Saya dijemput oleh INSTUN untuk menyampaikan ceramah pengambilan tanah selama 4 jam untuk Pembantu Tadbir pada hari Isnin 24 Jun yang lalu. Semasa ceramah tersebut ada beberapa persoalan yang saya anggap menarik/mencabar untuk dikongsi bersama dengan pengunjung blog saya. Soalan tersebut diajukan oleh seorang peserta dari JKPTG Negeri Melaka.
Soalan :
Sebahagian dari satu lot terlibat dengan pengambilan dan prosesnya telah lama selesai. Walau bagaimanapun ingatan/catatan/endorsan/wasilan Borang D dan K tidak dibuat sehingga sekarang. Lot yang yang sama terlibat dengan pengambilan kedua (yang juga melibatkan sebahagian lot). Persoalannya adalah bagaimana untuk menyediakan Borang C (untuk mengisi ruangan luas lot) bagi tujuan pewartaan pengambilan kedua?
Pandangan:
Berdasarkan seksyen 9(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960, 'the Land Administrator or other registering authority shall make a note of the intended acguisition in the manner specified in subsection (2) or (3)
sub section (2) pula menyatakan 'The note of the intended acquisition required by subsection (1)(b) shall be made
(a) where the scheduled land is held by registered title, upon the register dokumen of title; or
(b) where the scheduled land is occupied in expectation of title, upoh the Register of Approved Applications, Register of Holdings or other appropriate register'
Ini bermakna ingatan/endorsan MESTI DIBUAT selepas tanah tersebut diwartakan dibawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah. Apabila endorsan tidak dibuat tindakan seterusnya TIDAK BOLEH DIBUAT berdasarkan seksyen 10(1) Akta Pengambilan Tanah 1960.
Oleh yang demikian untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan ada dua pilihan yang boleh dilakukan oleh Pentadbiran Tanah:
i. Ruangan keluasan lot dalam Borang C hendaklah di masukkan keluasan asal sebelum pengambilan yang pertama, walaupun pengambilan telah berlaku berdasarkan kenyataan di atas dan Pentadbiran Tanah hendaklah mengambil tindakan susulan iaitu mesti membuat ingatan/endorsan bagi pengambilan yang pertama tersebut dan setelah warta pengambilan kedua dikeluarkan tindakan ingatan/endorsan hendaklah dibuat dengan segera.
ii. Ruangan keluasan lot dalam Borang C masukkan keluasan selepas pengambilan pertama (PASTIKAN KELUASAN PENGAMBILAN ATAS TANAH ADALAH SAMA ANTARA WARTA, PERINTAH DAN BORANG K) dan seterusnya ENDORSAN BORANG D DAN BORANG K PENGAMBILAN PERTAMA MESTI DIBUAT DIBUAT DENGAN SEGERA. Jika endorsan pengambilan pertama tidak dibuat, Pendaftar mungkin enggan membuat endorsan pengambilan kedua kerana keluasan tanah di dalam dokumen hakmilik daftar komputer berbeza dengan keluasan tanah di dalam warta seksyen 8.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan