Dalam minggu lalu saya menerima soalan yang sama dari orang yang berbeza melalui telefon, facebook dan email. Ianya mungkin daripada mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia kerana seorang daripadanya memperkenalkan diri sebagai mahasiswa UTM. Soalannya seperti berikut:
En. Ali memiliki sebidang tanah seluas 11.975 hektar dibawah hakmilik kekal. Lot tanah telah diukur pada tahun 1932 yang sebahagiannya adalah mengikut ukuran kelas ketiga. Pada tahun 2001, sebahagian kecil lot ini iaitu 0.05 hektar telah diambil balik bagi tapak pencawang TNB. Ukuran telah dijalankan untuk mengeluarkan bahagian yang diambil balik dan hakmilik sambungan bagi baki keluasan dikeluarkan. Selepas ukuran keluasan baki dikira didapati luasnya adalah 11.915 hektar. En. Ali tidak berpuas hati kerana menurut pendapatnya keluasan baki lotnya selepas ditolak keluasan pengambilan balik adalah 11.925 hektar. Beliau merujuk kepada anda untuk khidmat nasihat dalam membuat tuntutan kepada kerajaan. Nasihatkan beliau.
Jawapan/Pandangan:
Berdasarkan soalan diatas, pengambilan tanah En. Ali lebih daripada sepatutnya iaitu 0.01 hektar (Keluasan diambil 0.06 he - keluasan yang diaward 0.05). Mengikut seksyen 28 Akta Pengambilan Tanah, jika wujud perbezaan keluasan tanah yang telah diambil dengan keluasan tanah dijadualkan yang telah diawardkan, perbezaan itu (0.01) hektar hendaklah dibayar pampasan seperti yang telah dinilai dalam award/perintah semasa pengambilan 0.05 hektar sebelum ini.
Selain daripada itu berdasarkan seksyen 32(2) Akta yang sama, En. Ali juga akan dibayar caj bayaran lewat 8% setahun atas pampasan tambahan diatas dan dikira mulai tanah tersebut diambil milik (tarikh penyerahan Borang K) sehingga pampasan tambahan dibayar nanti.