Selasa, 12 Ogos 2014

Tempoh 21 Hari Untuk Siasatan

Masih terdapat dikalangan pegawai dan kakitangan pentadbiran tanah yang keliru dengan tempoh 21 hari untuk mengadakan siasatan pengambilan tanah. Hari ini sahaja (12 Ogos) seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pentadbir Tanah menghubungi saya bagi memperjelaskan perkara tersebut.
 
Berdasarkan seksyen 10(2) Akta Pengambilan Tanah 1960 menyatakan 'Pentadbir Tanah tidak boleh mengadakan siasatan itu lebih awal daripada dua puluh satu hari selepas tersiarnya notis yang disebut dalam subseksyen (1)'
 
Berdasarkan subseksyen (1) seksyen 10, notis yang dinyatakan di dalam subseksyen diatas adalah notis awam Borang E yang disempurnakan mengikut seksyen 52 iaitu notis Borang E yang ditampal.
 
Ini bermakna tarikh siasatan hendaklah melebihi 21 hari SELEPAS tarikh notis itu ditampal, jika kurang SIASATAN ADALAH TUDAK SAH
 
Seksyen 11 pula menyatakan Pentadbir Tanah hendaklah (shall) menyediakan salinan notis Borang E dan disampaikan kepada penduduk tanah, tuanpunya berdaftar, mana-mana orang yang ada kepentingan berdaftar, mana-mana orang yang ada kepentingan mengikut seksyen 53. Penyerahan salinan notis ini tidak tertakluk kepada suatu tempoh seperti notis awam Borang E.
 
Ini bermakna salinan-salinan Borang E tersebut boleh diserahkan bila-bila masa sahaja walaupun sehari sebelum siasatan pengambilan dijalankan, IANYA TETAP SAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan