Isnin, 24 Ogos 2015

Kes Oliver Young v CLR Batu Pahat [1972] 2MLJ 208

Terlebih dahulu ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengarah JKPTG Pulau Pinang yang banyak menghantar kes Mahkamah berkaitan dengan pengambilan tanah kepada saya untuk dikongsi bersama peserta kursus dan pengunjung blog.

Kes di atas adalah berkaitan dengan bantahan oleh respondent terhadap award pampasan tanah yang dibuat oleh Pentadbir Tanah  Batu Pahat

Fakta Kes:

Pada 15 Oktober 1966, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan dibawah Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil tanah yang dipegang dibawah empat hakmilik dalam Mukim Sri Gading, Daerah Batu Pahat yang didaftarkan atas empat orang penama, seorang daripadanya adalah pemohon.

Pada 8 Februari 1967, Penolong Pentadbir Tanah telah mengadakan siasatan pengambilan. Pemohon telah memberi segala dokumen dan bukti untuk menyokong tuntutannya. Beliau juga menyerahkan lapuran nilaian untuk keempat empat lot berkenaan.

Pada 9 Oktober 1967, Pentadbir Tanah yang lain telah membuat perintah pengambilan tersebut. Permohon tidak berpuashati dengan amaun pampasan dan telah memfailkan bantahan pada 14 November 1967.

Sebelum perbicaraan berkaitan dengan bantahan terhadap award dimulakan, terdapat suatu isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Isu tersebut pada awalnya dibangkitkan oleh Penasihat Undang Undang Negeri dan disokong oleh peguam pemohon iaitu 'adakah benar HANYA PENTADBIR TANAH YANG SAMA MESTI MENJALANKAN SIASATAN DAN SETERUSNYA MEMBUAT PERINTAH. Ini kerana dalam kes ini seorang Pentadbir Tanah menjalankan siasatan dan seorang Pentadbir Tanah yang lain menyediakan perintah bertulis berdasarkan pengetahuannya'


Dalam penghakimannya, Y.A Hakim Syed Othman menyatakan:

'Our section 12(1) requires the collector to make full enquiry into the value of all land and to assess the amaun od appropriate compensation. From the tenor (intipati) and construction of this provision I am inclined (condong) to the view that these two requirements go together. The collector who makes the enquiry must assess the compensation. In the ordinary couse of evens I do not think a collector who does no make an enquiry is in a position to make any assessment. The preparation of the written award in Form G under section 14, to my mind, is consequential (berkait secara langsung) to the assessment of compensation. The indications are that it should be, and I cannot see any reason why it cannot be, prepared by the very collector who made the enenquiry and assessed the compensation.' 

In the case here one collector made the enquiry. There is nothing to show that he assessed the compensation. Another collector prepared the written award which is apparently based on "ground of judgment" which he had prepared. These grounds of judgment in effect contain assessment of compensation. It is clear that the collector, who had made the enquiry did not assess the compensation and prepare the written award, had not made any enquiry. The specific requirements (tuntutan) of section 12(1) have clearly not been complied with. I therefore hold that the assessment in invalid. I am afraid I cannot see how I can treat the assessment as a mere irregularity (tidak teratur) as has been urged by Dato Jackson. Futher, in this case the assistant collector who signed the grounds of judgment has told the court that the grounds were written partly by him and partly by his senior officer, the collector.

Daripada penghakiman di atas, dinyatakan Pentadbir Tanah yang sama mengadakan siasatan dan seterusnya dia juga yang mesti membuat perintah (menanda tangani perintah secara lisan dan menanda tangani Borang G) dan TARIKH perintah secara lisan SEPATUTNYA SAMA dengan TARIKH perintah BORANG G.

Pada pandangan saya, perkara yang dinyatakan dapat dilihat dengan lebih jelas pada terjemahan seksyen 12 (1):

'Pada tarikh yang ditetapkan dibawah subseksyen (1) seksyen 10 Pentadbir Tanah hendaklah membuat siasatan penuh tentang nilai kesemua tanah dijadualkan dan hendaklah dengan secepat mungkin selepas itu mentaksir amaun pampasan yang pada pendapatnya adalah berpatutan bagi tiap tiap kes, mengikut pertimbangan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama'

Cuba perhatikan dalam ayat 'hendaklah membuat siasatan penuh tentang nilai kesemua tanah dijadualkan dan hendaklah dengan secepat mungkin selepas itu mentaksir amaun pampasan'. Dalam ayat itu dua perkara mesti dilakukan serentak oleh orang yang sama iaitu SIASAT DAN TAKSIR AMAUN PAMPASAAN/PERINTAH.

Seterusnya jika kita lihat pula seksyen 35 Kanun Tanah Negara, seksyen tersebut menyatakan sebelum perintah dibuat Pentadbir Tanah yang membuat siasatan itu mati atau tidak berupaya, pertukaran atau sebab-sebab lain, PENTADBIR TANAH LAIN BOLEH MENERUSKAN SIASATAN. Berdasarkan seksyen tersebut, hanya siasatan yang boleh diambil alih, PERINTAH MESTI DIBUAT OLEH PENTADBIR TANAH YANG SAMA

'If in the course of any enquiry, or at any time before any decision or order is made therein, the Land Administrator conducting the enquiry dies, or in unable through illness, transfer or any other cause to exercise his functions under this Chapter, any other Land Administrator may continue the enquiry or rehear the whole or part of the evidence already taken or carry out any other function under this Chapter in relation to the enquiry'

Saya juga berpandangan, Pentadbir Tanah yang menandatangani Borang E, DIA JUGA YANG MESTI MENJALANKAN SIASATAN DAN SETERUSNYA MEMBUAT AWARD/PERINTAH. Ini berdasarkan ayat-ayat di dalam perenggan pertama kepada Borang E dan ayat dalam Perenggan Pertama Borang H seperti di bawah:


Perenggan Pertama  Borang E

All persons having interests in the said land, whether as proprietor, occupier,lessee, chargee, tenant or otherwise, are hereby required to appear before the undersigned at the above (dikehendaki hadir dihadapan yang bertanda tangan dibawah) time either personally or by agent and there to state -

(a)
(b)
(c)
(d)

Perenggan Pertama Borang H


You are hereby informed that at the hearing before the undersigned (perbicaraan dihadapan yang bertanda tangan dibawah) on the ...................... day of ......................................... an award as in the Schedule hereto was made in respect of the lands specified therein in which you have an interest.



Tuan Pengarah JKPTG Pulau Pinang pula berpandangan - kes ini merujuk pada kegagalan Pentadbir Tanah mengendalikan siasatan. Dalam kes ini  Pentadbir Tanah banyak bergantung pada Bosnya dalam memberikan pampasan pada hal bosnya itu tidak mengendalikan siasatan tersebut. Ini bermakna hubungan antara ejen dan principal tidak wujud ketika Pentadbir Tanah mengendalikan siasatan. Jika hubungan agen dan principal tidak ada apatah lagi pihak-pihak lain tidak boleh  cuba campur tangan semasa Pentadbir Tanah melaksanakan siasatan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan