Pada hari Jumaat 10 Oktober yang lalu saya menerima sms pertanyaan pengambilan tanah yang saya anggap menarik dari seorang pengunjung blog yang belum pernah dibangkitkan sebelum ini. Soalan berbunyi berikut:
Satu lot tanah (freehold) seluas 981meter per terletak dalam bandar, dipunyai oleh Yoong Wan Tack 2018/2690 bahagian dan Che Semek bt. Yaacub (meninggal dunia) 672/2690 bahagian. En. Yoong bercadang untuk memajukan bahagiannya (melalui kaedah pecah sempadan?) dengan mendirikan bangunan kekal (4 pintu) tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana terikat dengan kehendak undang-undang tanah dan kehendak perancangan. Keluarga simati pula tidak bersetuju dan tidak berminat untuk sama-sama membangunkan tanah tersebut. Untuk merealisasikan hajatnya, boleh atau tidak En. Yoong membuat permohonan untuk mengambil tanah bahagian simati melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.
Pandangan:
Pada pandangan saya En. Yoong BOLEH membuat permohonan untuk mengambil tanah bahagian simati melalui seksyen 3(1)(c) Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Pihak Berkuasa Negeri BOLEH meluluskannya kerana permohonan tersebut dibenarkan jika memenuhi kehendak seksyen 3(1)(c), (2), (3), (4), (5), (6); seksyen 3A, 3B, 3C, 3D dan 3E dan Kaedah Pengambilan Tanah 1998
Tiada ulasan:
Catat Ulasan