Kali ini saya akan paparkan soalan berkaitan dengan pengambilan tanah yang saya terima melalui email (tanpa mengubah ejaan dan ayat) dan jawapan yang diberikan untuk makluman kita bersama.
SOALAN
Mohon pandangan tuan. Pejabat Tanah Timur
Laut telah membuat satu pengambilan tanah utk tujuan perkuburan islam dan
perumahan am. Wang pampasan berjumlah RM4,146,936.57 telah didepositkan secara
ex-parte ke Mahkamah melalui Saman Pemula 24-422-03/2012 kerana pihak
berkepentingan/tuan tanah tidak hadir semasa siasatan di Pejabat Tanah
diadakan.
Setelah dimaklumkan bahawa pengambilan adalah
untuk tujuan projek perumahan am, pihak berkepentingan/tuan tanah telah memohon
supaya mereka diberikan rumah ganti di projek perumahan tersebut. Pada mula
Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi rumah kos rendah berharga RM42,000.
Walaubagaimanapun pihak Kerajaan Negeri telah menaik taraf rumah tersebut
dengan menawarkan rumah kos sederhana rendah yang berharga RM72,500.
Situasi A
Tuan tanah A memperoleh pampasan berjumlah
RM183,000 maka tuan tanah A hanya akan memperoleh RM110,500 sebagai award
pampasan. Baki selebihnya akan dimasukkan semula kepada Kerajaan Negeri untuk
dibuat penyelarasan dan tuan tanah A akan diberikan sebuah rumah.
Situasi B
Tuan tanah B memperoleh pampasan berjumlah
RM26,800. Kerajaan Negeri akan top up RM15,200 kepada tuan tanah untuk menjadi
RM42,000. Baki RM30,500 untuk mencukupkan harga rumah RM72,500 perlu ditambah
sendiri oleh tuan tanah bagi mendapatkan rumah tersebut.
Seramai 29 penduduk telah terlibat dalam kes
ini dengan berbagai isu seperti isu pertikaian dan isu kesilapan nama.
Soalan saya, bolehkah Pejabat Tanah
membuat permohonan kepada Mahkamah atas nama Pentadbir Tanah untuk mengeluarkan
wang pampasan tersebut? Wang tersebut kemudian akan dimasukkan kepada Kewangan
Negeri dan bukannya tuan tanah tersebut bagi dibuat penyelarasan. Tidakkah akan
timbul isu perundangan disini?
atau
pilihan lain adalah supaya tuan tanah sendiri
yang membuat permohonan pengeluaran memandangkan terdapat beberapa isu
pertikaian yang akan wujud.
PANDANGAN
Pada
pandangan saya adalah lebih baik orang yang berkepentingan sendiri yang
inginkan rumah membuat permohonan pengeluaran pampasan tersebut MELALUI PENTADBIR
TANAH dan Pentadbir Tanah mesti memberi
penerangan dengan jelas mengenai cadangan Kerajaan Negeri sebelum penyediaan
affidavit.
Didalam
affidavit pengeluaran nanti nyatakan dengan jelas atas persetujuan orang
berkepentingan:
1.
Tawaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada
orang yang berkepentingan dan syarat-syarat yang dikenakan dan yang
dipersetujui
2.
Sebahagian daripada wang pampasan
dikeluarkan dan dibayar kepada orang berkepentingan
3.
Sebahagian lagi dikeluar dan dibayar kepada
Perbendaharaan Negeri
Setelah
diterima oleh Mahkamah, Pentadbir Tanah hendaklah mengambil tindakan susulan
sepertimana cadangan Kerajaan Negeri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan