Kali ini perbincangan adalah berkaitan dengan 'penarikan diri dari pengambilan'. Perkara ini sering ditimbulkan apabila saya menyampaikan ceramah terutamanya untuk kakitangan Pejabat Tanah atau JKPTG. Ada yang beranggapan jika 'pemohon' berhasrat untuk tidak meneruskan pengambilan terutamanya selepas pewartaan dibawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak ada tindakan yang perlu dibuat atau dengan kata lain 'fail ditutup'. Anggapan tersebut adalah salah. JIKA TERJADI HAL YANG SEDEMIKIAN PENTADBIR TANAH HENDAKLAH MEMBUAT PENARIKAN DARI PENGAMBILAN (Withdrawal from acquisition)
Berdasarkan seksyen 35(1), Penarikan balik dari pengambilan hanya boleh dibuat sebelum tanah-tanah tersebut diambil milik (The State Authority shall be at liberty to withdraw form the acquisition of any land of which possession has not been taken). Ambil milik (taking possession) bermaksud penyampaian notis Borang K kepada penduduk tanah, pemilik tanah dan pihak berkuasa pendaftaran, ini dijelaskan dibawah seksyen 22(1) dan (2) Akta Pengambilan Tanah 1960. Ini bermakna penarikan hanya boleh dibuat SEBELUM BORANG K DI SERAHKAN, tetapi ada yang menganggap penarikan hanya boleh dibuat sebelum Borang K didaftarkan. Anggapan ini adalah SALAH.
Pemohon/Agensi yang 'berhasrat untuk tidak meneruskan pengambilan' mungkin disebabkan:
1. Arahan pihak tertentu untuk membatalkan pengambilan
2. Peruntukan tidak mencukupi atau telah tiada
3. Tapak tidak sesuai
Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian adalah seksyen 14(4) Akta Pengambilan Tanah 1960:
'Jika keluasan tanah yang berkenaan suatu award telah dibuat dibawah seksyen ini -
(a) melebihi keluasan tanah dijadualkan itu dengan tidak lebih daripada suku hektar atau satu peratus, yang mana lebih luas, maka tidaklah perlu dibuat dan disiarkan apa-apa pengisytiharan lanjut berkenaan dengan nya dibawah seksyen 8;
(b) adalah kurang daripada keluasan tanah dijadualkan itu dengan tidak lebih daripada suku hektar atau satu peratus, mana yang lebih luas, maka tidak lah perlu dilakukan apa-apa penarikan balik formal tentangnya dibawah seksyen 35
Daripada ayat dalam seksyen 14(4) di atas, jika keluasan pengambilan yang diaward adalah melebihi suku haktar atau satu peratus daripada KELUASAN PENGAMBILAN YANG DIWARTAKAN dan keluasan tambahan tersebut TIDAK DIPERLUKAN OLEH PEMOHON, MAKA PENTADBIR TANAH HENDAKLAH MEMBUAT PENARIKAN BALIK DARI PENGAMBILAN. Begitu juga jika keluasan pengambilan yang diawardkan kurang dari suku haktar atau satu peratus daripada keluasan PENGAMBILAN YANG DIWARTAKAN sepertimana yang dikehendakki oleh pemohon, MAKA PENTADBIR TANAH HENDAKLAH JUGA MEMBUAT PENARIKAN.
APA YANG BERLAKU SEKARANG INI, PENTADBIR TANAH HANYA MEMBUAT PEMBETULAN KEPADA WARTA DAN TIDAK MEMBUAT PENARIKAN BALIK DARI PENGAMBILAN
TINDAKAN PENTADBIR TANAH JIKA AGENSI TIDAK BERHASRAT UNTUK MENERUSKAN PENGAMBILAN:
1. Hendaklah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
2. Pewartaan penarikan dari pengambilan
3. Membayar pampasan kerana kerosakan jika ada yang berlaku ke atas tanah dan membayar kos yang ditanggung beban oleh orang berkepentingan
4. Endorsan atau catatan mengenai penarikan balik dibawah seksyen 35 seperti yang dinyatakan dibawah seksyen 9(2) dan (3) Akta Pengambilan Tanah 1960

Tiada ulasan:
Catat Ulasan