Rabu, 1 Ogos 2018

Isu Kerosakan Harta Lain Akibat Pengambilan

ISU

Saya mempunyai satu persoalan berkait dengan tuntutan pemilik struktur yang mendakwa bahawa kerja-kerja meroboh bangunan yang berada di kawasan pengambilan telah menyebabkan keretakan rumah beliau yang berada di luar R.O.W projek.

Pihak JKR telah membuat laporan bahawa struktur bangunan tersebut tidak mengganggu perjalanan kerja di tapak dan juga tidak mendatangkan sebarang permasalahan berkait keselamatan jalanraya kepada pengguna jalan raya.

PERSOALAN

1.Apa tindakan yang boleh dibuat oleh pemilik struktur berkenaan untuk menuntut pampasan yang setimpal sebagaimana dakwaan beliau.

2. Adakah pentadbir tanah boleh memberi award pampasan dengan mengeluarkan borang H ke atas struktur tersebut.

3. sekiranya borang H dikeluarkan, dan pihak KJP tidak bersetuju, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak KJP.

Pandangan Tuan Kamarul

1. Isu pokok di sini adakah rumah yang mengalami keretakan itu berada dalam tanah yang diwartakan bawah sek 4 dan 8 Akta Pengambilan Tanah; jika tanah tersebut diwarta, tetapi rumah tersebut tidak terlibat dalam pengambilan hendaknya tuan tanah dibayar pampasan kerosakan pada rumah tersebut meskipun rumah itu tidak termasuk dalam pengambilan. ini kerana para 2(d) "the damage, if any, sustained or LIKELY TO BE SUSTAINED by the person interested at the time of the Collector's taking possession of the land by reason of the aquisition injuriously AFFECTING HIS OTHER PROPERTY".. . 

Sebenarnya semasa bicara/inquiry lagi Pentadbir Tanah boleh memberi award tersebut atas kerosokan rumah beliau, berdasarkan andaian akan berlaku perkara-perkara ini semasa projek dilaksanakan kelak. Ini bergantung kepada keupayaan dan kemahiran yang ada pada Pentadbir menjangka kemungkinan berlakunya kerosakan2 pada hartanya yang lain. Jika rumah tersebut berada dalam tanah yg tidak diwartakan adalah perlu agensi memohon pengambilan tambahan.

2. Pentadbir Tanah boleh beri award tersebut jika walaupun rumah rosak tersebut tidak termasuk dalam jajaran pengambilan tetapi dalam tanah diwartakan. Kes  Collector of Land Revenue V. Looi Lam 1 MLJ (1981) 300 menafsirkan.."be it noted that our provision is stronger than the Indian, for ours provides that not only must regard be had to the damage actually sustained by the owner but also damage likely to be so sustained. On the authority of the Calcutta case, it is plain that an owner is entitled to be compensated for the damage that is sustained NOT ONLY at the time of the Collector's taking posession of the land-on January 24, 1970, in the instant case- but also for the damage LIKELY TO BE SUSTAINED THEREAFTER, i.e such damage as can reasonably be expected at the time of the Collector's taking posession".

3. Agensi BERHAK untuk bantah atau tidak