Jumaat, 17 Oktober 2014

Pengambilan Tanah Melibatkan Bangunan

Setiap kali berceramah/taklimat/perbincangan/seminar berkaitan dengan pengambilan tanah, isu bangunan yang terlibat dengan pengambilan kerap kali ditimbulkan dan kadang kala ianya menjadi isu yang kontroversi. Perkara ini jugalah yang dibangkitkan oleh Tuan CADO Pejabat Tanah Seberang Prai Tengah semasa program  anjuran JKPTG Pulau Pinang pada 14 Oktober di Wisma Persekutuan Kepala Batas yang lalu.
 
Berdasarkan seksyen 2 Akta Pengambilan Tanah 1960, tafsiran 'bangunan' termasuklah apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kurungan berbumbung, sama ada digunakan bagi maksud tempat kediaman manusia atau selainnya, apa-apa dinding, pagar, platform, system pembentungan, tangki bawah tanah, dinding adang, dok, jeti, pelantar pendaratan, kolam renang, jambatan, landasan keretapi dan apa-apa binaan, sokongan atau bahan asas berkaitan dengan bangunan'.

Berdasarkan tafsiran di atas 'bangunan' BUKAN HANYA RUMAH KEDIAMAN SAHAJA
 
Perenggan 1 sub-perengggan (3A) pula menyatakan 'Nilai mana-mana bangunan diatas mana-mana tanah yang hendak diambil tidak boleh diambil kira bahawa jika bangunan itu tidak dibenarkan atas alasan:
 
(a) kategori kegunaan tanah; atau
(b) syarat nyata atau syarat tersirat.
 
Perenggan di atas bermaksud jika terdapat bangunan diatas tanah yang diambil dan ianya TIDAK MELANGGAR kategori, syarat nyata atau syarat tersirat, MAKA PAMPASAN BANGUNAN TERSEBUT HENDAKLAH DIBAYAR. Seterusnya apabila BANGUNAN TERSEBUT dibayar pampasan, BANGUNAN TERSEBUT BUKAN LAGI KEPUNYAAN TUANPUNYA DAN IANYA MENJADI HAKMILIK AGENSI PEMOHON.
 
Isu yang ada kaitan dengan perkara diatas adalah 'bangunan yang terlibat BUKAN KESELURUHANNYA TETAPI HANYA SEBAHAGIAN'.
 
Pada pandangan saya jika bahagian utama bangunan terlibat, pampasan hendaklah dibayar untuk keseluruhan bangunan dan SEBALIKNYA dengan syarat semasa siasatan, pemilik bangunan MESTI MEMBUAT PENGAKUAN bahawa apabila nilai bangunan dibayar keseluruhan dan Borang K di keluarkan, KESELURUHAN BANGUNAN TERSEBUT MESTI DIROBOHKAN dan seterusnya PENTADBIR TANAH HENDAKLAH MENCATATKAN KENYATAAN TERSEBUT DIDALAM NOTA SIASATAN (Ianya akan menjadi bukti jika apa-apa berlaku selepas ini).
 
Perkara ini mesti dilakukan kerana terdapat pemilik bangunan yang berbohong (walaupun mereka telah mengangkat sumpah seperti yang dikehendakki oleh seksyen 13) dengan cara HANYA MEROBOHKAN BAHAGIAN YANG TERLIBAT DENGAN PENGAMBILAN TANAH DAN MEMBIARKAN BAHAGIAN YANG TERDAPAT DI ATAS BAKI LOT YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PENGAMBILAN. Ini dilakukan kerana pada pandangan mereka tindakan dibawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara tidak dapat dibuat kerana bahagian bangunan tersebut terletak di atas tanah milik (baki lot). JIKA PERKARA INI TERJADI (bahagian bangunan yang dibayar tetapi tidak dirobohkan)PEJABAT TANAH ATAU AGENSI PEMOHON MESTI MENDAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH SUPAYA BAHAGIAN BANGUNAN TERSEBUT DIROBOHKAN. Pada pandangan saya jika kes ini dibawa keMahkamah nanti, BUKTI CACATAN NOTA SIASATAN ADALAH MENJADI BUKTI YANG KUKUH PEMILIK BANGUNAN TELAH INGKAR DAN MELANGGAR SUMPAH.
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan