Ahad, 24 April 2016

Isu Pengambilan Melebihi Pewartaan

Tanah ini telah terlibat dalam satu projek pengambilan untuk maksud pembinaan Jalan lencongan barat Pekan Semeling pada tahun 2006. Semasa pengambilan tahun 2006, pihak juruukur kerajaan telah membuat kesilapan dalam pengukuran. Akibatnya, tuan tanah hanya terima pampasan untuk keluasan 24,972.27 kaki persegi sahaja (dan sebanyak keluasan 32,507.01 kaki persegi telah diabaikan and ditinggalkan----jumlah sebenar yang terlibat dalam pengambilan tanah ini adalah 57,479.28 kaki persegi)

Setelah tuan tanah membuat aduan serta mengikuti segala perkembangan di Pejabat Tanah dan pejabat JKR, pihak-pihak yang terlibat telah mengakui kesilapan mereka. Kini pihak berkuasa telah membuat warta baru untuk mengambil keluasan tanah yang tertinggal iaitu keluasan 32,507.01 kaki persegi pada tarikh 3 March. Di sini saya ada beberapa kemusykilan hendak mendapatkan pendapat tuan :-

1) Dalam kes sebegini, saya akan membuat penilaian dan mendapatkan Current Market Value (harga semasa mengikut tarikh warta baru iaitu 3hb March) untuk pampasan tanah itu....pada masa yang sama, boleh tak saya membuat tuntutan bagi pihak tuan tanah bayaran lewat 8% setahun dari tahun 2006 berdasarkan harga lama (iaitu bayaran pampasan pada tahun 2006)?

2) Sekiranya saya tidak boleh membuat tuntutan bayaran lewat 8% setahun itu sebab takut berlakunya Double Counting di sini....boleh tak saya membuat tuntutan bagi pihak tuan tanah satu jumlah pampasan yang berdasarkan pencerobohan (trespassing) oleh pihak JKR selama sepuluh tahun ini kerana telah menggunakan tanah untuk maksud jalan itu sebelum membuat pengambilan secara rasmi? Untuk pengetahuan En Baharuddin, tuan tanah adalah pengusaha stesen minyak dan buat masa sekarang beliau memiliki dua stesen minyak di Sungai Petani. Dengan keadaan sebegini dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, tuan tanah tidak dapat membuat permohonan bagi membina satu stesen minyak di atas tanah tersebut selama sepuluh tahun seperti yang telah dirancang.

3) Kalau saya boleh menuntut dua perkara di atas...Boleh tak saya membuat tuntutan bagi pihak tuan tanah mengenai kerosakan akibat pengasingan dan kerosakan akibat mudarat dalam kes ini?

Pandangan

1. Tindakan Pentadbir Tanah mewartakan semula pengambilan untuk baki yang tidak dibayar pampasan adalah TINDAKAN YANG BETUL berdasarkan seksyen 14(4) dan seksyen 28 Akta Pengambilan Tanah 1960. Oleh yang demikian tuan tanah TIDAK BOLEH MENUNTUT CAJ BAYARAN LEWAT 8% sebagaimana yang dinyatakan. Ada juga yang berpendapat sebaliknya JIKA PENGAMBILAN SEMULA TIDAK DIBUAT, tuan tanah boleh menuntut pampasan tambahan beserta caj bayaran lewat tersebut.

2. Pada pandangan saya oleh kerana JKR telah menggunakan tanah tersebut, tuan punya tanah BOLEH MENUNTUT BAYARAN PENGGUNAAN TANAH BERMULA DARI TARIKH SERAH BORANG K DAHULU HINGGA PENGAMBILAN SEMULA. Perkara ini hendaklah dibincangkan dalam siasatan yang akan datang.

3. Bayaran pengasingan tanah hanya boleh dibuat JIKA JALAN YANG DIBINA MENYEBABKAN TANAH TERBAHAGI KEPADA DUA LOT ATAU LEBIH.

Mengenai pembinaan stesen minyak yang baharu, gantirugi boleh dituntut JIKA IANYA DAPAT DIBUKTIKAN sepert bayaran penyediaan pelan dan bayaran-bayaran yang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan