SEPANJANG TEMPOH MENYAMPAIKAN CERAMAH PENGAMBILAN TANAH SAYA DAPATI MASIH TERDAPAT PERBEZAAN ANTARA SATU NEGERI DENGAN NEGERI YANG LAIN SEMASA MENYEDIAKAN BORANG A UNTUK PEWARTAAN DI BAWAH SEKSYEN 4 DAN BORANG D UNTUK TUJUAN PEWARTAAN DI BAWAH SEKSYEN 8 AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960. DISINI SAYA SEDIAKAN CONTOH BORANG A DAN D UNTUK TUJUAN PENYELARASAN.
Perhatian harus diberikan:
1. Tajuk projek seperti ayat bewarna merah. Jika tidak dinyatakan seperti itu KEMUNGKINAN TIDAK MEMENUHI KEHENDAK SEKSYEN 3(1) ITU SENDIRI
2. Borang ditandatangani oleh PENGARAH NEGERI DAN BUKANNYA PENGARAH TANAH DAN GALIAN
3. Dalam Borang A hanya senaraikan not lot sahaja sepertimana ayat yang bewarna BIRU dalam Borang A dibawah. Didapati ada negeri menyenaraikan semua seperti Borang C
Borang A
Akta Pengambilan Tanah, 1960
(Seksyen 4)
NOTIS BAHAWA TANAH BERKEMUNGKINAN AKAN DIAMBIL
Adalah dengan ini
diberitahu bahawa tanah-tanah di tempat yang diperihalkan dalam Jadual di
bawah ini, termasuk mana-mana tanah,
jika ada, yang dinyatakan mengikut nombor lotnya atau mengikut nombor lot
tanah-tanah yang bersempadan dengannya, mungkin diperlukan bagi maksud-maksud
yang berikut:
i. Pengambilan Tanah di bawah perenggan 3(1)(a) Akta
Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486]
bagi Projek Pelebaran Jalan dari…………… Untuk Kementerian Kerja Raya Malaysia
dan/atau
ii. Pengambilan Tanah di bawah perenggan 3(1)(a) Akta
Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486]
bagi Pemasangan Paip Air dari…………… Untuk Pengurusan Air
2. Selanjutnya
adalah diberitahu bahawa mana-mana orang yang diberikuasa oleh Pengarah Negeri
bagi maksud itu boleh memasuki mana-mana tanah di tempat itu bagi tujuan
memeriksa tanah tersebut dan menjalankan kerja-kerja ukur. Pampasan akan di bayar jika berlaku apa-apa kerosakan pada masa menjalankan
kerja sedemikian. Apa-apa pertikaian mengenai amaun pampasan itu hendaklah
dirujukkan kepada Pentadbir Tanah di ………………………………..
Bertarikh pada
…………. Haribulan …………………..,
…………………………………..
Pengarah Negeri
JADUAL
Daerah ……………………………………………………………………………………
Mukim/Bandar ……………………………………………………………………………
Perihal kawasan
………………………………………………………..........................
……………………………………………………………………………………………..
Borang D
Akta
Pengambilan Tanah 1960
(Seksyen 8)
PENGISYTIHARAN PENGAMBILAN YANG DICADANGKAN
Adalah dengan ini
diisytiharkan bahawa tanah-tanah dan kawasan-kawasan yang tertentu yang
dinyatakan dalam Jadual kepadanya adalah diperlukan bagi maksud yang berikut:
Pengambilan Tanah Di bawah Perenggan 3(1)(a) atau (b) atau (c) Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] Bagi Projek ..................................................................... Untuk Kementerian/Jabatan/Agensi/Badan...........................
2. Suatu pelan tanah dan kawasan tertentu
yang dinyatakan itu boleh diperiksa semasa waktu kerja biasa di Pejabat Tanah
bagi Daerah di mana terletaknya tanah dan kawasan.
Bertarikh pada ………… haribulan ……………………
…………………………………
Pengarah Negeri
[Jadual
seperti dalam Borang C, dipinda, jika perlu, menurut keputusan Pihak Berkuasa
Negeri]