Isnin, 25 Januari 2016

Proses Ringkas Pengambilan Tanah di Bawah s3(1)(b)(c)

Masih ada lagi rakan-rakan dari Pentadbiran Tanah yang bertanya mengenai proses pengambilan tanah dibawah seksyen 3(1)(b) dan (c) mulai dari terima permohonan sehingga pewartaan dibawah seksyen 4 atau 8 Akta. Kali ini saya paparkan secara ringkas proses tersebut untuk makluman semua

1. Pentadbir Tanah terima permohonan yang lengkap melalui Borang 1 yang telah disertakan dengan: (seksyen 3(3))

i. Kertas Cadangan Projek
ii. Pelan susunatur dan pelan pengambilan tanah
iii. Lapuran awal daripada JPPH
iv. Bayaran fee dan deposit mengikut Kaedah  4 dan 5 Kaedah - Kaedah Pengambilan Tanah dan Jadual Kedua kepada Kaedah tersebut

* Fee boleh dikecualikan jika  pengambilan tersebut bagi maksud kemudahan awam. Provision seksyen 3(5)

2. Tindakan Pentadbir Tanah:

i. Pentadbir Tanah boleh menolak permohonan jika permohonan di atas tidak lengkap. seksyen 3(5)
ii. Buka fail
iii. Penandaan atas pelan dan lapurannya
iv. Semakan semula hakmilik
v. Lapuran tanah
vi. Dapatkan lapuran teknikal TERMASUK UPEN
vii. Jika kelulusan pembangunan telah diberikan kepada tuan tanah DAN TUJUAN PENGAMBILAN BUKAN MAKSUD KEMUDAHAN AWAM, Pihak Berkuasa Negeri tidak boleh mempertimbangkan prmohonan dan PENTADBIR TANAH HENDAKLAH MENOLAK PERMOHONAN TERSEBUT. Seksyen 3(6)

'Where in respect of any land applied for under subsection (2) there is a development approval granted to the registered proprietor and the acquisition is not for the purpose of public utility, the State Authority shall not consider the application, and in every such case the Land Administrator shall reject the application'

BAGI NEGERI KEDAH LAPURAN TEKNIKAL TIDAK MENJADI SATU SYARAT 
HANYA PERLU DAPATKAN PANDANGAN  UPEN SAHAJA.

Maksud Kelulusan Pembangunan mengikut seksyen 2 Akta adalah

'development approval means any approval for the carrying out of any buildings, engineering, industrial, or other similer operation in, on, over, or under any land, or for the making of any material change in the restriction or condition relating to land use, that has been duly granted by the appropriate authority under the Town and Country Planning Act 1976 or continues to be in force by virtue of section 59(1) of the Act, or that has been granted under the Federal Territory (Planning) Act 1982, the Street, Drainage and Building Act 1974, or the State land law, as the case may be'

3. Tindakan UPEN

i. Perlu timbang permohonan berdasarkan:

a. kepentingan awam;
b. keupayaan dan kemampuan pemohon untuk laksanakan tujuan pengambilan;
c. Daya maju projek; dan
d. Kelulusan pembangunan yang diberi kepada tuan tanah.

ii seksyen 3A(2) Jika kelulusan pembangunan telah diberikan dan pengambilan pula adalah bagi maksud kemudahan awam, UPEN hendaklah tentukan sama ada sesuai bagi pemilik tanah  melibatkan diri dalam projek yang akan dibuat.

iii. Jika sesuai UPEN beri notis dalam Borang 3 dalam tempoh enam minggu dari tarikh terima permohonan dari Pejabat Tanah arahan kepada pemohon untuk  berunding

iv. Pemohon kemukakan kepada UPEN lapuran lengkap keputusan rundingan

v. Jika perundingan berjaya, pengambilan terhenti dan deposit dikembalikan tanpa faedah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima permintaan dari pemohon.

vi. Jika perundingan gagal, UPEN boleh menimbang dan membuat perakuan yang sesuai.

vii. Seksyen 3B - Jika tiada kelulusan pembangunan, UPEN akan timbang dari segi:

(a) kepentingan awam
(b) keupayaan dan kemampuan pemohon untuk laksanakan tujuan pengambilan
(c) daya maju projek dan

menghantar kepada Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah

4. Tindakan Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah

i. Seksyen 3D, Kemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh TIDAK LEBIH 2 BULAN dari tarikh terima dari UPEN bersama dengan perakuan termasuk:

(a) Syarat nyata 
(b) Sekatan

ii. Jika gagal menghantar dalam tempoh tersebut, Pihak Berkuasa Negeri  boleh mengarahkan UPEN permohonan dihantar terus kepada Pihak Berkuasa Negeri.

5. Keputusan Pihak Berkuasa Negeri

i. Kuasa Pihak Berkuasa Negeri melulus atau menolak
ii. Tidak boleh meluluskan kawasan yang lebih besar daripadaa yang diperlukan.
iii. Jika diluluskan, beriyahu kepada Pentadbir Tanah terma dan syarat dan Pentadbir Tanah memberitahu Pemohon.

TINDAKAN SETERUSNYA ADALAH PENGISYTIHARAN DALAM WARTA SEKSYEN 4 DAN ATAU SEKSYEN 8 AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960

Tiada ulasan:

Catat Ulasan