Selasa, 26 Ogos 2014

Soalan Pengambilan Tanah

Ada satu soalan yang ditanyakan kepada saya dan saya rasa persoalan ini sering berlaku. Soalan: Tanah seluas 0.068 ha terlibat keseluruhannya dengan pengambilan. Didalam warta seksyen 8, cetakan yang dibuat mengenai anggaran keluasan pengambilan adalah 0.680 ha. Pentadbir Tanah telahpun selesai menjalankan siasatan dan perintah pengambilan yang dibuat adalah berdasarkan keluasan seperti di dalam warta seksyen 8 tetapi Borang H belum dibuat dan belum diserahkan. Apakah yang perlu lakukan oleh Pentabir Tanah  untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Pandangan:

Perintah yang dibuat oleh Pentadbir Tanah untuk pengambilan tanah seluas 0.680 ha tersebut adalah adalah tidak releven kerana keluasan tanah sebenar hanyalah 0.068 ha walaupun anggaran keluasan yang hendak diambil di dalam warta adalah 0.680 ha. Pentadbir Tanah bolehlah meminda perintah tersebut menjadi 0.068 ha dan seterusnnya pindaan warta (tak perlu penarikan dibawah seksyen 35(1)) mesti dibuat bersesuaian dengan keluasan sebenar tanah tersebut.

Khamis, 14 Ogos 2014

Baki Lot Yang Tidak Ekonomik

Ada pertanyaan yang sampai kepada saya bertanyakan bagaimana untuk menentukan baki yang tidak ekonomik dan seterusnya dalam masa siasatan PEMILIK TANAH MEMOHON SUPAYA BAKI LOT TERSEBUT DIAMBIL KESELURUHANNYA.
 
Di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, tidak menyatakan bagaimana untuk menentukan baki lot yang tidak ekonomik. Sepatutnya, APABILA  MENERIMA PELAN PERMOHONAN PENGAMBILAN, Pentadbir Tanah BERKUASA UNTUK MENENTUKAN BAKI LOT YANG MANA SEPATUTNYA DIAMBIL KESELURUHAN DAN MEMINTA PEMOHON MEMINDA PELAN PERMOHONAN dan JANGAN TERUS MENERIMA SAHAJA APA YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMOHON. Mengikut amalan biasa, jika tanah pertanian, luas yang tidak ekonomik adalah 1 ekar/0.5 ekar bagi Kelantan (Ini berdasarkan syarat pecah sempadan tanah). Itupun bergantung kepada BENTUK lot baki tersebut.
 
Apabila keluasan pengambilan telah ditentukan oleh Pentadbir Tanah (setelah dicampur dengan keluasan baki lot yang tidak ekonomik) barulah Borang C disediakan. Ini bermakna KELUASAN YANG DIWARTAKAN DIBAWAH SEKSYEN 8 TERMASUK BAKI LOT YANG TIDAK EKONOMIK
 
Isu yang berbangkit sekarang adalah SEMASA SIASATAN, pemilik tanah memohon supaya baki lot yang tidak ekonomik diambil. Perkara ini tidak akan berlaku jika Pentadbir Tanah telahpun mengambil tindakan seperti diatas. Pada pandangan saya jika ianya berlaku, Pentadbir Tanah boleh mengambil seluruh baki lot yang tidak ekonomik tadi TETAPI TERTAKLUK KEPADA SEKSYEN 14(4) AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960.
 
 
 
 

Selasa, 12 Ogos 2014

Tempoh 21 Hari Untuk Siasatan

Masih terdapat dikalangan pegawai dan kakitangan pentadbiran tanah yang keliru dengan tempoh 21 hari untuk mengadakan siasatan pengambilan tanah. Hari ini sahaja (12 Ogos) seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pentadbir Tanah menghubungi saya bagi memperjelaskan perkara tersebut.
 
Berdasarkan seksyen 10(2) Akta Pengambilan Tanah 1960 menyatakan 'Pentadbir Tanah tidak boleh mengadakan siasatan itu lebih awal daripada dua puluh satu hari selepas tersiarnya notis yang disebut dalam subseksyen (1)'
 
Berdasarkan subseksyen (1) seksyen 10, notis yang dinyatakan di dalam subseksyen diatas adalah notis awam Borang E yang disempurnakan mengikut seksyen 52 iaitu notis Borang E yang ditampal.
 
Ini bermakna tarikh siasatan hendaklah melebihi 21 hari SELEPAS tarikh notis itu ditampal, jika kurang SIASATAN ADALAH TUDAK SAH
 
Seksyen 11 pula menyatakan Pentadbir Tanah hendaklah (shall) menyediakan salinan notis Borang E dan disampaikan kepada penduduk tanah, tuanpunya berdaftar, mana-mana orang yang ada kepentingan berdaftar, mana-mana orang yang ada kepentingan mengikut seksyen 53. Penyerahan salinan notis ini tidak tertakluk kepada suatu tempoh seperti notis awam Borang E.
 
Ini bermakna salinan-salinan Borang E tersebut boleh diserahkan bila-bila masa sahaja walaupun sehari sebelum siasatan pengambilan dijalankan, IANYA TETAP SAH.