Sabtu, 19 November 2011

Pengenalan Pengambilan Tanah di Negeri Sabah

Terdapat pengunjung blog meminta supaya saya membincangkan proses pengambilan tanah di negeri Sabah dan Sarawak kerana selama ini saya hanya membincangkan proses pengambilan di Semenanjung sahaja. Terima kasih saya ucapkan. Hari ini buat permulaan saya bincangkan pengenalan Pengambilan Tanah di Sabah.

Pengambilan tanah di Sabah berdasarkan Land Acquisition Ordinance (Sabah Cap. 69) kuatkuasa 28 Jun 1950 hanyalah UNTUK TUJUAN 'PUBLIC PURPOSE' sahaja. Ini dinyatakan di bawah seksyen 3(1) 'If the Yang di-Pertua Negeri considers that any land should be acquired for a public purpose he may cause a declaration to that effect to be made in the manner provided by this section and the declaration shell be conclusive evidence that the land to which it relates is required for a public purpose'

Seksyen 4 LA Ordinance pula menyatakan 'If it appears to the Yang di-Pertua Negeri that any land is likely to be required for any purpose which, in the opinion of the Yang di-Pertua Negeri, is a public purpose and it is necessary to make a preliminary survey or other investigation of the land...............

'Public Purpose' dinyatakan di bawah seksyen 2 iaitu:

(a) for exclusive use of the Government or of the Federal Government or for general public use;
(b) for or in connection with the planning, establishment, extension, improvement or development of any town or township any purpose reasonably necessary or desirable in regard thereto, including the provision of open spaces and amenities and the setting apart of suitable sites for factories industries and trade;
(c) for or in connection with the provision of residential accommodation for any sectionor class of the community including the officers, servants or employees of the Government or the Federal Government, and the families and employees thereof;
(d) for obtaining control over land contiguous to, or required for or in connection with, any port, airport, railway, road or other public works of convenience;
(e) for or in connection with public utility undertaking or the provision of any public service;
(f) for or in connection with any scheme relating to the settlement or re-settlement of any community, or of any section or class of the public, rural or urban;
(g) for or in connection with the provision of land  for the cultivation of padi, or for agricultural research or experimental purposes;
(h) for or in connection with the conservation, improvement or exploitation or natural resources.

Rabu, 16 November 2011

Ulasan Berita Utusan Melayu

Dalam Utusan Melayu ruangan Utusan Kota dimuka surat 30 keluaran hari Rabu 16.11.2011 ada berita bertajuk "Rumah diambil alih ketika perbincangan hampir selesai - Selangor 'tikam dari belakang' ".

Berita ini adalah berkaitan dengan pengambilan tanah oleh PKNS ke atas Flat PKNS Taman Keramat. Dalam penulisan tersebut menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor yang menentukan bayaran pampasan yang dibuat dan pihak yang bersalah dalam proses pengambilan tanah kerana adanya campurtangan.

Sebenarnya mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 Kerajaan Negeri (Pihak Berkuasa Negeri) adalah pihak yang meluluskan pengambilan tanah yang dibuat oleh sesiapa sahaja termasuk oleh PKNS. Apabila diluluskan, diwarta, berlakulah siasatan oleh Pentadbir Tanah (Pejabat Tanah) untuk menentukan bayaran pampasan seperti yang dikehendaki oleh seksyen 12, seksyen 14 dan seterusnya semua orang berkepentingan (termasuk tuanpunya rumah) akan diberikan Borang H mengikut seksyen 16. Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima Borang H, mereka akan dibayar pampasan oleh PEMOHON IAITU PKNS DAN BUKANNYA KERAJAAN NEGERI SELANGOR. Disamping itu apabila Borang H diterima, jika tidak bersetuju dengan amaun (jumlah) yang diberikan, tuanpunya rumah/tanah boleh merujuk kepada Mahkamah mengikut seksyen 37(1) Akta Pengambilan Tanah 1960.

Oleh yang demikian BANTAHLAH KEMAHKAMAH YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DAN BUKANNYA  MELALUI AKHBAR

Jumaat, 11 November 2011

Soal Jawab Akta Pengambilan Tanah

Saya Mohd Fadly Bin Abdul Hamid, Pen.Peg.Tanah di Pejabat Tanah Rengit Batu Pahat  Johor, ingin nak tanya Tn. tentang Pengambilan Balik Tanah (PBT).

Saya sedang membuat 1 permohonan PBT individu untuk rizab jalan (untuk ekonomi Malaysia), persoalan saya ialah:

1. Apakah status tanah yang telah di PBT itu? Adakah rizab jalan untuk awam atau cuma untuk kegunaan individu yang meminta sahaja (kerana keseluruhan kos dan pampasan ditanggung oleh pihak yang meminta)

2. Adakah pihak yang meminta boleh menggunakan tanah yang di PBT selain dari tujuan rizab jalan contohnya mendirikan rumah di atas tanah tersebut?

3. Dalam tempoh berapa lama harus pentadbiran keluarkan hakmilik sambungan dan
Permohonan Ukur ke atas tanah yang masih berbaki?

Pendangan/Jawapan

1.  Apabila tanah diambil oleh individu, hak ke atas kawasan diambil ADALAH KEPUNYAAN INDIVIDU TERSEBUT dan individu tersebut boleh memohon hakmilik(Geran?) sama seperti memohon tanah  biasa mengikut KTN untuk tanah tersebut dan Pejabat tanah mesti keluarkan hakmilik kepadanya. 

2.  Apabila hakmilik dikeluarkan kepadanya dan syarat nyata tanah tersebut ‘hanyalah untuk jalan keluar masuk’ makan tuanpunya tidak boleh mendirikan rumah di atasnya.

3.  Selepas keluar Borang K, Pejabat Tanah hendaklah segera membuat Permintaan Ukur (PU) seterusnya JUPEM akan mengukur baki lot dan setelah selesai barulah hakmilik sambungan boleh dikeluarkan.

Selasa, 8 November 2011

Soal Jawab Akta Pengambilan Tanah

Soalan daripada Nor Haslinda Abd. Razak, PSU KPTK

Saya salah seorang peserta Bengkel Pengambilan Tanah di INSTUN, Perak yang lalu. Saya ingin mendapatkan kepastian dan pendapat tuan mengenai satu Perbicaraan Tanah yang telah saya hadiri. Pada hari perbicaraan Pentadbir Tanah telah menurunkan perintah RM46/meter persegi. Bagaimanapun, Borang H telah dikeluarkan dengan harga RM60/meter persegi. Saya ingin mendapatkan kepastian dan pendapat tuan mengenai perkara ini dan apakah tindakan lanjut yang boleh/perlu saya ambil?

Pandangan/Jawapan

Mungkin RM46.00 smp hanyalah perintah lisan (yang didengari pada hari sisatan). Perintah ini tidak boleh diambil kira. RM60.00 seperti dalam Borang H adalah perintah sebenar (yang diambil kira) kerana Borang H adalah petikan Borang G dan BORANG G ADALAH PERINTAH SEBENAR MENGIKUT SEKSYEN 14(1) AKTA.

PADA PANDANGAN SAYA, PENTADBIR TANAH TIDAK BOLEH BUAT BEGITU. PERINTAH LISAN (DALAM NOTA SIASATAN), BORANG G DAN BORANG H AMAUNNYA MESTILAH SAMA.

Jumaat, 4 November 2011

Soal Jawab Akta Pengambilan Tanah

Soalan daripada En. Mohd Zukri bin Sidek Pengarah JKPTG Terengganu

Dikatakan setelah tanah bagi tujuan pengambilan telah diwartakan dibawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960, permohonan bagi tujuan pembangunan (tukar syarat/pecah sempadan) bagi tanah yang terlibat adalah tidak dibenarkan. Mohon pandangan.

Pandangan/Jawapan

Di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, tiada seksyen yang menyatakan segala bentuk pembangunan atau urusniaga tidak boleh dilaksanakan apabila tanah-tanah telah diwartakan dibawah seksyen 8. Dengan kata lain tuanpunya tanah boleh memohon untuk membangunkan tanahnya walaupun tanahnya tersenarai dalam warta seksyen 8, TETAPI kuasa terletak ditangan Pihak Berkuasa Negeri (EXCO) sama ada untuk meluluskan ataupun tidak permohonan pembangunan tersebut.

Perkara ini juga mendapat perhatian dari lapuran Audit baru-baru ini mengenai kos pengambilan tanah untuk Lebuhraya Senai - Desaru mengingkat menjadi lebih dari RM700 juta. Ini berlaku kerana ada tanah-tanah yang terlibat dengan pengambilan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan mengikut Kanun Tanah Negara.