Ahad, 27 Mac 2016

Isu Pecah Bahagian Tanah (Sub-divide)

Saya paparkan satu isu pembangunan tanah dan pandangan dari rakan-rakan untuk makluman semua pengunjung

Dalam hakmilik
Baharuddin 1/4 bahagian
Ahmad 1/4 bahagian
Borhan 1/4 bahagian
Baharuddin 1/4 bahagian
Pemilik pohon Pecah Bahagian
PERSOALAN HAKMILIK DAN LOT YANG AKAN WUJUD 3 ATAU 4?

Pandangan Tuan Mohd Yusaimi bin Yusof, Ketua Program Perundangan Tanah, INSTUN:
Macam mana wujud 2 bahagian syer Baharuddin tu?. Macam tidak selari dengan seksyen 217(2A) Land Code:

Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan Mohd Yusaimi Mat Yusof yang menyatakan perkara tersebut tidak akan berlaku berdasarkan seksyen 217(2A) Land Code, TETAPI SEKSYEN TERSEBUT DIMASUKKAN KEMUDIAN KE DALAM LAND CODE DAN SYER YANG TIDAK DIGABUNGKAN TU MUNGKIN TELAH WUJUD SEBELUM PINDAAN LAGI

'Where a co proprietor of any alienated land transfers his undivided share to one or more of the other co proprietors, the undivided share or the proportion of the undivided share transfereed to a co proprietor SHALL MERGE WITH THE UNDIVIDED SHARE HELD BY HIM AND FROM A SINGLE UNDIVIDED SHARE'

Isu sekarang OLEH KERANA IANYA TELAH BERLAKU iaitu terdapat 2 nama yg sama yang mempunyai syer masing masing, apabila tuan tanah kemukakan permohonan untuk PECAH BAHAGIAN (sub divide) dibawah sek 135 maka pecah bahagian akan mewujudkan 4 bahagian pecahan dan 4 hakmilik walaupun terdapat 2 hakmilik atas nama yang sama dan pada pandangan saya pemilik yg sama TIDAK AKAN TERIMA JIKA HANYA SATU HAKMILIK SAHAJA DIKELUARKAN KPD NYA

Pandangan Tuan Mohd Yusaimi bin Yusof, Ketua Program Perundangan Tanah, INSTUN seterusnya:

Cuma terfikir…S.217(2A) ada nyatakan keperluan untuk gabungkan undivided share bila berlaku transfer co-proprietor kpd co-proprietor yg lain. Perkataan “...SHALL MERGE…” digunakan menunjukkan perlunya digabung. Jika kita anggap boleh berlaku pecahan sedemikian dalam sistem SPTB sekarang, undang-undang akan anggap ianya dipegang oleh dua individu yang berlainan walaupun kita tahu ianya orang yang sama sebab undang-undang & sistem tak kenal siapa individu tersebut. Bermakna, sekiranya hendak dipecahbahagi mengikut 4 share yang tercatat dlm hakmilik, maka 4 lot akan terhasil dan itu tiada masalah. Sekiranya hendak dipecah kpd 3 lot, logiknya lot Baharuddin itu akan ada 2 share iaitu ½ dan ½ (tak tau la kalau sistem boleh merge nama tersebut bila keluar hakmilik sambungan daripada ¼ – ¼ itu menjadi 1/1. Sekiranya boleh, saya rasa kaedahnya kena betul takut ada kecelaruan dalam history hakmilik untuk rujukan kemudian hari) .

Sebelum pecah bahagian berlaku, sekiranya co-proprietor tersebut ingin melaksanakan urusan pindahmilik, perhatian juga perlu diberikan kepada peruntukan S.214(1)(b) berkaitan pindahmilik undivided share...dalam isu ini, sejauh mana maksud “the WHOLE, but not a part, of any undivided share....” digunapakai dan difahami contohnya sekiranya Baharuddin hendak jual ¼ sahaja sharenya, dalam Form 14A adakah dia perlu nyatakan ¼ sahaja atau kedua-dua sharenya? Ada implikasi undang-undang dalam masalah ini kerana pindahmilik sebahagian share tak berlaku dalam KTN.



Saya juga rasa kalau kita tidak merge share tersebut, seolah-seolah macam kita create satu proses yang tiada peruntukan dalam KTN iaitu “subdivision of undivided share”. 

Pandangan Tuan Hj Manshor Yahya, Mantan CADO Kampar Perak


It should be 3 plot only. The pupose of law shall be ruled by the purpose of partition. It must be a mistake made by the registrar or computer system. And registration is everything doesnt apply here. As precomdition by the law for an approval must be taken care of. An exploitation of once regitered copropreitors because shouldnot happen. The regisrar can do a correction in order to meet the purpose of the law. myopinion.

1 ulasan:

  1. Kes ini pernah berlaku ke atas hakmilik ibu saya. Saya bertanyakan Pejabat Tanah dan jawapan diberikan iaitu ia berlaku kerana pendaftaran menggunakan nombor kad pengenalan yang berbeza (kp lama dan kp baru).

    Pemilikan atas kp lama diperolehi melalui pembelian dan masa itu kp baru blm wujud. Manakala pemilikan atas kp baru diperolehi melalui pusaka ke atas bahagian arwah nenek. Justeru utk menggabungkan kedua2 bahagian tersebut, perlu dibuat permohonan berserta pengesahan bersumpah (Akuan Sumpah).

    BalasPadam