Ahad, 31 Mei 2015

Bayaran 75% Daripada Pampasan

Menurut seksyen 29A Akta Pengambilan Tanah, pampasan melebihi RM15,000.00 Pentadbir Tanah bayar 75% sahaja dalam keadaan berikut:

Sebelum tamat tempoh 6 minggu dari tarikh penyerahan Borang H kepada pemohon;
atau
Jika belum tamat tempoh di atas, pemohon telah buat bantahan.

Ini bermakna jika agensi pemohon membuat bantahan ke Mahkamah dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dalam tempoh enam minggu dari tarikh terima Borang H, Pentadbir Tanah akan mengarahkan agensi pemohon membayar 75% sahaja daripada amaun pampasan manakala bakinya akan dibayar sehingga keputusan Mahkamah nanti
 
Isu yang akan dibincangkan kali ini adalah baki bayaran pampasan yang tidak dibayar (sebanyak 25% itu) akan disimpan dimana? Ada pandangan yang menyatakan inya disimpan di Mahkamah. Adakah ianya betul?
 
Untuk menjawab isu tersebut, cuba kita lihat seksyen 29(1). Seksyen ini menyatakan wang pampasan akan didepositkan ke Mahkamah dalam keadaan berikut sahaja, iaitu:
1. Tiada yang layak terima seperti pemilik tidak dapat dikesan, pemilik meninggal
    dunia,
2. Orang yang berhak tidak setuju terima atau
3. Terdapat pertikaian tentang hak atau hakmilik atau pembahagian

Berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil 39 Tahun 2009 pula, tuan tanah yang meninggal dunia tanpa wasiat dan tiada Surat Kuasa Tadbir, pampasan di simpan ke Amanah Raya Berhad
 
Dalam seksyen 29(1) di atas, penyimpanan ke Mahkamah TIDAK TERMASUK bayaran pampasan yang tidak dibayar (25% tersebut)
 
Perenggan 3 kepada Borang H pula menyatakan 'Sila ambil perhatian bahawa seksyen 29A Akta Pengambilan Tanah menghendakki saya menahan dua puluh lima peratus daripada amaun di award dalam keadaan keadaan tertentu'
 
Dalam perenggan ini juga, tidak dinyatakan dimana wang 25% itu akan disimpan 

Perkataan menghendaki saya menahan dua puluh lima peratus itu bermakna Pentadbir Tanah akan meminta agensi pemohon  membayar 75% sahaja dan 25% ditangguh terlebih dahulu dan BUKAN BERMAKNA 25% DISIMPAN OLEH PENTADBIR TANAH ATAU MAHKAMAH.

Berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 24Tahun 2009 yang bertajuk: Menahan Dua Puluh Lima Peratus (25%) Daripada Wang Pampasan Yang Patut Di Bayar Kepada Orang Berkepentingan pun TIDAK MENYEBUT SUPAYA WANG 25% ITU DISIMPAN DIMAHKAMAH tetapi simpan ke Akaun Amanah Negeri seperti yang dinyatakan pada Perenggan 5(c) Pekeliling tersebut.

PADA PANDANGAN SAYA PROSES PENYIMPANAN KE AKAUN AMANAH NEGERI AKAN LEBIH MENIMBULKAN MASALAH TERUTAMA KEPADA PENTADBIR TANAH YANG BERKHIDMAT DI JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI-NEGERI

Lanjutan daripada itu, berdasarkan seksyen 29A(4) dan (5) pula, apabila pemohon membuat bantahan ke Mahkamah dan keputusannya Mahkamah menyebelahi Pentadbir Tanah, caj bayaran lewat dikira mulai dari tarikh bayaran 75% sehingga bayaran pampasan tambahan dibuat. Bermakna apabila perintah dikeluarkan oleh Mahkamah, perintah tersebut akan dihantar kepada Pentadbir Tanah dan seterusnya Pentadbir Tanah akan meminta supaya agensi pemohon membuat bayaran tersebut beserta caj bayaran lewat.

Bayaran tersebut diambil dari pampasan yang ditahan (25%). Jika 25% tersebut disimpan di Mahkamah, akan menimbulkan kesulitan untuk urusan pengeluaran dan pembayarannya.

KESIMPILANNYA BAKI 25% DARIPADA WANG PAMPASAN TIDAK DIBAYAR OLEH AGENSI PEMOHON (DISIMPAN OLEH AGENSI) DAN BUKANNYA DIDEPOSITKAN KEMAHKAMAH SEPERTI YANG DISALAH ANGGAP OLEH SESETENGAH PIHAK
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan