SEBAHAGIAN daripada satu lot TANAH BANDAR terlibat dengan pengambilan untuk pembinaan lebuhraya. Proses pengambilan telah selesai hingga BORANG K.
Pihak konsesi ingin mengubah jajaran pembinaan nanti dengan tidak mengikut jajaran asal sepertimana dalam pelan pengambilan yang diluluskan oleh PBN. Jajaran yang baru masih DIATAS LOT YANG SAMA DAN KELUASAN PENGAMBILAN YANG SAMA
PANDANGAN TUAN JAIYA
Pandangan saya begini:
Jika perubahan jajaran yang dibuat oleh pihak konsesi ini bertujuan membatalkan pengambilan yang telah selesai sehingga pengeluaran Borang K itu maka pada pandangan saya pemohon perlu mengemukakan permohonan penarikan serentak dengan permohonan yang baru supaya:
1.Kelulusan penarikan dan permohonan yang baru daripada PBN boleh diperolehi;
2. Pewartaan penarikan dan pewartaan semula permohonan baharu;
3. Pembatalan endorsan Borang D dan Borang K yang terdahulu beserta endorsan Borang D terkini;
4. Perolehan laporan terkini maklumat perancangan dan laporan nilaian;
5.Siasatan dan award pampasan berdasarkan laporan nilaian terkini dan membuat pelarasan dengan mengambilkira pampasan yang telah dibayar sebelum ini;
6. Pembayaran pampasan (tambahan) dalam Borang G dan H; dan
7. Seterusnya pengeluaran dan endorsan Borang K yang baru.
Dengan pendekatan sebegini, pertambahan kos adalah minima di pihak agensi pemohon selain kelebihan kepada tuan tanah mendapat kembali bahagian tanah yang telah diambil terdahulunya.
Namun kes ini pada pandangan saya terlalu teknikal sifatnya dan lazimnya apabila Borang K telah dikeluarkan maka agensi pemohon atau pihak konsesi akan diminta mengemukakan permohonan baru. Melalui permohonan yang baru, tanah tersebut akan diambil untuk kali kedua bagi maksud yang sama dan akibat perubahan jajaran, tanah yang telah diambil terdahulunya menjadi tidak berguna dan kos telah dibazirkan. Di pihak tuan tanah pula jika hendak mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah untuk memiliki semula bahagian yang telah diambil pasti perlu melalui proses yang sangat rumit dan tiada jaminan bahawa permohonan tersebut boleh diluluskan.
Sekadar pandangan untuk perkongsian, terima kasih.
PANDANGAN PENULIS
Saya berpandangan tak boleh diubah begitu saja kerana:
1. Jajaran/pelan sedia ada telah pun diluluskan oleh PBN berdasarkan seksyen 7 Akta
2. Jajaran asal melalui tanah tinggi, jajaran yang diubah adalah tanah rendah dan hampir dengan jalan sedia ada. Berdasarkan Perenggan 1(1B) nilai nya mesti berubah disesuaikan dengan kawasan/tempat yang diambil walaupun dalam lot yang sama.

Hubungi saya melalui tel atau what's app
BalasPadam