Satu kawasan pengambilan tanah untuk projek TNB telah diwartakan dibawah seksyen 8 pada Mac 2012. Keluasan pengambilan adalah 0.54 hektar. Kemudian warta pindaan diterbitkan dalam bulan Mei 2012, keluasan pengambilan dipinda menjadi 0.68 hektar.
Semasa siasatan pengambilan, semua pihak terlepas pandang. Perintah Borang G, Borang H dan Borang K berdasarkan warta pertama iaitu 0.54 hektar. Sehingga Mac 2015, pihak TB belum memasukki tanah tersebut.
Pada pertengahan 2014, apabila warta bulan Mei telah tamat tempoh, TNB telah mengemukakan permohonan baru untuk keluasan tambahan seluas 0.14 hektar dan telahpun diwartakan dibawah seksyen 8 pada Januari 2015. Dalam tempoh tersebut Pejabat Tanah telah pun selesai memproses hakmilik sambungan untuk baki lot tersebut dan seterusnya hakmilik sambungan telahpun didaftarkan berdasarkan keluasan pengambilan seluas 0.68 hektar dengan tidak mengikut Borang K yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Pentadbir Tanah memohon supaya TNB membayar pampasan tambahan untuk keluasan 0.14 hektar beserta caj bayaran lewat mulai dari tarikh Borang K diserahkan hingga pampasan baru dibuat berdasarkan seksyen 28 dan 32(2) Akta Pengambilan Tanah kerana selepas ukuran semula keluasan pengambilan menjadi 0.68 hektar. Ini disebabkan semasa Permintaan Ukur dibuat, Pentadbir Tanah kemukakan warta bulan Mei 2012 iaitu 0.68 hektar. TNB enggan membayar kerana perintah, Borang H dan Borang K hanya melibatkan 0.54 hektar.
Pandangan untuk penyelesaian:
Pandangan untuk penyelesaian:
Sepatutnya hakmilik sambungan yang dikeluarkan adalah berdasarkan keluasan perintah dan Borang K yang telah dikeluarkan tetapi Pentadbir Tanah kemukakan warta bulan Mei semasa Permintaan Ukur dikemukakan. Oleh itu tindakan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah adalah TIDAK BETUL TETAPI HAKMILIK SAMBUNGAN YANG DIKELUARKAN ADALAH SAH dan berdasarkan seksyen 28 dan 32(2) Akta Pengambilan Tanah permintaan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah supaya TNB membayar pampasan tambahan dan caj bayaran lewat ADALAH BETUL. Tambahan pula hakmilik sambungan telahpun didaftarkan DAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN KECUALI OLEH MAHKAMAH
Isu sekarang adalah pihak TNB enggan mematuhi seksyen 28 dan 32(2) dengan alasan, Pentadbir Tanah tidak mematuhi kehendak Permintaan Ukur iaitu menyertakan warta bulan Mac 2012 dan Borang K pengambilan seluas 0.54 hektar. Disamping itu pihak TNB hanya menganggap pengambilan melibatkan 0.54 hektar dan bukannya 0.68 hektar.
Isu sekarang adalah pihak TNB enggan mematuhi seksyen 28 dan 32(2) dengan alasan, Pentadbir Tanah tidak mematuhi kehendak Permintaan Ukur iaitu menyertakan warta bulan Mac 2012 dan Borang K pengambilan seluas 0.54 hektar. Disamping itu pihak TNB hanya menganggap pengambilan melibatkan 0.54 hektar dan bukannya 0.68 hektar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan