Isnin, 12 Mac 2018

Perbezaan Keluasan Yang Ketara Selepas Ukur Semula Baki Lot

Selepas ukuran semula baki lot dijalankan oleh JUPEM mengikut sek 25 dan PA telah dikeluarkan, didapati keluasan baki lot ADALAH SAMA ATAU LEBIH LUAS daripada keluasan tanah SEBELUM PENGAMBILAN DIBUAT. 

Keadaan ini berlaku MUNGKIN:

1. Keluasan lot asal ditentukan melalui UKURAN KELAS KETIGA, atau

2. Lot tersebut TIDAK MEMPUNYAI PA hanya mempunyai DM sahaja

BAGAIMANA PENYELESAIAN PERLU DIBUAT

Pandangan Tuan Jaiya Abu

1. Ini rezeki terpijak bagi tuan-tuan tanah yang terlibat sebab tanah mereka di bawah hakmilik yang tidak boleh disangkal telah diambil biar pun ukuran pada pelan hakmilik adalah ukuran kelas ketiga atau DM sahaja. Apa yang penting 'bhgn tanah' yang telah diambil memang mencukupi untuk tujuan/projek yang dikehendaki. 

2. Jika selepas ukur halus di bawah seksyen 25 telah sempurna dan PA bagi baki tanah adalah sama atau kurang dari keluasan asal mengikut Borang K maka pada saya tidak sepatutnya timbul masalah kepada Pendaftar Hakmilik utk mendaftarkan hakmilik sambungan. Jika keluasan baki tanah adalah lebih luas dari keluasan tanah sebelum pengambilan, maka ada beberapa isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu:

a. Pemulangan pampasan kpd pihak berkuasa sebab hakikatnya tiada pengambilan berlaku. 

b. Isu kelulusan ke atas luas tambahan dari hakmilik sebelum, premium dan sewa tambahan sebelum hakmilik sambungan boleh didaftar. Ini umpama proses pendaftaran QT kpd FT. 

Pandangan Pahammi Paham Pahammi

Pada pandangan sy.  Hal yang telah lama berlaku.  Terima sahaja ukuran terbaru (PA) dr JUPEM dan gunakan pelan B1 Tiff untuk hakmilk sambungan..asalkan pelan tersebut selaras dengan pelan pengaMbilan dan kedudukan di atas tanah...

Tuan Jaiya Abu

Jika baki tanah selepas ukur halus (PA) selaras dgn endorsan Borang K atau Borang K atau lebih kecil maka tiada isu untuk Pendaftar Hakmilik mendaftarkan hakmilik sambungan. Isu yang berkemungkinan wujud hanyalah keperluan Warta tambahan jika luas tanah yang diambil melebihi had yang dinyatakan (suku hektar atau 1% dari luas terjadual)

Masalah kepada Pendaftar adalah bagaimana hendak justify jika baki tanah lebih luas dari keluasan asal sebelum pengambilan. Bagaimana dengan pengambilan tanah yang telah dibayar pampasan? Apa kesan Borang K atau endorsan Borang jika hakikatnya luas tanah selepas ukur halus lebih besar dari yang sepatutnya. 

Memang diakui masalah ini sangat kronik kerana kes yang lama, rekod dan dokumen berkemungkinan tidak sempurna, pemilikan telah bertukar ganti dsb. 

KELEWATAN ADALAH KOS!.