Ahad, 1 April 2018

Penarikan Pengambilan

APA KAH PERBEZAAN ANTARA PENARIKAN BALIK DARIPADA PERMOHONAN DIBAWAH SEK 3F DAN KAEDAH 9(1) KAEDAH KAEDAH PENGAMBILAN 2017 DENGAN PENARIKAN BALIK DARIPADA PENGAMBILAN DIBAWAH SEKSYEN 35(1) AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960

Pandangan Tuan Jaiya Abu

1. Perbezaan pertama, penarikan di bawah seksyen 3F dan Kaedah 9(1) Kaedah-Kaedah Pengambilan adalah mengenai pemulangan dan perampasan deposit ke atas permohonan pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b dan (c) APT 1960. Ini adalah di peringkat awal permohonan sebelum pewartaan di bawah seksyen 8 APT. 

2. Penarikan di bawah seksyen 35(1) pula adalah  proses untuk membatalkan atau untuk tidak meneruskan proses pengambilan tanah pasca pewartaan di bawah seksyen 8 iaitu sebelum pengeluaran Borang K atau sebelum Borang K diendors. Dalam hal ini, seksyen 35(1) memperuntukkan - "The State Authority shall be at liberty to withdraw from the acquisition of any land of which possession has not been taken"

Frasa "possession has not been taken" ini boleh ditafsirkan samada sebelum Borang K dikeluarkan atau sebelum Borang K diserah dan diendorskan dalam dokumen hakmilik daftaran (DHD). 

ULASAN

1. Berdasarkan tajuk baharu seksyen 3F iaitu "Withdrawal from the application of"dapat kita rumuskan iaitu penarikan dibawah seksyen ini adalah di buat oleh pemohon itu sendiri sebelum pewartaan dibawah seksyen 4 dan seksyen 8. Maksud penarikan ada dinyatakan dibawah Kaedah 9(1) dan (2) Kaedah Kaedah Pengambilan Tanah 2017. 

MEMANG BENAR SEKSYEN 3F DAN KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017 HANYA BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PENGAMBILAN DIBAWAH SEKSYEN 3(1)(b) dan (c) SAHAJA

Tindakan Pentadbir Tanah Apabila Menerima Permohonan Penarikan:

i. Mengenakan fi penarikan sebanyak RM1,000.00
ii.Memberitahu pemohon perlucutan deposit (seperti dibawah) yang telahpun dibayar sebelum ini melalui Notis Borang 7

Amaun Deposit yang akan dilucuthak

50% ATAU RM10,000.00 yang mana lebi tinggi berdasarkan peringkat yang padanya permohonan itu ditarik balik

Contoh 1

Jika deposit telah dibayar adalah 50% X 125%

Amaun yang akan dilucuthak adalah  50% X deposit yang telah dibayar ATAU RM10,000.00 MANA YANG LEBIH TINGGI

Contoh 2

Jika deposit telah dibayar adalah 125%

Amaun yang akan dilucuthak adalah 50% X deposit yang telah dibayar (125%) ATAU RM10,000.00 MANA YANG LEBIH TINGGI

PIHAK BERKUASA NEGERI BOLEH MENGURANGKAN AMAUN PELUCUTHAKAN TIDAK KURANG DARIPADA 10% DARIPADA KESELURUHAN DEPOSIT ATAU RM10,000.00 MANA YANG LEBIH TINGGI

DEPOSIT YANG DILUCUTHAK AKAN MENJADI HASIL NEGERI

2. Jika penarikan dari pengambilan atau permohonan disifatkan sebagai ditarik balik dibuat oleh pemohon SELEPAS warta seksyen 4 pula, pampasan kerosakan yang disebabkan oleh mereka yang diberikuasa dibawah sub seksyen 5(1) iaitu kerosakan yang diakibatkan oleh kerja kerja yang dijalankan di atas tanah hendaklah dibayar mengikut seksyen 6. Disamping itu pampasan juga termasuklah pelucuthakan deposit seperti pengiraan di atas

3. Sepertimana pandangaan yang diberikan oleh Tuan Jaiya Abu didalam perenggan 2 dan berdasarkan seksyen 35(1), Penarikan Balik Dari Pengambilan ini adalah penarikan dibuat oleh PIHAK BERKUASA NEGERI SELEPAS PEWARTAAN DIBAWAH SEKSYEN 8 TETAPI BORANG K MASIH BELUM DIKELUARKAN.

Berbeza dengan penarikan balik dari permohonan dibawah seksyen 3F yang TIDAK PERLU MEMDAPAT KELULUSAN PBN DAN TIDAK PERLU DIWARTAKAN sedangkan penarikan dari pengambilan dibawah seksyen 35(1) MESTI MENDAPAT KELULUSAN PBN DAN SETERUSNYA DIWARTAKAN.

TINDAKAN PENTADBIR TANAH

Seksyen 35(1A) Warta penarikan  adalah di dalam Borang LA dan apabila diwartakan, semua prosiding yang telah diambil atau akan diambil hendaklah terhenti dari berkuatkuasa.

Pentadbir Tanah akan menyerahkan notis Borang LB (Notis Siasatan - Penarikan Dari Pengambilan) kepada orang berkepentingan bertujuan:

(a) Untuk tentukan amaun pampasan yang kena dibayar akibat kerosakan jika ada dan membayar kepada mereka - Peruntukan Jadual Pertama hendaklah digunapakai

(b) membayar kepada semua orang berkepentingan kos yang ditanggung beban akibat prosiding serta bayaran kerosakan jika ada termasuk fi Penilai dan

(c)  sedia dan serahkan kepada setiap orang berkepentingan Borang LC (Notis Perintah dan Tawaran Pampasan)

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan