Khamis, 3 Mac 2016

Isu Pengambilan Tanah Projek RTB P.Pinang

Soalan disalin daripada email yang diterima

1.    Pengambilan tanah bagi projek ini telah diwartakan pada 4 Disember 2014 dan pihak JPS telah memohon pengeluaran Borang I untuk kesemua lot yang diwartakan.

2.    Semasa siasatan, terdapat satu lot iaitu lot 5687, GRN 103813 Mukim 12, SPU telah pun diserah dan diberi milik semula menyebabkan lot tersebut telah bertukar kepada  HSD 31536 lot 15641 yang mana keluasan asal tanah juga telahpun berubah.

3.    Borang I dan Borang K telah dikeluarkan berdasarkan lot lama yang diwartakan. Borang K tidak dapat diendors  kerana hakmilik yang lama telahpun dibatalkan di dalam sistem.

4.    Pembetulan warta bagi no lot dan keluasan tanah telah dibuat dan warta pembetulan telah dikeluarkan bertarikh 17 November 2015


5.    Pihak JPS telah menyiapkan semua kerja-kerja di atas tanah tersebut.

Soalan

1.    Adakah Borang I tersebut masih ‘valid’ sedangkan ianya dikeluarkan berdasarkan no lot lama seperti yang diwartakan?
Jika ‘valid’

2.    Adakah Borang K baharu yang dikeluarkan berdasarkan pembetulan warta itu perlu menggunakan tarikh Borang K yang asal yang telah dikeluarkan terdahulu di atas lot lama?

3.    Adakah nilaian tanah oleh JPPH berdasarkan tarikh warta pengambilan tanah yang terdahulu iaitu pada 4 Disember 2014 ataupun berdasarkan tarikh warta correngendum pada 17 November 2015?

PANDANGAN SAYA:

1. Sepertimana kita sedia maklum, Borang I yang dikeluarkan oleh Pengarah Negeri mengikut seksyen 19, bertujuan MENGARAHKAN PENTADBIR TANAH AMBIL MILIK (Pengeluaran Borang K) sepertimana yang dibolehkan oleh seksyen 18 Akta. Dengan pengeluaran dan penyerahan Borang K, ianya membolehkan agensi pemohon memasukki tanah tersebut menjalankan kerja disamping memberi arahan kepada orang berkepentingan mengambil tindakan sewajarnya. Perkara ini (pengeluaran Borang I dan K) TELAHPUN DILAKSANAKAN SEBELUM INI dan juga PROJEK TELAHPUN SIAP. OLEH ITU SEMUA TINDAKAN TERSEBUT ADALAH 'VALID'

2. Isu sekarang adalah endorsan Borang K tidak boleh dibuat kerana hakmilik dan no lot telah berubah kerana berlaku pembangunan tanah. Untuk membolehkan endorsan dibuat, pada pandangan saya PENTADBIR TANAH HENDAKLAH MENGELUARKAN BORANG K YANG BAHARU SEPERTI CONTOH DIBAWAH, DENGAN TARIKH SELEPAS PINDAAN WARTA DAN SEBAIKNYA DITANDATANGANI OLEH PENTADBIR TANAH YANG DAHULU.

DENGAN PENGELUARAN BORANG K TERSEBUT DAPAT MENYELESAIKAN ISU ENDORSAN 

3. Dari segi nilaian tanah pula, sepatutnya berdasarkan warta seksyen 8 pada 4 Disember 2014. Ini berdasarkan seksyen 2(3) yang antara lain menyatakan warta tetap sah walaupun hakmilik berbeza.

BORANG K

Akta Pengambilan Tanah 1960

(Seksyen 22)

NOTIS BAHAWA TANAH TELAH DIAMBIL MILIK


Prosiding Pengambilan No ……………………… Pemberitahuan Warta No  (ASAL & PINDAAN)

Adalah dengan ini bahawa pada tarikh ini saya, menurut seksyen 22 Akta Pengambilan Tanah, 1960 telah mengambil milikan formal tanah yang ditunjukkan dalam Jadual di bawah ini setakat yang dinyatakan dalam ruang terakhir Jadual tersebut.

*Satu salinan Perakuan Kedesakan yang dikeluarkan oleh Pengarah Negeri adalah dilampirkan.


Bertarikh pada …………. Haribulan…………………….20……….



                                                                                           ………………………………
                                                                                                Pentadbir Tanah

[Jadual seperti dalam Borang D sebagaimana yang dipinda]

____________________________________________________________________________
* Potong jika tidak  terpakai

No. Lot Ukur
Hakmilik
atau
Kependudukan
Tuanpunya berdaftar
atau penduduk yang
direkodkan
Keluasan
lot
Anggaran
keluasan yang
akan diambil

Lama 5687


Baharu 15641

































Lama
GRN 103813

Baharu
HS(D) 31536


Lama
................

Baharu
.....................








1 ulasan:

  1. As salam tuan,

    Sy ada persoalan sedikit. Jika Borang K telah dikeluarkan, apakah wajib pihak pentadbir tanah membuat endorsan di geran daftaran (sepemahaman saya perlu sbgmana bawah seksyen 23 Catatan dalam daftar, Akta Pengambilan Tanah).

    Apa implikasi/kesan jika Pentadbir Tanah tidak berbuat demikian? Kesan terhadap Pentadbir Tanah dan kepada tuan tanah?

    Mohon tunjuk ajar.

    Wasalam.

    BalasPadam