Ahad, 7 Februari 2016

Cara Pengisian Borang D dan Kenapa

Borang  D

Akta Pengambilan Tanah 1960
(Seksyen 8)

PENGISYTIHARAN PENGAMBILAN YANG DICADANGKAN

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa tanah-tanah dan kawasan-kawasan yang tertentu yang dinyatakan dalam Jadual kepadanya adalah diperlukan bagi maksud yang berikut:

Pengambilan Tanah di Bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486) Bagi Tujuan Pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat Dari Teluk Intan Ke Changkat Jering Perak Untuk Lembaga Lebuhraya Malaysia

2.         Suatu pelan tanah dan kawasan tertentu yang dinyatakan itu boleh diperiksa semasa waktu kerja biasa di Pejabat Tanah bagi Daerah di mana terletaknya tanah dan kawasan.


Bertarikh pada ………… haribulan …………………… 20 ………..


                                                                     …………………..........................
                                                                           Pengarah Negeri

[Jadual seperti dalam Borang C, dipinda, jika perlu, menurut keputusan Pihak Berkuasa Negeri]


Daripada pemerhatian saya sejak menjadi tenaga pengajar di INSTUN dan selepas bersara, saya dapati pengisian Borang D terutamanya diruangan kosong iaitu maksud/tujuan pengambilan tanah seperti TULUSAN BEWARNA MERAH DALAM CONTOH BORANG D DI ATAS adalah berbeza antara satu negeri dan satu negeri yang lain. Saya mencadangkan supaya contoh tujuan pengambilan seperti DALAM BORANG D DI ATAS boleh dijadikan panduan kepada semua Pentadbir Tanah semasa menyediakan Borang D. Walaupun pada pandangan sesetengah pihak ianya perkara yang remeh TETAPI PADA SAYA IANYA ADA KAITAN SECARA LANGSUNG DENGAN SEKSYEN 3, SEKSYEN 25 AKTA PENGAMBILAN TANAH DAN PERINTAH KANUN TANAH NEGARA (BAYARAN UKUR) 1965

Sepertimana kita sedia maklum seksyen 3 Akta terbahagi kepada 3 iaitu (a), (b) atau (c) dimana setiap satunya menentukan PEMOHON DAN TUJUAN PENGAMBILAN TANAH TERSEBUT sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Oleh itu sepatutnya Pentadbir Tanah dapat menentukan sesuatu permohonan pengambilan itu hendak diletakkan dibawah seksyen 3(1)(a) ATAU 3(1)(b) ATAU 3(1)(c). Ini kerana terdapat kes Mahkamah yang telah diputuskan sebelum ini seperti KES KUALA LUMPUR KEPONG BHD V PENTADBIR TANAH JAJAHAN TANAH MERAH & ANOR [2015] 6 CLJ 1 yang ada kaitan dengan isu yang dibincangkan.

Seksyen 25 Akta pula adalah mengenai PENGUKURAN SEMULA BAKI LOT YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PENGAMBILAN.  Pentadbir Tanah dikehendaki menyediakan Permintaan Ukur kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) atau PEMOHON SENDIRI menggunakan khidmat Juruukur Tanah Berlesen. Sepertimana kita sedia maklum pengukuran yang akan dijalankan akan dikenakan BAYARAN UPAH UKUR sebagaimana yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Daripada TAJUK BORANG D YANG DISEDIAKAN kita dapat tahu siapa yang membuat pengambilan tanah tersebut dan seterusnya kita dapat tentukan sama ada ukuran yang akan dijalankan nanti AKAN DIKENAKAN BAYARAN UPAH UKUR ATAUPUN TIDAK. Ini kerana berdasarkan  PERINTAH KANUN TANAH NEGARA (Bayaran Ukur) 1965 oleh MENTERI melalui Warta Persekutuan P.U 486/1965, PERINTAH KANUN TANAH NEGARA (Bayaran Ukur) (Pindaan) 1969 dan 1981 melalui Warta Persekutuan P.U (A) 428/1969 dan P.U (A) 357/1981, Pengarah Tanah dan Galian Negeri diberikuasa untuk meremit dan mengecualikan bayaran ukur berhubung dengan perkara berikut:

1. Urusan yang terlibat dengan skim atau projek yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk kegunaan awam (public purpose);

2. Urusan yang terlibat dengan penyerahan sebahagian tanah berimilik untuk kegunaan awam;

3. Urusan yang terlibat dengan projek perumahan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau perbadanan yang diberikuasa oleh undang-undang persekutuan atau negeri dan diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai projek kos rendah.

Daripada tajuk Borang D seperti contoh di atas KITA DAPAT KENALPASTI BAHAWA PENGAMBILAN TERSEBUT DIBUAT OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN MELALUI LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA UNTUK MAKSUD AWAM DAN SETERUSNYA APABILA PERMINTAAN UKUR DIBUAT NANTI BAYARAN UPAH UKURNYA BOLEH DIKECUALIKAN OLEH PENGARAH NEGERI BERDASARKAN KENYATAAN NO 1 DI ATAS DAN SEBALIKNYA JIKA PENGAMBILAN TANAH DIBUAT DIBAWAH S 3(1)(b) ATAU (C) OLEH PIHAK SELAIN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN ATAU KERAJAAN NEGERI, BAYARAN UPAH UKUR TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan