Selasa, 6 Februari 2018

Penarikan Balik Dari Pengambilan

Berdasarkan sek 3F Akta dan Kaedah 9, Kaedah Pengambilan Tanah 2017, PEMOHON yang membuat permohonan pengambilan tanah dibawah sek 3(1)(b) atau (c) BOLEH memohon menarik balik pengambilan tanah atau DIANGGAP MENARIK BALIK dari pengambilan SEBELUM WARTA SEK 8.

Pemohon dianggap menarik balik pengambilan bermaksud:

i. Jika pemohon gagal kemukakan lapuran penuh perundingan dlm tempoh dlm Borang 3 atau
ii. Jika pemohon gagal mengesahkan penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan dlm tempoh yg ditetapkan

Permohonan penarikan balik pengambilan hendak lah dibuat SECARA BERTULIS kepada Pentadbir Tanah. 

Jika permohonan penarikan diterima:

1. Pentadbir Tanah hendaklah mengenakan fi penarikan RM1,000;
2. Pentadbir Tanah beritahu pemohon mengenai pelucuthakan deposit melalui Borang 7

Pentadbir Tanah boleh melucuthak deposit sebanyak 50% atau RM10,000.00 MANA YANG LEBIH TINGGI

INI BERMAKNA PENARIKAN DIBAWAH S3F TERLETAK DITANGAN PENTADBIR TANAH

ISU:

1. BOLEH KAH PEMOHON PENGAMBILAN TANAH DIBAWAH SEK 3(1)(b) dan (c)  MEMBUAT PENARIKAN SELEPAS PEWARTAAN DIBAWAH SEK 8

2. JIKA JAWAPANNYA BOLEH, KENAPA SEK 3F(1) NYATAKAN SEBALIKNYA.

3. JIKA JAWAPANNYA TIDAK BOLEH, BOLEH KAH PEMOHON MEMBUAT PENARIKAN DIBAWAH SEK 35 AKTA (kerana pemohon betul2 tidak berhajat meneruskan pengambilan) 

4. Sebelum warta sek 8, pemohon ingin menarik balik pengambilan TETAPI POHON PENTADBIR TANAH MEMBUAT PENARIKAN DIBAWAH SEK 35 bertujuan untuk selamatkan fi yang perlu dibayar jika penarikan dibuat dibawah sek 3F. 
BOLEH KAH PENTADBIR TANAH MENURUT KEHENDAK PEMOHON? 

PENARIKAN DIBAWAH SEK 35 ADALAH DIBAWAH BIDANG KUASA PBN

PANDANGAN TUAN JAIYA ABU

1. Tujuan/kemudahan untuk mengambil tanah di bawah seksyen 3(1) & (c) bukanlah tujuan asal APT. Sebaliknya dibawa masuk melalui pindaan pada tahun 1997 dan berkuatkuasa pada tahun 1998. Tujuannya bolehlah disimpulkan untuk maksud pembangunan yang kemudiannya boleh menjadi sumber hasil/keuntungan. Ini berbeza dengan maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a).

2. Keperluan pembangunan itu wujud daripada pemohon sendiri sebagai orang perseorangan/badan. Pada saya sekiranya pemohon yang berkehendakan pembangunan melalui pengambilan tanah tetapi membuat keputusan untuk menariknya di peringkat selepas Warta seksyen 8 maka itu menampakkan kelemahan yang ketara selain sia-sianya proses dan prosedur termasuk birokrasi dari mula permohonan hingga pewartaan di bawah seksyen 8. Masa, tenaga, kos, pertimbangan pihak berkuasa (Upen, JKPT, PBN) dibazirkan. Justeru, disebabkan nature pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b) &(c) dan dengan mengambilkira keperluan pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan daripada pemohon, sekiranya pemohon ingin menarik balik permohonan di peringkat sesudah pewartaan seksyen 8 maka keputusan samada membenarkan atau tidak terletak secara eksklusifnya pada PBN dan tidak keterlaluan untuk dirampas keseluruhan deposit oleh pemohon sekiranya dibenarkan dan kerugian di pihak tuan tanah dan pihak2 berkepentingan lain dibayar pampasan akibat penarikan balik tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 35. Seksyen 3F membolehkan/membenarkan pemohon membuat penarikan sebelum pewartaan seksyen 8 tetapi tidak pula menekankan bahawa itu sahaja takat/tahapnya dan tidak boleh selepas itu. Jika secara tersiratnya ia bermaksud tidak boleh ditarik selepas pewartaan seksyen 8 maka tiada pertikaian lanjut mengenai isu ini. 

3. Penarikan di bawah seksyen 3F adalah khusus untuk memenuhi keperluan permohonan di bawah seksyen 3(1)(b) &(c). Dalam erti kata lain, sekiranya pemohon ingin membuat penarikan, permohonan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah. 

4. Penarikan yang dibuat di peringkat sesudah Borang H dikeluarkan bermakna pemohon menarik balik permohonan sesudah mendepositkan 125% wang untuk tujuan pampasan kepada Pentadbir Tanah. Proses penarikan di bawah seksyen 35 membenarkan penarikan dibuat sebelum pengambilmilikan rasmi dibuat dan terdapat juga pengalaman saya penarikan bagi pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b) dibuat sesudah pengambilmilikan rasmi (Borang K) dikeluarkan TETAPI endorsan di bawah seksyen 35(4) belum dibuat. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan