Ahad, 10 Disember 2017

Isu Warta Sek 4 dan Tindakan Yang Boleh Di Lakukan

Permohonan pengambilan tanah untuk projek ECER telahpun diwartakan dibawah sek 4 Akta. Borang B telah diperolehi. Agensi pemohon TELAHPUN MENGENALPASTI JAJARAN yang akan diwartakan dibawah seksyen 8 Akta nanti. 

PERSOALANNYA:

BAGI MEMPERCEPATKAN PROSES PENGAMBILAN, BOLEH TAK AGENSI PEMOHON/WAKIL MEMASUKI TANAH UNTUK TUJUAN LAPURAN DAN PENANDAAN WALAUPUN PENGISYTIHARAN DIBAWAH SEK 8 BELUM DIBUAT. LAPURAN YANG AKAN DIBUAT INI JUGA DAPAT MEMENUHI KEHENDAK SEK 9(1)(a)

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

Kemudahan yang diberikan di bawah pewartaan seksyen 4 APT iaitu untuk tujuan kajian dan kesesuaian. Pada saya ianya boleh digunakan oleh agensi pemohon untuk menyediakan laporan dan penandaan sebelum pewartaan di bawah seksyen 8 dilaksanakan. Namun, jika berlaku sebarang kerosakan ke atas harta tuan tanah, agensi hendaklah membayar pampasan/gantirugi dengan segera kepada tuan tanah.

Bagi maksud penilaian tanah oleh JPPH, penandaan yg dilakukan semasa pewartaan seksyen 4 akan membantu dan jika pewartaan di bawah seksyen 8 kemudiannya dilaksanakan sebelum tempoh Warta seksyen 4 tamat, tarikh penilaian adalah dikira dari tarikh pewartaan seksyen 4. Dalam kes sebegini keperluan penandaan di bawah seksyen 9 sudah tidak lagi diperlukan.

PANDANGAN PENULIS

JAWAPANNYA BOLEH. Ini berdasarkan:

1. Perenggan 1 kepada Borang B 

'Anda serta pengkhidmat-pengkhidmat dan pekerja-pekerja anda adalah dengan ini diberikuasa, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perenggan 2 untuk memasuki 

(i)   ............................................. atau 
(ii)  .............................................

dan melakukan salah satu daripada yang berikut atau kesemuanya:

(a) ............................................................................................;
(b) ............................................................................................;
(c) ............................................................................................;
(d) ............................................................................................;
(e) ............................................................................................;
(f)  ...........................................................................................

Ini bermakna apabila tanah tanah telah diwartakan dibawah sek 4 dan Borang B telah dikeluarkan oleh Pengarah, perkara perkara diatas boleh dilakukan. Ianya juga meliputi tindakan tindakan yang dikehendaki dibawah sek 9(1)(a)  Akta

2. Sek 9(1)(a) sendiri telah jelas melalui ayat 'melainkan jika ini telah pun dilakukan hingga memuaskan hati PT'. 

Ini bermakna apabila tindakan telah dibuat selepas sek 4 dan ianya telah memuaskan hati Pentadbir Tanah, tindakan dibawah sek ini tidak perlu lagi dibuat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan