Ada soalan yang ditanyakan kepada saya berkaitan dengan seksyen 65, Akta Pengambilan Tanah 1960 iaitu BOLEH ATAU TIDAK Pentadbir Tanah meminta daripada AGENSI PEMOHON supaya membayar/menanggung kos seperti sewa dewan untuk siasatan, makan dan minum semasa siasatan/bicara pengambilan dijalankan.
Terlebih dahulu kita lihat seksyen 65
'Tertakluk kepada seksyen 50, kos dan bayaran-bayaran (charges) yang dibuat/ditentukan oleh Pentadbir Tanah dalam proses pengambilan (acquiring) mana-mana tanah atau penggunaan atau pendudukan mana-mana tanah dibawah akta ini hendaklah (shall) ditanggung/dibayar (defrayed) oleh Kerajaan Negeri atau, jika tanah itu diambil, digunakan atau diduduki bagi pihak mana-mana orang atau perbadanan menurut peruntukan seksyen 3, oleh orang atau perbadanan tersebut'
PANDANGAN
Berdasarkan seksyen di atas, semua kos, bayaran-bayaran yang dikenali sebagai BAYARAN PAMPASAN yang telah ditentukan semasa siasatan/perbicaraan pengambilan tanah dan telah diawardkan oleh Pentadbir Tanah berdasarkan Jadual Pertama/Lapuran Nilaian ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB AGENSI PEMOHON MEMBAYARNYA BERDASARKAN PERINTAH TERSEBUT. Bayaran/pampasan tersebut sahaja yang dimaksudkan oleh seksyen 65 tersebut.
Oleh yang demikian, bayaran seperti yang dinyatakan iaitu beyaran sewa dewan, bayaran makan/minum pegawai yang menjalankan siasatan/proses pengambilan tanah adalah TIDAK TERMASUK DALAM PENGERTIAN SEKSYEN 65. Walau bagaimanapun jika agensi pemohon dengan sucihati ingin membayarnya, IANYA TIDAK MENJADI KESALAHAN. Ini kerana tempat siasatan (dewan), makan/minum adalah dibawah tanggungjawab Pentadbiran Tanah itu sendiri atau kerjasama Pejabat Penghulu/wakil rakyat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan