Khamis, 26 Oktober 2017

Isu Pengambilan Tanah dan Penyelesaian

ISU INI DICOPY DARI FB

2.  Pihak pejabat ini telah menerima permohonan dari syarikat jurukur untuk memohon hakmilik sambungan baki lot selepas pengambilan keatas Lot 1024 (GM5972), Mukim Rawang, Daerah Gombak. Proses permohonan hakmilik sambungan tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat pengambilan tanah keatas Lot 1024 untuk tapak SJK  (Tamil) Kuang dimana Borang K bagi pengambilan tersebut masih belum diendors dalam Hakmilik Daftar. 

3.   Pejabat ini telah mengemukakan surat kepada PTD Hulu Selangor bertanyakan salinan Borang K dan surat makluman dari pihak PTD Hulu  Selangor  telah  memaklumkan melalui surat mereka bil (29) dlm PTHS 5A/3/08, bahawa fail  pengambilan tapak SJK  (Tamil) Kuang (P.T.U.S 5/3/72) telah di kemukakan kpd PTD Gombak pada 18.11.1977. Semakan  dalam daftar Rekod Fail unit pengambilan pejabat ini, Fail P.T.U.S 5/3/72 tiada dalam simpanan bilik fail. Pihak kami juga telah membuat pertanyaan di JKPTG dan telah memaklumkan melalui surat mereka  PTG.SEL.3/PTP/07/6 sj 32, bahawa pengambilan Sekolah tersebut bukan di bawah seliaan mereka.

4.    Pihak kami memohon pandangan tuan bagaimana untuk pejabat ini hendak mendaftarkan Borang K bagi pengambilan tapak Sekolah tersebut memandangkan pihak kami tiada rekod dan dokumen berkaitan. Untuk Makluman tuan, setelah borang K bagi pengambilan sekolah tersebut didaftarkan , permohonan hakmilik  sambungan  dapat  diproses dari 

1- Hakmilik sambungan pengambilan pertama -  dari Lot 1024 kepada Lot 5399 & 5400,

2- Hakmilik sambungan  pengambilan kedua - dari Lot 5400 kepada  Lot 492

Pandangan:

Tuan Jaiya Abu

Jika ikut para 4.1 dan 4.2 di atas, tanah asal iaitu lot 1024 telah terlibat dengan dua kali pengambilan tanah. Ukur halus baki tanah akibat dua pengambilan tersebut juga telah selesai dengan pengeluaran lot-lot baharu iaitu 5399, 5400 dan 492. Persoalannya macam mana boleh timbul lot-lot baharu itu jika tiada Borang K??

Besar kemungkinan salinan Borang K ada dalam simpanan JUPEM.

Kelekaan/kecuaian yang ketara kerana hakmilik-hakmilik sambungan yang sepatutnya telah didaftarkan ke atas ketiga-tiga lot baharu tersebut tidak dilakukan. Timbul satu lagi persoalan: bagaimana lot 5400 itu diproses pengambilannya sedangkan hakmiliknya tiada??

Ini pada saya adalah kes istimewa. Pent Tanah boleh dapatkan salinan Borang K di JUPEM kerana tanpa salinan Borang K agak mustahil ukur halus-ukur halus baki tanah akibat dua kali pengambilan itu boleh dilaksanakan. Pilihan yang lain pada Pent Tanah adalah dengan merujuk kepada pelan-pelan akui (PA)bagi lot-lot yang terhasil akibat dua kali pengambilan tersebut kerana pasti di PA itu ada keterangan bagaimana lot-lot sambungan itu wujud. Itu pun sepatutnya sudah memadai kepada Pent Tanah untuk mendaftarkan hakmilik-hakmilik sambungan yang baharu dan jika salinan Borang2 K tidak dapat diperolehi di JUPEM, Pent Tanah boleh keluarkan Borang K dengan mohor tanpa tandatangan dengan meletakkan sebarang tarikh dalam tempoh dua tahun Warta Borang D supaya endorsan Borang2 K boleh dibuat dalam dokumen hakmilik daftar. Dan selepas itu membatalkan hakmilik asal sebelum mendaftarkan hakmilik-hakmilik sambungan bagi lot-lot baharu itu.

Kes istimewa kena treat dengan kaedah istimewa, jika nak ikut kaedah biasa then buntulah jawapnya kecuali perintah Mahkamah.

Pandangan Dato' Suhaimi Mamat

Kalau dah confirm lot tersebut telah terlibat PBT, dan Borang K tidak ditemui, PTD sekarang boleh keluarkan K dan buat endorsan. Selesai masaah

Tak habis2 pengambilan tanah menyusahkan masyakarat atas sikap cuai PTD

Sdr Jaiya

Tempoh dua tahun dari warta Borang D bukan berakhir dg Borang K tapi berakhir dg Borang G

Pandangan Balas Tuan Jaiya Abu

Ya faham Dato', dalam kes tahun 70an ini pastinya pampasan telah dibayar (Borang G dan H) telah dikeluarkan. Saya yakin Borang K juga pernah dikeluarkan namun yang menjadi masalah kebiasaannya adalah Borang K tidak diendors dalam DHD.

Cadangan yang  saya nyatakan di atas supaya Borang K dikeluarkan semula dalam tempoh kuatkuasa Warta Borang D adalah untuk menyatakan/menampakkan bahawa Borang K dikeluarkan dalam tempoh yang sesuai dan munasabah. Tiada masalah untuk Borang K dikeluarkan melampaui tempoh kuatkuasa Warta Borang D namun seperti biasa ia boleh menampakkan ketidakcekapan yang berlaku di pejabat tanah.

Jadi logik dan biasanya kita anggap proses pengambilan tanah sehingga pengeluaran Borang K dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun dari tarikh Warta Borang D.