Ada pertanyaan yang sampai kepada saya bertanyakan bagaimana untuk menentukan baki yang tidak ekonomik dan seterusnya dalam masa siasatan PEMILIK TANAH MEMOHON SUPAYA BAKI LOT TERSEBUT DIAMBIL KESELURUHANNYA.
Di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, tidak menyatakan bagaimana untuk menentukan baki lot yang tidak ekonomik. Sepatutnya, APABILA MENERIMA PELAN PERMOHONAN PENGAMBILAN, Pentadbir Tanah BERKUASA UNTUK MENENTUKAN BAKI LOT YANG MANA SEPATUTNYA DIAMBIL KESELURUHAN DAN MEMINTA PEMOHON MEMINDA PELAN PERMOHONAN dan JANGAN TERUS MENERIMA SAHAJA APA YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMOHON. Mengikut amalan biasa, jika tanah pertanian, luas yang tidak ekonomik adalah 1 ekar/0.5 ekar bagi Kelantan (Ini berdasarkan syarat pecah sempadan tanah). Itupun bergantung kepada BENTUK lot baki tersebut.
Apabila keluasan pengambilan telah ditentukan oleh Pentadbir Tanah (setelah dicampur dengan keluasan baki lot yang tidak ekonomik) barulah Borang C disediakan. Ini bermakna KELUASAN YANG DIWARTAKAN DIBAWAH SEKSYEN 8 TERMASUK BAKI LOT YANG TIDAK EKONOMIK
Isu yang berbangkit sekarang adalah SEMASA SIASATAN, pemilik tanah memohon supaya baki lot yang tidak ekonomik diambil. Perkara ini tidak akan berlaku jika Pentadbir Tanah telahpun mengambil tindakan seperti diatas. Pada pandangan saya jika ianya berlaku, Pentadbir Tanah boleh mengambil seluruh baki lot yang tidak ekonomik tadi TETAPI TERTAKLUK KEPADA SEKSYEN 14(4) AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan