Contoh 1 Hakmilik P. Pinang:
Contoh Rekod ketuanpunyaan dlm hakmilik
Jamaliah Baharom )
Shell Msia Bhd. )
Pandangan Tuan Jaiya Abu
Saya berpendapat besar kemungkinan dalam kes di NS tersebut berlaku kesilapan dalam pendaftaran. Pemilikan bersama sebegitu bermakna kedua-dua badan/syarikat itu adalah seorang pemilik. Berbeza dengan pemilikan bersama dalam kes Baharuddin dan Jamilah yang akan wujud survivorship jika salah seorang meninggal dunia, melainkan salah satu di antara Petronas atau Shell dissolved dari menjadi sebuah badan/syarikat pampasan pengambilan adalah hak mereka berdua dan logiknya sama banyak umpama 1/2 dan 1/2 bahagian.
Pandangan Tuan Kamarul
Sedikit pandangan berkenaan hakmilik "with right of survivorship" biasanya ada pada hakmilik yg dikategori joint tenancy khususnya dicatat pada deed of conveyance, Conveyancing & Law of Property Ordinance (SS Law Cap 118). Semasa proses pengeluaran hakmilik ganti, geran geran lama zaman kolonial ke geran KTN, mana2 pemilikan joint tenancy akan didaftarkan perkataan "with right of survivorship" mengikut sek 47 (1) (c) Kanun Tanah Negara (hakmilik Pulau P.Pinang Melaka) 1963. Konsep ni bahagian pemilik bersama yg tlh meninggal akan pergi pada pemilik bersama yg hidup sehinggalah pemilik bersama yg hidup tinggal seorang saja yg akan mendapat semua bahagian kelak.
Bagaimanapun dlm kes Salmah Omar & Ors v Ahmad Rosli Aziz (Pentadbir harta pesaka Osman Mohamed) & Anor (2012) 1 CLJ 923 memutuskan ..."the doctorine of right of survivorship cannot be applied to Muslim inhabitants in the Straits Settlement where their personal law does not allow for creation of limited in time."
Pada pandgn saya, jika berlaku situasi di atas dan berpandukan kes ini, pandangan PUU perlu diperoleh atau P.T merujuk borang M bwh seksyen 36 (2) (e) ke mahkamah bagi mendpt keputusan kedudukan umpukan pampasan yg perlu dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan