Ahad, 10 Mei 2015

Isu Perintah Pentadbir Tanah

Saya diminta oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang sebuah negeri untuk memberi pandangan berkaitan dengan isu pengambilan tanah yang berlaku dinegeri tersebut.

Isunya begini: Pada hari siasatan pengambilan tanah dijalankan, tuan tanah diwakili oleh seseorang (yang dikatakan sebagai waris) kerana tuan tanah  asal dikatakan telah meninggal dunia. Selepas siasatan pengambilan, Pentadbir Tanah memerintahkan supaya wang pampasan tersebut disimpan ke Amanah Raya Berhad. Setelah wang disimpan, peguam tuan tanah hadir dan menyatakan tindakan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah adalah tidak mengikut undang-undang kerana tuan tanah masih hidup  dan akan mengambil tindakan mahkamah. Seterusnya meminta supaya wang tersebut dikeluarkan dan dibayar kepada tuan tanah sebenar. 

Pandangan:

Tindakan Pentadbir Tanah mendepositkan pampasan ke Amanah Raya Berhad adalah satu tindakan yang betul mengikut Pekeliling KPTG BIl 39 Tahun 2009.

Perkara yang perlu disemak oleh Pentadbir Tanah adalah berkaitan dengan seksyen 10, seksyen 11, seksyen 52, seksyen 53 dan seksyen 54 Akta Pengambilan Tanah 1960. Sama ada seksyen-seksyen tersebut dipatuhi oleh Pentadbir Tanah. Jika dipatuhi, tindakan Pentadbir Tanah dalam menjalankan siasatan dan perintah ADALAH BETUL dan sebaliknya jika seksyen-seksyen tersebut TIDAK DIPATUHI, tindakan mahkamah yang akan diambil oleh tuan tanah akan memberi kesan kepada tindakan Pentadbir Tanah dan proses pengambilan tanah itu sendiri.

Seksyen 10 menghendakki Pentadbir Tanah menyempurnakan notis awam Borang E menurut seksyen 52 sebelum siasatan dibawah seksyen 12 dijalankan. Jika ini telah diambil tindakan, salinan-salinan notis Borang E hendaklah juga disampaikan kepada mereka-mereka yang dinyatakan dibawah seksyen 11(1) mengikut seksyen 53(1)(2)(3) dan (4). Jika ini juga telah dilaksanakan dengan sempurna oleh Pentadbir Tanah, maka tindakan Pentadbir Tanah menjalankan siasatan, perintah dan mendepositkan wang pampasan ADALAH BETUL DAN TIDAK BOLEH DICABAR DIMAHKAMAH.

Seperkara lagi, pihak yang hadir semasa siasatan yang mengaku sebagai waris, boleh diambil tindakan Mahkamah oleh Pentadbir Tanah KERANA MENIPU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan