Rabu, 12 Jun 2019

Proses Pengambilan Di Bawah sek 3(1)(b)(c) - IKUT PINDAAN

SIAPA YANG BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN DI BAWAH SEKSYEN INI

Berdasarkan seksyen 3(1)(b) dan (c), pihak yang boleh mengambil tanah adalah ‘mana-mana orang atau perbadanan’. Ini termasuklah orang persaorangan, pemaju perumahan, pihak swasta, semua badan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat, Akta Parlimen, Enakmen Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri dan sebagai nya.

PENGAMBILAN TANAH OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN UNTUK APA SAJA TUJUAN JUGA ADALAH DIBAWAH SEKSYEN INI BERDASARKAN SEKSYEN 13 AKTA KERAJAAN TEMPATAN (AKTA 171) DAN SEKSYEN 37 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (AKTA 172)

Syarat lain adalah badan badan tersebut boleh memiliki tanah mengikut Kanun Tanah Negara. Dengan kata lain siapa sahaja boleh memohon pengambilan tanah SELAIN DARIPADA pihak-pihak yang boleh memohon di bawah seksyen 3(1)(a)

TANGGUNGJAWAB PERMOHONAN:

Permohonan dibuat melalui Borang 1 Jadual Pertama (Kaedah 2 (1))

Sek 3(3) dan Kaedah 2(2) - DISERTAKAN:
  1.   Kertas cadangan projek
  2.   Pelan tata atur dan pelan pengambilan 
  3.   Laporan permulaan penilaian tanah yang    akan diambil
  4.   Fee -  Jadual Kedua Kaedah Pengambilan    2017
  5.  Deposit – Kaedah 3 Kaedah Pengambilan   2017
FEE (Jadual Kedua, Kaedah 2(2) )

Pengambilan tanah untuk kemudahan awam (public utility) dibawah seksyen 3(1)(b) seperti jalanraya, landasan, bekalan elektrik, paip gas, lampu jalan, pembetungan, peparitan, telekomunikasi

Tidak lebih 10 orang berkepentingan                 RM1,000.00
Tambahan setiap orang                                            RM   100.00

ORANG BERKEPENTINGAN TERMASUKLAH TUAN PUNYA TANAH, PEMEGANG GADAI, PEMASUK KAVEAT, PEMAJAK, PENYEWA DLL

Contoh:

Pengambilan 1 LOT  tanah yang mempunyai 10 orang berkepentingan

Jumlah Fee yang perlu dibayar adalah RM1,000.00

Fee boleh dikecualikan sebahagian atau sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Negeri, jika pengambilan dibuat oleh Perbadanan Persekutuan atau Negeri yang berkuasa memegang tanah. Provision seksyen 3(3) Akta

Pengambilan Tanah bukan untuk kemudahan awam seperti perumahan, aktiviti pertanian, taman rekrasi

Tidak lebih 10 orang berkepentingan : RM10,000.00
Tambahan orang seterusnya hingga 15 : RM1,000.00 setiap orang
Tambahan orang seterusnya hingga 20 : RM2,000.00 setiap orang
Tambahan orang seterusnya RM3,000.00 setiap orang

Contoh:

Pengambilan 2 lot tanah yang mempunyai 20 orang berkepentingan

10 orang pertama                              RM10,000.00
5 x RM1,000.00                                 RM  5,000.00
5 x RM2,000.00                                 RM 10.000.00

Jumlah Fee yang perlu dibayar adalah RM25,000.00

FEE MENJADI HASIL KERAJAAN NEGERI

DEPOSIT

Deposit yang mesti di bayar pada kadar 125% daripada nilai pasaran tanah akan diambil yang ditentukan oleh PENILAI (Kaedah 3(1))

Cara pembayaran: (kaedah 3(2))

50% daripadanya dikemukakan semasa permohonan dan

75% dikemukakan semasa penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri

Deposit dibayar dalam bentuk draf bank (Kaedah 3(3))

TUJUAN DEPOSIT:
  1.    Untuk pastikan pemohon benar-benar berkemampuan dari segi kewangan
  2.    Untuk digunakan sebagai bayaran pampasan pengambilan nanti
Berdasarkan Kaedah 4(2) jika pampasan yang akan diawardkan oleh Pentadbir Tanah adalah LEBIH TINGGI/BESAR daripada bayaran deposit yang telah dibuat, Pentadbir Tanah hendaklah memohon deposit tambahan daripada pemohon melalui Borang 2 dan pemohon mesti membayarnya DALAM TEMPOH TIGA PULUH HARI DARI TARIKH PENERIMAAN BORANG 2

TINDAKAN/PERTIMBANGAN PENTADBIRAN TANAH

Seksyen 3(4) dan Kaedah 5(1), Jika permohonan telah lengkap dan teratur, Pentadbir Tanah kemukakan permohonan beserta dokumen kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) atau Jawatankuasa bagi W.P Kuala Lumpur, Putrajaya

Seksyen 3(5) Pentadbir Tanah boleh menolak permohonan yang tidak lengkap sepertimana yang dikehendaki di para 2

Seksyen 3(6), Kaedah 5(2), PBN TIDAK BOLEH pertimbangkan (shall not consider) permohonan dan Pentadbir Tanah hendaklah menolak (shall reject) permohonan, jika tuan punya tanah telah mendapat kelulusan pembangunan dan pengambilan tanah yang akan dibuat BUKAN BAGI MAKSUD KEMUDAHAN AWAM (public utility) dibawah seksyen 3(1)(b)

TINDAKAN UPEN/JAWATANKUASA

Berdasarkan seksyen 3A(1) Akta dan Kaedah 6, UPEN /Jawatankuasa hendaklah membuat pertimbangan dari segi berikut:

i.  Kepentingan awam
ii. Keupayaan dan kemampuan pemohon untuk laksanakan tujuan pengambilan tersebut
iii.Daya maju projek dan
iv.Kelulusan pembangunan yang telah diberikan kepada tuan tanah

Seksyen 3A(2) dan Kaedah 6(2), ADA KELULUSAN PEMBANGUNAN dan pengambilan untuk kemudahan awam, UPEN/Jawatankuasa akan tentukan kewajaran tuan tanah berdaftar menyertai projek yang mana pengambilan akan dibuat.

Jika sesuai, UPEN/Jawatankuasa arahkan PEMOHON supaya berunding melalui BORANG 3 dalam tempoh 6 minggu dari tarikh penerimaan permohonan dari Pentadbir Tanah

Perundingan merangkumi:

i.          Terma dan syarat yang sesuai
ii.         Bentuk kerjasama

Sek 3A(4), Kaedah 7(1) - PEMOHON kemukakan lapuran lengkap keputusan rundingan
kepada UPEN/Jawatankuasa
     
Kaedah 7(2)(3) - Jika perundingan berjaya, UPEN/Jawatankuasa hendaklah tidak meneruskan permohonan tersebut dan Pentadbir Tanah hendaklah membayar balik amaun   deposit penuh tanpa faedah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permintaan membayar balik oleh PEMOHON

Kaedah 7(4) - Jika perundingan tidak berjaya, UPEN/Jawatankuasa:

i.          Meneruskan proses permohonan
ii.         Membuat apa-apa syor

Kaedah 7(5) - UPEN/Jawatankuasa setelah menimbangkan lapuran penuh dan syor, menghantarnya kepada Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah atau PBN melalui Borang 4 dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima lapuran penuh perundingan

Mengikut seksyen 3B, JIKA TIADA KELULUSAN PEMBANGUNANUPEN/Jawatankuasa hendaklah membuat pertimbangan dari segi:

i.           Kepentingan awam
ii.          Keupayaan dan kemampuan pemohon untuk laksanakan tujuan pengambilan tersebut
iii.         Daya maju projek

Jika UPEN/Jawatankuasa berpendapat pemohon sesuai untuk libatkan diri dalam projek tersebut, boleh memberi arahan kepada pemohon untuk berunding dengan tuan tanah melalui BORANG 3 dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh UPEN/Jawatankuasa mengikut terma dan syarat yang sesuai.

Pemohon hendaklah memberi lapuran terperinci keputusan perundingan. Jika berjaya, proses pengambilan tidak diteruskan
           
UPEN/Jawatankuasa kemukakan dokumen serta perakuan kepada Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah atau PBN

TINDAKAN JAWATANKUASA KHAS PENGAMBILAN TANAH NEGERI

1. Seksyen 3D Akta, Jawatankuasa akan menilai kesesuaian permohonan, syor yang termasuk syarat nyata dan sekatan kepentingan dan kemukakan kepada PBN dalam tempoh 2 bulan dari tarikh terima perakuan daripada UPEN

2.  Jika Jawatankuasa gagal, PBN boleh arahkan UPEN menghantar permohonan,dokumen, lapuran perundingan serta syor terus kepadanya

KEPUTUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN TINDAKAN PEMOHON

1.     Sek  3E(1), Kaedah 8(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh melulus atau menolak

2.    Sek 3E(2), Pihak Berkuasa Negeri TIDAK BOLEH MELULUSAN kawasan yang lebih            besar daripada yang diperlukan.

Sek 3E(3), Kaedah 8(2) Jika PBN MELULUSKANNYA:

a.         PBN beritahu Pentadbir Tanah apa-apa terma dan syarat
b.       Pentadbir Tanah hendaklah beritahu PEMOHON melalui Borang 5 dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima kelulusan
c.     PEMOHON memberi jawapan dalam tempoh 30 hari dari tarikh terima Borang untuk mengesahkan penyetujuterimaan terma dan syarat dan seterusnya membayar baki 75 % deposit

Sek 3E(5), Kaedah 8(3) Jika PBN MENOLAK:

a.    PBN beritahu Pentadbir Tanah tentang penolakan
b.    Pentadbir Tanah hendaklah beritahu PEMOHON melalui Borang 6 dalam tempoh
                   14 hari dari tarikh terima keputusan penolakan
c.    Pentadbir Tanah membayar kembali amaun deposit tanpa faedah dalam masa 3
                   bulan dari tarikh penerimaan keputusan penolakan

PENARIKAN BALIK DARI PERMOHONAN PENGAMBILAN

1.  Sek 3F, Kaedah 9(1) Permohonan penarikan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pentadbir Tanah

2. Kaedah 9(2) PEMOHON juga disifatkan/dianggap sebagai menarik balik dari permohonan jika:  
   
a.  Gagal kemukakan lapuran penuh perundingan kepada UPEN/Jawatankuasa dalam  tempoh yang dinyatakan di dalam Borang 3

b. Gagal mengesahkan penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberitahuan penerimaan penyetujuterimaan tersebut. 
      
      TINDAKAN PENTADBIRAN TANAH

Kaedah 9(3) Jika penarikan dibuat SEBELUM warta seksyen 8:

a.         Pentadbir Tanah hendaklah mengenakan fi penarikan sebanyak RM1,000.00
                        (Kaedah 9(3)(a))
b.         Pentadbir Tanah beritahu PEMOHON pelucuthakan deposit melalui Borang 7
c.      Pentadbir Tanah boleh melucutkan deposit sebanyak 50% atau RM10,000.00 mana yang lebih tinggi berdasarkan peringkat permohonan ditarik balik. 

Kaedah 9(4) Pihak Berkuasa Negeri, boleh menurut budibicaranya mengurangkan
pelucuthakan TIDAK KURANG 10% daripada keseluruhan deposit atau RM10,000.00
mana yang lebih tinggi

        Kaedah 9(5) Jika penarikan dibuat SELEPAS penyiaran pemberitahuan di bawah seksyen 4, atau permohonan disifatkan  sebagai ditarik balik seperti diperenggan 9.2, pampasan bagi kerosakan hendaklah dibayar mengikut seksyen 6 Akta

Pampasan ini hendaklah dibayar daripada perlucuthakan deposit seperti yang
            dinyatakan di perenggan 10.1(c) di atas.

 TINDAKAN SETERUSNYA

Setelah pemohon bersetuju menerima terma dan syarat syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti yang dinyatakan diperenggan 8.2.c di atas, urusan seterusnya adalah pewartaan dibawah seksyen 4, seksyen 8 dan tindakan tindakan lain yang sama seperti proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a)


7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalam tuan,

    Saya ada satu isu tetapi banyak soalan yang hendak ditanyakan.

    1. Bolehkah pihak penerima pampasan / pihak tuan tanah / pihak yang berkepentingan (dimana tanah pihak tersebut terlibat dengan pengambilan tanah), memohon untuk mengembalikan semula duit pampasan yang diterima dengan balasan agar tanah yang terlibat dengan pengambilan tersebut diserahkan semula kepada pihak tersebut. Ini atas sebab terdapat opsyen lain yang boleh digunakan selain menggunakan tanah tersebut.

    2. Apakah proses yang perlu dilalui untuk mengembalikan semula pampasan tersebut?

    3. Adakah jumlah pampasan yang hendak dikembalikan tersebut sama dengan jumlah yang diterima atau terdapat tambahan yang perlu ditanggung oleh pihak tuan tanah.

    Perhatian dan pandangan tuan amatlah dihargai.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  3. Lebih baik what's app kpd saya

    BalasPadam
  4. Bolehkah bantahan berkaitan dengan pampasan dibawa sehingga ke Mahkamah Persekutuan? Apa keadaan yang boleh bawa ke Mahkamah Persekutuan?

    BalasPadam
  5. BOLEH BERDASARKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN YANG MEMUTUSKAN SEK 40D TIDAK BERPELEMBAGAAN

    BalasPadam