Pada 22 April saya menerima panggilan telefon dari pegawai JKPTG Kedah berkaitan dengan tanah berstatus 'TIDAK DAPAT DIKESAN' lazimnya diringkaskan kepada 'TDK' yang terlibat dengan pengambilan. Tanah yang tidak dapat dikesan lazimnya tergolong dari tanah-tanah seperti berikut:
i. No. Lot tidak dapat ditemui atau
ii. No dan jenis hakmilik yang tidak ketahui atau
iii. Kedua-duanya lot dan hakmilik tidak diketahui
Persoalan yang timbul adalah:
1. Bagaimana tindakan perlu diambil?
2. Bolehkan siasatan dan perintah hendak dibuat?
3. Bagaimana untuk menentukan nilaian tanah tersebut?
4. Kepada siapa pampasan akan dibayar?
5. Apakah tindakan yang perlu dibuat, selepas perintah, hakmilik didaftarkan selepas tarikh warta seksyen 8?
PANDANGAN:
Semasa menyediakan Borang C Akta Pengambilan Tanah, diruangan lot ukur dan ruangan hakmilik atau kependudukan LETAKKAN TDK kerana dipercayaai tanah tersebut MEMPUNYAI PEMILIK (Berdasarkan siasatan yang telah dibuat oleh Penolong Pegawai Tanah) . Sebaliknya jika tanah tersebut dipastikan ianya adalah 'Tanah Kerajaan' ianya TIDAK PERLU DISENARAIKAN DIDALAM BORANG C. Tindakan tersebut adalah bertepatan dengan seksyen 2(2) dan 2(3) Akta Pengambilan Tanah.
Selepas pewartaan dibawah seksyen 8, Pentadbir Tanah mengambil tindakan seperti biasa iaitu mengeluarkan Borang E dan melaksanakannya mengikut seksyen 52, 53 dan 54. Seterusnyan Pentadbir Tanah boleh menjalankan siasatan dan perintah secara ex-parte sepertimana yang dibenarkan oleh seksyen 14(2).
Lanjutan daripada itu, oleh kerana Pentadbir Tanah tidak mengetahui status tanah seperti kategori/syarat nyata untuk menentukan nilaian, Pentadbir Tanah boleh menggunakan Perenggan/seksyen 1 Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah iaitu penentuan nilai pasaran; lapuran Penolong Pegawai Tanah mengenai kedudukan tanah, keadaan sekitar tanah dan juga berdasarkan maklumat penggunaan tanah yang diberikan oleh pihak berkuasa perancangan sepertimana yang dinyatakan dibawah seksyen 9A Akta yang sama.
Selesai siasatan, Pentadbir Tanah hendaklah memerintahkan supaya wang pampasan didepositkan ke Mahkamah mengikut seksyen 29(1)(a) Akta Pengambilan Tanah DAN JANGAN DEPOSITKAN KE AMANAH RAYA BERHAD kerana Pentadbir Tanah tidak dapat mengenalpasti pemilik yang sebenar.
Setelah proses pengambilan telah diselesaikan (bayaran pampasan telah didepositkan ke Mahkamah) timbul pula isu baru iaitu:
a. Muncul tuantanah sebenar dan membawa dokumen hakmilik
b. Hakmilik baru didaftarkan SELEPAS TARIKH WARTA SEKSYEN 8
Untuk isu di atas PENTADBIR TANAH HENDAKLAH MEMBUAT PEMBETULAN WARTA YANG HANYA MELIBATKAN NO LOT/HAKMILIK/PEMILIK (kerana warta asal SAH) berdasarkan hakmilik yang dibawa atau hakmilik yang baru didaftarkan DAN DIDALAM PEMBETULAN WARTA HENDAKLAH MENYATAKAN TARIKH WARTA ASAL DIAMBIL KIRA SEBAGAI TARIKH WARTA SEBENAR. Ini dilakukan bertujuan untuk ingatan/endorsan/wasilan BORANG D DAN BORANG K didalam dokumen hakmilik daftar komputer nanti dan penentuan nilai pasaran tanah tersebut.
Seterusnya wang pampasan yang telah didepositkan ke Mahkamah bolehlah dikeluarkan kepada pemilik Tanah yang telah dikenalpasti.
assalam. saya ingin bertanyakan soalan kepada encik. A jual tanah status pertanian seluas 1.5ekar kpd B seluas 5k persegi dan C seluas 6k persegi. tapi proses pindah milik tak dibuat dan A sudah meninggal dunia. pada masa yang sama A ada dua orang anak gadis dan masing2 dapat 3k persegi tapi proses turun milik tak berlaku. sekarang B nak bina rumah dan mahu gadaikan tanah kpd Bank tapi C tak benarkan. C nak pecah bahagi tanah dulu tapi B tak mahu sebab katanya proses pecah bahagi tinggi. C sekarang dah letak kaveat persendirian ke atas tanah. mohon penjelasan Encik bagaimana nak bantu C dalam menyelesaikan masalah ini. terima kasih :)
BalasPadampembetulan. 5k kaki persegi, 6k kaki persegi dan masing masing 3k kaki persegi. lupa letak word 'kaki' persegi. maaf ya.
BalasPadamuntuk makluman pihak Encik, B dan C telah pun buat bayaran penuh. A pun dah meninggal dunia 5tahun lepas. benar benar berharap encik dapat bantu. sebab kes ni dah lama berlaku.
BalasPadampersoalan yg timbul:-
1. perlu tak tukar status tanah itu dari pertanian ke bangunan?
2. pindah milik tanah?
3. bagaimana pula dengan proses pecah bahagi tanah?
4. adakah kaveat itu sah?
saya betul2 keliru :( mohon penjelasan encik. terima kasih.
Saya telah jwb melalui email
BalasPadam