Rabu, 20 Disember 2017

Isu Perenggan 1(2)(a) dan Perenggan 1(3A) Jadual Pertama APT

Perenggan 1(2)(a) bermaksud 'nilai pasaran tanah tertakluk kpd syarat nyata dan syarat tersirat/tetap'. Bermakna jika langgar syarat, ianya tak boleh diambil kira. 

ISU SEKARANG INI IALAH TUAN TANAH TELAH BERPULUH TAHUN LANGGAR SYARAT DAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH LAND CODE TIDAK DIBUAT. BILA BERLAKU PENGAMBILAN SEKARANG, MACAMMANA? 

Begitu juga dengan perenggan 1(3A), atas tanah terdapat banyak 'BANGUNAN' dan ini telah melanggar perenggan tersebut. ADAKAH NILAI SEMUA BANGUNAN AKAN DIBAYAR? 

INI LAH ANTARA PERKARA YANG MENIMBULKAN BANTAHAN TUAN TANAH BAGI KES PENGAMBILAN TANAH 

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

Jadual Pertama adalah garis panduan perundangan kpd penilai dan juga PT. Ia jelas mengatakan sebarang kemungkiran kategori/syarat tidak boleh diambilkira. Jadi pada saya PT dalam mengendalikan siasatan dan membuat award tidak layak untuk melampaui garis panduan ini. 

Kegagalan PT dan pihak2 berkuasa yang lain untuk mengambil tindakan ke atas kemungkiran kategori/syarat dan seolah-olah merestui perbuatan tuan tanah adalah satu kelemahan yang tidak boleh dan tidak patut dikompromikan untuk dibiarkan semasa siasatan pengambilan tanah lebih2 lagi dalam isu memberikan pampasan.

Tidak mengambil tindakan ke atas kemungkiran kategori/syarat itu adalah satu kelemahan/kekurangan dan adalah tidak patut untuk ditambah dengan kelemahan/kekurangan kedua dengan mengiktiraf kemungkiran tersebut. Pada saya yang salah tetaplah salah. Walau pun sebuah kenderaan tidak berhenti di persimpangan lampu isyarat berwarna merah pada jam 3 pagi kerana tiada langsung kenderaan lain di persimpangan tersebut, lampu isyarat berwarna merah tetap kena berhenti

Sekiranya tuan tanah atau pihak berkepentingan lain tidak berpuas hati, nasihatkan mereka akan hak untuk mengemukakan bantahan atau mencabar keputusan PT ke Mahkamah Tinggi kerana terdapat batasan/halangan jelas yang tidak boleh dilangkaui oleh PT.

Ajak mereka renung sejenak...selama mereka memungkiri kategori dan syarat tersebut sudah banyak kesenangan dan kemudahan mungkin juga kemakmuran mereka kecapi tanpa 'diganggu' oleh pihak berkuasa. Seharusnya mereka juga bersyukur.


PANDANGAN TUAN KAMARUL HAIZAL KODERAT

Sek 12(1) APT tanggungjawab Pentadbir Tanah menjalankan siasatan penuh (full enquiry). Hasil maklumat yang diperoleh melalui siasatan penuh P.T perlu taksir jumlah pampasan yang berpatutan pada pandangan PT sendiri berdasarkan jadual 1. Siasatan penuh amat mustahak terutama sekali bagi kes2 langgar syarat nyata/kategori tanah.

Sebelum P.T menentukan adanya unsur2 pelanggaran syarat nyata, P.T kena mengenalpasti bentuk hakmilik lot terbabit terlebih dahulu sama ada tanah yg dimaksudkan itu telah diberimilik sebelum kuatkuasa KTN pada 1.1.1966. Tanah2 yg diberimilik sblm KTN ada yang tidak ada syarat nyata, ada yg ada syarat nyata spesifik spt "kampung" "dusun" "bendang" dsb dlm dokumen terdahulu. Jadi bila tukar ke geran KTN sepatutnya syarat2 nyata asal dibawa bersama spt kehendak sek 110 KTN. Ada kes syarat nyata asal tidak dibawa bersama ke geran KTN dan diletakkan syarat lain. Oleh itu, P.T boleh minta tn tanah menunjukkan geran asal sebelum KTN untuk kepastian sama ada pelanggaran berlaku. Maknanya kena ikut syarat nyata asal kalau kampung ada 10 buah rumah di atas satu lot, termasuk dlm pengambilan..boleh dibayar. 

Jika tanah sblm KTN  tu tertakluk sek 53(2)  KTN syarat tersirat terpakai adalah pertanian. Tetapi P.T perlu mendapat pengesahan daripada tn tanah bila kah bangunan2 tersebut dibina. Jika dibina sebelum tarikh kuatkuasa KTN, ianya dibenarkan di bawah sek 53(2) (ii). Makna boleh dibayar bangunan2 yg wujud di tanah desa bwh sek 53(2) sblm kuatkuasa KTN.

Pada pandangan saya, walaupun didapati semua tanah pertanian tu bina bangunan, tn tanah boleh memohon kpd PBN memberi kebenaran mendirikan bangunan tersebut. PBN boleh menggunakan sek 115 (4) (g) memberi kebenaran kpd tn tanah, utk memboleh menggunakan tanah bagi maksud yg sesuai pada pndangan PBN.

Ahad, 10 Disember 2017

Isu Warta Sek 4 dan Tindakan Yang Boleh Di Lakukan

Permohonan pengambilan tanah untuk projek ECER telahpun diwartakan dibawah sek 4 Akta. Borang B telah diperolehi. Agensi pemohon TELAHPUN MENGENALPASTI JAJARAN yang akan diwartakan dibawah seksyen 8 Akta nanti. 

PERSOALANNYA:

BAGI MEMPERCEPATKAN PROSES PENGAMBILAN, BOLEH TAK AGENSI PEMOHON/WAKIL MEMASUKI TANAH UNTUK TUJUAN LAPURAN DAN PENANDAAN WALAUPUN PENGISYTIHARAN DIBAWAH SEK 8 BELUM DIBUAT. LAPURAN YANG AKAN DIBUAT INI JUGA DAPAT MEMENUHI KEHENDAK SEK 9(1)(a)

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

Kemudahan yang diberikan di bawah pewartaan seksyen 4 APT iaitu untuk tujuan kajian dan kesesuaian. Pada saya ianya boleh digunakan oleh agensi pemohon untuk menyediakan laporan dan penandaan sebelum pewartaan di bawah seksyen 8 dilaksanakan. Namun, jika berlaku sebarang kerosakan ke atas harta tuan tanah, agensi hendaklah membayar pampasan/gantirugi dengan segera kepada tuan tanah.

Bagi maksud penilaian tanah oleh JPPH, penandaan yg dilakukan semasa pewartaan seksyen 4 akan membantu dan jika pewartaan di bawah seksyen 8 kemudiannya dilaksanakan sebelum tempoh Warta seksyen 4 tamat, tarikh penilaian adalah dikira dari tarikh pewartaan seksyen 4. Dalam kes sebegini keperluan penandaan di bawah seksyen 9 sudah tidak lagi diperlukan.

PANDANGAN PENULIS

JAWAPANNYA BOLEH. Ini berdasarkan:

1. Perenggan 1 kepada Borang B 

'Anda serta pengkhidmat-pengkhidmat dan pekerja-pekerja anda adalah dengan ini diberikuasa, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perenggan 2 untuk memasuki 

(i)   ............................................. atau 
(ii)  .............................................

dan melakukan salah satu daripada yang berikut atau kesemuanya:

(a) ............................................................................................;
(b) ............................................................................................;
(c) ............................................................................................;
(d) ............................................................................................;
(e) ............................................................................................;
(f)  ...........................................................................................

Ini bermakna apabila tanah tanah telah diwartakan dibawah sek 4 dan Borang B telah dikeluarkan oleh Pengarah, perkara perkara diatas boleh dilakukan. Ianya juga meliputi tindakan tindakan yang dikehendaki dibawah sek 9(1)(a)  Akta

2. Sek 9(1)(a) sendiri telah jelas melalui ayat 'melainkan jika ini telah pun dilakukan hingga memuaskan hati PT'. 

Ini bermakna apabila tindakan telah dibuat selepas sek 4 dan ianya telah memuaskan hati Pentadbir Tanah, tindakan dibawah sek ini tidak perlu lagi dibuat


Selasa, 21 November 2017

Seksyen 15 Akta Pengambilan Tanah

Seksyen 15

"Pada masa menjalankan mana-mana siasatan dan membuat apa apa award di bawah seksyen 12 dan 14 berkenaan dengan mana-mana tanah dijadualkan, Pentadbir Tanah boleh mengikut budibicaranya, memasuki apa apa perkiraan dengan apa apa cara yang saksama sama ada dengan cara penggantian penuh atau sebahagiannya pampasan wang, dengan memberi pertimbangan terhadap kepentingan pihak pihak yang berkenaan'

Seksyen ini jarang di bincangkan dan jarang dipraktikkan. 

APAKAH YANG DINYATAKAN OLEH SEKSYEN INI? 

Pandangan Tuan Jaiya Abu

Seksyen 15 ini memperuntukkan kuasa PT untuk 'berbincang serta membuat tawar menawar' dengan pihak2 berkepentingan mengenai bentuk pampasan yang bakal diawardkan tanpa melibatkan wang ringgit. Ini yang dimaksudkan pampasan secara "in-kind". Sebagai contoh, tanah diambil digantikan dengan pemberimilikan tanah yang baharu, pemberian rumah kediaman atau premis perniagaan yang baharu. Kaedah yang bakal diguna pakai samada pemberimilikan atau pindahmilik, kos2 yang bakal ditanggung dan siapa yang akan menanggungnya ie premium, byrn2 permohonan, pendaftaran, duti dan byrn pendaftaran bagi pindahmilik, permohonan kebenaran ke atas sekatan kepentingan jika ada dsb.

Dengan syarat apabila PT melibatkan diri dalam perbincangan dan tawar menawar ini mandat sepenuhnya samada daripada Kerajaan Negeri atau agensi pengambil telah diperolehi.

Sesetengah proses pengambilan dalam keadaan di atas berkemungkinan akan tamat sehingga proses siasatan di bawah seksyen 12 sahaja kerana apabila perbincangan berhasil dengan persetujuan pihak2 yang terlibat, proses pengambilan tidak akan diteruskan. Mungkin tuan tanah akan menyerahkan keseluruhan tanah mereka di bawah seksyen 197 KTN. Sekiranya perbincangan dan persetujuan gagal, pengambilan tanah akan diteruskan sehingga selesai dan kerajaan Negeri atau agensi pengambil hendaklah menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi utk menanggung segala kos yang terlibat.


Isnin, 13 November 2017

Kedudukan Tanah Berstatus 'TDK'

Persoalan Ini Dicopy Dari fb Saya Sendiri

1. Apa maksud 'TDK' dalam senarai Borang C Akta Pengambilan Tanah 1960
2. Kenapa gunakan 'TDK'
3. Sumber daru mana?

Pandangan Tuan Jaiya Abu

Tanah yang termasuk dalam kawasan yang hendak diambil tidak dapat dikesan hakmiliknya. Apabila hakmilik tidak dapat dikesan (TDK) bermakna maklumat tuan tanah dan lain2 pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar tidak dapat dipastikan. Justeru diambil langkah separa selamat dengan menyenaraikannya dalam Borang C mengikut maklumat paling asas yang ada iaitu nombor lot dan kemudian diikuti dengan pewartaan Borang D. Tanah tersebut akan dimasukki atau digunakan dahulu bagi tujuan projek yang dilaksanakan. Sekiranya ada pihak yang menuntut kepentingannya kemudian dengan disokong bukti yang ada, Pentadbir Tanah akan sekurang-kurangnya membuat pewartaan semula dalam Borang D dengan maklumat-maklumat baharu sebelum prosedur siasatan, pembayaran pampasan dan pengeluaran dan endorsan Borang K sehinggalah proses selesai.

Jika Cikgu tanya sumber memang tiada sumber tetapi saya percaya sekurang kurangnya dengan amalan sebegitu Pentadbir Tanah menghargai maklumat paling asas yang ada dalam usaha melaksanakan prosedur pengambilan tanah dengan sempurna.

Pertanyaan Tuan Kamarul

Bolehkah kita anggap "hak milik tidak dapat dikesan" adalah tanah kerajaan / state land ?

Pandangan Tuan Jaiya Abu

Tuan Kamarul, ada kemungkinan tanah yang mempunyai nombor lot adalah tanah Kerajaan walau pun kebiasaannya tanah dengan nombor lot adalah tanah berimilik. Kebiasaannya juga masalah ini timbul akibat buku indeks lot tidak dikemaskini atau terdapat maklumat iaitu nombor hakmilik yang tertinggal/tercicir.

Sekiranya tanah 'TDK' ini dianggap tanah Kerajaan maka penyenaraiannya dalam Borang C atau Borang D adalah tidak diperlukan. Namun, apabila dikhuatiri bahawa tanah 'TDK' itu adalah tanah berimilik yang maklumatnya tidak lengkap dengan hanya nombor lot maka Pentadbir Tanah seperti yang saya nyatakan mengambil langkah separa selamat dengan menyenaraikannya dalam Borang C dan D. 

Apakah kesannya jika tanah 'TDK' disenaraikan dalam Borang C dan D atau apakah kesan jika tanah tersebut dianggap tanah Kerajaan (tidak disenaraikan dalam Borang C dan D?

Pada saya jika tanah itu sememangnya tanah Kerajaan maka tiada sebarang isu. Adalah lebih baik bagi Pentadbir Tanah untuk memaklumkan kepada Jupem agar dibatalkan nombor lot bagi tanah tersebut. Walau bagaimana pun sekiranya tanah itu didapati kemudiannya adalah tanah berimilik maka agensi pemohon hendaklah mengemukakan permohonan lengkap untuk mengambil tanah itu dan Pentadbir Tanah hendaklah menyediakan kertas pertimbangan PBN dengan menyenaraikannya dalam Borang C dan kemudian dalam Borang D untuk pewartaan diikuti dengan prosedur-prosedur lain sehinggalah proses pengambilan diselesaikan dengan sempurna.

Dalam keadaan Pentadbir Tanah menyenaraikan tanah 'TDK' itu dalam Borang C dan D dan setelah beberapa ketika didapati tanah itu adalah tanah berimilik maka sekurang-kurangnya agensi pemohon tidak perlu mengemukakan permohonan pengambilan tambahan untuk tanah itu, dengan itu tidak perlu kepada penyediaan kertas pertimbangan PBN. Apa yang perlu dilakukan oleh Pentadbir Tanah hanyalah membuat pindaan kepada Warta asal melalui pewartaan baharu khusus bagi tanah itu. Ini yang saya maksudkan dengan langkah separa selamat.

Pandangan Tuan Kamarul

Tanah2 TDK ni kebanyakannya adalah tanah berimilik sebelum kuatkuasa KTN..tetapi semasa proses convert ke geran KTN..byk title tertinggal dan tn tanah masih pegang geran terdahulu..sudah semestinya nama tidak ada dalam sistem berkomputer..pengesahan drpd pej tanah/PTG negeri amat penting,baru lah boleh kita sahkan itu tanah kerajaan atau berimilik

Pandangan Tuan Jaiya Abu

Betul Tn Kamarul, itu satu daripada kemungkinan-kemungkinan yang ada. Mungkin juga tanah 'TDK' itu tanah Kerajaan yang menjadi lot akibat dikelilingi lot2 berimilik (tanah terpulau). Mungkin juga tanah 'TDK' itu menjadi lot akibat ukur halus proses-proses tertentu sebelumnya. Seperti contoh tanah asal telah diambil sebahagian dengan meninggalkan baki yang terpisah dua. Baki tanah itu (dua bhgn) kemudiannya hanya satu daripadanya disambung dan didaftarkan hakmilik manakala yang satu lagi tertinggal.

Ini antara penemuan-penemuan yang pernah kami lalui di JKPTGNS apabila membuat permohonan permintaan ukur (P.U.) bagi baki tanah yang diambil sebahagian bagi Projek Landasan Berkembar Keretapi Seremban-Gemas tempohari.

Pandangan Tuan Najmuddin Jemain

Tanah TDK dalam banyak keadaan adalah bukan tanah kerajaan, kalau dalam pelan pun kita tak tandakan kuning. Kita syak tanah itu sudah bertuan, cuma tuannya tidak dapat dikesan atau dikenal pasti, sebab dalam rekod macam ada, kadang andaian kita based on bentuk dan lot bersebelahan yg telah bertuan, jadi andaian kita mungkin telah berpunya.

ULASAN

Daripada pandangan pandangan yang diberikan oleh mereka meraka yang terlibat secara langsung atau pernah terlibat secara langsung dengan pengambilan tanah seperti di atas iaitu Mantan Pengarah JKPTG Negeri Sembilan, Mantan Pengarah JKPTG Selangor dan Pengarah JKPTG Pulau Pinang, KESIMPULANNYA BUKAN SEMUA TANAH BERSTATUS TDK ITU TANAH KERAJAAN

Untuk kes kes mendatang, Pentadbir Tanah MESTI MEMBUAT SEMAKAN TERLEBIH DAHULU berdasarkan pandangan di atas lot yang diklasifikasikan sebagai TDK sebelum menyenaraikannya ke dalam Borang C. JIKA TELAH DIKENALPASTI LOT TERSEBUT ADALAH TK, MAKA TIDAK PERLU DISENARAIKAN. JIKA DISENARAIKAN DAN DIWARTAKAN, MAKA TERJADILAH SATU KES DI SUATU NEGERI DIMANA PENTADBIR TANAH TELAH MENJALANKAN INQUARY DAN MEMBUAT AWARD KE ATAS TANAH TERSEBUT KERANA MENGANGGAP TANAH YANG BERSTATUS TDK (ADA PEMILIK) SEDANGKAN TIADA PEMILIK YANG HADIR. TINDAKAN SETERUSNYA, WANG PAMPASAN DISIMPAN DI MAHKAMAH SEHINGGA BEBERAPA TAHUN TIDAK DIPOHON UNTUK DIKELUARKAN (BERKEMUNGKINAN IANYA TANAH KERAJAAN)

Seperkara lagi JIKA TINDAKAN SEPERTI DI ATAS TELAH DILAKUKAN OLEH PENTADBIR TANAH iaitu telah dikenalpasti tanah yang berstatus TDK ada pemiliknya (contoh yang berlaku di Perak: TANAH TERSEBUT ADA NO LOT DAN DIATAS TANAH ADA DIUSAHAKAN DENGAN TANAMAN KELAPA SAWIT), bila disenaraikan dalam Borang C, letakkan no lot berkenaan dan diruangan yang lain JANGAN LETAKKAN TANAH KERAJAAN (LETAKKAN TDK) kerana tanah kerajaan tidak terlibat dengan pengambilan. APAPUN BERLAKU KEMUDIANNYA, BERDASARKAN SEKSYEN 2(2) AKTA PENGAMBILAN TANAH, WARTA TERSEBUT ADALAH SAH DAN BERKUATKUASA.

Ahad, 5 November 2017

Pengambilan Tanah Melibatkan Rizab Melayu

ISU :


Pengambilan tanah bagi tapak sistem bekalan air di atas Tanah Rizab Melayu. Pihak PTG mahu mengantikan TRM tersebut jika berlaku pengambilan di atas tanah TRM. Menurut Pekeliling pengantian dan pembatalan TRM - PTG Selangor 3/2015.

SOALAN :

1.   Adakah Rizab Melayu akan terbatal selepas pengambilan tanah?

2.   Adakah rizab-rizab selain TRM akan terbatal selepas Pengambilan tanah? Sebagai contoh Rizab Sekolah, Kawasan lapang dan tapak bekalan air?

3. Jika tidak terbatal, bolehkah dikekalkan TRM tersebut selepas pengambilan tanah bagi mengelakan pengantian TRM?

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

Undang2 Rizab Melayu seperti contoh Cap 142 dicipta oleh British pada awal abad ke 20. Di dalam Cap 142 RDM/PBN diberi kuasa untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan rizab Melayu. Ini termasuk tanah-tanah berimilik yang lebih awal telah diduduki oleh orang bukan Melayu. Kawasan yang diisytiharkan sebagai rizab Melayu juga termasuk tanah Kerajaan yang ada di dalamnya pelbagai kemudahan dan natural features seperti contoh jalan, padang, sekolah, hospital, hutan, sungai, pinggir pantai dsb. Sifat kawasan rizab Melayu yang hetrogenous. Ini bermakna kawasan yang diisytiharkan sebagai rizab Melayu bukanlah semestinya kawasan yang boleh didiami/diduduki secara eksklusif semata-mata. Justeru, dengan keadaan/ciri tanah yang pelbagai itu sekiranya terdapat tanah berimilik yang diambil di bawah APT untuk maksud atau kemudahan awam, maka pada saya pembatalan status TRM adalah tidak berkaitan selain tidak perlu. Apabila tiada pembatalan maka tiadalah penggantian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan.

Namun, di Selangor PBN melalui Pekeliling PTG yang berkaitan telah mensyaratkan bahawa tanah berimilik yang terletak dalam kawasan rizab Melayu sekiranya diambil maka status perisytiharan tersebut perlu dibatalkan dan apabila dibatalkan maka sudah tentu hendaklah dibuat penggantian. Tanpa prejudis dengan keputusan Kjaan Sgor itu, saya membayangkan jika negeri Kelantan membuat perkara yang serupa dan dengan hampir 90% tanah di Kelantan adalah rizab Melayu, sekiranya ada tanah berimilik diambil cukupkah kawasan baki lk 10% di negeri itu untuk digantikan akibat dibatalkan kerana pengambilan? Bagaimana/sesuaikah baki tanah seluas 10% itu sekiranya didiami oleh orang bukan Melayu diisytiharkan sebagai kawasan ganti?

Pada saya tiada kesalahan/kekurangan/kelemahan dalam satu2 kawasan rizab Melayu untuk diwujudkan pelbagai kemudahan awam yang turut disokong oleh natural features seperti sungai, pantai dan laut. Ini semua adalah keperluan demi kelangsungan hidup orang Melayu dalam ekosistem yang ada.

Namun jika pengambilan tanah rizab Melayu adalah bertujuan untuk pembukaan kawasan penempatan atau pembangunan baharu yang bersifat inclusive bukan hanya kepada orang Melayu tetapi juga kepada yang bukan Melayu maka pada saya adalah logik status kawasan rizab Melayu itu dibatalkan dan dibuat penggantian.

Bagi soalan kedua, tanah rizab yang terdapat dalam kawasan yang bersekali dengan tanah berimilik yang diambil perlu dibatalkan perizabannya di bawah seksyen 64 KTN bergantung kepada jenis pembangunan yang hendak dilaksanakan selepas proses pengambilan selesai. Seperti contoh, rizab balairaya terlibat dengan jajaran jalan raya yang hendak dibina maka rizab balai raya itu perlu dibatalkan di bawah sek 64 KTN.

Bagi soalan ketiga, pada saya status TRM boleh dikekalkan walaupun tanah berimilik pegangan Melayu di dalamnya diambil di bawah APT. Lebih-lebih lagi jika pengambilan tanah itu adalah untuk maksud dan kemudahan awam.

PANDANGAN SAYA:

Oleh kerana isu yang dibangkitkan melibatkan Tanah Rizab Melayu di negeri Selangor, maka PEKELILING TERSEBUT MESTI DIPATUHI

Khamis, 26 Oktober 2017

Isu Pengambilan Tanah dan Penyelesaian

ISU INI DICOPY DARI FB

2.  Pihak pejabat ini telah menerima permohonan dari syarikat jurukur untuk memohon hakmilik sambungan baki lot selepas pengambilan keatas Lot 1024 (GM5972), Mukim Rawang, Daerah Gombak. Proses permohonan hakmilik sambungan tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat pengambilan tanah keatas Lot 1024 untuk tapak SJK  (Tamil) Kuang dimana Borang K bagi pengambilan tersebut masih belum diendors dalam Hakmilik Daftar. 

3.   Pejabat ini telah mengemukakan surat kepada PTD Hulu Selangor bertanyakan salinan Borang K dan surat makluman dari pihak PTD Hulu  Selangor  telah  memaklumkan melalui surat mereka bil (29) dlm PTHS 5A/3/08, bahawa fail  pengambilan tapak SJK  (Tamil) Kuang (P.T.U.S 5/3/72) telah di kemukakan kpd PTD Gombak pada 18.11.1977. Semakan  dalam daftar Rekod Fail unit pengambilan pejabat ini, Fail P.T.U.S 5/3/72 tiada dalam simpanan bilik fail. Pihak kami juga telah membuat pertanyaan di JKPTG dan telah memaklumkan melalui surat mereka  PTG.SEL.3/PTP/07/6 sj 32, bahawa pengambilan Sekolah tersebut bukan di bawah seliaan mereka.

4.    Pihak kami memohon pandangan tuan bagaimana untuk pejabat ini hendak mendaftarkan Borang K bagi pengambilan tapak Sekolah tersebut memandangkan pihak kami tiada rekod dan dokumen berkaitan. Untuk Makluman tuan, setelah borang K bagi pengambilan sekolah tersebut didaftarkan , permohonan hakmilik  sambungan  dapat  diproses dari 

1- Hakmilik sambungan pengambilan pertama -  dari Lot 1024 kepada Lot 5399 & 5400,

2- Hakmilik sambungan  pengambilan kedua - dari Lot 5400 kepada  Lot 492

Pandangan:

Tuan Jaiya Abu

Jika ikut para 4.1 dan 4.2 di atas, tanah asal iaitu lot 1024 telah terlibat dengan dua kali pengambilan tanah. Ukur halus baki tanah akibat dua pengambilan tersebut juga telah selesai dengan pengeluaran lot-lot baharu iaitu 5399, 5400 dan 492. Persoalannya macam mana boleh timbul lot-lot baharu itu jika tiada Borang K??

Besar kemungkinan salinan Borang K ada dalam simpanan JUPEM.

Kelekaan/kecuaian yang ketara kerana hakmilik-hakmilik sambungan yang sepatutnya telah didaftarkan ke atas ketiga-tiga lot baharu tersebut tidak dilakukan. Timbul satu lagi persoalan: bagaimana lot 5400 itu diproses pengambilannya sedangkan hakmiliknya tiada??

Ini pada saya adalah kes istimewa. Pent Tanah boleh dapatkan salinan Borang K di JUPEM kerana tanpa salinan Borang K agak mustahil ukur halus-ukur halus baki tanah akibat dua kali pengambilan itu boleh dilaksanakan. Pilihan yang lain pada Pent Tanah adalah dengan merujuk kepada pelan-pelan akui (PA)bagi lot-lot yang terhasil akibat dua kali pengambilan tersebut kerana pasti di PA itu ada keterangan bagaimana lot-lot sambungan itu wujud. Itu pun sepatutnya sudah memadai kepada Pent Tanah untuk mendaftarkan hakmilik-hakmilik sambungan yang baharu dan jika salinan Borang2 K tidak dapat diperolehi di JUPEM, Pent Tanah boleh keluarkan Borang K dengan mohor tanpa tandatangan dengan meletakkan sebarang tarikh dalam tempoh dua tahun Warta Borang D supaya endorsan Borang2 K boleh dibuat dalam dokumen hakmilik daftar. Dan selepas itu membatalkan hakmilik asal sebelum mendaftarkan hakmilik-hakmilik sambungan bagi lot-lot baharu itu.

Kes istimewa kena treat dengan kaedah istimewa, jika nak ikut kaedah biasa then buntulah jawapnya kecuali perintah Mahkamah.

Pandangan Dato' Suhaimi Mamat

Kalau dah confirm lot tersebut telah terlibat PBT, dan Borang K tidak ditemui, PTD sekarang boleh keluarkan K dan buat endorsan. Selesai masaah

Tak habis2 pengambilan tanah menyusahkan masyakarat atas sikap cuai PTD

Sdr Jaiya

Tempoh dua tahun dari warta Borang D bukan berakhir dg Borang K tapi berakhir dg Borang G

Pandangan Balas Tuan Jaiya Abu

Ya faham Dato', dalam kes tahun 70an ini pastinya pampasan telah dibayar (Borang G dan H) telah dikeluarkan. Saya yakin Borang K juga pernah dikeluarkan namun yang menjadi masalah kebiasaannya adalah Borang K tidak diendors dalam DHD.

Cadangan yang  saya nyatakan di atas supaya Borang K dikeluarkan semula dalam tempoh kuatkuasa Warta Borang D adalah untuk menyatakan/menampakkan bahawa Borang K dikeluarkan dalam tempoh yang sesuai dan munasabah. Tiada masalah untuk Borang K dikeluarkan melampaui tempoh kuatkuasa Warta Borang D namun seperti biasa ia boleh menampakkan ketidakcekapan yang berlaku di pejabat tanah.

Jadi logik dan biasanya kita anggap proses pengambilan tanah sehingga pengeluaran Borang K dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun dari tarikh Warta Borang D.


Ahad, 2 Julai 2017

Sambungan Pindaan APT (4)

Pindaan seksyen 49(1) Dipotong perkataan "menurut peruntukan sek 3"

Pindaan seksyen 51(1)(a) dipotong perkataan "menurut apa apa notis dibawah sek 10 dan 11"

Pindaan seksyen 52 perkataan "mukim atau bandar" DIGANTIKAN DENGAN "BANDAR, KAMPUNG ATAU MUKIM"

Pindaan seksyen 53(3) DIPOTONG PERKATAAN "MANA MANA TANAH DIJADUALKAN"

Pindaan Seksyen 55

Perenggan (1)(a) POTONG PERKATAAN "MANA MANA TANAH DIJADUALKAN"
dan POTONG PERKATAAN "MENURUT PERUNTUKAN SEKSYEN 3"

Dalam sub seksyen (2) GANTIKAN PERKATAAN "Suatu akuan yang ditanda tangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri" DENGAN PERKATAAN "mana mana dokumen"

Pindaan Seksyen 57

Sek ini digantikan dengan yang baharu
"57. (1) Apabila sahaja di dapati oleh Pihak Berkuasa Negeri bahawa pendudukan atau penggunaan sementara mana mana tanah adalah diperlukan

(a) bagi apa apa.maksud yang dinyatakan dalam seksyen 3(1);
(b) untuk menjalankan kerja kerja awam di atas mana mana tanah; atau
(c) seperti yang ditunjukkan di dalam pelan pembangunan dibawah undang undang yg berkaitan dengan perancangan bandar dan desa

Pihak Berkuasa Negeri itu boleh mengarahkan Pentadbir Tanah memperolehi mana mana tanah demikian untuk diduduki atau digunakan selama suatu tempoh sebagaimana difikirkan patut tidak melebihi tiga tahun dari tarikh pendudukan atau penggunaan itu, mengikut cara yang dinyatakan oleh Bahagian ini.

(2) Pentadbir Tanah atau pihak berkuasa pendaftaran lain hendaklah membuat nota/ingatan/endorsan mana mana pendudukan atau penggunaan sementara tanah sepertimana yang dinyatakan dibawah perenggan 9(2)(a) dan (b)

Ulasan:
Selepas pindaan, endorsan pendudukan sementara MESTI DIBUAT

Pindaan seksyen 58

Dalam sub seksyen (1) masukkan perkataan "DALAM BORANG R" selepas perkataan "hendaklah membuat tawaran pampasan"

Ulasan:
Borang R adalah borang baharu diperkenalkan bagi maksud tawaran pampasan bagi tujuan PENDUDUKAN SEMENTARA TANAH.

Selepas sub seksyen (2) masukkan sub seksyen yang baharu spt berikut:
"(2A) sebelum membuat apa apa tawaran pampasan dibawah sub seksyen (1), Pentadbir Tanah boleh memperolehi pendapat bertulis berkaitan dengan nilau tanah daripada penilai"; dan

Selepas sub seksyen (3) masukkan sek berikut:
"(4) semasa membuat apa apa penilaian/penaksiran kepada pampasan/gantirugi dibawah sub seksyen (3), Pentadbir Tanah boleh, mengikut budi bicaranya, memasuki apa apa perkiraan/berunding dengan orang yang berkepentingan pada tanah itu dengan apa apa cara yang saksama sama ada dengan cara penggantian penuh atau sebahagiannya pampasan wang, dengan memberi pertimbangan terhadap pihak pihak yang berkenaan.
(5) Apabila Pentadbir Tanah memasuki apa apa perkiraan/berunding dibawah sub seksyen (4), beliau hendaklah mencatatkan butir butir tentangnya kedalam daftar yang sesuai.
(6) Semua bukti bukti yang diperolehi semasa siasatan dan amaun pampasan yang ditawarkan hendaklah dicatat oleh Pentadbir Tanah.
(7) Tiada apa apa dalam seksyen ini boleh menghalang Pihak Berkuasa Negeri untuk menduduki atau menggunakan tanah jika orang berkepentingan tidak bersetuju dengan pampasan/gantirugi yang ditawarkan menurut sub seksyen (1)
(8) Bagi maksud seksyen ini, sub seksyen 14(5) hendaklah digunapakai jika perlu.

Ulasan:
Seksyen ini memperjelaskan lagi tindakan yang mesti dilakukan

seksyen 59 dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "merujuk kepada seksyen 57" perkataan "Pentadbir Tanah hendaklah menjalankan siasatan untuk menentukannya"

Ulasan:
Siasatan yang dijalankan utk menentukan sama ada tanah tersebut telah dipulihkan atau tidak seterusnya menentukan pampasan jika tidak dipulihkan.

Pindaan seksyen 60
Menggantikan perkataan "jika Pentadbir Tanah tidak boleh bersetuju dengan orang orang berkepentingan atas amaun pampasan" DENGAN PERKATAAN "JIKA ORANG YANG BERKEPENTINGAN TIDAK BERSETUJU DENGAN AMAUN PEMPASAN YANG DITAWARKAN OLEH PENTADBIR TANAH"

Ulasan:


Jika orang berkepentinga tidak bersetuju dengan award atau pembahagiannya atau keadaan tanah, menjadi tanggungjawab Pentadbir Tanah merujuk ke Mahkamah utk keputusan.

Pindaan seksyen 65
Masukkan selepas perkataan "menurut peruntukan seksyen 3" PERKATAAN "ATAU BAHAGIAN VII"

Pindaan seksyen 66
Selepas perenggan (b) masukkan perenggan berikut
"(ba) menentukan mana mana Borang dalam Jadual Kedua dalam bentuk borang electronic;" dan
Dalam perenggan (d) gantikan perkataan "permohonan bagi pengambilan tanah dibawah perenggan 3(1)(b) atau (c)" DENGAN PERKATAAN "MANA MANA
Gantikan perkataan "sebuah bangunan yang dipecahbahagi, pada orang" DENGAN PERKATAAN "SEBUAH BANGUNAN ATAU TANAH YANG DIPECAH BAHAGI, PADA ORANG, STATUTORY BODY (BADAN UTK PEGANG SKIM STRATA)

Pindaan Seksyen 69
Masukkan SELEPAS perenggan (b) perenggan berikut
"(ba) menentukan mana mana Borang di dalam Jadual Pertama sebagai borang elektronik;" ; DAN
Dalam perenggan (d) GANTIKAN perkataan "permohonan bagi pengambilan tanah dibawah perenggan 3(1)(b) atau (c)" DENGAN PERKATAAN "mana mana tujuan dibawah akta ini"

Ahad, 4 Jun 2017

Sambungan Pindaan APT (3)

Pindaan seksyen 35

Sub seksyen (1A) DIGANTIKAN DENGAN: "Pemberitahuan dalam Borang LA hendaklah disiarkan dalam warta dan semua prosiding yang telah diambil atau sedang diambil berkaitan dengan pengisytiharan dalam sub seksyen 8(1) berhubung dgn tanah hendaklah terhenti dan tidak berkuatkuasa"

Dlm sub seksyen (2) selepas perkataan "the Land Administrator" masukkan perkataan "SELEPAS MEMBERITAHU ORANG BERKEPENTINGAN DI DLM BORANG LB"

Dlm perenggan (a) potong perkataan "DAN" selepas perkataan "orang yg mengalami kerosakan itu"

Dlm perenggan (b) gantikan nokhtah dihujung perenggan dengan perkataan ", DAN"

Selepas perenggan (b) masukkan perenggan:
(c) sedia dan serahkan kepada setiap orang berkepentingan notis dalam Borang LC

Selepas sub seksyen (3) masukkan sub seksyen:
(3A) bagi maksud seksyen ini, sub sekayen 14(5) hendaklah digunapakai jika perlu/bersesuaian" dan
Dalam subseksyen (4) perkataan "ATAU (3) DIPOTONG

Ulasan:

Berdasarkan pindaan perenggan ini diperkenalkan borang baharu iaitu:
Borang LA pewartaan penarikan dari pengambilan
Borang LB beritahu kpd orang berkepentingan
Borang LC bayaran kerosakan akibat penarikan dr pengambilan.

Pindaan seksyen 36(4):

Selepas perkataan sek 14, masukkan perkataan " ATAU gantirugi yang dibuat dibawah sek 35 ATAU BAHAGIAN VII" dan
Selepas perkataan "TERHADAP AWARD ITU" Masukkan perkataan "ATAU GANTIRUGI"

Pindaan Seksyen 37
Dlm sub seksyen (1) masukkan selepas perkataan "sek 10 atau 11" perkataan "ATAU MANA MANA ORANG BERKEPENTINGAN YANG BERHAK KEPADA MANA MANA GANTIRUGI YANG DIBUAT DIBAWAH SEK 35 ATAU BAHAGIAN VII"

Dlm sub seksyen (2):
POTONG PERKATAAN BERKENAAN DENGAN APA APA KEPENTINGAN DLM MANA MANA TANAH,
DAN
Gantikan perkataan "TIGA RIBU RINGGIT" dengan perkataan "LIMA RIBU RINGGIT"

Dlm sub sekayen (3):

Gantikan perkataan "JIKA JUMLAH AMAUN APA APA AWARD BERKENAAN MANA MANA TANAH DIJADUALKAN MELEBIHI LIMA BELAS RIBU RINGGIT" dengan perkataan:

"JIKA JUMLAH AMAUN APA APA AWARD MELEBIHI TIGA PULUH RIBU RINGGIT"

Potong perkataan "YANG MENJALANKAN SESUATU KERJA YANG PADA PENDAPAT PIHAK BERKUASA NEGERI ITU ADALAH UNTUK KEMUDAHAN AWAM, DAN"

Gantikan perkataan "MENURUT PERUNTUKAN SEKSYEN 3" dengan perkataan
"ATAU PENDUDUKAN ATAU PENGGUNAAN MENURUT BAHAGIAN VII"
Potong perkataan " MANA MANA TANAH YANG DIJADUALKAN DIBAWAH SUB SEKSYEN (1)"

Ulasan:
Salah satu syarat utk bantahan ke Mahkamah telah dipinda iaitu:

1. Rujukan ke Makamah boleh dibuat oleh PEMOHON dan ORANG BERKEPENTINGAN yang tanahnya TERLIBAT DGN PENGAMBILAN ATAU APABILA BERLAKU PENARIKAN ATAU PENDUDUKAN SEMENTARA yg tidak berpuashati dgn amaun pampasan.
2. Bagi org yang berkepentingan, amaun pampasannya adalah melebihi RM5,000 sementara bagi AGENSI PEMOHON adalah melebihi RM30,000

Pindaan seksyen 38:

Dlm sub seksyen (1) potong perkataan 

", DAN SALINAN TENTANGNYA HENDAKLAH DIKEMUKAKAN OLEH PENTADBIR TANAH KEPADA PENDAFTAR MAHKAMAH"; dan

Sub seksyen (3) perenggan (a)

MASUKKAN SELEPAS PERKATAAN "Pentadbir Tanah membuat award dibawah sek 14" PERKATAAN
"ATAU GANTIRUGI YANG DUBUAT DIBAWAH SEKSYEN 35 ATAU BAHAGIAN VII"; dan

Gantikan perenggan (b) dgn perenggan berikut:

"(b) DALAM KES KES LAIN, DALAM TEMPOH ENAM MINGGU DARI TARIKH TERIMA NOTIS DARIPADA PENTADBIR TANAH DIBAWAH SEKSYEN 16, PERENGGAN 35(2)(c), SUB SEKSYEN 58(1) ATAU SEKSYEN 59 ATAU DALAM TEMPOH ENAM BULAN DARI TARIKH PENTADBIR TANAH MEMBUAT AWARD DIBAWAH SEKSYEN 14, 35 ATAU BAHAGIAN VII, MENGIKUT MANA YANG LEBIH DULU TAMAT TEMPOHNYA"

Ulasan:
1. Tempoh membuat bantahan DIKEKALKAN TETAPI MELIPUTI MEREKA2 YG MENERIMA NOTIS BAWAH SEK 16, SEK 35(2)(c), 58(1) atau 59
2. Berdasarkan pindaan, jika orang berkepentingan yg tidak bersetuju dgn jumlah award yg dibuat dibawah sek 14 IAITU AWARD PENGAMBILAN TANAH, tidak bersetuju dgn gantirugi akibat penarikan atau pendudukan sementara tanah BOLEH MEMBUAT RUJUKAN KE MAHKAMAH

Pindaan seksyen 40B (5):
Dgn memotong perkataan "yang bukan pegawai penilai yang bekerja dengan kerajaan"

Ulasan:
Dengan pindaan ini pegawai penilai yang dilantik menjadi assessors (pengapit) sama ada Penilai Kerajaan atau Penilai Berlesen, AKAN DIBAYAR FEE YANG TIDAK LEBIH RM500 SEHARI

Pindaan seksyen 43
Gantikan perkataan "Borang P" dengan perkataaan "BERTULIS (WRITING)" dan
Dlm perenggan (b), potong perkataan "menurut peruntukan sek 3"

Pindaan seksyen 48
Perkataan "hendaklah/shall" digantikan dengan perkataan "to"
Perkataan "lapan" digantikan dengan perkataan "lima"

Khamis, 25 Mei 2017

Sambungan Pindaan APT (2)

Pindaan Seksyen 29:
Sek 29(1) dipinda dgn memasukkan selepas perkataan "Form H" perkataan "Form Lc ATAU Form R"

Ulasan:
Borang Lc dan Borang R adalah Borang2 baharu yg akan dimasukkan ke dalam Akta:
Borang Lc ADALAH NOTIS BAYARAN KEROSAKAN AKIBAT PENARIKAN DIBAWAH SEK 35
Borang R ADALAH TAWARAN PAMPASAN PENDUDUKAN SEMENTARA TANAH

Seksyen 29A
Dlm subseksyen (1) selepas perkataan "mana mana tanah dijadualkan" masukkan perkataan "ATAU PAMPASAN DLM BAHAGIAN VII";
Dlm perenggan (1)(a) selepas perkataan "Borang H" masukkan perkataan "Borang Lc ATAU BORANG R"

Ulasan:
Berdasarkan pindaan kpd sek 29A(1)(a)
Jika jumlah amaun yg diaward bagi mana mana tanah ATAU PAMPASAN DLM BAHAGIAN VII (pampasan penggunaan sementara tanah) melebihi RM 30,000 (DULUNYA RM15,000, Pentadbir Tanah hanya membayar 75% daripada amaun tersebut jika SEBELUM TAMAT TEMPOH 6 MINGGU DR TARIKH PENYAMPAIAN BORANG H, BORANG Lc ATAU BORANG R PEMOHON MEMBUAT BANTAHAN KEMAHKAMAH
Dalam sub seksyen (5) pula gantikan perkataan "lapan" dgn perkataan "lima"
INI BERMAKNA CAJ BAYARAN LEWAT DITURUNKAN MENJADI 5%

Pindaan seksyen 32 - caj bayaran lewat

Dlm sub seksyen (1) (1B) perkataan "lapan" digantikan dgn "lima"
Sub seksyen (1C) digantikan dengan yang berikut:
"Dlm seksyen ini perkataan "genap masa" berhubung dgn mana2 tanah ertinya:
(a) Tarikh tanah diambil milik atau satu tarikh tiga bulan selepas penyerahan notis Borang H merujuk kepada sub seksyen 16(1) berkaitan dgn tanah MANA YANG LEBIH AWAL; ATAU
(b) Suatu tarikh tiga bulan selepas penyerahan notis dalam Borang Lc 
merujuk kod perenggan 35(2)(c) ATAU Borang R merujuk kpd subseksyen 58(1) atau 59

Dalam sub seksyen (2) juga perkataan "lapan" juga digantikan dgn "lima"

Ulasan:
1. Bayaran pampasan, pampasan pendudukan sementara dan bayaran kerosakan akibat penarikan dari pengambilan tanah mesti dibayar dlm suatu tempoh spt diatas. Jika melewati tempoh tersebut, caj bayaran lewat akan dikenakan
2. Kadar caj bayaran lewat DITURUNKAN KEPADA 5%

Pindaan seksyen 32A - Erti bayaran

Sek 32A sedia ada digantikan dengan yang berikut:
"Bagi maksud maksud seksyen 29A, 32 dan 48, bayaran adalah disifatkan telah dibuat -
(a) Pada hari sebagaimana diberitahu secara bertulis oleh Pentadbir Tanah bahawa bayaran boleh diambil/pungut oleh orang yang berkepentingan;
(b) Pada hari bayaran dihantar melalui pos berdaftar kepada orang berkepentingan;
(c) Pada hari bayaran diserahkan oleh Pentadbir Tanah ke Mahkamah Tinggi;
(d) Pada hari bayaran diterima oleh orang yang berkepentingan; ATAU
(e) Pada hari bayaran is transmitted electronically to (telah di transfer/dikreditkan/dimasukkan secara elektronik) ke akaun orang yang berkepentingan.

Ahad, 21 Mei 2017

Sambungan Pindaan APT (1)

Pindaan seksyen 14:
(a) Dlm sub seksyen (1) perkataan "under his hand" DIPOTONG.
(b) ayat sub seksyen (5) dipinda menjadi:
"sebagai tambahan kepada award yang dibuat dibawah sub seksyen 14(1), Pentadbir Tanah hendaklah menetapkan amaun kos yang ditanggung beban dalam prosiding itu dan oleh siapa dan dengan kadar apa kos yang hendaklah termasuk apa apa fee penilai YANG DITETAPKAN DALAM KAEDAH PENGAMBILAN TANAH"

Ulasan:

BERDASARKAN PINDAAN, AMAUN FEE PENILAI HANYALAH DITENTUKAN DALAM SATU JADUAL/KAEDAH BAHARU YANG AKAN DIMASUKKAN KE DALAM AKTA DAN TIDAK LAGI MENGIKUT AMAUN YANG DIMINTA OLEH PENILAI BERDASARKAN SATU JADUAL YANG MENJADI PANDUAN SEKARANG INI

SEKSYEN BAHARU 19A:
Tajuk seksyen 19A - SIASATAN DAN PERINTAH OLEH PENTADBIR TANAH BERKAITAN DENGAN SIJIL PERAKUAN SEGERA (BORANG I)

Seksyen 19A(1):
Walaupun ambil milik tanah tanah telah dibuat berkaitan dengan Sijil Perakuan Segera (Borang I) dibawah sek 19, siasatan penuh dan perintah hendaklah diteruskan oleh Pentadbir Tanah mengikut peruntukan Akta ini.

Ulasan:
Sebelum seksyen baharu ini dimasukkan, amalan yang dilakukan oleh Pentadbir Tanah ialah meneruskan siasatan dan Perintah pada tarikh yang ditetapkan dalam  Borang E WALAUPUN BORANG I DAN K DIKELUARKAN LEBIH AWAL.
PINDAAN TERSEBUT HANYALAH UTK MENGESAHKAN AMALAN YANG DIBUAT SELAMA INI

Seksyen 19A(2):
Dimana milikan tanah telah dibuat dibawah sek 19, sub seksyen 8(4) HENDAKLAH TIDAK BERKAITAN/TIDAK TERPAKAI JIKA PENTADBIR TANAH TIDAK MEMBUAT AWARD DIBAWAH SUB SEKSYEN 14(1) DLM TEMPOH 2 TAHUN.

Ulasan:
AWARD/PERINTAH yang dibuat bagi tanah tanah yang diambil milik melalui pengeluaran Borang I MASIH SAH WALAUPUN MELEBIHI TEMPOH 2 TAHUN DR TARIKH WARTA SEK 8.
Bagi tanah tanah YANG TIDAK DIAMBIL MELALUI PENGELUARAN BORANG I MASIH TERTAKLUK KEPADA SUB SEKSYEN 8(4) IAITU PERINTAH MESTI DIBUAT DLM TEMPOH 2 TAHUN DR TARIKH WARTA SEK 8

Pindaan Seksyen 22:
Sub seksyen 22(3) dipinda:
a. Dalam perenggan (a) perkataan "and/dan" dipotong;
b. Dalam perenggan (b) gantikan noktah bertindih dengan perkataan "and/dan"
c. Selepas perenggan (b) dengan:
"(c) statutory body (badan yg ditubuhkan utk pegang skim strata), orang atau perbadanan spt dinyatakan dalam perenggan 23(a), dan Perbadanan Pengurusan yg berkaitan dengan pecah bahagi bangunan atau tanah"

Ulasan:
Pindaan kpd sek diatas menghendakki Borang K yg dikeluarkan mesti diserahkan juga kpd badan berdaftar, orang atau perbadanan yg membuat pengambilan DAN PERBADANAN PENGURUSAN

Pindaan seksyen 23:
Perkataan "or (3)" dipotong
Dlm perenggan (a) perkataan "suatu bahagian sesebuah bangunan yg dipecah bahagi pada" DIGANTIKAN DENGAN PERKATAAN "SUATU BAHAGIAN SESEBUAH BANGUNAN ATAU TANAH YANG DIPECAH BAHAGI PADA STATUTORY BODY,"

Ulasan:
Pindaan kpd seksyen ini dibuat lanjutan drp pindaan akta yg membolehkan pengambilan suatu bahagian bangunan atau tanah yg dipecah bahagi seteruanya utk disesuaikan dengan Akta Hakmilik Strata (pindaan)

Pindaan seksyen 26:
Selepas sek 26(3) masukkan sub sek berikut:
"(4) Dimana sebahagian drp bangunan atau tanah yg dipecah bahagi diambil dibawah Akta ini, pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan hendaklah mengambil tindakan berkaitan menurut Akta Hakmilik Strata 1985"
Ulasan:
Sub sek (4) berkaitan dengan endorsan hakmilik strata yang terlibat dgn pengambilan

Pindaan seksyen 28
Seksyen sedia ada dinomborkan sebagai sub sek (1)
Memasukkan sub sek (2) yang baharu:
"(2) bagi maksud sub sek (1), perbezaan yang berlaku hendaklah TIDAK MELEBIHI SUKU HEKTAR ATAU SATU PERATUS DARI KELUASAN TANAH YANG DIJADUALKAN DALAM WARTA SEK 8(1), YANG MANA LEBIH BESAR HENDAKLAH TIDAK PERLU DIWARTA SEMULA"

Ulasan:
Sek ini dipinda umemberi penjelasan lebih lanjut berkaitan dengan sek 28 yang sedia ada.
JIKA PINDAAN TIDAK DIBUAT DAN JIKA KITA TELITI SEK 28 YANG LAMA, AMAT JELAS KERANA PERBEZAAN YANG DINYATAKAN ITU ADALAH MERUJUK KEPADA SEK. 14
Berdasarkan pindaan tersebut, setelah ukuran semula telah dibuat oleh Juruukur dan DIDAPATI BERLAKU PERBEZAAN KELUASAN PENGAMBILAN DAN PERBEZAAN TERSEBUT TIDAK LEBIH DARIPADA SUKU HEKTAR ATAU SATU PERATUS DARIPADA TANAH YANG DIJADUAL MANA YANG LEBIH BESAR MAKA PENTADBIR TANAH HANYA PERLU MEMBAYAR PAMPASAN TAMBAHAN DAN CAJ BAYARAN LEWAT SAHAJA.
SEBALIKNYA JIKA PERBEZAAN TERSEBUT MELEBIHI SUKU HEKTAR ATAU SATU PERATUS DARIPADA KELUASAN TANAH TERJADUAL, PERBEZAAN KELUASAN MESTI DIBUAT PENGISYTIHARAN TAMBAHAN DAN HENDAKLAH DITERBITKAN DALAM WARTA