Sub seksyen (1C) menyatakan nilai transaksi selepas warta tidak boleh diambil kira. Ini bermakna tanah-tanah yang terlibat dengan pengambilan dan telah diwartakan dibawah seksyen 4 atau seksyen 8, penjualan masih boleh dilakukan. Dengan kata lain pewartaan dibawah seksyen 4 dan seksyen 8 tidak menghalang penjualan tanah tersebut. Walau bagaimanapun nilaian/harga penjualan tersebut tidak boleh diambil kira sebagai nilai/haraga pasaran tanah tersebut
Sub-seksyen (1D) menyatakan tempoh hakmilik pajakan (lease hold) hendaklah diambil kira. Bermakna tanah yang tempoh pajakannya sudah hampir tamat, nilainya lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh pajakan yang masih lama lagi. Begitu juga dengan tanah hakmilik pajakan dengan tanah hakmilik selama-lamanya (free hold), nilai tanah hakmilik pajakan lebih rendah dari hakmilik selama-lamanya.
Sub-seksyen 2(a) menyatakan kesan syarat nyata dan syarat tersirat hendaklah diambil kira. Bermaksud:
i. Jika di dalam hakmilik menyatakan tanah tersebut adalah tanah pertanian dan syarat nyatanya adalah padi, nilai tanah tersebut adalah berdasarkan nilaian tanah padi, walaupun di atas tanahnya di tanam dengan kelapa sawit.
ii. Jika di dalam hakmilik menyatakan tanah tersebut adalah tanah pertanian dan syarat nyatanya getah, nilai tanah untuk getah boleh diambil kira sekiranya tanaman yang ditanam mengikut kaedah pertanian yang sempurna dan ianya ditanam berterusan. Ini dinyatakan didalam seksyen 115(1)(d)(e) Kanun Tanah Negara. (syarat tersirat). Dan sebaliknya jika tidak memenuhi seksyen 115 tersebut, nilaian tanah tersebut adalah lebih rendah.
Sub-seksyen 2(b) menyatakan kesan larangan, pembatasan atau kehendak Akta Bendapurba 1976 hendaklah diambil kira bermaksud jika tanah/bangunan telah diwartakan dibawah Akta Bendapurba dan tanah tersebut terlibat dengan pengambilan untuk tujuan akta tersebut, nilaiannya adalah rendah.
Sub-seksyen 2A menyatakan jika tanah yang terlibat adalah terdiri daripada tanah rizab Melayu atau tanah Pegangan Melayu atau tanah Adat Negeri Sembilan/Melaka dan tanah tersebut terlibat dengan pengambilan dan tujuan pengambilan adalah untuk tujuan orang Melayu sahaja (seperti mendirikan perumahan untuk orang-orang Melayu) maka nilainya adalah lebih rendah dari tanah yang bukan rizab Melayu.
Sub-seksyen 2BA menyatakan Tanah yang terletak di dalam kawasan pihak berkuasa perancangan, nilai tanah mengambil kira gunatanah yang ditunjukkan dalam pelan pembangunan tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan