AMBIL
MILIK (TAKE POSSESSION)
Ambil milik bermaksud ‘PENGELUARAN BORANG K’

Berdasarkan seksyen 18 Akta, Pentadbir Tanah boleh ambil milik dalam DUA keadaan:
a. Jika award/perintah telah dibuat PADA MASA NOTIS BORANG DISAMPAIKAN atau bila-bila masa selepas itu.
b. MANA-MANA TANAH YANG DINYATAKAN DALAM
PERAKUAN KEDESAKAN
(Borang I) sama ada award/perintah telah dibuat
atau belum.
Berdasarkan seksyen 18 diatas, Pentadbir Tanah boleh keluarkan Borang K:
a. Jika Perintah telah dibuat, PADA
MASA NOTIS BORANG H DISERAHKAN
b. Bila bila masa SELEPAS NOTIS
BORANG H DISERAHKAN
c. Pada mana mana tanah yang
disenaraikan di dalam Borang I SAMAADA PERINTAH
TELAH DIBUAT ATAUPUN BELUM
UNTUK KETIGA TIGA CARA PENGELUARAN BORANG K DI ATAS, IANYA BERGANTUNG KEPADA KEHENDAK AGENSI PENGAMBIL ITU SENDIRI, BILA PERLU KELUARKAN BORANG K
Apa yang diamalkan sekarang adalah:

a. Borang K hanya akan
dikeluar dan diserahkan apabila BAYARAN PAMPASAN
TELAH DIBUAT
b. Borang K hanya akan dikeluarkan/diserahkan setelah Borang I dikeluarkan oleh Pengarah Tanah dan Galian.
AMBIL MILIK MELALUI PERAKUAN SEGERA
1. Dibuat melalui pengeluaran Sijil Perakuan Segera (Certificate of Urgency) iaitu BORANG I oleh Pengarah Negeri (PTG) mengikut seksyen 19
2. Untuk tujuan ini AGENSI PEMOHON hendaklah terlebih dahulu memberitahu Pentadbir Tanah ketika permohonan pengambilan tanah dikemukakan, kerana pengeluaran Borang I MESTI mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
3. Hanya melibatkan pengambilan untuk MAKSUD AWAM (public purpose) dibawah seksyen 3(1)(a) dan KEGUNAAN AWAM (public utility) dibawah seksyen 3(1)(b) sahaja. Ini bermakna jika pengambilan BUKAN UNTUK KEGUNAAN AWAM dibawah seksyen 3(1)(b) dan pengambilan dibawah seksyen 3(1)(c), TIDAK BOLEH DIBUAT MELALUI PENGELUARAN BORANG I
4. TARIKH BORANG I yang dikeluarkan oleh Pengarah Negeri kepada Pentadbir

Tanah MESTILAH PADA ATAU SELEPAS
15 HARI DARI TARIKH NOTIS AWAM BORANG E (NOTIS YANG DITAMPAL)
5. Apabila Borang I diterima oleh Pentadbir Tanah, barulah Pentadbir Tanah boleh keluarkan Borang K. Ini bermakna, tarikh Borang K MESTILAH TERKEMUDIAN DARI TARIKH BORANG I
6. Walaupun Borang I dan K telah dikeluarkan, Pentadbir Tanah hendaklah menjalankan siasatan dan perintah ke atas tanah-tanah yang diambil melalui Borang I pada tarikh yang telah ditetapkan di dalam Borang E. Jika sekiranya perintah tidak dibuat DALAM TEMPOH DUA TAHUN DARI TARIKH WARTA SEKSYEN 8, maka semua prosiding terbatal. Ekoran daripada itu memorial/endorsan BORANG D DAN BORANG K yang telah dibuat didalam dokumen hakmilik daftar komputer bolehlah dibatalkan oleh Pentadbir Tanah mengikut seksyen 381 KTN
7. Jika lot lot yang hendak diambil melalui Perakuan Kedesakan tersebut mempunyai ‘bangunan’, AMBIL MILIK HANYA BOLEH DIBUAT KE ATAS KAWASAN YANG TIADA BANGUNAN SAHAJA. BANGUNAN DAN ACCESS KE BANGUNAN TERSEBUT TIDAK BOLEH DIAMBIL MILIK sehingga Pentadbir Tanah menyerahkan Borang J
i. Kepada penduduk bangunan supaya mengosongkan bangunan tersebut dalam tempoh TIDAK LEBIH 60 HARI DARIPADA TARIKH NOTIS BORANG
ii. Pemilik bangunan dan memberi tawaran pampasan bangunan mengikut nilai sebenar jika BANGUNAN KEKAL ATAU nilai bangunan termasuk kos memindah dan mendirikan semula JIKA BANGUNAN SEMENTARA
8. Jika TAWARAN DITERIMA, Pentadbir Tanah boleh mengambil milik bangunan tersebut apabila tamat tempoh yang ditetapkan dalam Borang J ATAU jika bangunan itu diroboh sendiri oleh pemiliknya, bayar kos meroboh dan membina semua
9. Jika TAWARAN TIDAK DITERIMA:
a. Struktur kekal, tidak boleh ambil milik bangunan itu sehingga Pentadbir Tanah mendapat nilaian bangunan daripada Penilai.
b. Bangunan sementara, sehingga Pentadbir Tanah sendiri meroboh dan membina semula.
AMBIL MILIK SECARA RASMI (FORMAL POSSISSION) DAN TINDAKAN
PENTADBIRAN TANAH
1. Berdasarkan seksyen 22 Akta, tanah telah diambil secara rasmi apabila Borang K DISAMPAIKAN:

a. Kepada PENDUDUK tanah;
b. Kepada tuanpunya berdaftar
jika dia bukan penduduk;
c. Kepada Pihak berkuasa
pendaftaran berkenaan dan badan
berdaftar, orang atau perbadanan dan perbadanan pengurusan
Borang K juga sepatutnya diserahkan kepada PIHAK YANG MENGAMBIL
TANAH sepertimana yang dinyatakan dibawah seksyen 55 Akta

2. Berdasarkan seksyen 23 Akta, Pihak Berkuasa Pendaftaran apabila menerima sahaja Borang K, MESTI DIBUAT MEMORIAL/INGATAN dan seterusnya mengikut seksyen 66 Akta, apabila sahaja memorial dibuat, TANAH ADALAH TERLETAKHAK PADA PIHAK BERKUASA NEGERI SEBAGAI TANAH KERAJAAN ATAU DALAM HAL PETAK DALAM SEBUAH BANGUNAN ATAU TANAH YANG DIPECAHBAHAGI KEPADA ORANG ATAU PERBADANAN YANG MENGAMBIL PETAK TERSEBUT, BEBAS DARIPADA BEBANAN.
KESAN AMBIL MILIK DAN AMBIL MILIK MELALUI PERAKUAN SEGERA
1. Apabila Borang K dikeluar dan diserahkan kepada penduduk dan tuan tanah berdaftar MULAI DARI TARIKH TERSEBUT, PENDUDUK DAN TUAN PUNYA BERDAFTAR, TIDAK LAGI MEMPUNYAI HAK DIA ATAS TANAH YANG DIAMBIL.
2. Mulai dari tarikh yang sama juga, pihak yang mengambil tanah boleh memasukki tanah untuk menjalankan kerja kerja tanpa halangan
3. Berdasarkan seksyen 32(1)dan (1C), agensi/pihak yang mengambil tanah akan dikenakan caj bayaran lewat 5% setahun MULAI DARI TARIKH AMBIL MILIK (pengeluaran Borang K) SEHINGGA PAMPASAN DI BAYAR,
4. Berdasarkan seksyen 28 dan seksyen 32(2) Akta pula, jika kawasan yang diambil selepas ukuran semula didapati lebih luas daripada anggaran keluasan diambil di dalam warta seksyen 8 agensi/pihak yang mengambil tanah juga mesti membayar PAMPASAN TAMBAHAN serta caj bayaran lewat 5% setahun MULAI DARI TARIKH AMBIL MILIK SEHINGGA PAMPASAN TAMBAHAN DIBAYAR
5. Mengikut seksyen 35(1), penarikan daripada pengambilan TIDAK BOLEH LAGI DIBUAT