Selasa, 21 November 2017

Seksyen 15 Akta Pengambilan Tanah

Seksyen 15

"Pada masa menjalankan mana-mana siasatan dan membuat apa apa award di bawah seksyen 12 dan 14 berkenaan dengan mana-mana tanah dijadualkan, Pentadbir Tanah boleh mengikut budibicaranya, memasuki apa apa perkiraan dengan apa apa cara yang saksama sama ada dengan cara penggantian penuh atau sebahagiannya pampasan wang, dengan memberi pertimbangan terhadap kepentingan pihak pihak yang berkenaan'

Seksyen ini jarang di bincangkan dan jarang dipraktikkan. 

APAKAH YANG DINYATAKAN OLEH SEKSYEN INI? 

Pandangan Tuan Jaiya Abu

Seksyen 15 ini memperuntukkan kuasa PT untuk 'berbincang serta membuat tawar menawar' dengan pihak2 berkepentingan mengenai bentuk pampasan yang bakal diawardkan tanpa melibatkan wang ringgit. Ini yang dimaksudkan pampasan secara "in-kind". Sebagai contoh, tanah diambil digantikan dengan pemberimilikan tanah yang baharu, pemberian rumah kediaman atau premis perniagaan yang baharu. Kaedah yang bakal diguna pakai samada pemberimilikan atau pindahmilik, kos2 yang bakal ditanggung dan siapa yang akan menanggungnya ie premium, byrn2 permohonan, pendaftaran, duti dan byrn pendaftaran bagi pindahmilik, permohonan kebenaran ke atas sekatan kepentingan jika ada dsb.

Dengan syarat apabila PT melibatkan diri dalam perbincangan dan tawar menawar ini mandat sepenuhnya samada daripada Kerajaan Negeri atau agensi pengambil telah diperolehi.

Sesetengah proses pengambilan dalam keadaan di atas berkemungkinan akan tamat sehingga proses siasatan di bawah seksyen 12 sahaja kerana apabila perbincangan berhasil dengan persetujuan pihak2 yang terlibat, proses pengambilan tidak akan diteruskan. Mungkin tuan tanah akan menyerahkan keseluruhan tanah mereka di bawah seksyen 197 KTN. Sekiranya perbincangan dan persetujuan gagal, pengambilan tanah akan diteruskan sehingga selesai dan kerajaan Negeri atau agensi pengambil hendaklah menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi utk menanggung segala kos yang terlibat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan