Rabu, 21 Februari 2018

ISU BAYARAN PAMPASAN MELALUI EFT

Antara maksud "bayaran pampasan" sepertimana yg dinyatakan dibawah sek 32(A)(e) yang telah dipinda adalah seperti berikut:

'on the day the payment is transmitted electronically to the account of the person interested'

Isu utama yang dipersoalkan adalah berkaitan dengan pindaan pada Akta. Sebelum ini bila sahaja pampasan dibayar melalui cek, pada hari yang sama atau selepas itu, Borang K dikeluar dan diserahkan. Isu sekarang APABILA BAYARAN DIBUAT MELALUI EFT, BILA MASA PALING AWAL PT BOLEH KELUAR DAN SERAHKAN BORANG K


Ada kes dimana 3 bulan selepas pampasan dikreditkan ke dalam akaun, BARULAH AGENSI MENGHANTAR SALINAN BAUCER BAYARAN KEPADA PT


PANDANGAN

Sebenarnya praktis/amalan sudah lama mendahului Akta khususnya pindaan yang membawa masuk kaedah bayaran secara EFT. Kem/jab/agensi pengambil selaku agensi pembayar akan membuat bayaran pampasan secara EFT berdasarkan Borang H yang diserahkan oleh PT. Sebaik sahaja bayaran dibuat dengan seberapa segera agensi pembayar akan mengemukakan sesalinan rekod pembayaran secara EFT tersebut melalui emel atau faks kepada PT yang kemudiannya akan mengeluarkan Borang K

Perkara ini perlu dibaca dan diamalkan bersama dengan peruntukan seksyen 32 bahawa tempoh genap masa bagi Borang H adalah tiga (3) bulan setelah diserahkan kepada pihak berkepentingan. Ini bermakna jika agensi pembayar tidak membuat bayaran dalam tempoh tersebut, PT boleh mengeluarkan Borang K selepas tempoh tersebut tamat dan dengan demikian caj bayaran lewat 5% setahun turut akan dikenakan kepada agensi pengambil.

Dalam kes yang Cikgu nyatakan di atas apabila agensi pembayar hanya menghantar salinan baucer selepas tiga (3) bulan kepada PT setelah bayaran pampasan dikreditkan ke dalam akaun pihak berkepentingan maka agensi pengambil tidak boleh menyalahkan PT jika pengambilmilikan rasmi lewat dibuat kerana pembuktian bayaran terletak kepada agensi dan bukannya PT. Dalam hal ini, PT masih boleh menggunakan kuasanya mengikut kesesuaian dan keadaan iaitu mengeluarkan Borang K:

1. Selepas Borang H diserahkan kepada pihak berkepentingan (caj bayaran lewat akan dikenakan); atau

2. Bersama-sama Borang I atau selepas Borang I dikeluarkan (caj bayaran lewat akan dikenakan) ; atau


3. Selepas tamat tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Borang H diserahkan kepada pihak berkepentingan (caj bayaran lewat akan dikenakan jika bayaran pampasan tidak dibuat dalam tempoh tersebut); atau


4. Selepas agensi pengambil selaku pembayar mengemukakan bukti pembayaran samada salinan EFT atau baucer kepada PT (caj bayaran lewat tidak akan dikenakan sekiranya pembayaran dibuat dalam tempoh yang dinyatakan).


Sebagai tambahan, jika isu atau perkara sebegini khususnya sikap leka, sambil lewa atau alpa tidak disentuh dalam mana-mana garis panduan atau pekeliling sebelum ini maka sudah seharusnya JKPTG sebagai lead agensi mengeluarkan satu garis panduan/pekeliling sebagai panduan/peringatan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pengambilan tanah. Satu perkara yang sangat penting untuk diberi perhatian serius adalah KELEWATAN ADALAH KOS. 

Isnin, 12 Februari 2018

Isu Fi

Salah satu syarat pemohonan pengambilan tanah dibawah sek 3(1)(b)  atau (c) adakah PEMOHON DIKEHENDAKKI MEMBAYAR FI sepertimana dalam Jadual Kedua KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017.

Bil 1 Jadual Kedua tersebut menyatakan "Tiap2 permohonan bagi pengambilan tanah SELAIN DARIPADA KEMUDAHAN AWAM tidak lebih drp 10 orang yang berkepentingan seperti dalam TANAH TERJADUAL" adalah RM10,000.00

KES:

KATAKAN SEMASA WARTA SEK 8 ORANG BERKEPENTINGAN ADALAH SERAMAI 10 ORANG. APABILA SIASATAN DIJALANKAN ORANG YANG BERKEPENTINGAN SEBENARNYA 13 ORANG (AKIBAT PERINTAH PEMBAHAGIAN PUSAKA) 

ISU BERBANGKIT

PERLU ATAU TIDAK PENTADBIR TANAH MEMINTA PEMOHON MEMBAYAR FI TAMBAHAN AKIBAT TAMBAHAN ORANG YANG BERKEPENTINGAN.

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

1. Fee yang dikutip adalah hasil Kjaan Negeri. 

2. Pada ketika permohonan dikemukakan itulah patutnya ditentukan fee yang sebenarnya berdasarkan jumlah orang berkepentingan. Jika semasa permohonan dikemukakan (point of time) jumlah orang berkepentingan adalah 10 orang maka fee yang patut dikutip adalah berdasarkan jumlah tersebut. Maksud orang berkepentingan di sini adalah orang yang kepentingannya berdaftar. Jika selepas permohonan dikemukakan sehingga peringkat siasatan didapati jumlah orang berkepentingan telah bertambah, maka fee tambahan pada saya adalah tidak perlu dikutip. 

3. Jika situasi berbeza, katakan semasa permohonan dikemukakan jumlah orang berkepentingan adalah 12 orang, fee yang dikutip adalah RM 10,000 + 2,000 = RM 12,000.00. Apabila sampai ke proses siasatan kemudiannya, jumlah orang berkepentingan menjadi kurang kepada 10 orang, adakah 'lebihan' fee sebanyak RM 2,000 tadi dikembalikan kepada pemohon? Kebiasaan atau kecenderungan yang biasa dan sangat tinggi tentulah 'lebihan' fee tersebut tidak akan dikembalikan. 

4. Konklusinya, PT perlu semak dan periksa pada ketika permohonan dikemukakan, berapakah jumlah orang berkepentingan yang sebenarnya. 


SEBAGAI TAMBAHAN

Berdasarkan sek 2 "TANAH TERJADUAL "bermaksud tanah2 yg termasuk dlm jadual yg disediakan  dibawah sek 8 (WARTA BORANG D DAN BORANG C LAH)  dan........... "

Berdasarkan seksyen 2(3) akta, warta tersebut adalah sah dan berkuatkuasa walaupun dipegang oleh orang orang yang berlainan. 


INI BERMAKNA BAYARAN FI DITENTUKAN DENGAN BILANGAN ORANG YANG BERKEPENTINGAN SEPERTIMANA DI DALAM WARTA SEK 8. TAMBAHAN ATAU KURANGNYA BILANGAN ORANG BERKEPENTINGAN SELEPAS ITU TIDAK DIAMBIL KIRA. 

Selasa, 6 Februari 2018

Penarikan Balik Dari Pengambilan

Berdasarkan sek 3F Akta dan Kaedah 9, Kaedah Pengambilan Tanah 2017, PEMOHON yang membuat permohonan pengambilan tanah dibawah sek 3(1)(b) atau (c) BOLEH memohon menarik balik pengambilan tanah atau DIANGGAP MENARIK BALIK dari pengambilan SEBELUM WARTA SEK 8.

Pemohon dianggap menarik balik pengambilan bermaksud:

i. Jika pemohon gagal kemukakan lapuran penuh perundingan dlm tempoh dlm Borang 3 atau
ii. Jika pemohon gagal mengesahkan penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan dlm tempoh yg ditetapkan

Permohonan penarikan balik pengambilan hendak lah dibuat SECARA BERTULIS kepada Pentadbir Tanah. 

Jika permohonan penarikan diterima:

1. Pentadbir Tanah hendaklah mengenakan fi penarikan RM1,000;
2. Pentadbir Tanah beritahu pemohon mengenai pelucuthakan deposit melalui Borang 7

Pentadbir Tanah boleh melucuthak deposit sebanyak 50% atau RM10,000.00 MANA YANG LEBIH TINGGI

INI BERMAKNA PENARIKAN DIBAWAH S3F TERLETAK DITANGAN PENTADBIR TANAH

ISU:

1. BOLEH KAH PEMOHON PENGAMBILAN TANAH DIBAWAH SEK 3(1)(b) dan (c)  MEMBUAT PENARIKAN SELEPAS PEWARTAAN DIBAWAH SEK 8

2. JIKA JAWAPANNYA BOLEH, KENAPA SEK 3F(1) NYATAKAN SEBALIKNYA.

3. JIKA JAWAPANNYA TIDAK BOLEH, BOLEH KAH PEMOHON MEMBUAT PENARIKAN DIBAWAH SEK 35 AKTA (kerana pemohon betul2 tidak berhajat meneruskan pengambilan) 

4. Sebelum warta sek 8, pemohon ingin menarik balik pengambilan TETAPI POHON PENTADBIR TANAH MEMBUAT PENARIKAN DIBAWAH SEK 35 bertujuan untuk selamatkan fi yang perlu dibayar jika penarikan dibuat dibawah sek 3F. 
BOLEH KAH PENTADBIR TANAH MENURUT KEHENDAK PEMOHON? 

PENARIKAN DIBAWAH SEK 35 ADALAH DIBAWAH BIDANG KUASA PBN

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

1. Tujuan/kemudahan untuk mengambil tanah di bawah seksyen 3(1) & (c) bukanlah tujuan asal APT. Sebaliknya dibawa masuk melalui pindaan pada tahun 1997 dan berkuatkuasa pada tahun 1998. Tujuannya bolehlah disimpulkan untuk maksud pembangunan yang kemudiannya boleh menjadi sumber hasil/keuntungan. Ini berbeza dengan maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a).

2. Keperluan pembangunan itu wujud daripada pemohon sendiri sebagai orang perseorangan/badan. Pada saya sekiranya pemohon yang berkehendakan pembangunan melalui pengambilan tanah tetapi membuat keputusan untuk menariknya di peringkat selepas Warta seksyen 8 maka itu menampakkan kelemahan yang ketara selain sia-sianya proses dan prosedur termasuk birokrasi dari mula permohonan hingga pewartaan di bawah seksyen 8. Masa, tenaga, kos, pertimbangan pihak berkuasa (Upen, JKPT, PBN) dibazirkan. Justeru, disebabkan nature pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b) &(c) dan dengan mengambilkira keperluan pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan daripada pemohon, sekiranya pemohon ingin menarik balik permohonan di peringkat sesudah pewartaan seksyen 8 maka keputusan samada membenarkan atau tidak terletak secara eksklusifnya pada PBN dan tidak keterlaluan untuk dirampas keseluruhan deposit oleh pemohon sekiranya dibenarkan dan kerugian di pihak tuan tanah dan pihak2 berkepentingan lain dibayar pampasan akibat penarikan balik tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 35. Seksyen 3F membolehkan/membenarkan pemohon membuat penarikan sebelum pewartaan seksyen 8 tetapi tidak pula menekankan bahawa itu sahaja takat/tahapnya dan tidak boleh selepas itu. Jika secara tersiratnya ia bermaksud tidak boleh ditarik selepas pewartaan seksyen 8 maka tiada pertikaian lanjut mengenai isu ini. 

3. Penarikan di bawah seksyen 3F adalah khusus untuk memenuhi keperluan permohonan di bawah seksyen 3(1)(b) &(c). Dalam erti kata lain, sekiranya pemohon ingin membuat penarikan, permohonan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah. 

4. Penarikan yang dibuat di peringkat sesudah Borang H dikeluarkan bermakna pemohon menarik balik permohonan sesudah mendepositkan 125% wang untuk tujuan pampasan kepada Pentadbir Tanah. Proses penarikan di bawah seksyen 35 membenarkan penarikan dibuat sebelum pengambilmilikan rasmi dibuat dan terdapat juga pengalaman saya penarikan bagi pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b) dibuat sesudah pengambilmilikan rasmi (Borang K) dikeluarkan TETAPI endorsan di bawah seksyen 35(4) belum dibuat.