kaedah yang sesuai kepada TNB oleh PBN dan menjadi sumber atau punca hasil kepada Kerajaan Negeri?
On paper pengambilan tanah lah pada saya yang sepatutnya TETAPI jika terlalu besar kos kpd TNB untuk mengambil bahagian tanah tersebut di bawah APT pun, disebabkan izin lalu rentis yang ada adalah satu kemudahan awam paling tidak TNB sbg syarikat berkepentingan Kjaan seharusnya reimburse kos yang telah tuan tanah keluarkan ke atas bahagian tanah yang terlibat itu dengan setimpal.
Way forward, tiada lagi penggunaan ABE bagi tujuan rentis izin lalu. APT adalah kaedah terbaik, resolve the issues once and for all.
Sekadar pandangan untuk perkongsian, terima kasih.

Selasa, 23 April 2019
Pecah Bahagian - sumbangan Tuan Jaiya Abu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Pecah kaca pecah gelas, sudah baca boleh balas.
Pecah kaca pecah tong, sudah baca boleh gantong.
Pecah kaca pecah papan, sudah baca boleh simpan.
Pecah kaca pecah besi, sudah baca boleh kongsi.
Kalau pecah geran?
Kalau pecah lot?
Kalau pecah bahagian tanah?
Pecah geran atau pecah lot adalah terminologi bahasa pasar yang merujuk kepada proses pecah bahagian atau partition of land yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) sebagai salah satu hak tuan punya tanah yang boleh dipohon kepada pihak berkuasa.
1. Maksud Pecah Bahagian
A. Hakmilik muktamad samada hakmilik Pejabat Tanah atau hakmilik Pejabat Pendaftaran dipecahkan oleh tuan punya bersama atau tuan-tuan punya bersama supaya terbahagi atau terletak kepada tuan punya atau tuan-tuan punya bersama itu hakmilik-hakmilik yang berasingan mengikut syer/bahagian yang sehampir mungkin dengan syer/bahagian tuan punya bersama itu sebelum dipecahkan - seksyen 140 KTN
B. Pecah bahagian adalah penamatan hakmilik bersama (termination of co-proprietorship). Tuan-tuan punya bersama tanah mahukan hakmilik-hakmilik berasingan untuk mereka kerana tuan punya bersama atau tuan-tuan punya bersama sudah tidak lagi boleh bersama-sama berkongsi hak di bawah satu hakmilik.
Analogi - pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga. Sudah tidak ada lagi keserasian dan kesefahaman, dah kaunseling, dah cuba berbaik namun akhirnya perceraian itu tidak dapat dielakkan kerana hidup bersama lebih besar mudharatnya berbanding hidup berpisah.
2. Mengapa Tanah Boleh Dipecah Bahagiankan?
i. Menentukan lokasi bahagian/syer tuan punya bersama di atas tanah.
ii. Memudahkan urusan-urusan berkaitan tanah seperti membayar sewa (cukai tanah), menjalankan urusniaga-urusniaga (memindahmilik - jualbeli, memajak, menyewa, mendapat lien, menggadai, mendapat ismen -kemudahan) apabila tuan punya bersama boleh memegang dan menyimpan hakmilik berasingan untuk kegunaan eksklusifnya.
iii. Tiada lagi persefahaman atau kesepakatan atau toleransi di antara tuan-tuan punya tanah.
3. Kuasa Pertimbangan
Melainkan terdapat arahan yang bertentangan daripada Pihak Berkuasa Negeri(PBN) -
i. Hakmilik Pejabat Tanah - Pentadbir Tanah Daerah.
ii. Hakmilik Pejabat Pendaftaran - Pengarah Tanah Dan Galian Negeri.
iii. Tanah kategori pertanian samada tersurat atau tersirat yang berkeluasan kurang dari 2/5 hektar (0.4 hektar) atau hasil pecah bahagian akan menghasilkan tanah yang berkeluasan kurang dari 2/5 hektar - PBN
4. Syarat-Syarat Pecah Bahagian
i. Semua tuan punya bersama masih hidup.
ii. Mana-mana tuan punya bersama samada berseorangan atau bersama-sama tanpa mengira syer/bahagian dalam hakmilik boleh mengemukakan permohonan.
iii. Mendapat kebenaran daripada pihak-pihak berkepentingan berdaftar seperti contoh pemajak, penyewa, pemegang gadai dan pengkaveat.
iv. Mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa perancangan ke atas pelan pecah bahagian yang dicadangkan.
5. Isu Akar Umbi
i. Perlu mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) di pihak berkuasa perancangan@pihak berkuasa tempatan.
*Kelulusan KM oleh pihak berkuasa perancangan hanyalah untuk proses pemajuan/pembangunan tanah (land development) sahaja dan pecah bahagian tidak termasuk di bawah tafsiran pemajuan. Justeru, permohonan KM sepatutnya tidak berkaitan untuk permohonan pecah bahagian.
**Kesan mengenakan KM kepada permohonan pecah bahagian yang dianggap pemajuan tanah adalah keperluan menyerahkan sebahagian tanah secara percuma kepada kerajaan untuk maksud awam seperti simpanan jalan, sungai dan sebagainya sebagai syarat kelulusan KM. Ini amat malang kepada pemohon kerana jabatan-jabatan teknikal yang menganggotai JK OSC mensyaratkan pemohon menyerahkan sebahagian daripada tanah yang dipohon pecah bahagian diserahkan kepada kerajaan secara percuma atas alasan kemudahan/keperluan di masa hadapan sedangkan tiada keperluan sedemikian di bawah undang-undang dan akibatnya baki tanah untuk pemohon sebagai tuan punya bersama atau tuan-tuan punya bersama menjadi lebih kecil berbanding syer/bahagian mereka di bawah hakmilik asal sebelum dipecah bahagiankan. Ini jelas bertentangan dengan maksud atau tujuan permohonan pecah bahagian seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 140(1)KTN yang dinyatakan di perenggan 1A di atas. Di bawah permohonan pecah bahagian, jika terdapat keperluan untuk menyerahkan sebahagian tanah sekali pun ia hanyalah untuk keperluan laluan keluar masuk (access) ke bahagian atau bahagian -bahagian yang dipecahkan sahaja. Ini pun dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja mengikut kesesuaian dan keperluan.
ii. Kos untuk melantik jururancang bandar bertauliah dan jurukur berlesen.
*Jika permohonan pecah bahagian tidak disyaratkan untuk dipohon KM sebagaimana sepatutnya maka kos kepada pemohon akan berkurangan kerana kos melantik jururancang bertauliah sudah tidak lagi berbangkit.
iii. Keengganan tuan punya tanah bersama yang lain memberikan kerjasama kepada tuan punya bersama yang memohon apabila tidak mahu menandatangani Borang dan pelan permohonan. Keengganan tuan punya bersama atau tuan-tuan punya bersama untuk memberikan kerjasama kepada pemohon boleh terjadi disebabkan -
a. Tidak mahu mengeluarkan kos untuk permohonan pecah bahagian
b. Tidak mahu membenarkan tuan punya bersama memegang dan menggunakan hakmilik
c. Tidak berpuas hati dengan pelan pecah bahagian yang dicadangkan
d. Persengketaan sesama tuan punya bersama sehinggakan ada pihak sengaja tidak mahu bekerjasama hanya disebabkan tidak mahu bertolak ansur - enggan semata-semata enggan.
e. Kematian tuan punya bersama yang lain
f. Ketidaklayakan pihak berkepentingan berdaftar
*Sebab atau sebab-sebab di atas ini hendaklah disiasat oleh Pentadbir Tanah Daerah mengikut peruntukan seksyen 23-29 KTN dan kemudiannya membuat pengesyoran/perakuan yang sesuai dan sepatutnya kepada pihak berkuasa yang memutuskan. Dalam hal ini jika terdapat tuan punya atau tuan-tuan punya bersama mengemukakan permohonan kepada pihak-pihak berkuasa maka permohonan tersebut hendaklah diproses seperti biasa dan bukannya ditolak mentah-mentah samada di peringkat pihak berkuasa perancangan mahu pun pejabat tanah dengan alasan persetujuan semua tuan punya bersama mesti dipatuhi atau tuan punya bersama yang membuat permohonan perlu mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi bagi membenarkannya membuat permohonan pecah bahagian. Ini sudah tentu membebankan pemohon kerana selain perlu melantik jurukur berlesen, pemohon juga perlu melantik peguamcara untuk mendapatkan perintah membenarkannya membuat permohonan pecah bahagian - umpama sudah jatuh ditimpa tangga.
**KTN telah dipinda pada tahun 2008 melalui Akta A1333 dan pindaan tersebut juga mencakupi beberapa perkara di bawah permohonan pecah bahagian -
a. Mana-mana tuan punya bersama tanpa mengira dia adalah pemegang syer majoriti boleh memohon pecah bahagian - sek 141A
b. Tanah kategori pertanian walau pun berkeluasan kurang dari 2/5 hektar atau hasil pecah bahagian menjadikan hakmilik berkeluasan kurang dari 2/5 hektar boleh dipecah bahagikan - pindaan ini antara lainnya mengambilkira kesusahan tuan punya bersama berkongsi pemilikan tanah sehingga menimbulkan pelbagai masalah di kalangan mereka.
***Undang-undang telah mempermudahkan proses untuk menamatkan masalah TETAPI mengapa ada pihak berkuasa masih tidak mahu atau sengaja menyukarkan proses yang sudah dipermudahkan?
Analogi - pasangan suami isteri memang sudah tidak boleh tinggal dan hidup bersama, mengapa pihak berkuasa perlu menyukarkan proses perceraian mereka jika itulah jalan terbaik yang ada?
6. Tujuan Perkongsian Ini
i. Kita, ibu ayah, adik beradik, saudara mara, sahabat handai sebagai tuan punya bersama sedar dan mengetahui sejauh mana hak kita untuk membuat permohonan pecah bahagian.
ii. Kita sebagai pihak-pihak berkuasa sedar dan tahu hak dan tanggungjawab kita serta the do's and the don'ts dalam menerima dan memproses permohonan pecah bahagian tanah. Permohonan pecah bahagian tanah bukan pemajuan tanah walau pun ia terletak di bawah Divisyen III, Bahagian Sembilan, KTN. Pecah bahagian tanah adalah proses penamatan hakmilik bersama - the termination of co-proprietorship, nothing more, nothing less.
7. Penghargaan Dan Pengharapan
i. Alhamdulillah syukur dan syabas kepada semua pihak berkuasa yang mempermudahkan proses penamatan hakmilik bersama ini mengikut semangat, falsafah dan tujuan undang-undang demi memertabatkan perkhidmatan awam melalui usaha berterusan merakyatkan Kanun Tanah Negara.
ii. Mari kita sama-sama membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa.
Sekian, moga bermanfaat, terima kasih.
Isnin, 18 Mac 2019
Pendudukan Atau Penggunaan Sementara Tanah - PINDAAN
KELULUSAN
DAN TUJUAN PENGGUNAAN SEMENTARA
Berdasarkan seksyen 57(1),
Kelulusan PBN diperlukan untuk penggunaan sementara tanah:
- Bagi apa apa maksud seperti yang dinyatakan dalam seksyen 3
- Untuk menjalankan kerja kerja awam di atas mana-mana tanah atau
- Seperti yang ditunjukkan dalam pelan pembangunan dibawah undang undang yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa
1. mewujudkan jalan lencongan kerana penggantian/baikpulih jambatan sedia ada
2. meletakkan bahan/alat binaan untuk tujuan pembangunan dikawasan berhampiran pembinaan seperti MRT, lebuhraya, talian bekalan elektrik
PERMOHONAN DAN SYARAT
Permohonan
di dalam Borang 8 Jadual Pertama
Kaedah Pengambilan Tanah 2017
- Membayar fi RM1,000.00 seperti dalam Jadual Kedua
- Deposit 125% daripada nilai pasaran tanah akan diambil (Kaedah 11)
Cara
pembayaran: (Kaedah 3(2))
- 50% daripadanya dikemukakan semasa permohonan dan
- 75% dikemukakan semasa penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri
- Deposit dibayar dalam bentuk draf bank
TUJUAN
DEPOSIT:
- Untuk pastikan pemohon benar-benar berkemapuan dari segi kewangan
- Untuk digunakan sebagai bayaran pampasan pengambilan nanti
TINDAKAN
PENTADBIRAN TANAH
- PBN boleh arahkan PT untuk tujuan tersebut tidak melebihi 3 tahun dari tarikh pendudukan
- S57(2) – PT hendaklah membuat ingatan/endorsan sepertimana yang dinyataka dibawah sek 9(2)(a) dan (b) Akta
- Sek 58(1) - PT hendaklah beri notis Borang Q kepada orang yang berkepentingan mengenai tujuan pendudukan dan hendaklah membuat tawaran pampasan di dalam Borang R atau hendaklah merundingkan bayaran pampasan
- Bayaran hendaklah dibuat satu tarikh 3 bulan selepas penyerahan Borang R, selepas tarikh tersebut caj bayaran lewat 5% dikenakan. Sek 32(1C)(b)
- Sek 58(2) - Pampasan boleh dibayar secara sekaligus, berkala atau cara lain yang dipersetujui
- Sek 58(2A) – Sebelum membuat tawaran pampasan, PT boleh perolehi nilaian tanah dari penilai
- Sek 58(3) - Jika untuk jalankan kerja kerja awam PT hendaklah mengambil kira peningkatan nilai tanah tersebut
- Sek 58(4) – Apabila membuat penilaian pampasan dibawah ss 3, PT boleh sama ada dengan cara penggantian penuh atau sebahagian pampasan wang, memasuki apa apa perkiraan/rundingan dengan orang yang berkepentingan
- Sek 58(6) – Semua bukti semasa siasatan dan amaun pampasan hendaklah dicatat (recorded) oleh PT
- Sek 58(7) – Jika tuan tanah tidak setuju dengan tawaran pampasan, ianya TIDAK MENGHALANG pendudukan tersebut.
- Sek 58(8) – sek 14(5) boleh digunapakai iaitu Pentadbir Tanah hendaklah menetapkan amaun kos yang ditanggung beban termasuk fi penilai
- Sek 59 – Tamat tempoh pendudukan, PT hendaklah memberi notis Borang 9 tujuan siasatan untuk pastikan tanah itu dibaikpulih seperti keadaan asal. Gagal – pampasan tambahan akan dibayar
- PT serahkan notis serah balik tanah dalam Borang 10 kepada tuan tanah asal
- Seksyen 60 Akta, Jika orang berkepentingan yang tidak bersetuju dengan pampasan yang ditawardkan oleh Pentadbir Tanah dibawah sek 58 dan 59 atau pembahagian pampasan atau mengenai keadaan tanah selepas tempoh pendudukan, Pentadbir Tanah hendaklah merujuk ke Mahkamah
- Seksyen 38(3)(a), Jika orang berkepentingan hadir semasa siasatan dan tidak bersetuju dengan pampasan, bantahan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang N dalam tempoh 6 minggu dari tarikh pampasan dibayar.
- Dalam kes-kes lain dalam tempoh 6 minggu dari tarikh terima Borang R dibawah sek 58(1) atau sek 59 atau 6 bulan dari tarikh award PT di bawah di Bahagian VII yang mana tamat dahulu. s38(3)(b)
Selasa, 8 Januari 2019
Bayaran Pampasan Pemilik Gila/Hilang Ingatan Dan Seumpama
ISU
Ada satu lot yg terlibat dengan pengambilan tanah di daerah saya, namun pemilik tanah tersebut didapati menghidap penyakit mental yang menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke perbicaraan.
Adik beliau yang mewakilinya pula menyatakan segala hal ehwal abg beliau diuruskan oleh beliau. Dalam kes ini, macam mana saya nak proceed.
ADAKAH WANG PAMPASAN AKAN DIBAYAR KEPADA TUAN TANAH SEBENAR ATAU KEPADA KELUARGA YANG MENJAGANYA ATAU DIDEPOSIT KEAMANAH RAYA BERHAD ATAUPUN. DIDEPOSITKAN KE MAHKAMAH?
PANDANGAN TUAN JAIYA ABU
Apabila tuan punya tanah menghadapi masalah mental maka itu merupakan satu alasan/sebab kepada Pentadbir Tanah untuk mendepositkan wang pampasan ke Mahkamah Tinggi sebagaimana peruntukan seksyen 29 (1)(a) APT - ".....there shall be no person competent to receive such payment"
Selepas itu, Pentadbir Tanah samada melalui Borang M atau saman pemula boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah kepada siapa wang pampasan tersebut layak dibayar.
Secara alternatif, waris tuan punya tanah juga boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah kepada siapa wang pampasan layak dibayar.
Kes ini serupa dengan kes dari satu Pej Tanah di NS yang ditanyakan kepada saya tempohari.
Kes Syaripah Nurbaya PT Hulu Terengganu
Setuju dengan Tuan Jaiya Abu.. kes ini pernah saya buat di Pejabat Tanah Hulu Terengganu... Alhamdulillah selesai dengan baik... jika seseorang itu di sahkan pesakit mental.wang pampasan hendaklah diamanahkan kepada mahkamah.. nanti mahkamah akan memutuskan cara mana wang itu dikeluarkan... kalu kes saya... mahkamah telah memutuskan wang tersebut dikeluarkan sedikit2 kepada waris yang layak bagi menjaga kebajikan pesakit mental tersebut...

Langgan:
Catatan (Atom)