Khamis, 19 April 2018

Isu Borang N dan Deposit (Pindaan Akta)

Sebelum ini beberapa Pej PUU telah memberikan pandangan: 

SETIAP ORANG YANG MEMBUAT BANTAHAN KE MAHKAMAH dibawah sek 37 MESTI MENGGUNAKAN BORANG N YANG BERASINGAN dan SETIAP ORANG MESTI MEMBAYAR DEPOSIT MASING MASING. Ini disebabkan di dalam Borang tersebut hanya terdapat perkataan "I" dan seperkara lagi SETIAP ORANG MEMPUNYAI ALASAN BANTAHAN YANG BERBEZA. 

Sebagai contoh jika satu lot mempunyai 5 orang yang berkepentingan dan semuanya ingin membantah, SETIAP ORANG MESTI ISI BORANG N YANG BERASINGAN DAN SETIAP ORANG MESTI MEMBAYAR DEPOSIT YANG BERASINGAN. 

ISU SEKARANG ADALAH:

1. Kandungan Borang N telah dipinda sepertimana didalam Kaedah Pengambilan Tanah (Pindaan Jadual Kedua) 2017 iaitu -

i. dengan memasukkan selepas perkataan "I" dimana mana jua terdapat perkataan "/We"; dan

ii. dengan memasukkan selepas perkataan "My" dimana mana jua terdapat perkataan "/Our"

Berdasarkan contoh diatas, jika kelima lima orang berkepentingan membuat bantahan MEREKA HANYA PERLU MENGISI SATU BORANG N SAHAJA UNTUK KESEMUANYA

OLEH YANG DEMIKIAN, PADA PANDANGAN SAYA HANYA SATU BAYARAN DEPOSIT SAHAJA YANG PERLU DIBAYAR. 

Walau bagaimanapun ini mungkin akan menimbulkan masalah apabila hendak menulis ALASAN BANTAHAN di dalam ruangan yang disediakan kerana MUNGKIN setiap orang mempunyai alasan yang berbeza

Pandangan Puan Hafizah HM

Bukan masalah untuk alasan bantahan sahaja, perintah mahkamah juga nanti berbeza2 mengikut bantahan

Pandangan Tuan Jaiya Abu

Dua perkara untuk pandangan/komen:

1. Jika diikut kaedah permohonan pecah bahagian dengan Borang 9B di bawah KTN, terdapat keadaan tuan tanah bersama bersetuju dengan permohonan tuan tanah bersama yang lain untuk memecah bahagi tanah tetapi tidak mahu menanggung kos bagi proses pecah bahagian itu. Jika semua tuan tanah bersama memohon untuk memecah bahagian, maka logiknya kos akan ditanggung bersama.Menggunakan ini sebagai analogi, maka pada saya setiap tuan tanah bersama boleh memfailkan bantahan secara bersama jika alasan setiap mereka sama (dalam satu Borang N) namun, setiap orang dari mereka perlu membayar deposit secara berasingan kerana mereka mempunyai kepentingan yang berbeza mengikut syer/bhgn mereka. 

2. Ada perkhabaran bahawa terdapat Negeri yang mengenakan fee proses bagi memproses bantahan yang dikemukakan oleh pihak berkepentingan. Fee proses ini bukannya deposit yang perlu dibayar di bawah seksyen 39 APT. Persoalannya, jika benar, apakah kuasa atau punca kuasa State mengenakan bayaran ini di bawah APT? 

Kita faham bahawa kerana kuasa memberimilik atau membenarkan pendudukan tanah adalah pada State di bawah KTN maka kuasa mengambil tanah juga adalah pada State di bawah APT. 

Ini kerana State tidak diberi kuasa untuk mengenakan fee atau menetapkan kaedah atau Borang di bawah APT kerana semua kuasa tersebut diperuntukkan kepada Menteri NRE selaras dengan peruntukan seksyen 69 APT. Jika melibatkan proses/urusan di bawah KTN kita sedia maklum tentang pelbagai kuasa State untuk membuat kaedah, mengenakan fee di bawah seksyen 14 KTN.

Saya secara peribadi berpendapat jika tuan tanah yang mengemukakan bantahan di samping perlu membayar deposit dikenakan juga fee untuk proses bantahan maka ini adalah tidak sesuai selain menganiaya. Tanah sudahlah diambil, tawaran pampasan sudahlah tidak mencukupi, deposit perlu dibayar ditambah pula fee proses bantahan. 




3 ulasan:

  1. Askm tuan....sy ada sedikit pertanyaan tentang ABE....sy mengusahakan tanah kerajaan melalui pajakan selama 15 tahun dgn mengusahakan tanaman nangka dn tempoh pajakan berbaki 10tahun....ladang mengeluarkan hasil yg tinggi boleh kah sy menuntut pampasan sehibgga 10 tahun akhir pajakan sbb kacau ganggu perniagaan atau bayran pampasan dibawah AbE sememangnya rendah

    BalasPadam
  2. Apa maksud pajakan tersebut? Tanah kerajaan TIDAK BOLEH DIPAJAK. Hanya boleh pohon LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA /TOL

    BalasPadam
  3. Apa maksud pajakan tersebut? Tanah kerajaan TIDAK BOLEH DIPAJAK. Hanya boleh pohon LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA /TOL

    BalasPadam