Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Sebelum ke Johor minggu hadapan dan ke Kedah minggu berikutnya, saya ingin mengulas sedikit kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah Saudara Tan Keng Liang di Utusan Malaysia pada hari semalam (24 Mei) dan diulas semula oleh Saudara Badrul Hisham Hashim, Ketua Pemuda UMNO Kedah sepertimana dimuka surat 55 Sinar Harian keluaran 25 Mei 2012 berkaitan dengan 3 projek mega di Kedah. Di sini saya hanya akan mengulas mengenai projek Aman Central sahaja, kerana saya mengikuti kes ini sejak proses pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah bermula (Saya dengan beberapa orang pegawai yang lain pernah mengikuti siasatan pengambilan tanah pada bulan Ramadhan yang lalu di Pejabat Tanah Kota Setar).
Pada pandangan saya dalam kes ini YAB Menteri Besar Kedah berhak untuk tidak mengulas kerana penanya (orang yang bertanya) atau pihak yang mengeluarkan isu ini pada pandangan saya tidak memahami perjalanan proses sejak awal ataupun sengaja tidak memahami? proses pengambilan tanah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960. Saya rasa menjadi tanggungjawab saya memberi sedikit jawapan/ulasan.
Untuk makluman, tanah-tanah yang akan dibangunkan Aman Central tersebut pada asalnya adalah tanah milik. Olih kerana projek tersebut terbengkalai begitu lama (tak dapat diselesaikan) maka atas cadangan? YAB Menteri Besar Kedah, tanah tersebut diambil melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 oleh PKNK dengan kerjasama dengan sebuah syarikat pemaju perumahan, dimana wang untuk membayar pampasan disediakan oleh syarikat berkenaan. Berdasarkan seksyen 3(1)(a)(b)(c) Akta tersebut SEMUA ORANG BOLEH MEMOHON PENGAMBILAN TANAH UNTUK TUJUAN APA SAHAJA.
Berdasarkan Akta tersebut juga, SESIAPA yang membuat permohonan pengambilan dan seterusnya mengeluarkan wang untuk membayar pampasan, TANAH YANG DIAMBIL ITU MENJADI HAK PEMOHON dan logiknya terpulanglah kepada tuanpunya untuk melakukan sesuatu di atas tanah tersebut berdasarkan seksyen 68A Akta yang sama.
TIDAK TIMBUL PERSOALAN MESTI MELALUI
TENDER TERBUKA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan