Rabu, 20 Disember 2017

Isu Perenggan 1(2)(a) dan Perenggan 1(3A) Jadual Pertama APT

Perenggan 1(2)(a) bermaksud 'nilai pasaran tanah tertakluk kpd syarat nyata dan syarat tersirat/tetap'. Bermakna jika langgar syarat, ianya tak boleh diambil kira. 

ISU SEKARANG INI IALAH TUAN TANAH TELAH BERPULUH TAHUN LANGGAR SYARAT DAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH LAND CODE TIDAK DIBUAT. BILA BERLAKU PENGAMBILAN SEKARANG, MACAMMANA? 

Begitu juga dengan perenggan 1(3A), atas tanah terdapat banyak 'BANGUNAN' dan ini telah melanggar perenggan tersebut. ADAKAH NILAI SEMUA BANGUNAN AKAN DIBAYAR? 

INI LAH ANTARA PERKARA YANG MENIMBULKAN BANTAHAN TUAN TANAH BAGI KES PENGAMBILAN TANAH 

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

Jadual Pertama adalah garis panduan perundangan kpd penilai dan juga PT. Ia jelas mengatakan sebarang kemungkiran kategori/syarat tidak boleh diambilkira. Jadi pada saya PT dalam mengendalikan siasatan dan membuat award tidak layak untuk melampaui garis panduan ini. 

Kegagalan PT dan pihak2 berkuasa yang lain untuk mengambil tindakan ke atas kemungkiran kategori/syarat dan seolah-olah merestui perbuatan tuan tanah adalah satu kelemahan yang tidak boleh dan tidak patut dikompromikan untuk dibiarkan semasa siasatan pengambilan tanah lebih2 lagi dalam isu memberikan pampasan.

Tidak mengambil tindakan ke atas kemungkiran kategori/syarat itu adalah satu kelemahan/kekurangan dan adalah tidak patut untuk ditambah dengan kelemahan/kekurangan kedua dengan mengiktiraf kemungkiran tersebut. Pada saya yang salah tetaplah salah. Walau pun sebuah kenderaan tidak berhenti di persimpangan lampu isyarat berwarna merah pada jam 3 pagi kerana tiada langsung kenderaan lain di persimpangan tersebut, lampu isyarat berwarna merah tetap kena berhenti

Sekiranya tuan tanah atau pihak berkepentingan lain tidak berpuas hati, nasihatkan mereka akan hak untuk mengemukakan bantahan atau mencabar keputusan PT ke Mahkamah Tinggi kerana terdapat batasan/halangan jelas yang tidak boleh dilangkaui oleh PT.

Ajak mereka renung sejenak...selama mereka memungkiri kategori dan syarat tersebut sudah banyak kesenangan dan kemudahan mungkin juga kemakmuran mereka kecapi tanpa 'diganggu' oleh pihak berkuasa. Seharusnya mereka juga bersyukur.


PANDANGAN TUAN KAMARUL HAIZAL KODERAT

Sek 12(1) APT tanggungjawab Pentadbir Tanah menjalankan siasatan penuh (full enquiry). Hasil maklumat yang diperoleh melalui siasatan penuh P.T perlu taksir jumlah pampasan yang berpatutan pada pandangan PT sendiri berdasarkan jadual 1. Siasatan penuh amat mustahak terutama sekali bagi kes2 langgar syarat nyata/kategori tanah.

Sebelum P.T menentukan adanya unsur2 pelanggaran syarat nyata, P.T kena mengenalpasti bentuk hakmilik lot terbabit terlebih dahulu sama ada tanah yg dimaksudkan itu telah diberimilik sebelum kuatkuasa KTN pada 1.1.1966. Tanah2 yg diberimilik sblm KTN ada yang tidak ada syarat nyata, ada yg ada syarat nyata spesifik spt "kampung" "dusun" "bendang" dsb dlm dokumen terdahulu. Jadi bila tukar ke geran KTN sepatutnya syarat2 nyata asal dibawa bersama spt kehendak sek 110 KTN. Ada kes syarat nyata asal tidak dibawa bersama ke geran KTN dan diletakkan syarat lain. Oleh itu, P.T boleh minta tn tanah menunjukkan geran asal sebelum KTN untuk kepastian sama ada pelanggaran berlaku. Maknanya kena ikut syarat nyata asal kalau kampung ada 10 buah rumah di atas satu lot, termasuk dlm pengambilan..boleh dibayar. 

Jika tanah sblm KTN  tu tertakluk sek 53(2)  KTN syarat tersirat terpakai adalah pertanian. Tetapi P.T perlu mendapat pengesahan daripada tn tanah bila kah bangunan2 tersebut dibina. Jika dibina sebelum tarikh kuatkuasa KTN, ianya dibenarkan di bawah sek 53(2) (ii). Makna boleh dibayar bangunan2 yg wujud di tanah desa bwh sek 53(2) sblm kuatkuasa KTN.

Pada pandangan saya, walaupun didapati semua tanah pertanian tu bina bangunan, tn tanah boleh memohon kpd PBN memberi kebenaran mendirikan bangunan tersebut. PBN boleh menggunakan sek 115 (4) (g) memberi kebenaran kpd tn tanah, utk memboleh menggunakan tanah bagi maksud yg sesuai pada pndangan PBN.

Ahad, 10 Disember 2017

Isu Warta Sek 4 dan Tindakan Yang Boleh Di Lakukan

Permohonan pengambilan tanah untuk projek ECER telahpun diwartakan dibawah sek 4 Akta. Borang B telah diperolehi. Agensi pemohon TELAHPUN MENGENALPASTI JAJARAN yang akan diwartakan dibawah seksyen 8 Akta nanti. 

PERSOALANNYA:

BAGI MEMPERCEPATKAN PROSES PENGAMBILAN, BOLEH TAK AGENSI PEMOHON/WAKIL MEMASUKI TANAH UNTUK TUJUAN LAPURAN DAN PENANDAAN WALAUPUN PENGISYTIHARAN DIBAWAH SEK 8 BELUM DIBUAT. LAPURAN YANG AKAN DIBUAT INI JUGA DAPAT MEMENUHI KEHENDAK SEK 9(1)(a)

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

Kemudahan yang diberikan di bawah pewartaan seksyen 4 APT iaitu untuk tujuan kajian dan kesesuaian. Pada saya ianya boleh digunakan oleh agensi pemohon untuk menyediakan laporan dan penandaan sebelum pewartaan di bawah seksyen 8 dilaksanakan. Namun, jika berlaku sebarang kerosakan ke atas harta tuan tanah, agensi hendaklah membayar pampasan/gantirugi dengan segera kepada tuan tanah.

Bagi maksud penilaian tanah oleh JPPH, penandaan yg dilakukan semasa pewartaan seksyen 4 akan membantu dan jika pewartaan di bawah seksyen 8 kemudiannya dilaksanakan sebelum tempoh Warta seksyen 4 tamat, tarikh penilaian adalah dikira dari tarikh pewartaan seksyen 4. Dalam kes sebegini keperluan penandaan di bawah seksyen 9 sudah tidak lagi diperlukan.

PANDANGAN PENULIS

JAWAPANNYA BOLEH. Ini berdasarkan:

1. Perenggan 1 kepada Borang B 

'Anda serta pengkhidmat-pengkhidmat dan pekerja-pekerja anda adalah dengan ini diberikuasa, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perenggan 2 untuk memasuki 

(i)   ............................................. atau 
(ii)  .............................................

dan melakukan salah satu daripada yang berikut atau kesemuanya:

(a) ............................................................................................;
(b) ............................................................................................;
(c) ............................................................................................;
(d) ............................................................................................;
(e) ............................................................................................;
(f)  ...........................................................................................

Ini bermakna apabila tanah tanah telah diwartakan dibawah sek 4 dan Borang B telah dikeluarkan oleh Pengarah, perkara perkara diatas boleh dilakukan. Ianya juga meliputi tindakan tindakan yang dikehendaki dibawah sek 9(1)(a)  Akta

2. Sek 9(1)(a) sendiri telah jelas melalui ayat 'melainkan jika ini telah pun dilakukan hingga memuaskan hati PT'. 

Ini bermakna apabila tindakan telah dibuat selepas sek 4 dan ianya telah memuaskan hati Pentadbir Tanah, tindakan dibawah sek ini tidak perlu lagi dibuat